Terima kasih Dato Raof atas keperihatinan anda....@najibrazak @tengkuadnanreal


Aku dan Bro Azry 

Tengahari tadi aku diajak oleh Bro Azry Malay Rights untuk pergi berjumpa Dato Raof SUK Umno di PWTC untuk berbincang tentang isu yang kami bangkitkan beberapa hari ini berhubung akses Pas Media  PAU 2013 yang dikeluarkan untuk Media Cyber.Bukan sahaja permasaalahan kami yang telah diberikan Pas Media ini yang dibincangkan bahkan Sdra Azry turut menyuarakan masaalah yang bakal dihadapi oleh sahabat sahabat blogger,facebooker dan tweeter yang memang tiada diberikan Pas Media untuk memasuki Laman Media sama ada mereka dari luar mahupun yang berdekatan tempat bersidang.


Dato Raof ini nampak saja macam garang tapi dia ok dan sporting..
dan jenis mahu mendengar permasaalahan.



Perbincangan panjang lebar antara Azry dan Dato Raof yang ada masanya panas dan ada masanya dipenuhi ketawa gelihati penuh sindiran akhirnya membuahkan hasil,walaupun tidaklah saperti yang kami harapkan (berhubung akses ke Dewan Merdeka) tapi PUJIAN DAN TERIMA KASIH harus diberikan kepada Dato Raof yang sudi mengwujudkan satu mekanisma ad-hoc semata mata untuk memudahkan keluarga besar Media Cyber yang tiada mempunyai pas agar boleh akses ke Laman Media untuk menggunakan kemudahan yang sama yang diberikan kepada Media Cetak dan Media Elektronik yang memang dah establish tanpa diskriminasi.Bahkan KITA boleh berbangga kerana disediakan satu ruang (workstation) yang boleh menempatkan diantara 35-40 orang pada satu satu masa dengan selesa.Ada beberapa lagi perkara yang kami bangkitkan (Azry dan APA) sebelum ini yang turut diberikan perhatian dan diubahsuai,tapi rasanya tak perlulah aku jelaskan disini.


Setelah kata sepakat diperolehi...

Cuma masaalah "akses ke Dewan Merdeka" yang kekal saperti sebelum ini dan tidak berubah.Dato Raof menerangkan dengan panjang lebar kepada KAMI akan kengkangan yang dihadapi pihak Urusetia berhubung aspek ruang dan hanya meluluskan 1700px dari 2500px yang memohon untuk berada dalam Dewan Merdeka kali ini.Pun begitu,KITA tetap bebas mendapatkan apa saja bahan yang diperlukan(gambar dan video) dari Media Umno yang berada di Laman Media sepanjang persidangan berlangsung untuk tujuan update platform media masing masing,disamping Aras 6 (bahagian pemerhati)Dewan Merdeka menyediakan 150 tempat duduk on first come first serve basis.Jadi kepada ANDA yang nak sangat berada dalam Dewan Merdeka mengikuti persidangan...rajin rajinlah bangun pagi dan datang awal sebelum kehabisan tempat...


Ini "RUMAH" kita sepanjang persidangan...Siap ada kunci lagi...
Ruang untuk Akhbar pun tidak berkunci...he he


Akhir bicara,aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato Raof yang masih memberi ruang kepada KAMI untuk berbincang walaupun dia sibuk giler dengan persiapan terakhir menjelang lusa.Bukan setakat berbincang bahkah menyediakan "mekanisme" untuk kemudahan para penggiat media cyber.Terima kasih dan tahniah juga harus diberikan kepada Bro Azry kerana sanggup bertegang urat mempertahankan "keluarga kita" atas semangat Brotherhood dan membelakangkan kepentingan peribadi beliau sendiri (itu biar aku,Azry dan Dato Raof sahaja yang tahu).

ARIOS.

P/S : Kepada para sahabat yang tidak mempunyai Pas Media dan ingin masuk ke Laman Media bila sidang bermula harap cari aku kat Riverside Restaurant kerana aku akan selalu berada disana.Aku akan tunjukan "petugas petugas kita" untuk anda berurusan.

"Pas Masuk" adalah dalam bentuk sticker yang akan diberikan setiap hari dengan berlainan WARNA sehingga hari terakhir.Ini bermakna "sticker" hanya boleh digunakan pada hari itu sahaja dan esuknya kena dapatkan sticker yang baru.Harap maklum




Betul ke "Pas Media PAU2013" macam "Kupon Makan" Funfare Umno? @NajibRazak @tengkuadnanreal


Saban tahun setiap kali PAU mesti masaalah yang sama berulang,iaitu "Status Pas Media" yang dikeluarkan oleh Urusetia Ibu Pejabat Umno.Seingat aku sejak membuat liputan persidangan ini masaalah ini tidak pernah selesai dan setiap tahun KAMI (media cyber) pemegang Pas Media yang dikeluarkan sendiri oleh Urusetia saperti diANAKTIRIkan.Manakan tidak... saban tahun terpaksa BERSELINSING LENGAN (ala ala Kak Ijat) dengan petugas bila kami DIHALANG masuk ke Dewan Merdeka untuk membuat liputan.

JADI JADAH APA UMNO KELUARKAN PAS MEDIA BILA TAK BAGI MASUK ????

