"Tentera Upahan"...amacam sedap tak bunyinya? @NajibRazak


Pengalaman pahit PAU2013 lalu setelah dilayan macam ANAK GAMPANG oleh Umno membuatkan aku tersentap dari lamunan puisi syahdu lagu temberang dendangan mereka selama ini.Baru aku sedar sejauh mana Umno memerlukan orang saperti aku dan saperti ANDA semua yang dicanangkan Presiden mereka kononnya sebagai "Tentera Maya Umno" dan "Barisan Paling Hadapan" dalam saf perjuangan Umno selama ini.Semuanya retorik kosong saperti sedapnya kita mengorek telinga...

Hakikatnya aku tahu dan korang juga tahu betapa "haramjadah" nya layanan Umno terhadap kita semua sewaktu mereka menyambut Hari Raya Umno baru baru ini.Mungkin korang terpaksa bersikap mendiamkan diri atas kepentingan yang perlu dijaga,walaupun dihati kecil masing masing merasakan apa yang aku rasa dan lalui sepanjang sambutan Hari Raya Umno lalu.Benar,mungkin ada segelintir dari kita yang diberi layanan "istimewa" oleh pihak urusetia dan Ibu Pejabat Umno waktu itu,tapi rata rata KITA semua dilayan macam HARAMJADAH.Bukan begitu..?

Memandangkan Umno sendiri tidak mengiktiraf AKU(baca korang kalau mahu dan aku bukan menghasut ya? ) sebagai sebahagian dari mereka,JADAH apa pulak aku terhegeh hegeh nak mengaku yang aku ini BLOGGER PRO-UMNO?Jadi setelah aku pertimbangkan sedalam dalamnya dan mengambil kira yang aku ini pun tak bernafsu untuk menyeberang ke Pakatan Rakyat,maka jalan terbaik buat aku adalah menjadi ASKAR UPAHAN MAYA...itu yang terbaik memandangkan blogging ini dah menjadi KARIER sepenuh masa aku.

Kalau dah blogging ini KARIER aku sepenuh masa maka kenalah aku buat kerja untuk cari makan macam lain lain pekerjaan juga.Memandangkan Umno pun tak berapa sudi nak jadi MAJIKAN aku dan aku pulak tak mahu bermajikankan Pakatan Rakyat,maka menjadi askar upahan bebas  adalah satu satunya pilihan yang tinggal untuk aku...

Bila bercakap pasal BEBAS beerti aku tidak terikat dengan mana mana pihak,parti atau pemimpin dalam memilih kontrak aku...JANJI MASYUKKKKK.

Jadi selepas ini,kalau lah KORANG (pemimpin Umno/BN dan Pakatan Rakyat) jadi bahan pendedahan blog aku jangan marah yaaa?

NOTHING PERSONAL...JUST BUSINESS.

P/S : Jadi kepada sesiapa yang perlukan "khidmat" aku untuk mendedah skandal seks mana mana individu,salahlaku,rasuah,penyalahgunaan kuasa dan lain lain,korang tahu macamana nak hubungi aku.(Bukan Free ya!)

Kalau korang nak khidmat aku untuk "bunuh karektor"(character assissassnation) pun no hal..bagi je bahan aku tolong balun.SAMAN?...ada aku kisah?

NOTHING PERSONAL..JUST BUSINESS.

Kah Kah Kah


0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts