Aku,Abah dan Amrayy..
Hari ini banyak gambar aku yang dirakam Amrayy.Nanti bila dia up aku post disini..
Entah kenapa seharian aku bersidai di PWTC hari ini tidak ada sekeping gambar pun yang aku rakamkan.Aku lebih banyak melepak dan bersembang dengan kenalan kenalan dari kalangan orang politik dan sahabat penggiat media sosial disana sini,tapi paling lama aku melepak di meja dimana Abah menjual buku terbaru beliau LAGENDA.
Boleh tahan juga ramai yang membeli buku abah ini,cuma abah agak terkilan bila budaya membaca ini masih belum berjaya diserap dikalangan kaum hawa ahli Umno.Sejak kelmarin hanya seorang sahaja wanita yang membeli buku ini,walaupun ribuan ahli Wanita dan Puteri yang melintasi meja dimana buku Lagenda dipamirkan.
Kalau wanita yang datang itu sekadar "peminat kain ela" yang dijual dibazaar dan bukan ahli parti Umno adalah maafnya juga...tapi kaum hawa yang melintas rata rata adalah ahli Wanita dan Puteri Umno yang kononnya..makan minum,tidur berak POLITIK.
Buku Lagenda ini adalah penceritaan pengalaman peribadi penulis tentang HERO HERO POLITIK NEGARA yang selama ini telah mewarnakan pentas politik negara takkan itupun nak kena bagitau..adik kakak ooi.Lelaki dari generasi Pemuda Umno pun aku lihat "kurang berminat" nak singgah apatahlagi nak membeli.Jadi kalau esuk lusa semua pakat berkokok berderai derai diatas pentas sayap masing masing dengan gaya kononnya Wira dan Wirawati Bangsa Melayu ianya pada aku sekadar "retorik kosong" yang tidak ada makna bila nak keluar RM50 untuk mengetahui SEJARAH PEMIMPIN LAGENDA TERDAHULU pun macam roda kereta lembu.
Ini bukan penceritaan yang biasa dibaca tentang Pemimpin Lagenda yang dah ada dipasaran selama ini tapi,ini penceritaan dari perspektif peribadi penulis (Syed Hussein Al Attas) yang berpeluang berpuluh tahun bercampur gaul dengan mereka yang kebanyakannya dah pergi meninggalkan kita.Kisah ini tidak ada dan belum pernah diceritakan oleh mana mana penulis sebelum ini kerana ianya "pengalaman peribadi Pak Habib" sendiri.Paling tidak korang boleh belajar atau mengetahui sesuatu yang baru tentang idola idola politik ini yang belum diketahui sebelum ini.
Jadi sayang sangat ke nak buang RM50 untuk ini?
Buang kat KAROAKE ok jer...
Sape?.....Entah
0 comments:
Post a Comment