"Endless Possibilities"...@NajibRazak baik tukar je slogan lain...


Setiap kali nak menjelang Hari Kemerdekaan pasti ada perdebatan umum sama ada mengenai logo atau slogan.Tahun sudah logo Hari Kemerdekaan hasil idea budak budak Tadika Kemas menjadi perdebatan dan hari ini slogan Endless Possibilities pula panas dibahaskan.Walaupun slogan ini bukanlah slogan Hari Kemerdekaan dan ianya lebih merupakan promosi Kementerian Pelencungan dan Menteri Pelencungannya Nazri Aziz,tapi timing ianya dihebuhkan dalam Bulan Kemerdekaan mencetuskan polimik tak pasal pasal,apatahlagi slogan yang sama yang digunakan Israel untuk tujuan kementerian pelancungan mereka.


Berbondon bondon bloggers tampil kedepan cuba membela kerajaan @NajibRazak yang dikatakan yang mula mula mengumumkan slogan ini di Davos semasa World Economic Forum bulan Januari lalu dan bukan diciplak dari Israel.Oklah betul lah tu ISRAEL TIRU SLOGAN MALAYSIA...so what?Kalau dah tahu Israel ciplak slogan itu dari Malaysia yang masih nak gunakan slogan tu menatang apa???Bodoh piang betul tukang fikir PM ni !!!

Apa dalam dunia ini dah kurang pembendaharaan kata ke,sampai dah tak boleh nak fikirkan slogan lain agar tak mencetuskan polimik bila slogan yang sama dah diumumkan Israel?

Mungkin kerajaan atau PUNAHsihat KERAjaan akan jawap KAMI dah buat macam macam barangan cenderahati (contoh imej kat atas) yang berkaitan slogan ini dengan belanja puluhan juta RM takkan nak membazir?

Aku jawap...apa masaalah..

Jabatan Bengkok dibatalkan pun ada kontraktor dapat pampasan ratusan juta RM,Projek Double Tracking dibatalkan pun ada yang untung ratusan juta RM,jadi apa masaalahnya..PENDEKata dalam negara Malaysia Boleh ini semua yang tak boleh dibolehkan janji ada yang untung.So,jangan korang buat buat panik monyet kalau slogan ini kelak ditukarkan kepada yang lain sebab korang TAKKAN RUGI punya.Korang boleh dapat kontrak buat cenderahati yang baru dan dalam masa yang sama claim untuk yang dah dibuat ini.Ada rugi???,yang rugi KAMI (rakyat) yang terpaksa jadi tukang dengar temberang korang.Lagipun dalam sejarah Malaysia Boleh mana ada ahli keluarga,kroni pemimpin apatah lagi Perdana Menteri pernah rugi bila berniaga??Semua untung,untung,untung...tiada yang untung kecuali untung walaupun tak tahu berniaga.

Lagi satu...

Betul ke slogan Endless Possibilities ini ORI hasil perahan otak Punahsihat Punahsihat Najib?

Tunggu jangan jawap dulu...fikir sekejap..

Jangan nampak bodoh macam sebelum ini dalam cubaan nak membela/membodek Najib tanpa buat research,kemudian ada hati nak sekolahkan bloggers yang balun isu ini.Cuba korang tenguk printscreen ini dan fikir fikirkan...


Warna logo Endless Possibilities Malaysia dengan Mongolia nak seakan sama kan?
Mogolia lagi..?



Tenguk lak tarikh video diatas di upload ke Youtube..
Malaysia dulu ke Mongolia dulu..?

Bila dah boleh berfikir dengan betul baca lak apakata Jebat Must Die...keh keh keh.

P/S : Suratan atau kebetulan kementerian Menteri Jutawan Nazri Aziz yang duk promo slogan ini.Kena sangatlah pairing tu kan?..Kah kah kah.



6 comments:

Otak geliga said...

hahahaha....huahuahua.....wakakakaka....makin dijawab, makin teruk jadinya....mmg betul2 endless possibilities....jawab salah, tak jawab salah....amek kaw!!!

SATUUUUU......MALAYSIAAAAA!!!!!!!
DUAAAAAA......MONGOLIAAAAA!!!!!!!

Anonymous said...

Memang tepat lah slogan ini dengan apa yang boleh jadi kat Malaysia, semuanya "possible". Dah bunuh orang lepas tu mahkamah kata tak bersalah boleh, kalau buat salah dan tak payah didawa boleh, nak kaya secara rasuah boleh, tipu sana sini boleh, nak buat rumah tak payah buat paln boleh, kontraktor buat staduim lepas tu runtuh boleh, kawin 4 boleh, kawin perempuan bawah umur boleh, macam-macam bileh lah. Yang tak boleh dibuat di Malaysia ni hanya dah mati tak boleh dihidup semula.
Slogan ni memang dah jsdi ejekan oleh luar yang datang kat negara kita. Sampai orang Bangaladesh pun pandai perli, mereke kata kat Malaysia memang senang nak buat apa apa. Buat salah pun tak apa mesti boleh lepas punya.

So siapa yang buat keputusan menerima sloga ini, memang tak fikir habis habis. Ianya memamalukan kita saja, kerana ianya mengambarkan keadaan perangai buruk orang kat negeri ini aia itu dari pemerintah yang tertinggi hingga lah orang bawahan.

Anonymous said...

Shadow Banker said...


I just commended you for your good work and now you ruin it with this nonsensical piece.

The PM's advisers are the "Advisers to the Prime Minister of Malaysia." Sorry to say, they are not bloggers, or banker pencen or Perkasa committee members. I repeat, they have been specially selected to advise the Number One Person in the Country. This is their day to day job and they are very smart, with overseas education, impeccable pedigree and skilful in handling media matters.

And I think you have done them a disservice by oversimplifying a complicated strategy to simple sound bites like "Play down the issue." No it is much more sophisticated which I will not care to reveal to the whole world.

The last is this jealously I see beginning to stir among bloggers. I mean if you want money, then go into business and do a real job. If not, stop complaining and please learn to be thankful

And if it comes to chosing between the "blogges syiok sendiri" and trained professionals, I think Dato Seri is not at all confused.

Lastly, you want to support the PM, then support the PM. You want to fight the PM, then fight the PM. We are not afraid.

Sang Sa Purba said...

Sebgai rakyat malsia, rasa malu di sanubari kerana punyai pemimpin yg lembik, lemah dan kurang cerdik. Bahasa kasarnya bebal. Terlalu mendengar budak hingusan yg menjadi penasihat yg melingkupkn bangsa & negara. Omar ong dll dibiarkn bebas dan ambik kesempatan mengaut untung. Lihat bagaimana gelap masa depan felda yg kian gelap setelah fgv disenaraikan. Omar ong & taukeh cimb serta kerabat2 jugak yg untung sekelip mata mendapt pink form, konsultan fee ( ethos cons ), advisor dll dari penyenraian fgv. Day light robbery...harta felda digadai dan felda dipimpin mantan perasuah yg tak pernah taubat..

Anonymous said...

La mat saleh maner plak nie.spesis makan belacan rasa keju.pungkok hitam jika dicat putih pun orang tau woi.kih.kih.kih.

Anonymous said...

Slogan slogan yg memualkan lagi meloyakan.

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts