Misi Kemanusiaan Malaysia Bumiputera Brotherhood ke Kelantan - Tour One Day One


Saudara Azri Pengerusi Malaysia Bumiputera Brotherhood dihari pelepasan konvoi 31hb Disember 2014 berhampiran pejabat MBB.




Sebagai penutup tirai tahun 2014 Aku dan Yuseri Double Y diberi peluang menyertai Misi Kemanusiaan MBB ke Kelantan yang diketuai oleh Ketua Ekspidisi Sdra Norafiq Mohd Noor.Konvoi kami meninggalkan KL jam 11 pagi 31hb Dis 2014 iaitu hari terakhir 2014 dan akan memulakan hari pertama tahun baru 2015 sama ada di Terengganu atau Kelantan.Perjalanan paling lama yang kami panggil "perjalanan setahun" dari KL ke Kelantan..haha.

Perancangan awal menggunakan laluan Gua Musang - Kuala Kerai - Kota Bharu terpaksa diubah disaat akhir kerana dikatakan kesesakan melampau yang berlaku disebabkan laluan itu baru sahaja dibuka 2 hari setelah ditutup kerana banjir.Atas sebab itu konvoi kami akan mengambil laluan lebih jauh dan memakan masa lebih lama iaitu Seremban-Kuala Pilah - Muazam Shah - Kuantan - Kuala Terengganu - Pasir Puteh - Kota Bharu memandangkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) dari Gombak ke Kuantan tidak boleh dilalui disebabkan banjir di exit Temerloh...pergghhh.

Konvoi dilepaskan oleh Presiden/Pengerusi MBB Sdra Azri tepat jam 11 pagi.

SILA KLIK IMEJ UNTUK LEBIH JELAS


Ketua Ekspidisi Sdra Norafiq (baju hitam belakang sekali)


Here We Go



Berhenti mengisi minyak di R & R Seremban




Singgah makan tengahari di Kuala Pilah sebelum meneruskan perjalanan panjang Kuala Pilah - Muazam Shah - Kuantan - Cherating



Aku dan Yuseri merakam detik ini belatar belakangkan sawah menghijau


Tiba di Cherating lebih dahulu dari konvoi setelah kami berpisah sementara di Muazam Shah kerana Yuseri ada keperluan mendesak untuk ke Kota Bharu untuk melihat keadaan ibu dan kakaknya yang merupakan mangsa banjir.



Tepat 12:01 min 1hb Jan 2015.
Aku menyambut tahun baru 2015 kat tepi jalan Daerah Setiu Terengganu dan ditemukan dengan "kebahagiaan" yang aku cari disini...haha

BERSAMBUNG

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts