Alexa Ranking hari ini jam 9:00 pagi.Walaupun hanya mendahului sahabat TheUnspinners hanya dengan 3 mata sahaja...kemenangan tetap dianggap kemenangan.
Hari ini 4hb Disember 2013 serentak dengan perasmian Persidangan Agung Umno 2013 oleh Presiden Umno,blog APA kembali menduduki TAKHTA BLOGGER NO.1 UMNO untuk kedua kalinya setelah pernah menduduki kedudukan yang sama setahun lebih yang lalu...
Serangan tidak berhenti kepada Mantan Presiden Umno dan Mantan Perdana Menteri yang seorang itu lebih merupakan SERANGAN PERIBADI dan ianya tiada kena mengena dengan Umno dan ianya hanyalah serangan terhadap seorang individu yang pernah memimpin Umno.APA akan terus menyerang peribadi dia selagi dia masih hidup dan masih enggan menyelesaikan apa yang WAJIB dia (baca Umno) selesaikan sebelum dia MATI.
Bukanlah nak membangga diri atau takbur sekadar perkongsian pengalaman...
Semasa menjadi Blogger No.1 setahun lebih yang lalu APA tidak pernah ditewaskan setelah hampir 4 bulan menduduki ranking itu.Aku serahkan kembali "Gelaran No.1" itu kembali kepada sahabat blogger Papagomo (sekarang blog itu pun aku tak tahu statusnya) sewaktu aku masih berada dikedudukan No.1 dan terus mengumumkan "aku tidak lagi menyokong Umno" lantas hilang kelayakan aku untuk dipanggil Blogger Pro-Umno.Ada 2 tujuan aku berbuat demikian....SATU untuk menjatuhkan ranking blog APA bila ramai sahabat bloggers Umno yang membuang LINK blog aku dari blog mereka dan DUA untuk melihat respon dari para pengikut/pembaca blog ini.
Ternyata apa yang aku lakukan membuatkan blog APA jatuh mendadak dari kedudukan No.1 sehingga suatu masa pernah berada di Ranking No.17 dan aku redho kerana itu memang yang aku mahukan.Enam bulan sebelum PRU13 aku mengumumkan untuk kembali menyokong Umno dan ini mendapat tentangan hebat dari pembaca blog aku dikalangan penyokong Pakatan Rakyat dan Atas Pagar,manakala penyokong kerajaan menerima aku penuh skeptikal.Pun begitu blog ini terus berada dalam Ranking Top 10 dan HARI INI ianya mencipta sejarah bila kembali menduduki Carta No.1.
INI BUKANLAH KEJAYAAN AKU...IANYA ADALAH KEHENDAK ALLAH SWT DENGAN DIBANTU OLEH PARA PEMBACA BLOG INI YANG TIDAK JEMU JEMU TERUS MEMBERIKAN SOKONGAN TANPA HENTI DAN TIDAK DILUPA SAHABAT SAHABAT BLOGGERS BAIK YANG PRO-UMNO MAHUPUN PRO-PAKATAN YANG TERUS MEMAUTKAN LINK BLOG APA DIBLOG MEREKA.
TERIMA KASIH KEPADA KALIAN SEMUA.
Sebagai hadiah aku siarkan gambar gambar santai aku semalam yang dirakamkan oleh sahabat aku Amrayy Lensa Assault.Jarang gambar aku dirakam dalam program terutama yang melibatkan Persidangan Agung Umno....tapi semalam aku santaiiiiii.....
0 comments:
Post a Comment