BR1M dah masuk senarai barang lusuh @NajibRazak @ahmadmaslan


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sudah tidak mampu melonjakkan populariti Barisan Nasional (BN) seperti mana yang berlaku sebelum pilihan raya ke 13 dahulu.

Ini kerana menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan raya (UMCEDEL), pemberian tersebut telah pun dianggap biasa oleh penerima sehinggakan mereka meletakkan harapan yang lebih tinggi supaya kerajaan memberikan jumlah yang lebih besar.

Pengarah UMCEDEL, Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, kerajaan perlu mencari kaedah lain untuk memikat hati rakyat dan tidak boleh lagi berharap lagi kepada BR1M.

Jelasnya, walaupun jumlah pemberian BR1M telah ditingkatkan kepada RM650 pada tahun depan berbanding RM500 sebelum ini, hasil kajian mendapati rakyat masih merasakan ianya tidak mencukupi untuk mengurangkan beban mereka.

Tambahan pula, rakyat merasakan tiada lagi keistimewaan sebagai penerima BR1M kerana ia sudah terlalu kerap berbanding semasa menerimanya buat pertama kali.

"Bila sudah terlalu kerap, penerima akan merasakan ia adalah sesuatu yang biasa dan mereka pula meletakkan harapan yang tinggi iaitu mahu jumlah yang lebih besar dan pemberian yang lebih kerap.

Ini sifat biasa bagi seseorang manusia,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Agihan BR1M 1.0 dilaksanakan pada 2012 di mana populariti BN telah melonjak kepada 49 peratus pada ketika itu.

Bagaimanapun menurut kajian terbaharu UMCEDEL 'Enam bulan selepas PRU13' mendapati 52 peratus responden tidak bersetuju bahawa bantuan tersebut mampu meningkatkan sokongan rakyat kepada BN.

Setakat ini, BR1M sudah diagihkan sebanyak dua kali manakala bagi pemberian ketiga, pendaftaran permohonan telah bermula semalam.

Menerusi BR1M 2.0 tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan RM2.9 bilion yang memberi manfaat kepada 6.8 juta penerima.

BR1M 2014 dijadual diagihkan mulai Februari depan kepada sehingga 7.9 juta penerima membabitkan peruntukan RM4.6 bilion.

- MalaysiaGazette

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts