Macam beberapa artikel yang pernah aku keluarkan sebelum ini,persoalannya tetap sama...
MANA BLOGGERS NAJIB RAZAK?
Aku ingat dah boleh berhenti bertanya soalan ini bila bloggers yang gila sakan menyerang Allies Nor dah berhenti menyerang beliau,walaupun mereka tak berani nak menyerang PAYMASTER mereka Zin Badak aka Zuraidah aka Pak Lampir.Paling tidak pun Bloggers Zuraidah ini kehadapan membela boss besar mereka @NajibRazak dari asakan tak berhenti oleh berbagai pihak memandangkan mereka dah DIBAYAR LUMAYAN oleh Umno dan berbagai lagi agensi termasuk beberapa orang pemimpin tertentu walaupun "hasil kerja" mereka macam HARAMJA.Contohnya apa yang ditulis Blogger Brader Jai tentang bloggers tersohor Gerakan Anti PKR atau GAP disini.
Bukan GAP saja yang boleh dianggap "makan gaji buta" dengan Umno Selangor,Another Brick In The Wall satu lagi nama besar blogger pro Umno pun tumpang "makan gaji buta" dari sumber yang sama.Paling memeranjatkan blogger APANAMA aka firdiefire yang dikatakan juga blogger @hishammuddinH20 dibayar sangat lumayan hanya dengan 1 artikel sahaja (imej dibawah) sepanjang tempuh 21 April-5Mei.Ini belum campur elaun 10K sebulan yang dikatakan dibayar BTN secara tetap dan elaun elaun lain dimana nama dia disenaraikan dalam senarai Umno merata negeri.
Aku keluarkan "fakta" diatas bukan atas sebab iri hati aku atas apa habuan yang mereka semua dapat sebelum dan sewaktu kempen PRU13,tapi bila aku mula mula menyiarkan imej blogger zuraidah dan bloggers nizam tempohari,aku menerima panggilan dari beberapa NAMA BESAR BLOGGERS yang ingin tahu sama ada nama mereka ada tersenarai dalam senarai itu.Bila mengetahui nama mereka memang tersenarai ada yang melenting kemarahan kerana dikatakan tidak tahu menahu akan penyenaraian itu dan TIDAK ADA MENERIMA apa apa imbuhan apa sekali pun.
Jadi kepada sahabat sahabat bloggers yang aku sebutkan diatas JIKA anda tiada kena mengena dengan Senarai Z atau N Umno Selangor sila perjelaskan kenapa nama anda berada dalam senarai itu.Adakah anda "mangsa liwat" mereka yang menjaja nama bloggers demi peruntukan yang disediakan Umno sebelum dan sewaktu PRU13 berlangsung.
Hari ini aku melihat bloggers BLOGHOUSE sudah membuka langkah untuk pencak silat yang dah pernah aku tulis sebelum ini.Blogger Syed Akbar Ali aka OutSyedTheBox dah memulakan POLL bertanyakan "Apakah Dato Seri Najib Tun Razak harus kekal sebagai presiden parti Umno?"....soalan poyo yang nampak macam innocent je tapi bermotifkan agenda besar Tun M.Akan ada banyak lagi gerakan yang bakal dilakukan oleh kumpulan elit ini jika korang rajin memerhatikan...sambil bloggers jalanan yang tak tahu apa apa akan terlibat sama tanpa menyedari mereka diperkudakan secara PERCUMA oleh kumpulan elit ini.
Sementara itu @NajibRazak terus dengan sikap "biul" dia,terus menghargai dan reward pihak pihak yang sedang menikam dan bakal menikam dirinya.Sama @NajibRazak memang biul poyo atau dia memang tahu game diaorang ini semua aku tak pasti,tapi yang aku pasti Najib GAGAL melihat ada kumpulan bloggers yang memang berdiri teguh mempertahan beliau sekian lama.Kumpulan bloggers mana aku dah malas nak cakap sebab tak ada makna pun cuba menyedarkan Najib...lebih baik aku bercakap dengan dinding sebab ada gak pantulan suara walaupun tiada nyawa...
Kepada hampir 20 nama lagi yang ada dalam SENARAI Z& N yang belum aku dedahkan setakat ini,ketahuilah aku sedang memerhatikan gerak-kerja korang semua.Apa saja yang aku lihat saperti ada yang tidak kena pasti mengundang nama anda naik kedalam carta diblog ini...
0 comments:
Post a Comment