Tahun ini pun tidak terkecuali sebab hebuh diperbincangkan dilaman sosial masaalah yang sama sedang menanti KAMI lusa bila PAU2013 bermula dengan perasmian sidang 3 sayap Umno.Bahkan dikatakan tahun ini peraturannya akan lebih ketat bila "dikhabarkan" hanya Petugas Media Bercetak dan Portal Akhbar Perdana sahaja yang akan dibenarkan berada dalam Dewan Merdeka terutama tentang kebanjiran PETUGAS PETUGAS SURATKHABAR CINABENG...biar betul.Baca artikel aku semalam Kulop Vs Sunat...@NajibRazak @tengkuadnanreal




APA SUDAH JADI UMNO ????

Ini Persidangan Agung Umno atau Perhimpunan Cina MCA ?

Kalau ikutkan gambar gambar yang tersebar kat laman sosial sejak beberapa hari lalu (rujuk artikel aku semalam) memang tidak dinafikan Suratkhabar Cina diberikan "layanan istimewa" dengan tempat bekerja yang selesa dan "kebebasan" mengukur setiap inci Dewan Merdeka semasa Orang Melayu Umno sedang bersidang,sedangkan Pejuang Pejuang Cyber Umno hanya boleh berkeliaran macam "Beruk Makyeh" kat mana mana saja KAMI suka asalkan bukan Dewan Merdeka (dewan dewan lain tempat sayap bersidang aku tak pasti).Inilah LAYANAN yang diberikan terhadap Pejuang Maya Umno yang sejak bertahun tahun berjuang untuk Umno tanpa rasa jemu dan tidak meminta ganjaran....DIPINGGIRKAN BILA TIBA HARIRAYA UMNO setiap tahun.Sedangkan "layanan istimewa" diberikan kepada petugas petugas Suratkhabar Cina walaupun kerja mereka saban waktu MENGHENTAM/MENGHINA Umno dan Orang Melayu.

Maka tidak salah kalau aku katakan PAS MEDIA PAU2013 (atas) yang diberikan kepada KAMI tidak lebih hanya  KUPON MAKAN PERCUMA di Laman Media waktu FUNFARE UMNO beroperasi minggu hadapan.

Kalau setakat nak bagi MENTEKEDARAH PERCUMA...aku rasa aku masih mampu bayar sendiri di Riverside Restaurant berdekatan atau dimana mana warung yang beroperasi sekitar PWTC setiapkali Funfare dilangsungkan.

What say you Raof ????



Kulop Vs Sunat...@NajibRazak @tengkuadnanreal


Aku pernah tanya "Bohsia Melayu" kenapa diaorang lebih suka kolom Anu yang kulop dari yang sunat..Mereka jawap..."Yang kulup best abang sebab boleh tiup belon baru betul "blowjob" dan dapat rasa TAIK PALAT.

Itulah agaknya perkara dibawah terus terjadi walaupun Cinabeng Cinabeng dibawah tak pernah nak tulis perkara yang baik tentang UMNO dan orang Melayu sebab semua dah terkena SINDROM TERLEBIH TELAN TAIK PALAT CINA agaknya...









"Lagenda" karya terbaru Pak Habib sempena PAU2013 dipasaran sekarang..


Siapakah LAGENDA sebenar..?
Fikir fikrkan....

Saperti biasanya sejak Persidangan Agung Umno 1981 pasti ada karya terbaru Pak Habib yang akan dilancarkan sempena persidangan ini.Sejak PAU 1981 Pak Habib aka Syed Hussein Al Attas atau "Abah" panggilan mesra KAMI anak anak beliau yang ntah berapa ribu ramainya tidak pernah gagal menghadiri PAU sambil menjual buku karyanya.Cuma pada PAU tahun sudah berlaku sedikit kekecuhan di Riverside Cafe bila beliau telah ditahan pihak Polis selama 12jam ketika sedang menjual buku kontrovesi Tiga Tan..Setan,Syaitan,Sult...yang dikatakan menyentuh peribadi seorang Sultan.


Insiden dengan Polis tahun sudah..


Akibat buku kontrovesi ini...
Untuk PAU 2013 kali ini Abah menghidangkan karya terbaru beliau bertajuk LAGENDA untuk para peminat garapan pemikiran beliau.Aku merasa amat bangga dan rendah hati menerima kunjungan Abah sebentar tadi sambil dihadiahkan buku terbaru beliau.Memang dah menjadi tabiaat abah sejak aku mendampingi Abah,beliau akan turun dari Janda Baik singgah kat port aku untuk menghadiahkan buku terbaru beliau.

Sempat aku membelek belek sepintas lalu karya terbaru beliau Lagenda ini,dan aku dapati ianya amat menarik sekali kerana menceritakan pengalaman peribadi beliau bersama PEMIMPIN PEMIMPIN LAGENDA ini suatu masa dahulu.Antara Pemimpin Lagenda yang dibariskan adalah Tun Mahathir,Allahyarham Tan Sri P.Ramlee,Tun Mustapha,Prof Naquib Al Attas,Tun Ghafar Baba,Tun Fuad Stephen,Dato Harun Idris,Allahyarham Tun Abd Razak dan Pairin Ketingan.Disamping nama yang aku sebutkan tadi turut disentuh pemimpin pemimpin  lain sebelum ini dan PEMIMPIN HARI INI yang menjadikan buku LAGENDA ini amat menarik dibaca dan dijadikan koleksi.


Aku bersama Abah sebentar tadi...


Untuk mereka mereka yang akan turun bersidang dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 nanti dan kepada siapa sahaja yang ingin membeli buku ini,Pak Habib akan berada di Riverside Restaurant Aras Bawah PWTC sepanjang waktu persidangan berlangsung mulai 2 hingga 7 Disember minggu hadapan.Aku harap buku LAGENDA ini tidak akan mengulangi pengalaman pahit yang dilalui Pak Habib dengan PDRM saperti yang berlaku tahun sudah.

