You came from no where brother...
Dont you know that?
UPSR adalah singkatan kepada Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang biasanya diduduki oleh murid murid tahun 5.Masa aku di darjah 5 dulu pencapaian Ujian Penilaian (masa itu tidak dipanggil UPSR) aku adalah 5A dan ini melayakan aku masuk kesekolah asrama penuh Maktab Rendah Sains Mara yang diperkenalkan untuk pertama kalinya pada tahun itu.Sayang sekali sebab keinginan untuk terus membantu menambah pendapatan keluarga aku yang memang susah dengan menjual kuih maka tawaran untuk menjadi batch pertama MRSM terpaksa aku tolak,maka pilihan seterusnya adalah St.John's Institution di Kuala Lumpur.
Kenapa aku mulakan artikel ini dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah?
Sebab bila bercerita bab PENILAIAN ini @NajibRazak gagal maksima.Dia gagal menilai karektor dan prestasi seseorang sehingga membawa masuk "PENGKHIANAT PARTI" kedalam pejabatnya dan diberi jawatan sebagai seorang SUPOL (Setiausaha Politik),satu jawatan yang amat penting kerana ianya adalah "perlambangan" Najib sendiri sebagai seorang ahli politik apatahlagi sebagai seorang Perdana Menteri.
Apakah "takrifan" "PENGKHIANAT PARTI" saperti yang pernah diwawarkan Najib sendiri sejurus selepas mengumumkan senarai calun calun Umno untuk PRU13?
"Pengkhianat Parti" adalah ahli Umno yang menentang aspirasi dan kehendak Presiden Umno dengan..
1. Mensabotaj calun parti sama ada secara terang atau secara senyap.
2.Enggan/tidak turun berkempen untuk calun yang dipilih pucuk pimpinan saperti yang dikehendaki sepanjang tempuh berkempen.
Untuk dua KATEGORI diatas Datuk Khairun Aseh bukan sahaja HILANG sewaktu 2 minggu tempuh berkempen untuk Datuk Tengku Adnan Tengku Mansur untuk P 125 Putrajaya bahkan dia memang tidak pernah aktif (hilang)selama lebih 4 tahun dan ini boleh disahkan oleh ramai ahli Umno Bahagian Putrajaya.Lebih memalukan lagi bila Khairun Aseh merupakan ahli cawangan dimana Datuk Tengku Adnan Tengku Mansur adalah ketuanya.Apakah tindakan Khairun Aseh tidak bersama berkempen sepanjang 2 minggu kempen PRU13 tidak melayakan beliau digelar "Pengkhianat Parti"?
Persoalannya...
Kayu ukur apa yang digunapakai Najib Razak melantik seorang yang amat jelas "SPESIS PENGKHIANAT PARTI" kejawatan sepenting Setiausaha Politik (SUPOL) beliau baru baru ini?
Apakah kelulusan UJIAN PENILAIAN Najib sewaktu didarjah 5 dahulu?
Tunggu pendedahan seterusnya tentang "PENGKHIANAT PARTI" bernama Datuk Khairun Aseh ini di episod yang akan datang....
Takrif "khianat" saperti yang diputuskan perwakilan PAU2012
dan dilaporkan Utusan Online 03/12/2012
http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umno&y=2012&dt=1203&pub=umno&sec=Rencana&pg=ru_05.htm
P/S : Jadi kalau ada yang terasa nak menyaman APA sila baca artikel Utusan Online ini sehingga habis kerana banyak lagi kategori yang melayakan anda memakai title "Pengkhianat" ini.Tapi kalau nak saman pun samanlah....Aku Peduli Apa.Kah kah kah..
0 comments:
Post a Comment