Kisah Benar Rozana Misbun

Displaying Qasseh.jpg

Rozana Misbun

Dibawah adalah kisah yang aku terima dari seorang pengirim yang tidak mahu identitinya aku dedah kerana tidak mahu menganggu proses makamah yang sedang berjalan antara Awie dan isterinya Rozina Misbun.Jadi ada yang aku terpaksa padam atas permintaan si pengirim dan ada yang aku kena ubah jalan bahasanya.Jadi kalau tatabahasanya berbunyi pelik korang tau apa sebabnya.

SELAMAT MEMBACA


Setelah ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan dan dibenarkan keluar, dia kini berada dibawah jagaan serta pemerhatian keluarga selain diberi perlindungan polis.Mohon agar orang ramai tidak terus-terusan menyebarkan dakyah palsu yang boleh mengganggu-gugat proses penghakiman yang sedang berlangsung ketika ini sekaligus memburukkan lagi keadaan psikologi dan emosi Rozana,Rozana yang masih lagi dalam keadaan trauma; yang kini dalam kesedihan kerana telah disekat dari berjumpa mahupun berhubung menerusi telefon dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6 dan Putri Qasseh Antasha , 4 tahun, sejak beberapa minggu yang lalu.Kami percaya pada undang-undang di negara kita dan di bulan Ramadhan yang barakah ini,kami akan terus medoakan keadilan untuk Rozana Misbun. Kepada mereka yang bersimpati dan memahami situasi getir yang harus didepani keluarga Rozana ketika ini, terima kasih kami ucapkan.

Surat nikah tidak berdaftar

Pihak Rozana kini menghadapi kesukaran dalam mendapatkan salinan sijil nikah  Rozana Misbun dan Ahmad Azhar Othman (Awie) yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertarikh 20 Jun 2005. Segala usaha yang telah dilakukan akhirnya menemui jalan buntu berikutan MAIS yang dikatakan tidak mempunyai sistem pengkomputeran itu membayangkan kesukaran untuk mengesan sijil berkenaan. Lebih memburukkan lagi keadaan, menurut sumber yang layak dipercayai, banyak dokumen yang hilang apabila mereka berpindah ke pejabat sekarang beberapa tahun yang lalu. Justeru kami mohon campur tangan dari pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia selain Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membolehkan surat nikah asli dapat diperolehi dan dikenalpasti kesahihannya. Ini adalah kerana, tanpa surat nikah yang dikeluarkan oleh MAIS serta pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand, pernikahan tersebut tidak dapat didaftarkan di Malaysia dan ini mengakibatkan peguam yang dilantik bagi mewakili Rozana tidak dapat berbuat apa-apa. Buat masa sekarang, hasrat bagi memohon Interim Custody (hak penjagaan sementara) terhadap Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha terbantut di tengah jalan.


Manakala dalam konteks pendaftaran bagi Sijil Kelahiran bagi ketiga-tiga anak mereka pula,kami turut meminta jasa baik Jabatan Pandaftaran Negara dalam menangani permasalahan baru yang berbangkit dimana Nombor Daftar Kahwin yang digunapakai di dalam Sijil Kelahiran anak-anak itu terbukti dari sindiket palsu.

Larangan berjumpa anak

Awie dikatakan telah menghantar satu surat arahan kepada Adni Islamic International School, Taman Melawati dan Smart Reader, Ukay Perdana pada 21 Jun 2014 yang melarang Rozana dari berhubung samada menerusi telefon atau berjumpa dengan anak-anak mereka di sekolah-sekolah terbabit. Bagaimana mungkin pihak sekolah membenarkan perkara ini berlaku? Mengikut undang-undang kekeluargaan, surat larangan untuk berjumpa ibu atau bapa hanya sah diperakui dengan adanya perintah makhamah.

Ibubapa yang berdepan dengan masalah rumahtangga tidak wajar menjadikan anak-anak sebagai mangsa yang pastinya memberi impak negatif kepada emosi serta psikologi mereka. Lebih-lebih lagi Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha masih kecil dan amat memerlukan kasih sayang serta perhatian dari seorang ibu. Memisahkan anak-anak yang tidak berdosa ini dari ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan mereka dari sebesar telapak tangan, sesungguhnya satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sebelum ini telah bekerjasama dengan PDRM dalam meluluskan Interim Protection Order(perlindungan sementara) terhadap Rozana, diharap dapat juga berbuat demikian sekali lagi bagi memastikan keselamatan serta kebajikan ketiga-tiga beradik itu terpelihara.


Kutukan terhadap Rozana

Satu jari yang menuding orang lain, sembilan jari yang lain menuding diri sendiri. Apa jua kata hentaman dan nista yang dilemparkan terhadap Rozana, bagi kami ianya tidak lebih dari bersifat 'character assassination' atau 'pembunuhan karakter' dalam usaha untuk mencemarkan integriti Rozana sebagai seorang wanita; baik sebagai isteri mahupun ibu. Jadi apa perlunya saya membazirkan masa dan tenaga dalam memberi perhatian terhadap sebarang pertuduhan mala fide (berniat jahat) itu?

Wang yang didakwa dicuri Rozana yang kononnya berjumlah RM250,000.00 itu diperuntukkan sebagai nafkah anak-anak dan isteri serta belanja keperluan rumah selama beberapa tahun kebelakangan ini. Duit itu jugalah yang terpaksa dikeluarkan Rozana dari masa ke semasa bagi menampung perniagaan kelab malam milik suaminya itu yang beroperasi di Ipoh. Apa buktinya Rozana mencuri? Itu akaun peribadinya; dia tidak mencuri kad ATM sesiapa jauh sekali kata kunci bagi mengeluarkan duit secara penipuan dari akaun pihak ketiga. Jadi, atas kapasiti apa tuduhan 'mencuri' dilemparkan kepada Rozana? Adakah ianya semata-mata bertujuan untuk menghalalkan perbuatan mengaib serta memukul Rozana tanpa belas kasihan? Satu perkara yang harus diingat, keadilan dan perlaksanaan undang-undang adalah didasari fakta, bukannya emosi.


Dua persoalan yang saya tinggalkan untuk renungan kita bersama:


1) Apakah wujud istilah 'curi' dalam harta sepencarian?

2) Andai pengorbanan seorang isteri yang mengorbankan seluruh jiwa, masa, tenaga serta usia mudanya demi keharmonian rumahtangga... serta sebagai ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan anak itu boleh diukur dengan wang ringgit: Berapakah nilainya?

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts