Rasionalisasi Subsidi: Kenaikan Harga Barang Dan Whatsoever... Part I


Naik, naik, dan naik.
 
“Itulah dulu PR buat manifesto hapuskan tol, turunkan harga minyak, engkorang bodoh jugak pergi undi BN. Siapa suruh?”
 
Maka bertempiaranlah lari perkataan perkataan di awangan maya. Dan seperti dijangkakan ramai, pasca PRU-13 menyaksikan kenaikan sana sini, di samping pengurangan subsidi atas nama rasionalisasi subsidi demi negara.
 
Betul lah tu.
 
Part me-rasionalisasi-kan subsidi, aku tak bantah. In fact aku sokong macam harga gula. Kalau betul kadar diabetes kita ada kaitannya dengan harga gula kita yang agak rendah, so why don’t we give it a chance? Tengok dalam beberapa tahun selepas kenaikan harga gula ni samada kadar diabetes kita ada penurunan ke tak. Plus, aku sendiri rasa ini lebih adil. Subsidi gula yang diberikan dalam bentuk harga gula yang murah, hanya dapat dinikmati oleh pengguna gula, kan? Mungkin nampak lemah point aku, tapi macam mana dengan golongan yang tak ambil atau mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian mereka? Rugilah diorang tak ambil gula sebab tak dapat merasa subsidi kan? Mereka tak minum air gas, bergula, manis, mungkin kurangkan pengambilan makanan atau kuih manis manis. Jadi, macam mana mereka nak merasa subsidi gula dari kerajaan? Paksa mereka makan gula semula?
 
Pendapat aku, mengapa tak allocation atau peruntukan subsidi gula ini tadi, diberikan kepada rakyat dan rakyat bebas memilih untuk mengambil apa yang mereka mahu. Contohnya numerikalnya, daripada kerajaan meletakkan RM 1 billion untuk mengurangkan harga gula, kenapa tidak RM 1 billion ini tadi diberikan kepada rakyat, let say seorang dalam RM 100 lah (ini contoh), dan kita boleh memilih option kita? Jadi, untuk yang nak merasa gula murah, gunakanlah RM 100 ini tadi untuk beli gula semula manakala yang memilih untuk healthy lifestyle, boleh memilih alternatif dengan berbelanja untuk buah buahan, sayuran, beli susu, madu atau apa apa lain? Boleh jugak menyahut seruan untuk gaya hidup sihat selain menurunkan kadar diabetis negara. Ini atas kertasnya lah, sebab reality kita tahu, duit tadi confirm habis beli rokok, beli topup, dan benda benda lain.
 
Macam tu jugak dengan harga petrol. Walaupun aku rasa mengekalkan harga petrol murah adalah option terbaik sebab rata rata harga barang semua melibatkan petrol, tapi kalau perlu dirasionalisasikan jugak untuk kestabilan ekonomi, kenapa tidak peruntukan subsidi yang sepatutnya cuba disalurkan semula kepada rakyat dalam membantu mengurangkan beban kehidupan?  RM 100 seorang setahun (contoh), siapa nak minyak murah boleh habiskan duit tadi beli minyak. Siapa yang nak pilih alternative, boleh spend on LRT, bus ke, atau lagi ideal beli basikal pakai duit tadi. ON PAPER lah tapinya. Realitinya, rakyat kita 2 x 5 dengan Laporan Audit sebenarnya. Yang dapat duit duit ini karang mesti beli benda benda merepek. Entah entah ada juga yang teringin nak beli jam dinding harga ribu ribu karang. Dekat sini jugak kita sendiri boleh cermin diri samada kita selama ni pandai menghentam kerajaan sebab banyak sangat ketirisan wang, atau kita pun sama juga tiriskan wang jika bantuan diberikan kepada kita.
 
Aku rasa tulisan aku ni ada sekuel pasal kalau tulis semua sekaligus, bosan pulak engkorang baca. Tapi sebenarnya yang PALING UTAMA, kita sendiri kena kawal kewangan kita. Maksud aku, memang betul ekonomi rakyat marhaen macam kita tengah rasa dicubit, tapi kita sendiri kena beringat untuk “jaga tepi kain kita dulu sebelum jaga tepi kain kerajaan”. Aku tahu kita sedap betul marah kerajaan urus duit lintang pukang, tapi alang alang baik kita muhasabah diri dan kasi financial management and situation kita sendiri dulu cun, then only kita hentam kerajaan kaw kaw.
 
Rilek rilek, ini baru part aku menyokong. Part membantah macam engkorang semua bakal menyusul.
 
Nantilah aku sambung semula, kalau korang sudi baca lah. Boss pun tengah usha usha aku ni haha.
 
Anyway, selamat berkenalan pembaca APA. Kalau rasa nak hentam aku, hentamlah. Baru sedap sikit nak hidupkan perbincangan yang sihat haha. Ciao.

Gory.

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts