Aku rasa aku kena minta maaf kepada Khairy Jamaluddin kerana selama ini aku duk balun dia siang dan malam kerana aku ingat dia memang Ketua Pemuda Umno Malaysia.Rupa rupanya tidak...
Rupa rupanya Khairy cuma PELAKON yang hanya melakonkan watak "Ketua Pemuda Umno" bukan real pun,sebab itulah Pemuda Umno dibawah "lakonan" Khairy terus lesu,kaku dan bisu tidak saperti yang diharapkan.Siyes aku cakap...aku betul betul terpedaya dengan "lakonan" Khairy yang begitu menjiwai watak "Ketua Pemuda" sehinggakan aku mati mati ingat dia KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA..
Apa pasal lah aku tak boleh nampak yang selama ini Khairy Jamaluddin ini sebenarnya seorang artis dan pelakon dan bukanlah AHLI POLITIK tulen yang boleh diharap untuk mengepalai sayap Umno segah Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang menjadi TUNJANG kekuatan Umno selama ini.Rupa rupanya dia hanya "melakonkan" watak Ketua Pemuda Umno dan bukannya real pun..Patutlah dalam banyak ISU yang Ketua Pemuda patut kehadapan membela dia buat bodohhhh jer...rupanya tak ada dalam SKRIP yang dia patut lakunkan.
Ini semua membuat aku berfikir..."Jika dah Ketuanya pelakon,apa status Exco Exco yang duduk dibawah dia pulak...."?Takkan mereka turut menjadi "Pelakon Extra" pak pacak tukang pegang tombak?Ish ish....selisih malaikat 44..jangan sampai sindrom glamour gila berlakon ini menjangkiti mereka semua...
TAPI AKU RASA TIDAK...sebab Exco Exco yang baru terpilih rasa aku semuanya bukan golongan artis atau pelakon macam boss mereka Khairy...bukan begitu saudara saudara?
Jadi ada eluk juga kalau korang tenguk tengukan sikit BOSS korang tu jangan sampai dia overacting sampai buat rakyat tenguk naik meluat dan benci.Kalau korang tenguk dia lain macam jer dah tak boleh nak kawal,hantar je kat Mejar David Teoh atau Datuk Yusuff Haslam habis cerita...
JADI AKU NAK MINTA MAAF KEPADA KHAIRY JAMALUDDIN SEBAB BALUN DIA SELAMA INI SEDANGKAN DIA HANYALAH PELAKON.
Ntah ntah T.Mohan Ketua Pemuda MIC yang Khairy sokong ini pun pelakon macam dia jugak anak didik Sivaji The Boss.Sebab itu dalam Isu Jhonny Walker Shrine Jln P.ramlee dia
terlalak terlolong bagi WARNING kat Umno Khairy diam aje....
0 comments:
Post a Comment