Berakhirnya Era Anak Bangsawan...?


Seseorang pernah memberitahu saya, pada zaman ekonomi Malaysia sedang berkembang pesat iaitu tahun 1990an, semua orang merasakan mereka pandai berniaga, pandai main saham dan semuanya tokoh korporat. Usahawan sejati akan berjaya tidak mengira zaman, malah mereka lebih berjaya setelah mengharungi kepayahan. 


Melayu yang berjaya pada zaman itu merasakan mereka bijak sedangkan pada zaman itu 'even monkeys can make money.' Beli saham apa saja, ia akan tetap naik. Sebenarnya yang dikatakan kejayaan pada masa itu hanya trend yang kebetulan segalanya 'bullish'. Warren Buffet tetap boleh buat duit walaupun trend market bearish.


Begitu juga dengan kepimpinan. Ketika segalanya aman, stabil dan tenang, semua orang boleh menjadi pemimpin. Anak bangsawan yang hidup terpisah dari rakyat jelata, tidak pernah merasa kepayahan rakyat biasa yang membanting tulang juga boleh memimpin rakyatnya yang susah. 

Mereka sendiri tidak dapat menjiwai kesusahan rakyatnya. Gautama Buddha yang asalnya seorang putera raja pun terpaksa keluar dari istana untuk memahami kesengsaraan rakyat biasa diluar tembok istana bapanya. Dalam zaman aman, pemimpin anak bangsawan atau elit pemerintah ini disanjung. Kononnya menurut istilah British 'good breed', mengikut istilah Amerika 'high class.'

Sekarang rakyat susah. Harga barang naik. Pendidikan kebanyakkan pinjaman. Belum graduate, graduan kita sudah ada liabiliti. Kerja susah. Inflasi lagi. Rumah juga makin mahal. Semua ini tidak pernah dirasai oleh anak menteri atau anak perdana menteri.


Mereka lahir dengan 'silver spoon.' Lahir saja sudah ada orang gaji, butler, driver dan sebagainya. Benarkah mereka faham ada rakyat yang tidak mampu membayar yuran PIBG sebanyak RM 30? Benarkah mereka tahu harga sayuran di pasar, harga beras dan keperluan harian naik?

Jika mereka - anak bangsawan - tidak pernah merasa susah, tidak pernah berjuang untuk senang, bagaimana kita mengharapkan mereka menjadi fighter? Yang tinggal hanya Amaran.

Kemewahan memang merosakkan. Revolusi Perancis telah menghapuskan golongan bangsawan dan memberi peluang kepada rakyat biasa naik kerana merit, bukan keturunan.

Adakah politik Malaysia juga menuju ke arah revolusi a'la Revolusi Perancis? 


Terbukti dizaman huru hara, anak para bangsawan hanya sitting duck. Kita mahu pemimpin yang fighter dan bukan lembik. Mereka tidak akan datang dari kayangan. Mereka akan terbit dari kalangan 'kita-kita' yang marhein.

Kita sedang menunggu kehadiran seorang Ken Arok dari Tumapel.

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts