PROGRAM KAMI PRIHATIN
Anjuran: @brigedkesatriamuda ,Pemuda Wilayah/ Selangor, @SAM1MSIA ( Suara Anak Muda 1Malaysia), Riders United, Yayasan Pertanian 1Msia, Selawat Perdana, PVTM, MJMM , Biro Ta'lim Al-aly Dan Rakan2 Bloggers Serta Media
Tarikh : 12/7/2014
Matlamat : Menyampaikan makanan dan minuman untuk golongan gelandangan sekitar Jalan Chow Kit-Jln Raja Laut-Jalan TAR-Jalan Bonus-Jalan Tun Perak-Dataran Maybank dan berakhir dilaman siar Bangunan Cahaya Suria.
Checkpoint IPD Dang Wangi Jam 11.30 mlm tempat sukarelawan berkumpul.
Saudara Khaidir Presiden Biro Ta'lim Al-aly
Sahabat blogger Kulaan Niring antara paling awal tiba.
Ayahanda Persatuan Veteran Tentera Malaysia.
Naib Ketua Pemuda Sdra Azwanbro diberi taklimat oleh Armand tentang program.
Menanti lain lain sukarelawan tiba sebelum bergerak ke Chow Kit
Kalau Armand bertemu Ali Tinju pasti ada yang mencuitkan.
Sukarelawan semua bersedia untuk bergerak ke lokasi lokasi sekitar Chow Kit.
Ini bukan gimmick ya.Semua sukarelawan memikul makanan dan minuman sepanjang program berlangsung ganti berganti.
Dari kiri Sdra Shahrul Nasrun(Yayasan Perdana Umah),Sdra Azwanbro,Sdra Armand,Sdra Khaidir dan Sdra Ibdillah Ishak (Biro Media Sosial PPUM)
Jalan TAR menghala ke Jalan Chow Kit
Disamping gelandangan ada juga NGO yang melakukan khidmat sosial disitu.
Ini diantara sukarelawan NGO yang memberikan khidmat sosial.
Antara gelandangan yang ditemui dan diberikan sumbangan makanan.
Sdra Ibdillah kelihatan sedang bertanyakan sesuatu kepada seorang gelandangan disitu.
Disini agak ramai tapi tidak mahu gambar mereka dirakam..jadi kita akur.
Azwanbro dan Shahrul bertanyakan sesuatu kepada pakcik ini.
Di Jalan Raja Laut menghala ke persimpangan Jalan Ipoh
Macam aku kata awal tadi..bukan gimmick ya sukarelawan ni usung makanan dan minuman.
Ali Tinju dan Amrayy tumpang enter frame..hehe.
Disini ramai gelandangan yang ada anak anak kecil.Mula mula mereka lari,tapi aku
berjaya pujuk mereka untuk tunggu disitu..
Sebab tu aku hanya ambil shot shot yang begini.Seboleh mungkin aku tak mahu lihatkan
wajah mereka.Kalau ada gelandangan yang aku siarkan wajah hanya setelah meminta izin dari mereka.
Kesian tenguk baby ni..aku tak pasti apa kisah ibubapa mereka sehingga jadi begini.
Kalau tak silap aku lokasi ini sangat hampir dengan Ibu Pejabat Pas.
Berpatah ke Jalan Raja Laut menghala ke Bangunan Mara.
Sukarelawan Selawat Perdana dari Yayasan Perdana Umah pimpinan Sdra Shahrul Nasrun.
"Outrider Tak Ada Gaji"...blogger Kulaan Niring dan Sangkakala Jari9
Tiba depan Hotel Mara
Shahrul dengan Azwanbro bertanyakan sesuatu kepada gelandangan yang tidur di bus stop berhadapan Pertama Complex sambil menghulurkan bekalan sahur.
Membeluk kekiri ke Jalan Dang Wangi.
Berhenti sebentar berhampiran IPD Dang Wangi bila ada wartawan TV yang sedia menanti disitu ingin menemuramah.
Bertembung dengan kumpulan CeguBard yang juga melakukan program yang sama di Jalan Bonus.
Terpancar kemesraan antara semua walau berlainan ideologi politik.Demi gelandangan tujuan tetap satu..membela dan membantu apa yang patut.
Menyelusuri Jalan Melaka berhampiran Standard Charted
Mereka ini tak kisah gambar mereka dirakam.Aku dah minta izin dulu..
Memasuki persimpangan Jalan Tun Perak
Divert jap kat Leboh Ampang sebab ada 2 atau 3 gelandangan sedang tidor disitu
Menghampiri Menara Maybank berhampiran Puduraya.
Penyelaras program sedang memberitahu sesuatu kepada Armand.Kerana ada kumpulan NGO yang sedang mengedarkan bantuan makanan di Bas Stand Kelang dan Pasar Seni,maka program kami akan berakhir di Bangunan Cahaya Suria sahaja kali ini.
Gelandangan di Menara Maybank..
Mengedarkan sumbangan..
Shahrul bertanyakan sesuatu..
Siapa kata Ibdillah tak sporting dan iklas buat kerja dan asyik "lifestyle" je?
Ada sorang blogger tu APAke nama dia...heheh
Mengagihkan sumbangan sekitar Menara Maybank.
Bertemu satu kumpulan NGO/Facebooker dari team King Jason Ori dan Angkatan Muda Keadilan dan beramah dengan mereka.Untuk kerja sosial semua kita buh kat tepi..
Azwanbro dan Ibdillah sempat berbual dengan mereka sebelum kami melintas ke Bangunan Cahaya Suria destinasi terakhir program kami.
Keep it up bro..
Lepas ni kita amik gambar lompat lompat dengan gelandangan pulak..gua join sekali.
Hehehe...
Dari Menara Maybank ke Cahaya Suria..
Woittt Joi..helmet mana?
Lu ingat ni kampung lu kat Perlis kaa?
Haha..
Turut dikongsikan sumbangan adalah pemandu pemandu teksi yang ada kat situ.
Di laman-siar Bangunan Cahaya Suria inilah aku dapati paling ramai gelandangan..
Saperti biasa Shahrul akan cuba mengejutkan yang tido..
Tempat paling kotor..tempat paling busuk dan jijik.
Siapa sangka Azwanbro sanggup masuk?
Ini pun bukan gimmick..
Dan siapa sangka ada wanita yang sanggup tinggal dan tidur dicelah tong sampah yang berlendir dengan air kekotoran begini..
Penganjur mengumumkan program berakhir disini..
Doa selamat dibacakan tanda syukur matlamat program dicapai..
Bergambar beramai ramai sebelum bersurai...
Aku pun enter frame...asyik ambil gambar orang je.
0 comments:
Post a Comment