SEE YOU INI RIVERSIDE....

Nota : Buku Lagenda ini juga boleh dibeli di Pustaka Mukmin Jalan TAR Kuala Lumpur mulai hari ini.Kepada yang berminat nak membeli melalui pos sila email azmiapa@gmail.com dengan menyertakan no talipun anda untuk dihubungi.

"Instagram Addict"..biar betul @KharyKj ?


"Instagram Addict" Pengerusi UMB (Biro Media Baru) @Khairykj yang baru...kah kah kah



Aku tak kenal sape mamat Pengerusi baru UMB atau Biro Media Baru (nama baru penjenamaan semula UMB) yang baru dilantik KJ semalam dalam "upgrading"nya tapi aku difahamkan ramai sahabat bloggers,dia ini hampeh bila bercakap pasal media sosial.Dia ada semua semua platform media sosial,tapi yang "hidup" cuma Instagram dia saja,yang lain semuanya "mati".

Aku tak tahu atas rasional apa Khairy melantik seorang Exco saperti Ibdillah Ishak ini untuk mengepalai Biro Media Baru (UMB nama dulu) yang merupakan salah satu Jentera Siber yang penting dan berkesan sebelum ini dibawah seliaan Tun Faisal Ismail Aziz,sedangkan ada ramai lagi yang aku rasa lebih berkelayakan.





Nota : Kepada Bro Ibdillah Ishak jangan marah ya aku siarkan gambar gambar lu dan family yang memang dah ada dialam maya dalam berbagai paltform yang lu sendiri post,kerana inilah sebahagian risiko yang lu kena tempuh bila dah setuju nak jadi "Kepala Siber Pemuda" dan akan ada banyak lagi cabaran yang bakal mendatang terutama dari pihak pembangkang bila menjelang PRU14 nanti.

Jangan menangis ngadu kat Omak dah...

Bayangkan "Instagram Addict" yang hanya syok sendiri mempaparkan gambar sendiri dan keluarga serta makanan sepanjang waktu diberikan tanggung jawap dan amanah sebegini berat untuk mengepalai jentera siber Pemuda Umno Malaysia yang sebelum ini telah meletakan "penanda aras" oleh bekas Pengerusinya @tunfaisal.Tapi mampukah Ibdillah Ishak melakukan lebih baik atau sekurang kurang setanding dengan apa yang telah dilakukan Tun Faisal bilamana kita melihat dia hanya syok berInstagram sahaja setakat ini?


Tun Faisal bekas Pengerusi UMB yang terpaksa meninggalkan kepimpinan UMB
atas faktor kelayakan umur dalam sayap Pemuda Umno...


Bukan ingin memperkecilkan kebolehan Ibdillah sebab kita pun belum lagi diperlihatkan akan keupayaan sebenar dia selama ini dan mana tahu dia lebih baik dari pengerusi sebelum ini,tapi bila Khairy mengumumkan ianya sebagai UPGRADING UMB maka ianya meletakan satu sasaran untuk BMB (Biro Media Baru) menjadi lebih baik dan lebih hebat dari UMB(Unit Media Baru) sebelum ini.Kalau tidak kita tak panggi upgrading...bukan begitu KJ?


Tapi,bila cakap dah hebat bergegar gegar...kenalah letak dan pilih orang yang hebat juga.Takkan setakat letak "instagram addict" jadi kepala?Tak jadi macam tu beb....,itu yang kita persoalkan.

P/S : Tapi aku tak pasti pengumuman Khairy kelmarin "real" ke atau sekadar "lakonan"?Sebab mamat ini dah buat aku confused...tak tahu bila real dan bila dia hanya berlakon....kih kih kih.


Terjah Rakyat di Persidangan Agung Umno 2013


Ini dia Geng Al Capone...

Team Terjah Rakyat akan berada sepanjang waktu di PWTC sempena Persidangan Agung Umno (PAU 2013) yang bakal berlangsung mulai 2 hingga 7 Disember minggu hadapan.

APA,Warta Rakyat,Bella 13 dan Amrayy Lensa Assault akan berganding tenaga membuat liputan sepanjang persidangan yang bakal berlangsung...dan..paling penting,disamping membuat liputan kami akan TERJAHHHHHHH!

Siapa yang bakal diterjah dan isu apa yang bakal ditanya sama sama kita tunggu bila tiba masanya..

Kepada Pemimpin Pemimpin Umno yang bakal berkampung selama 5 hari disitu,peringatan dari KAMI Team Terjah Rakyat...

AWASSSSSS !!!!

Jangan terkantoi...jangan tergagap...jangan marah dan jangan bertindak bodoh,kerana...

Semua perlakuan,reaksi dan kata kata anda akan dirakamkan menerusi video dan akan disiarkan di Portal Warta Rakyat,Blog Aku Peduli Apa,Bella13 dan Amrayy Lensa Assault haritu juga..

SMILE....YOU'RE ON CANDID CAMERA



APA ingin bergurau dengan A.Kadir Jasin...


Aku terpanggil  untuk bergurau berhubung artikel Datuk A Kadir Jasin bertajuk  YB Shahidan, Siapa Labur Siapa Lebur? dalam blog beliau The Scribe A Kadir Jasin bertarikh 21hb November.Artikel beliau merujuk kepada "kenyataan bela" Datuk Shahidan Kassim sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen yang sebelum ini dibawah jagaan Tan Sri Nazri Aziz berhubung Isu Penggunaan Pesawat Kerajaan oleh DS Rosmah dalam lawatan/undangan beliau ke Qatar baru baru ini.

Bila aku kata aku ingin BERGURAU beerti Datuk A Kadir Jassin pun janganlah nak ambil serius sangat LAWAK aku ini sapertimana beliau mengambil serius LAWAK SHAHIDAN KASSIM untuk menghasilkan artikel beliau saperti yang aku rujuk diatas.

Sebagai orang lama dalam dunia persuratkhabaran dari seorang wartawan bermula tahun 1969 sehinggalah menjadi Editor (in-Chief dan Group) dalam NST Berhad,Berita Publishing SB dan NST SB dan telah pun menghasilkan beberapa buah buku,Datuk A Kadir Jasin bukanlah penulis biasa biasa yang mudah disanggah penulisan dan "contengan/lakaran" (scribe) beliau,apatahlagi oleh komuniti bloggers yang bukan ex-journalist saperti aku ini yang tiada latihan formal atau pengalaman sebagai wartawan.Jadi sejak beliau menjadi bloggers pada tahun 2008 (aku lambat 2 tahun dari beliau..2010) aku belum pernah melihat ada penggiat media maya yang BERANI menyanggah  tulisan beliau,bahkan kerapkali hasil tulisan beliau dijadikan bahan "rujukan" ramai penggiat media maya bila mengulas isu yang sama.

Pendekata,aura yang dibawa A Kadir Jasin sebagai blogger ex-journalist saperti menggerunkan para bloggers lain bukan ex-journalist untuk menyanggah tulisan beliau biarpun kerap kali juga beliau tersasar dan meraban dalam penulisan beliau sebagai blogger,sapertimana jarang orang nak sanggah Datuk Rocky Bru dan lain lain bloggers seangkatan dengannya.Tapi semua "kegerunan" itu aku tolak tepi bila aku nak ajak A Kadir Jassin "bergurau" seketika kerana sesekali kena ada juga orang yang mengingatkan beliau,yang tulisan beliau ada masanya meraban juga.Jadi kalau dah tak ada bloggers yang nak tolong bagitau biarlah aku saja yang buat'Lagipun bila bercakap pasal "dunia blogging" aku pun tak ada kurangnya jika dibandingkan Datuk A Kadir Jasin walaupun dia bermula 2 tahun lebih awal dari aku.Tapi aku adalah BLOGGER PALING HARAMJADAH yang berada dipasaran (kategori ini beliau tak layak langsung),aku pernah jadi BLOGGER NO.1(Datuk pernah ke..?) dan ranking terkini aku berada dalam Ranking No.2 hari ini.Semua ini melayakan aku untuk berlawak dengan beliau kerana kami terlentang sama rata dan mandi sama basah...bukan gitu Datuk?

Ok cukuplah  dengan mukadimah diatas...

Apa yang ingin aku ketengahkan disini bukan isu Rosmah layak atau tidak,wajar atau tidak atau isu pembaziran atau tidak yang dah diPOT PET kan oleh banyak pihak.Semua dah aku jelaskan dalam artikel aku Kenapa korang tak suruh je Rosmah naik Proton Perdana ikut jalan darat...beberapa hari lalu.Jadi aku cuma nak sentuh "kewajaran" A Kadir Jasin mengambil serius "kenyataan bela" yang dibuat Shahidan Kassim.

Ramai yang dah kenal SIAPA SHAHIDAN KASSIM ini dan amat malang orang yang begitu berpengalaman dalam dunia kewartawanan dan berpeluang bercampur gaul dengan ratusan pemimpin politik sama ada yang masih hidup atau pun dah jadi arwah saperti Datuk A Kadir Jasin mengambil serius kata kata yang dihamburkan oleh orang saperti Shahidan Kassim yang ntah atas sebab apa masih lagi boleh bernafas dalam Kabinet Kerajaan hari ini.

Datuk...

Meh saya nak habaq sikit bagi faham...

Kalau dalam PAS kita ada MAHFUZ "BEAN" OMAR sebagai Pak Lawak No.1 Pas,dalam Umno watak yang sama dan title yang sama dipegang oleh Datuk Shahidan Kassim guru besar Parlimen kita hari ini.Jadi yang Datuk nak ambik serius sangat apa Shadidan kata ni nak buat apa?


Aku tidak tahu apa yang cuba diketengahkan A Kadir Jasin dalam artikel diatas dan dalam artikel artikel beliau sebelum ini?Aku melihat sapreti ada kecenderungan beliau sejak mula berblog mengkritik kerajaan secara halus.Pada aku,orang berstatus saperti A Kadir Jasin ini yang memang dah dikenali oleh hampir semua PEMIMPIN dan tiada masaalah untuk beliau berjumpa sendiri para pemimpin ini jika ada yang ingin beliau suarakan.Aku rasa A Kadir Jasin boleh mengetuk pintu rumah mana mana pemimpin walaupun ditengah malam dan mereka akan bangun jika dah tidor sekalipun untuk melayan beliau.

Memilih cara begini (cara aku dan ramai bloggers bukan ex-journalist) untuk menyuarakan ketidakpuasan hati beliau adalah amat tidak wajar sekali kerana ianya saperti membawa martabat dan nama besar beliau setaraf dengan kami semua yang tidak melalui latihan dan pengalaman "formal"  sebagai seorang wartawan.Apatah lagi kalau A Kadir Jasin "cuba merampas" title Blogger Paling Haramjadah yang aku pegang selama ini...

Jadi ada eluknya A Kadir Jasin melangkah sedikit kebelakang mencari dirinya yang dah nak mula hilang dan seakan akan terikut dengan irama paluan gendang Parti Pembangkang.

Datuk ada kemudahan dan akses untuk mendapat penerangan dan penjelasan atas apa isu sekalipun dengan pemimpin termasuk Perdana Menteri sendiri.Kena ingat Datuk...yang Datuk pertikaikan itu adalah ISTERI PERDANA MENTERI dan isteri SAHABAT Datuk,saya pasti...jadi agak agaklah.

SEKIAN GURAUAN SENDA DARI SAYA...

P/S : Sebagai Blogger Paling Haramjadah dalam pasaran memang saya tak pakai apa juga tok nenek etika dalam penulisan saya.Etika yang saya gunapakai cuma bas Etika Express sahaja...

“The Ugly Chinaman” by Bo Yang


Bo Yang
“The Ugly Chinaman”

Speech given at Iowa University, 24 September 1984

For many years I’ve contemplated writing a book called The Ugly Chinaman.When the novel The Ugly American was published in the United States, the US State Department choose it as a guide to policy making. But when the Japanese ambassador to Argentina published a book called The Ugly Japanese, he was immediately recalled from his post. This is a good example of the gap that separates the East and the West.

Read more...

http://www.thechinastory.org/yearbooks/yearbook-2013/forum-counting-and-corruption/the-ugly-chinaman/

Suara Gen Y Tak Sedar Diri 1.0 - @NajibRazak


Aku terima satu artikel dari seorang anak muda yang hanya ingin dikenali sebagai Negarawan Cabuk yang dihantar melalui email aku.Ini merupakan artikel pengenalan beliau untuk beberapa siri artikel dimasa akan datang yang mengupas isi hati anak muda yang bakal diwariskan negara ini kepada mereka oleh para pemimpin yang ada hari ini.

Baca dan tatapilah luahan hati anak muda ini yang mewakili generasi seangkatan dengannya yang bakal merasai KEAMANAN & KEMAKMURAN atau KEPERITAN & KEPAYAHAN hasil kerja buat dan tindakan yang dilakukan pemimpin hari ini.

Baca dan selami isi hati mereka dengan hati yang terbuka....

- Admin Aku Peduli Apa @ APA

Saya menulis atas dasar semangat nasionalisme, atas semangat cintakan negara. Dan anak cucu kita berhak mendiami negara yang aman. Dan proses pengamanan negara adalah proses yang berterusan dan memerlukan kesinambungan. Dan proses ini perlu bermula dari sekarang!!

Kebijaksanaan warganegara secara tipikalnya diukur oleh masarakat luar melalui kebijaksanaan pemimpin negara. Kalau bodoh (atau buat-buat bodoh) seseorang pemimpin masyarakat, maka bodohlah warganegaranya kerana warganegaralah yang bertanggungjawab memilih pemimpin masyarakat. Kalau pemimpin hari ini menganggap persepsi masyarakat luar tiada impaknya terhadap struktur pentadbiran dan ekonomi negara langsung, tunggulah 20 - 30 tahun lagi. Pemimpin masa depan terpaksa berdepan sesama sendiri dan terpaksa menerangkan secara jelas yang itu bukan realitinya. Dan pada masa itu, pelabur luar atau pelancong luar sudah hilang selera untuk dilibatkan dengan negara yang masyarakatnya kurang bijak. Kalau kesiankan pemimpin masa depan (mungkin pemimpin sekarang dah selamat masuk kubur masa tu nanti), buatlah sesuatu sekarang!!

Kalau generasi muda disekat penglibatannya dalam arena politik kerana idea mereka adalah terlalu radikal atau terlalu ekstrem atau terlalu bercanggah dengan praktis politik pada zaman kini (yang diadaptasi daripada generasi sebelumnya), kita perlu risau yang negara kita berpontesi untuk mengalami "shocking transaction period" apabila generasi muda mengambil ambil tampuk pemerintahan negara satu hari nanti. Sebabnya, jika peluang peralihan atau "transition opportunity" tidak dimulakan dari sekarang dan apabila generasi sekarang mengambil alih sistem politik Malaysia, banyak idea yang dulunya disekat oleh generasi sebelumnya akan digunapakai secara terus menerus dan ini berkemungkinan mengejutkan masyarakat atau negara kerana proses ini berlaku secara "radikal" atau mungkin spontan.

Bagi mereka yang melihat politik dari luar, semua atau kebanyakannya menganggap politik itu kotor. Bagi mereka yang berada di sebelah dalam, mereka menganggap setiap tindak tanduk atau langkah yang diambil atas nama politik ada relevannya yang sendiri. Tapi kita perlu tahu, di mana majoriti berada, di dalam atau di luar? Sekiranya yang di luar tidak dibenarkan berada di dalam kerana terdapat percanggahan idea yang "radikal" atau yang di luar cuma dibenarkan untuk menetap di dalam dengan syarat praktis politik mereka juga hendaklah selaras dengan praktis politik yang sedia ada (yang majoriti menganggap ia kotor), kita khuatiri persepsi ini akan terus melekat dan akan timbul golongan yang langsung tidak mahu ambil peduli atau lebih dirisaukan akan muncul golongan yang ekstrim yang akan cuba membuat perubahan drastik atas dasar atau cara apa sekalipun (pernah dengar Bersih?). Saya pasti mereka yang berada di dalam menganggap mereka yang berada di luar itu daif atau naif tetapi pernah terfikir apa yang golongan luar ini mampu lakukan? Kalau cendiakawan dulu menganggap mata pena itu lagi besar bahayanya dari mata pedang, maka itu sebenarnya adalah ramalan untuk zaman kini. Kecuali, mata pena dah tak dipakai lagi, kita gantikan dengan hujung jari yang menaip di facebook, twitter, blog dan media elektronik lain.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini, tiba masanya untuk rombakan dibuat. Tak perlu secara ekstrim, asalkan ruang untuk perubahan ini disediakan secara perlahan-lahan. Generasi masa depan berhak untuk mewarisi negara yang aman, maju dan dikagumi sebagaimana yang diwarisi oleh generasi sekarang daripada generasi yang lepas. Tetapi pengorbanan perlu dimulakan dari sekarang dengan mengenepikan kepentingan peribadi atas dasar kepentingan negara. Kalau ramai yang masih menganggap praktis politik sekarang akan jadi relevan sepanjang zaman, fikirkanlah. Ada sebab mengapa Mesir dan Syria jatuh. Dan sebab ini belum tentu pernah diramalkan oleh pengamal politik terdahulu.

"Kalau ada satu perkara yang amalannya akan relevan sepanjang zaman, perubahanlah jawapannya!"

Biarlah tulisan kali pertama ni menjadi gambaran umum tentang persepsi masyarakat terhadap kewibawaan "negarawan" sekarang. Lain kali kita bincangkan lagi agenda spesifik masyarakat ke arah pengharmonian negara.


P/s: Rasa nak termuntah tulis formal macam ni. Tapi biarlah orang pembangkang tau, orang pro kerajaan ni intelek jugak orangnya, bukan mencarut je kita reti.

Oleh : Negarawan Cabuk

Ini sorang lagi Menteri Bongok dalam kabinet @NajibRazak


Macam perkara BONGOK yang dah disarankan oleh ramai menteri yang dilantik dalam kabinet DS Najib.

Ada yang suruh rakyat berhenti makan ayam dan makan bulu ayam sebagai ganti....

Ada yang suruh berhenti makan gula dan makan gula gula sebagai ganti...

Ada yang nak kondemkan kereta lebih 12 tahun dan suruh rakyat pakai Bently,Ferrari,BMW,Merc dan berbagai lagi kereta murah...

Dan terbaru...

Menteri Bongok kat atas ini suruh rakyat TADAH AIR HUJAN...

Aku dah tak reti nak kata apa bila dengar saranan saranan bebal dari orang yang bebal yang kita panggil menteri ini semua....

Public should use rainwater to clean toilet, car, says deputy minister - Bernama

Lepas ini sape pulak Menteri yang gatal otak nak buat kenyataan bebal?


Kenapa korang tak suruh je Rosmah naik Proton Perdana ikut jalan darat...


Dah terlalu banyak diperkatakan tentang Lawatan Rosmah ke Qatar baru baru ini,baik dari penggiat media pro-kerajaan apatahlagi yang pro-pakatan.Macam macam hujah dan macam macam fakta yang mereka bentangkan untuk MENGHARAMKAN penggunaan Jet Kerajaan Malaysia oleh Rosmah untuk lawatan itu,jadi aku tak mau nak ulas bab itu sebab semua dah diulas oleh semua Profesor Serba Tahu dari kedua belah pihak (kerajaan dan pembangkang) yang kerja mereka sejak azali lagi hanya untuk memerhati gerak geri Rosmah dan mencari KESALAHAN.

Pendekata,hidup mereka tidak akan aman dan tenteram kalau tak dapat cari kesalahan Rosmah.

Mungkin kita semua dah lupa yang strategi yang sama menyerang dan mencari kesalahan Rosmah dilakukan bertahun tahun sebelum PRU13.Segala galanya dalam poilitik negara seolah olah berkisar dan berputar diatas PAKSI ROSMAH,sehinggakan orang Umno penyokong kerajaan sendiri turut mempercayai yang FAKTOR ROSMAH bakal meruntuhkan Kerajaan Baraisan Nasional dan melenyapkan Umno.

Tapi bila keputusan PRU13 diketahui umum Mei lalu dan Pakatan Rakyat gagal merampas dan menumbangkan Kerajaan BN...tiba tiba nama ROSMAH MANSOR saperti dilupakan langsung.Tiada satu pun ANALISA/POST MOTERM yang dilakukan baik oleh pihak BN atau PR yang menyebut ROSMAH MANSOR ada memainkan apa apa peranan dalam pola pengundian dan keputusan PRU13 yang lalu..

Adehhhhh....

Untuk beberapa ketika (Mei hingga Oktober) tiada siapa yang ambil peduli apa yang Rosmah Mansor lakukan,seolah olah Malaysia telah/ingin melupakan Rosmah Mansor for good.

Tiba tiba hari ini semua "pemain kompang" kembali terpekik terlolong mengulang irama lama kompang yang pernah mereka palukan bertahun tahun tentang Rosmah.Tak cukup dengan mereka,sahabat sahabat satu kem penyokong kerajaan turut syok sendiri tumpang sekaki ntah atas motif apa pun aku tak pasti.

Kalau Pembangkang tu aku fahamlah dah memang "kerjaya" mereka membangkang apa saja yang melibatkan kerajaan.Yang aku tak faham kita pun duk syok tumpang sekaki nak ulang "kebodohan" yang sama 4 tahun lalu kerna "dibodohkan" untuk 4 tahun yang mendatang membicarakan dan mencari KESALAHAN ROSMAH MANSUR.Cucu aku kata.."Atok kalau kita buat perkara yang sama yang pernah kita lakukan sebelum ini,kita hampir pasti akan dapat keputusan yang sama.."

