Faktor Ong Tee Kiat turut menyumbang peningkatan undi Cina Sg.Limau



Membaca analisa Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew tentang kenaikan hampir 70% undi Cina dalam PRK Sg.Limau berbanding 10% yang diperolehi BN dalam PRU Mei lalu hanya mengesahkan IKRAR pengundi Cina yang diberikan kepada Ong Tee Kiat dalam ceramah ceramah beliau dibeberapa kawasan pengundi Cina sebelum ini saperti yang pernah aku tulis DISINI.

Aku yang berpeluang mengikuti Jelajah Seharian Ong Tee Kiat dalam kempen PRK Sg.Limau sebelum ini turut yakin akan IKRAR mereka ini bila melihat reaksi awal mereka yang nampak agak dingin dan hostile terhadap kehadiran OTK (baca MCA) tetapi berakhir dengan gelak ketawa dan IKRAR MENYOKONG bila banyak persoalan yang dilontar terhadap Tee Kiat berjaya ditangkis dan dijawap beliau dengan tenang dan bersahaja Tee Kiat's Stlye.


Ong Tee Kiat bersama YAB Menteri Besar


Ternyata pendekatan yang digunakan  Tee Kiat telah berjaya mempengaruhi minda pengundi Cina Sg.Limau kali ini walaupun kita masih merasa skeptikal akan "comeback" yang mereka buat kali ini.Dari jumlah 1381 (75%) pengundi Cina yang keluar mengundi dari 1842 pengundi Cina yang berdaftar,dikatakan hampir 70% atau 966 pengundi telah memberikan undi mereka kepada Barisan Nasional kali ini berbanding hanya 28 undi yang diperolehi BN dalam PRU Mei lalu.Ini satu peningkatan yang amat besar dan ketara yang akhirnya menyumbang kepada penurunan majoriti kemenangan Calun Pas.


Tahniah diucapkan kepada Jentera PRK Sg.Limau MCA dan tentunya kepada Ong Tee Kiat dengan pencapaian diluar dugaan ini.Semoga trend ini akan berterusan dimasa masa akan datang dan Soi Lek harus berundur...

Sumber : Malaysia Gazette








0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts