Misi Kemanusiaan Malaysia Bumiputera Brotherhood ke Kelantan - Tour One Day Two


Nasi Goreng dan Nestarek sarapan aku sebelum memulakan misi hari pertama.

Aku dan Yuseri tiba agak lewat ke Kota Bharu hampir jam 2 pagi,perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu yang mengambil masa hampir 15 jam.Itupun setelah kami terpaksa berpisah dari konvoi di Bandar Muazam Shah kerana desakan waktu untuk tiba lebih awal ke Kota Bharu,kalau tidak belum tau lagi sebab konvoi dengan kenderaan  4WD Off-Road dengan muatan maksima memang tak boleh laju di jalanraya.

Memandangkan Team Misi MBB tiba agak lewat subuh dan bermalam di Pasir Puteh,aku mengambil kesempatan meninjau kawasan banjir disekitar Kota Bharu awal pagi ini,sementara Yuseri pula pergi menziarahi keluarganya yang merupakan mangsa banjir.Kepada Ketua Ekspidisi kami telah maklumkan akan bergabung semula bila mereka mula bergerak.

SILA KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS




Kawasan ini berada tidak jauh dari pusat bandar Kota Bharu




Ini pun berada tidak jauh dari Kota Bharu










Sungai ini melimpah menenggelamkan hampir separuh dinding rumah berdekatan.








Panaromic view kiri dan kanan dari jalan besar



Lihat paras air dinding rumah ini






Jalan jem sebab kedai karpet buat lelongan karpet.Orang Kelantan dan karpet tidak boleh dipisahkan ..hehe



Aku diberitahu sewaktu banjir sedang memuncak air melimpahi jembatan dalam gambar ini.Jadi kita boleh bayangkan lah...



Aku meninjau keadaan paras Sungai Kelantan di Lembah Sireh yang menenggelamkan Tesco sewaktu banjir puncak sebelum ini.


Keletihan sebab memandu begitu lama


Sementara itu Team Misi MBB yang bermalam di Pasir Puteh sedang memunggah dan menyusun barang barang yang ingin dibawa ke Manek Urai dan Kuala Kerai.Disamping barangan yang kami bawa dengan kenderaan konvoi,terdapat dua lori besar yang telah sedia berada disini dengan muatan beras dan lain lain keperluan.Pasir Puteh merupakan Depoh MBB untuk misi kali ini.







 



(Gambar gambar diatas ihsan Norafiq MdNoor)


Memandangkan begitu banyak konvoi bantuan yang menumpukan perhatian ke Ground Zero Manek Urai dan Kuala Kerai aku dan Yuseri minta kebenaran dari Ketua Ekspidisi Norafiq untuk meninjau kawasan banjir sekitar Kota Bharu terutama area PCB.Ini semua untuk memudahkan pergerakan team kami untuk Misi Hari Ke-2 yang akan masuk kekawasan ini.


Menyelusuri jalan ke PCB



Disesetengah tempat air masih bertakung




Menunggu "Abang Kawasan PCB" ditepi pantai PCB



Aku dan Yuseri menunggu "Abang Kawasan" PCB Mohd RZ untuk menjelajah kampung yang dilanda banjir di PCB ini sebab dia pun tinggal dikawasan ini.





Jambatan yang  separuh runtuh yang menghubungi Pulau Kundur PCB








Menanti seseorang dihadapan SK Pulau Kundur





Kampung ini dah 10 hari bergelap tanpa bekalan eletrik.
Masaalah besar mereka adalah air bersih kerana pump untuk air perigi tidak boleh berfungsi tanpa eletrik.
















Hanya lilin peneman kegelapan penduduk kampung ini sejak 10 hari







Berakhir lawatan kekampung ini sambil menyampaikan apa yang ada  kami bawa.



Sebelah malamnya semasa menjamu selera dihadapan hotel bajet tempat penginapan kami,aku terpandang sekumpulan anak anak muda Cina sedang melakukan kerja mengumpul barangan bantuan untuk diagihkan esuknya.Bila aku tanya kemana destinasi mereka..."Kuala Kerai" jawap mereka.
Semua orang nak pergi kesana...pelik


BERSAMBUNG


0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts