Aku dan Bro Azry
Tengahari tadi aku diajak oleh Bro Azry Malay Rights untuk pergi berjumpa Dato Raof SUK Umno di PWTC untuk berbincang tentang isu yang kami bangkitkan beberapa hari ini berhubung akses Pas Media PAU 2013 yang dikeluarkan untuk Media Cyber.Bukan sahaja permasaalahan kami yang telah diberikan Pas Media ini yang dibincangkan bahkan Sdra Azry turut menyuarakan masaalah yang bakal dihadapi oleh sahabat sahabat blogger,facebooker dan tweeter yang memang tiada diberikan Pas Media untuk memasuki Laman Media sama ada mereka dari luar mahupun yang berdekatan tempat bersidang.
Dato Raof ini nampak saja macam garang tapi dia ok dan sporting..
dan jenis mahu mendengar permasaalahan.
Perbincangan panjang lebar antara Azry dan Dato Raof yang ada masanya panas dan ada masanya dipenuhi ketawa gelihati penuh sindiran akhirnya membuahkan hasil,walaupun tidaklah saperti yang kami harapkan (berhubung akses ke Dewan Merdeka) tapi PUJIAN DAN TERIMA KASIH harus diberikan kepada Dato Raof yang sudi mengwujudkan satu mekanisma ad-hoc semata mata untuk memudahkan keluarga besar Media Cyber yang tiada mempunyai pas agar boleh akses ke Laman Media untuk menggunakan kemudahan yang sama yang diberikan kepada Media Cetak dan Media Elektronik yang memang dah establish tanpa diskriminasi.Bahkan KITA boleh berbangga kerana disediakan satu ruang (workstation) yang boleh menempatkan diantara 35-40 orang pada satu satu masa dengan selesa.Ada beberapa lagi perkara yang kami bangkitkan (Azry dan APA) sebelum ini yang turut diberikan perhatian dan diubahsuai,tapi rasanya tak perlulah aku jelaskan disini.
Setelah kata sepakat diperolehi...
Cuma masaalah "akses ke Dewan Merdeka" yang kekal saperti sebelum ini dan tidak berubah.Dato Raof menerangkan dengan panjang lebar kepada KAMI akan kengkangan yang dihadapi pihak Urusetia berhubung aspek ruang dan hanya meluluskan 1700px dari 2500px yang memohon untuk berada dalam Dewan Merdeka kali ini.Pun begitu,KITA tetap bebas mendapatkan apa saja bahan yang diperlukan(gambar dan video) dari Media Umno yang berada di Laman Media sepanjang persidangan berlangsung untuk tujuan update platform media masing masing,disamping Aras 6 (bahagian pemerhati)Dewan Merdeka menyediakan 150 tempat duduk on first come first serve basis.Jadi kepada ANDA yang nak sangat berada dalam Dewan Merdeka mengikuti persidangan...rajin rajinlah bangun pagi dan datang awal sebelum kehabisan tempat...
Ini "RUMAH" kita sepanjang persidangan...Siap ada kunci lagi...
Ruang untuk Akhbar pun tidak berkunci...he he
Akhir bicara,aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato Raof yang masih memberi ruang kepada KAMI untuk berbincang walaupun dia sibuk giler dengan persiapan terakhir menjelang lusa.Bukan setakat berbincang bahkah menyediakan "mekanisme" untuk kemudahan para penggiat media cyber.Terima kasih dan tahniah juga harus diberikan kepada Bro Azry kerana sanggup bertegang urat mempertahankan "keluarga kita" atas semangat Brotherhood dan membelakangkan kepentingan peribadi beliau sendiri (itu biar aku,Azry dan Dato Raof sahaja yang tahu).
ARIOS.
P/S : Kepada para sahabat yang tidak mempunyai Pas Media dan ingin masuk ke Laman Media bila sidang bermula harap cari aku kat Riverside Restaurant kerana aku akan selalu berada disana.Aku akan tunjukan "petugas petugas kita" untuk anda berurusan.
"Pas Masuk" adalah dalam bentuk sticker yang akan diberikan setiap hari dengan berlainan WARNA sehingga hari terakhir.Ini bermakna "sticker" hanya boleh digunakan pada hari itu sahaja dan esuknya kena dapatkan sticker yang baru.Harap maklum
0 comments:
Post a Comment