Pemuda Umno tak boleh diharap !!! @NajibRazak @Khairykj @Azwanbro


Ini pemandangan biasa yang aku panggil "Rempit PRK" yang diulangtayang
oleh Pemuda Umno PRK demi PRK....PRU demi PRU

Malam tadi aku berkesempatan berkumpul dengan hampir 50 Pengamal Media Baru dalam satu program makan malam.Hampir 30 orang dari mereka telah berkampung sejak sebelum Hari Penamaan Calun PRK Sg.Limau lagi jadi perbualan kami banyak berkisar tentang PRK Sg.Limau apatahlagi aku berkesempatan bertemu mereka di Sg.Limau semasa 4 hari aku berada disana.

Disamping bercerita tentang pengalaman suka duka pahit manis mereka disana tidak terlepas adalah POST MOTERM ala bloggers mencari sebab KEKALAHAN Barisan Nasional disana.Banyak faktor yang menjadi penyumbang tetapi FAKTOR UTAMA yang diutarakan kebanyakan mereka adalah...

JENTERA PEMUDA UMNO HAMPEH TAK BOLEH DIHARAP !!!

Isu Hampehnya Pemuda Umno  dah kerap aku dengar dibincangkan dalam WhatsAp Group kumpulan 30 Bloggers X-UMBians sewaktu kempen masih berjalan lagi dan aku belum berkesempatan bertemu mereka sejak mereka pulang untuk mendengarnya sendiri.Kumpulan malam ini adalah kumpulan lain yang turut berkampung disana dan cerita dan keluhan mereka tidak banyak berbeza.

Sahabat blogger TheUnspinners ada menyentuh perkara yang sama dalam artikelnya semalam bertajuk "BN kalah sebab Pemuda tak keluarkan 2 ribu pengundi putih" DISINI. merujuk kepada JANJI Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan (Azwanbro).

Baca pula apa kata sahabat blogger Kedah MTK dengan tajuk #PRKSgLimau !! INI PERANGAI PEMUDA UMNO KALAU HANGPA NAK TAU kat SINI.


Setakat nak tunjuk "baju Linen" tak payahlah...

Dikhabarkan Pemuda Umno dan Umno Bahagian hanya SUBKONTRAKAN tugas meraih undi dan membawa Pengundi Putih untuk keluar mengundi kepada Jentera Wanita Umno sehingga ada yang sampai kena tumbuk oleh jantan jantan Pas.Pemuda Umno difahamkan hanya menyemak pasang badan di Sg.Limau macam pergi Cuti Cuti Malaysia sekadar menunjukan kehadhiran.Banyak PDM PDM ANGKAT Pemuda ditinggalkan begitu sahaja kerana sibuk membontoti pemimpin terutama oleh Exco Exco Pemuda yang baru terpilih dalam pemilihan baru baru ini.Aku yakin sebelum keputusan rasmi diketahui malam 4 Nov lalu,bersepah muka muka "so-called petugas Pemuda Umno" ini membanjiri Pekan Danok.

Tak percaya ????

Jangan sampai aku keluarkan bukti bergambar....he he he.


0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts