"Wa lapar beb..lepas pru "Tuan" gua buang gua tak bagi makan lagi..."
Nota: Bagi tujuan artikel ini aku mengubah semua terma untuk menyesuaikannya dengan tajuk 'Hantu' yang aku gunakan untuk artikel ini.
Hantu Raya,Polong,Pelesit...merujuk kepada Blogger,Facebooker dan Tweeter
Rumah Hantu...merujuk kepada sesuatu kumpulan tertentu
Pulut kuning,ayam golek dan bertih...merujuk kepada DANA dan ganjaran wang
Mbah Dukun...merujuk kepada pemimpin Umno diperingkat pusat atau negeri
Pawang Diraja...merujuk kepada Perdana Menteri.
**************************************
Haritu aku ditanya oleh seorang pembaca blog politik yang kebetulan merupakan pelanggan tetap cafe tempat aku melepak dan berkarya.Soalan dia...
"Kenapa kebelakangan ini bloggers pro-Umno dilihat ghairah menyerang pemimpin sendiri atau penasihat pemimpin tertentu..?"
Aku jawap sambil ketawa,"Ini musim polong,pelesit,hanturaya dll mengamuk sebab tak dibagi makan.."
Dia nampak macam blurr dengan jawapan aku tu tapi angguk buat buat macam faham.Apa yang dia faham aku pun tak pasti sebab dia pun tak minta pencerahan selepas dengar jawapan aku itu dan terus beredar dari meja tempat aku parking.Jadi untuk pencerahan selanjutnya kerana aku pasti dia salah seorang yang tak pernah miss baca blog aku maka aku panjangkan disini jawapan aku dari kacamata aku melihat apa yang berlaku sebelum dan selepas PRU13.
Dua tahun sebelum PRU adalah waktu "puncak" dimana semua penggiat media sosial (baca hantu) diangkat dan ditatang dan diberi pengiktirafan oleh Umno dan Pemimpinnya (baca Pawang DiRaja dan Mbah Dukun).Berserta dengan pengiktirafan itu,turut menyusul adalah ganjaran berupa wang ringgit sama ada dalam bentuk Dana Berkumpulan atau pun Perseorangan (baca pulut kuning,ayam golek dan bertih).Setiap Individu atau Kumpulan (baca rumah hantu) hantu yang mencapai KPI yang ditetapkan akan diberi ganjaran,sama ada terus dari Mbah Dukun ataupun disalurkan ke Rumah Rumah Hantu tempat tinggal mereka.
Untuk pengetahuan pembaca Hantu Hantu ini telah lama wujud,lama sebelum mereka dikenalpasti dan diperlukan serta diberi pengiktirafan dan ganjaran oleh Mbah Mbah Dukun untuk menjayakan misi Mbah Dukun dan visi Pawang Diraja demi mengekalkan keampuhan kuasa mistik mereka serta membunuh musuh musuh mereka dengan menggunakan hantu hantu ini.
Sebelum ini hampir kesemua hantu hantu ini tergolong dalam jenis "Hantu Tak Bertuan" lantas mereka BEBAS menggigit tengkuk siapa juga yang mereka fikir nak gigit tanpa perlu terikat dengan "perintah dan arahan" sesiapa.Golongan "Hantu Tak Bertuan" ini ada yang besar dan hebat lagi ganas dan ada yang kecil kemetot tapi tetap berbisa.Memandangkan tiada SOP tertentu yang perlu dipatuhi maka ikut suka emak bapak kamilah(he he..aku pun hantu juga rupanya) nak tokak leher siapa..heeee heeeee heeeee.
Pendekan cerita...
Maka dua tahun sebelum PRU13 hampir semua hantu hantu ini dapat bertuankan Mbah Mbah Dukun merata negeri.Kebanyakan hantu ini berkumpulan dalam satu Rumah Hantu tapi ada juga spesis HANTU-RAYA yang tak mahu tinggal serumah dengan hantu lain dan mengaku dia/mereka "hantu bebas tak bertuan"... ada gak spesis hantu macam ini?Walaupun Mbah Mbah Dukun ini dah ada SOP dan KPI yang ditetapkan oleh Pawang Besar tetapi disebabkan takut tengkuk mereka bakal digigit oleh Hantu-Raya ini jika kehendak mereka tidak dituruti maka Mbah Dukun ini terpaksa akur dengan "SOP Hantu-Raya" ini sendiri.
Maka bebaslah Hantu Hantu Raya ini mengwujudkan Rumah Rumah Hantu mereka sendiri yang kadang kadang kewujudannya tidak diketahui oleh Mbah Dukun sendiri apatahlagi hantu hantu yang lain.Mereka mula menarik hantu dan pelesit tidak bertuan lain untuk turut serta dengan ganjaran "bertih" sahaja sedang mereka sedap melahap pulut kuning dan ayam panggang yang berjaya di PAPAU dari Mbah Dukun.
Sedang Hantu Hantu Raya ini bebas bermaharajalela ikut SOP mereka sendiri,hantu hantu lain terpaksa akur mengikut perintah dan arahan Mbah Dukun yang hanya berani berlagak garang dengan mereka tapi menikus bila berhadapan dengan Hantu-Raya.Ada masanya Hantu-Raya ini tak cukup melahap pulut kuning dan ayam panggang mereka,HAK hantu hantu lain pun mahu dibaham mereka.Maka terjadilah persengketaan sesama hantu hantu ini dalam proses merebut dan mempertahankan HAK.Begitu rakus dan besar NAFSU Hantu Hantu Raya ini bila bercakap pasal makanan (pulut kuning ayam panggang).
Kemelut yang melanda "komuniti hantu" ini rasanya tidak diketahui Pawang Besar kerana setiap kali Mbah Mbah Dukun ini dipanggil mengadap untuk mendengar laporan semua nya eluk belaka yang disampaikan,jadi ianya berlarutan sehinggalah PRU tamat dan "khidmat" hantu hantu ini tidak diperlukan lagi.
Baru sekarang segala "PERSEMBAHAN" Mbah Dukun kepada semua hantu hantu terutamanya yang melibatkan spesis Hantu-Raya diketahui oleh hantu hantu yang lain dan ini menimbulkan polimik baru.Rupanya selama ini semua hantu hantu yang bekerja siang dan malam (ada hantu siang ke?)memenuhi KPI Mbah Dukun dan Pawang Besar hanya diberikan "BERTEH",sedangkan spesis Hantu-Raya sedap membaham pulut kuning dan ayam panggang.
Terasa saperti dibodohkan oleh Hantu-Raya ini dengan bantuan Mbah Mbah Dukun kepercayaan Pawang Besar selama ini.
SEBAB ITULAH HARI INI KITA LIHAT SEGALA HANTU,POLONG DAN PELESIT MULA MENGAMUK MENGGIGIT SIAPA SAHAJA.
Bukan sahaja marah kerana diperbodohkan selama ini,TETAPI bila "bertih" yang tak seberapa yang menjadi punca kelangsungan hidup mereka diberhentikan serta merta.Maka bersedialah untuk tengkuk masing masing ditokak jika tidak berhati hati.Agak kelakar juga bila ada juga spesis HANTU-RAYA yang join mengamuk sakan sedangkan perut dah tersengkak kenyang dan ada yang berjaya menyimpan pulut kuning ayam panggang untuk dimakan selama 3 tahun masih tak habis.
Ada juga Mbah Dukun dari seberang sana dah mula menabur bertih untuk memikat hantu hantu sebelah sini untuk menyeberang kesana.Umpan yang lambat laut pasti dimakan jika terus KELAPARAN.
0 comments:
Post a Comment