Itu cucu aku kata...

Jadi untuk KORANG tidak membuang masa berdebat ISU ROSMAH layak atau tak layak,membazir atau tidak membazir,baik di Parlimen atau di maya....apakata....,



KORANG SURUH JE ROSMAH MANSOR NAIK PROTON PERDANA EKSEKUTIF IKUT JALAN DARAT PERGI KE-QATAR ATAU KEMANA MANA SAJA PUN SELEPAS INI.

Tak perlu ambil kira status dia sebagai ISTERI PERDANA MENTERI kita...
Tak perlu ambil kira status KESELAMATAN isteri seorang Perdana Menteri

Sebab Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri "tiada nilai wang" jika nak dibandingkan pelancung Taiwan yang diculik oleh Kumpulan Abu Sayaf baru baru ini untuk mendedahkan dirinya dari diculik kumpulan ini mahupun kumpulan lain baik yang local mahupun antarabangsa.

Malaysia yang kuat berpegang kepada Agama Islam memang tiada musuh dikalangan pihak  YAHUDI atau musuh lain diseluruh dunia untuk memungkinkan "penerbangan komersil" yang ramai sarankan Rosmah gunakan demi penjimatan di HIJACK oleh anasir ini untuk apa tujuan sekali pun.

Dah alang alang korang rasa tak perlu isteri Perdana Menteri kita jaga imej dan status suami serta Kerajaan Malaysia dan keselamatan dirinya sendiri,suruh je Rosmah Mansur ikut jalan darat bila dia perlu menghadirkan diri untuk apa jua UNDANGAN KERAJAAN LUAR NEGARA.

Baru korang puas hati kot...???

P/S : Toksah duk kalut lah nak banding Rosmah dengan isteri isteri PM sebelum ini!Dah dia suka melibatkan diri dalam aktiviti sosial kemasyarakatan..biaqpi la dia.Isteri korang semua sama ke perangai dengan isteri isteri jiran sebelah rumah korang atau isteri isteri sahabat korang?

Aku siyes ni...mana 30 ribu kesatria tu @Khairykj ?


Lu nak marah gua ke...Exco Exco lu nak mengamuk ke,itu lu orang punya pasal.Tapi lu kena ingat Bro gua sokong lu giler masa Pemilihan Umno baru lepas.Sampai rapat orang kutuk gua kerana promo lu kat blog gua sebab sebelum tu teruk lu dengan pak mertua lu gua balun.Tapi....

Tidak beerti gua tak boleh dan takkan balun lu!

Lagipun sokongan gua pada lu sebagai Ketua Pemuda masa itu sebab tak ada orang yang lebih layak yang menawarkan diri untuk jawatan itu kecuali seorang mamat poyo yang bila dia telanjang depan cermin dia tak nampak diri dia tapi dia nampak Bratt Pit dalam cermin tu.Jadi kalau kalah pun memang gua tak terkezut pun..

Lagipun bukan lu ada bagi gua 5 sen promo lu dan bila jumpa pun bukan ada ucapan terima kasih yang tak perlu lu dibayar yang lu ucapkan pada gua?

Jadi kalau gua sokong lu sebelum ini,apa salahnya gua balun lu pulak bila lu leka tak buat kerja betul?Salah ke kalau lu kena balun pasal terkinja kinja duk SHOUT sana SHOUT sini?Salah ke lu kena balun kalau tergedik gedik gila nak jadi pelakon?

Lu lupa ke yang lu tu MENTERI dan Ketua Pemuda Umno Malaysia?

Lu tak malu ke MARUAH PEMUDA UMNO tercabar dan tercalar di PRK Sg,Limau sebab lu orang semua anggap datang kesana macam pergi "makan angin" kejar itik dalam sawah?

Maruah ahli Puteri tercalar koyak rabak,mata Wanita Umno lebam kena balun.Lu orang yang rasa macam KESATRIA ini dimana masa tu?

So agak agak lah bro...

Tak ada maknanya RETORIK lu pasal mendekati golongan muda selama ini bro?

Fikir fikirkan...

Rasanya aku nak kena mintak maaf dengan @Khairykj....


Aku rasa aku kena minta maaf kepada Khairy Jamaluddin kerana selama ini aku duk balun dia siang dan malam kerana aku ingat dia memang Ketua Pemuda Umno Malaysia.Rupa rupanya tidak...

Rupa rupanya Khairy cuma PELAKON yang hanya melakonkan watak "Ketua Pemuda Umno" bukan real pun,sebab itulah Pemuda Umno dibawah "lakonan" Khairy terus lesu,kaku dan bisu tidak saperti yang diharapkan.Siyes aku cakap...aku betul betul terpedaya dengan "lakonan" Khairy  yang begitu menjiwai watak "Ketua Pemuda" sehinggakan aku mati mati ingat dia KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA..

KhairyJ

Dulu bila dia berlakon video pendek 15Malaysia aku ingat dia suka suka saja...Pastu keluar lak gambar gambar dia menghiasi kulit beberapa Majalah terkenal lagak seorang artis,itupun aku ingat dia suka suka...kemudian dia dengan bini dia duk buat catwalk memperagakan feshen diatas pentas pun aku ingat dia suka suka saja...dan baru ni dia menang lak anugerah terlalak terlolong yang sepatutnya hanya melibatkan golongan ARTIS dan bukan MENTERI dalam SHOUT pun aku masih ingat dia suka suka..TAPI....,


Bila keluar pulak pulak kat tweeter dia yang dia sekali berlakon untuk Astro First Chanel 480 kisah Inspektor Mastura Ikal Mayang : Telling Women Stories...aku rasa dia ni bukan suka suka lagi tapi siyes punya PELAKON.Adussss !!!!

