"Instagram Addict" Pengerusi UMB (Biro Media Baru) @Khairykj yang baru...kah kah kah
Aku tak kenal sape mamat Pengerusi baru UMB atau Biro Media Baru (nama baru penjenamaan semula UMB) yang baru dilantik KJ semalam dalam "upgrading"nya tapi aku difahamkan ramai sahabat bloggers,dia ini hampeh bila bercakap pasal media sosial.Dia ada semua semua platform media sosial,tapi yang "hidup" cuma Instagram dia saja,yang lain semuanya "mati".
Aku tak tahu atas rasional apa Khairy melantik seorang Exco saperti Ibdillah Ishak ini untuk mengepalai Biro Media Baru (UMB nama dulu) yang merupakan salah satu Jentera Siber yang penting dan berkesan sebelum ini dibawah seliaan Tun Faisal Ismail Aziz,sedangkan ada ramai lagi yang aku rasa lebih berkelayakan.
Nota : Kepada Bro Ibdillah Ishak jangan marah ya aku siarkan gambar gambar lu dan family yang memang dah ada dialam maya dalam berbagai paltform yang lu sendiri post,kerana inilah sebahagian risiko yang lu kena tempuh bila dah setuju nak jadi "Kepala Siber Pemuda" dan akan ada banyak lagi cabaran yang bakal mendatang terutama dari pihak pembangkang bila menjelang PRU14 nanti.
Jangan menangis ngadu kat Omak dah...
Tun Faisal bekas Pengerusi UMB yang terpaksa meninggalkan kepimpinan UMB
atas faktor kelayakan umur dalam sayap Pemuda Umno...
P/S : Tapi aku tak pasti pengumuman Khairy kelmarin "real" ke atau sekadar "lakonan"?Sebab mamat ini dah buat aku confused...tak tahu bila real dan bila dia hanya berlakon....kih kih kih.
0 comments:
Post a Comment