Apa pasal lah aku tak boleh nampak yang selama ini Khairy Jamaluddin ini sebenarnya seorang artis dan pelakon dan bukanlah AHLI POLITIK tulen yang boleh diharap untuk mengepalai sayap Umno segah Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang menjadi TUNJANG kekuatan Umno selama ini.Rupa rupanya dia hanya "melakonkan" watak Ketua Pemuda Umno dan bukannya real pun..Patutlah dalam banyak ISU yang Ketua Pemuda patut kehadapan membela dia buat bodohhhh jer...rupanya tak ada dalam SKRIP yang dia patut lakunkan.

Ini semua membuat aku berfikir..."Jika dah Ketuanya pelakon,apa status Exco Exco yang duduk dibawah dia pulak...."?Takkan mereka turut menjadi "Pelakon Extra" pak pacak tukang pegang tombak?Ish ish....selisih malaikat 44..jangan sampai sindrom glamour gila berlakon ini menjangkiti mereka semua...

TAPI AKU RASA TIDAK...sebab Exco Exco yang baru terpilih rasa aku semuanya bukan golongan artis atau pelakon macam boss mereka Khairy...bukan begitu saudara saudara?

Jadi ada eluk juga kalau korang tenguk tengukan sikit BOSS korang tu jangan sampai dia overacting sampai buat rakyat tenguk naik meluat dan benci.Kalau korang tenguk dia lain macam jer dah tak boleh nak kawal,hantar je kat Mejar David Teoh atau Datuk Yusuff Haslam habis cerita...

JADI AKU NAK MINTA MAAF KEPADA KHAIRY JAMALUDDIN SEBAB BALUN DIA SELAMA INI SEDANGKAN DIA HANYALAH PELAKON.


Ntah ntah T.Mohan Ketua Pemuda MIC yang Khairy sokong ini pun pelakon macam dia jugak anak didik Sivaji The Boss.Sebab itu dalam Isu Jhonny Walker Shrine Jln P.ramlee dia
terlalak terlolong bagi WARNING kat Umno Khairy diam aje....

Permohonan bekas pengarah NFC batal tuduhan pecah amanah ditolak


Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail untuk membatalkan tuduhan pecah amanah jenayah yang dikenakan terhadapnya.

Mohamed Salleh adalah suami kepada ahli politik terkenal yang juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Hakim Norsharidah Awang berkata, permohonan itu dinafikan berikutan mahkamah mendapati tiada kecacatan terhadap pendakwaan dan ada kes itu mempunyai asas untuk didengar dalam perbicaraan.

Peguam Harjinder Singh mewakili Mohamed Salleh bagi pihak peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.

Pendakwaan diketuai Dzulkifli Ahmad.

Mohamed Salleh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan pecah amanah jenayah dan melanggar Akta Syarikat berkaitan dana persekutuan RM49 juta yang diberikan kepada NFCorp pada 12 Mac tahun lalu.

Tertuduh berusia 64 tahun itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah berkenaan dan dua lagi dakwaan di bawah Akta Syarikat.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohamed Salleh selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium ‘One Menerung’ di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no. 56454 di Mukim Kuala Lumpur.

Kesalahan itu dilakukan antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 November 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.

Kedua-dua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 409, Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara sekurang-kurangnya dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh didenda.

Mohamad Salleh juga didakwa tanpa kebenaran mesyuarat agung menggunakan harta syarikat untuk membiayai sebahagian daripada pembelian dua unit kondominium tersebut, mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000.


-The Malaysian Insider
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/permohonan-bekas-pengarah-nfc-batal-tuduhan-pecah-amanah-ditolak

@Tengkuadnanreal DBKL Jamin Kadar Cukai Pintu Tidak Beban Rakyat


KUALA LUMPUR, 21 Nov - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memastikan kadar baharu cukai pintu yang akan dikenakan tidak akan membebankan mana-mana pihak.

Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media selepas mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

"Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin ke atas kesejahteraan rakyat, pihak saya dan DBKL akan memastikan cukai pintu yang baharu ini tidak membebankan mana-mana pihak, tetapi rakyat perlu faham kenaikan ini adalah untuk kebaikan semua pihak," katanya.

Pada mesyuarat itu semua ahli parlimen dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang hadir telah bersetuju dengan tindakan DBKL menaikkan kadar cukai pintu pada tahun hadapan. Bagaimanapun mereka menegaskan kenaikan itu mestilah tidak membebankan.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusop.

Menurut Tengku Adnan, tindakan menaikkan cukai pintu pada tahun hadapan adalah kerana DBKL memerlukan lebih banyak dana bagi tujuan pembangunan dan penyelengaraan infrastruktur jalan dan bangunan selain kemudahan-kemudahan awam lain di ibu kota.

"DBKL tidak boleh terlalu bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan pusat sepenuhnya kerana kerajaan pusat mempunyai pelbagai lagi komitmen yang perlu diberi keutamaan, selain itu sebagai sebuah kerajaan tempatan, DBKL perlu menjana sendiri dana bagi kegunaannya," katanya.

Selain itu Tengku Adnan juga meminta sesiapa yang tidak bersetuju untuk mengemukakan bantahan mereka kepada DBKL sebelum 17 Dis ini dan bantahan akan diteliti oleh panel yang dilantik oleh DBKL.

Sehingga hari ini DBKL telah menerima sebanyak 2,500 bantahan.



















Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts