ANTARA ULAMA DAN RAJA - SH Alattas

ANTARA ULAMA DAN RAJA

Oleh : SH Alattas


"Alangkah baiknya seorang raja yang berada di pintu para ulamanya dan alangkah buruknya seorang ulama yang selalu berada di pintu para rajanya."

Hadith Nabi SAW

ALFATIHAH kepada Baginda Rasul SAW, kaum keluarganya, sahabat-sahabatnya dan para wali Allah yang nama-namanya tersebut dan tidak tersebut di dalam bab ini. Dan Al-Fatihah juga ke atas roh-roh para ulama yang telah terkorban dalam perjuangan menegakkan agama Allah yang maha suci. Alfatihah....




Pada hari Jumaat dalam bulan November tahun 1988, dengan izin Allah saya telah berpeluang menziarahi makam seorang "ulama besar " seorang Wali Allah Almarhum Tuan Syekh Abdul Wahab di Babussalam, Tanjungpura, Langkat. Saya berziarah ke sana bersama dengan Tengku Tahura selepas kami menziarahi makam ayahandanya Pengiran Amir Hamzah di pekarangan masjid Azizi Tanjung Pura.

Melawat makam ulama dan Wali Allah ini menjadi amalan saya. Saya telah menziarahi makam Rasulullah SAW di Madinah dan juga makam imam-imam besar termasuk makam imam Ali bin Abi Talib ra. dan makam Imam Hassan ra. makam imam Hussein ra. di Kaherah, Mesir dan di Karbala, Iraq. Ini kerana kepala baginda dimakamkan di Kaherah, sementara tubuh Baginda pula di Karbala. Begitu juga dengan makam Imam Ali Az Zainal Abidin Hussein ra. di Madinah dan makam-makam Syaidina fakil mukadam Muhamad Bin Ali Balawi para ahlul bait, Imam-imam besar yang lain-lain: Imam Malik, Imam Hambali, Imam Shafie, Al Ghazali dan raja segala wali Sheikh Abdul Qadir Jailani di Baghdad. Saya sentiasa memuliakan para wali Allah kerana mereka itu mempunyai kekeramatan yang Allah anugerahkan kepada mereka. Maka itulah di antara sebab saya ke Babussalam terlebih dahulu sebelum saya menulis buku ini untuk mengharapkan berkat dari Wali Allah yang telah membimbing dan memberi petunjuk kepada raja-raja.

Setibanya kami di Babussalam, rombongan kami diberikan sambutan mesra oleh ahli waris tuan Syekh tersebut. Seperti makam-makam wali Allah di Negara Islam yang lain, saya dapati ramai yang berziarah duduk membacakan ayat-ayat suci Al-Quran di makam tersebut.

Setiap hari orang ramai datang berpusu-pusu untuk berziarah ke makam ini seolah-olah seperti ada pesta. Selalunya tak kira puluhan atau ratusan tahun para wali keramat itu dikebumikan. Namun yang hidup masih tetap merasakan yang Roh Almarhum itu ada disitu menyambut orang yang menziarahinya dan ramai manusia yang tumpang hidup dengan berkat dan kemuliaan wali Allah yang sudah berpindah ke alam baka.

Tengku Tahura memperkenalkan saya kepada Tuan Syekh sebagai seorang penulis buku dari Malaysia. Cucu Tuan Syekh di Babussalam juga mempunyai status sebagai Tuan Syekh dan mempunyai ramai murid-murid. Saya menghulurkan tangan dan kami bersalam. Seperti guru-guru tarikat yang pernah saya kunjungi, Tuan Syekh ini bersikap merendah diri (tawathuk) dan begitu menghormati orang yang datang menemuinya.

Saya sungguh merasa bangga dan terharu sewaktu mengunjungi Tuan Syekh dan keluarganya ini. Layanan yang diberikan sungguh istimewa dan memeranjatkan saya. Walaupun pertama kali menatap mata dan bersentuhan tangan, tetapi kemesraan yang terlahir seperti antara kami sudah kenal sejak lama dulu. Rasanya hati antara kami seperti terus terikat kepada satu batang dan dengan seutas tali yang sama.

Saya percaya kemesraan ini adalah kerana hubungan ilmu yang mengabungkan kasih dan rasa hati. Jiwa antara kami mudah tersentuh kerana berada atas landasan ilmu yang sama, iaitu ilmu kerohanian. Di sinilah terdapat kenikmatan dan keistimewaan yang dirasakan oleh mereka yang mempunyai ilmu kerohanian. Kemesraan cepat terjalin, kasih sayang segera menyelinap ke hujung hati.

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi orang yang mempunyai pegangan kerohanian, mereka tahu hakikat diri mereka sendiri. Mereka sedar dan insaf bahawa tidak ada apa-apa perbezaan sesama manusia. Semuanya berasal dari benih dan pokok yang sama. Sama-sama bertauhidkan Allah dan sama-sama pula memegang rahsia yang diamanahkan oleh Allah. Warna kulit, kebudayaan dan adat resam bukan satu perbezaan. Yang penting ialah akidah yang sama-sama mengEsakan Allah sebagai Tuhan kita dan mengakui Muhammad sebagai RasulNya.

Itulah yang memesrakan kami dan itulah tali yang mengikatkan kami. Ikatan secara batin lebih teguh daripada ikatan secara lahiriah. Ini kerana ikatan batiniah ditambat sendiri oleh Allah sementara ikatan lahiriah hanya ciptaan dan simpulan oleh manusia sendiri.

Sebelum kami berangkat pulang beliau dengan penuh khusyuk mengangkat tangan membacakan doa bermohon kepada Allah untuk kami. Tuan Syekh mendoakan semoga Allah memperkenankan hajat dan memberkati cita-cita murni yang kami hajati.

Almarhum Sultan Langkat, Sultan Musa Al Mua'azzamsyah sangat-sangat menghormati dan mengambil berat akan kesejahteraan Tuan Syekh Abdul Wahab, Datuk kepada Tuan Syekh yang kami temui ini.

Di samping menjadi raja yang memerintah, beliau menjadi murid yang baik kepada Tuan Syekh Abdul Wahab dan sebagai seorang murid seperti murid-murid yang lain. Baginda sultan tidak segan silu untuk mencium tangan gurunya untuk mendapatkan berkat dari guru. Ini sifat seorang raja yang telah mempelajari ilmu tauhid. Begitulah mengikut cerita Tengku Tahura kepada saya. Kalau tidak dengan penuh kesombongan mengharapkan rakyat mencium tangan raja yang tak dapat memberikan berkat.


Sultan Musa, sebagai raja di Langkat, bukan sahaja pernah mencium tangan Tuan Syekh Abdul Wahab tapi telah turut apa saja perintah gurunya dengan taat tanpa pernah membantah.

Suatu hari Sultan Musa pernah dihukum oleh Tuan Syekh supaya bertaubat. Baginda disuruh supaya beristigfar di tangga masjid Babussalam. Baginda ikut perintah guru dengan taat.

Peristiwa Sultan Musa disuruh beristigfar depan tangga masjid itu telah menggemparkan seluruh istana Langkat. Ada di antara keluarga di raja yang telah datang dari Tanjung Pura dengan pedang terhunus hendak mengajar Tuan Syekh Abdul Wahab. Kononnya Tuan Syekh telah menghina sultan di khalayak ramai dan guru seperti ini mesti diajar.

Sultan Musa dengan tenang menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada kerabat baginda yang cuba menderhaka terhadap gurunya. Sultan memerintahkan agar kerabatnya pulang sahaja dan menasihatkan mereka itu supaya jangan membuat tidak tentu kepada guru yang amat dikasihinya. Ketika itu barulah mereka sedar bahawa tidak ada hinanya seorang raja menurut perintah guru. Kedudukan guru yang bertaraf wali jauh lebih mulia dari seorang raja. Ini kerana di sisi Tuhan, orang yang lebih mulia itu adalah orang yang lebih takwa terhadapNya. Raja yang mempelajari ilmu tauhid tahu perkara ini.
Pada suatu hari Sultan Al Muazzamsyah bertitah di hadapan pembesar-pembesar kerajaan, baginda mengatakan bahawa, Tuan Guru Syekh Abdul Wahab adalah seperti ibu dan bapanya. Kerana Tuan Gurunya adalah seorang yang alim di bidang ilmu keTuhanan, seorang yang warak, yang hidupnya semata-mata kerana Allah. Gurunyalah yang telah mengajar baginda sultan supaya mengenali siapa dirinya dan siapa Tuhannya. Maka sebab itulah baginda segera bertaubat setelah baginda tahu halal dan haram yang telah di ajar oleh gurunya. Sejak itu beliau telah mendapat taufik dan hidayat dari Allah dan sejak bergurukan Syekh Abdul Wahab. Baginda pun taat pada perintah Allah, tidak lagi melakukan perkara-perkara yang mungkar dan sentiasa membuat yang disuruh oleh Allah.

Baginda mengucapkan kata-kata pujian terhadap guru tersebut dikhalayak ramai. Baginda tak dapat menyembunyikan perasaan terharu baginda hinggakan air mata sultan jatuh membasahi pipi tanpa disedari, peristiwa ini disaksikan oleh orang ramai. Inilah satu sejarah yang sukar untuk dilupakan. Tuhan telah makbulkan doa Syekh Abdul Wahab untuk membimbing dan menunjuk ajar pada raja-raja dan pembesar-pembesar dalam negerinya.

Syukur Alhamdullilah, Almarhum Sultan Musa Almu'azzamsyah yang pernah memerintah negeri Langkat telah berada di pintu para ulamanya. Bukan ulama yang berada di pintu istana raja mereka, sebab itu Allah telah selamatkan baginda dan memberikan kemuliaan kepada ulama yang menyembah Allah tidak sultan.

Almarhum Tuan Guru Syekh Abdul Wahab yang mengajar tarikat Naqsyabandiah ini tidak mementingkan kemewahan hidup duniawi dan telah memberi ajaran yang berkesan terhadap murid -muridnya. Dari seorang rakyat biasa kepada para pembesar dan raja, murid-muridnya berada di Sumatra dan di seluruh Indonesia terdapat puluhan perkampungan tarikat seperti ini tanpa apa-apa gangguan dari ulama yang bekerja dengan kerajaan. Begitu jugalah halnya di Mesir yang terdapat kira-kira 60 buah tarikat yang diiktiraf oleh kerajaan. Sementara berpuluh-puluh lagi bebas mengadakan kegiatan masing-masing tanpa mendapat sekatan dan halangan dari kerajaan.

Mengikut perkembangan tariqat di negeri ambia ini sungguh menyenangkan hati. Di Mesir mana-mana kumpulan tariqat bebas untuk mengadakan sebarang aktiviti mereka. Mereka tidak perlu selindung-selindung seperti di tempat kita. Di merata masjid di Mesir ada sahaja kumpulan tariqat yang mengadakan majlis hadrah ataupun maulid Nabi. Walaupun di Yaman Selatan yang menggunakan sistem Marxis, namun pengikut-pengikut bebas mengadakan hadrah dan perarakan di tengah- tengah bandar seperti kita mengadakan maulud nabi, berarak secara besar-besaran.

Hal ini mengingatkan kita akan sebuah hadith Rasulullah SAW yang antara lain kira-kira begini bunyinya:

"Sesungguhnya bila seorang ulama mengajarkan ilmunya kerana Allah, maka segala sesuatu akan takut kepadanya. Tetapi bila dia mengajarkan ilmunya untuk mencari harta dunia, maka dia akan takut kepada segala sesuatu itu".

Kita lupakan cerita Sultan Musa dan Syekh Abdul Wahab mari kita ke negeri Arab di zaman Sultan Al-Mansur.

Seorang raja yang pernah berkuasa di bumi Arab, Sultan Al-Mansur ini yang sentiasa mencurigai para ulamanya, terkecuali para ulama yang selalu berada di pintu istananya. Dalam bab Antara Ulama dan raja ini saya perturunkan cerita tentang raja-raja dan ulama di zaman dulu untuk menungan dan kajian mereka yang nak tahu tingkah laku raja dan ulama.

Al-Mansur mencurigai dan mengawasi gerak-geri Imam Malik seorang ulama besar yang tidak asing lagi bagi seluruh umat Islam. Beliau termasuk salah seorang dari ulama mazhab besar iaitu Mazhab Maliki di samping Imam Abu Hanifah dan Imam Idris Asy Syafi'i. Imam Syafi'i, yang menjadi ikutan kepada sebahagian dari penganut Islam di Malaysia pernah bergurukan Imam Malik.

Imam Malik banyak menulis dan mengarang. Di antara kitabnya yang besar dan termahsyur adalah kitab "Al-Muwatha" yang hingga ke hari ini masih di baca, di kaji dan diambil manfaatnya oleh ulama generasi sekarang.

Beliau warga kota suci Madinah Al-Munawarah, kota Rasulullah SAW, sumber ajaran Islam yang murni dan kalimat tauhid yang cahayanya terpancar ke seluruh pelosok dunia. Cahaya yang telah mengeluarkan umat manusia dari alam jahiliyah ke alam yang terang benderang. Sebagai warga kota yang baik, Imam Malik sentiasa berpakaian rapi dan bersih sambil duduk di dalam masjid Nabawi di antara makam dan raudha Rasulullah SAW. Beliau sangat tekun dan khusyuk beribadah, zikir dan bertaqqarrub, memuji kebesaran Allah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selain itu beliau juga berselawat dan berdoa memohon syafaat Nabi Besar Muhammad SAW.

Masjid Nabawi yang agung, dibuminya bersemayam jasad seorang Rasul kekasih Allah, Muhammad SAW. Dengan sebuah taman "Raudah Nabi", setiap orang yang memasukinya akan merasakan ketenangan fikiran, seolah-olah berada di salah satu taman syurga di alam yang kekal dan abadi. Setiap orang Islam yang berkemampuan dan yang cinta dan kasih pada Rasulullah wajib menziarahi makam Nabinya walaupun sekali dalam seumur hidup.

Di tempat yang mulia itulah Imam Malik dikelilingi oleh para muridnya dari berbagai lapisan dan tingkatan masyarakat, besar atau kecil, kaya atau miskin, mendengar dan mencatat ajaran dan fatwa, kuliah dan ceramah yang disampaikan oleh Imam Malik secara jelas, tegas dan berani tanpa berselindung. Yang benar, dikatakan benar, dan yang salah dikatakan salah, meskipun terhadap pegawai-pegawai kerajaan. Imam Malik pernah berfatwa:

"Tidak sah perceraian yang dipaksakan. Bahkan apa sahaja yang dipaksakan dan tidak sesuai dengan kehendak rakyat, menurut hukum Islam batal dan tidak sah."

Fatwa ini kemudian tersebar luas dan dianuti oleh sebahagian besar umat, bagaikan embun pagi menyiram hati mereka yang merasa hak asasinya dilanggar oleh para raja. Sebaliknya bagi para pegawai kerajaan dan raja, fatwa tersebut bagaikan petir di siang hari menyambar telinga mereka.

Adapun fatwa yang diucapkan oleh Imam Malik itu diambil dari sebuah hadith Rasulullah SAW: Yang hak dan benar. Mendengar fatwa tersebut, maka tidaklah menghairankan bila Al-Mansur segera memanggil Imam Malik untuk menghadap dan meminta kepadanya agar menarik balik fatwa tersebut, demi mengembalikan kewibawaan raja di mata rakyatnya. Atau ia membuat sebuah fatwa lain yang dapat menolak dan membatalkan fatwanya yang semula.

Akan tetapi Imam Malik tetap teguh pendiriannya. Beliau menegur dengan penuh kejujuran bahawa sesuatu yang hak dan benar tidak dapat disembunyikan walaupun ia dirasakan sebagai sesuatu yang pahit dan sukar diterima. Memang begitulah halnya: "Truth is always bitter". Maka itulah sebabnya tak ramai manusia yang berani menghadapi kenyataan tetapi lebih suka menjadi hipokrit.

Dari sinilah mulai timbul tabir pemisah antara Al-Mansur dengan Imam Malik. Dia dilarang memberikan pelajaran fatwa. Gerak langkahnya dibatasi, diawasi dan dihalangi. Namun Imam Malik tetap berjalan dan melaksanakan tugasnya. Ia tidak gentar dan takut dengan segala macam ancaman yang ditujukan kepadanya. Sebagai ulama pengembang wasiat Rasulullah SAW, dia merasakan kewajiban melaksanakan perintah Allah dan RasulNya terletak dibahunya. Ketegasannya ini telah menyebabkan dia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Kemudian ia disiksa dan dipukul dengan sebatan sebanyak tujuh puluh kali oleh pegawai kerajaan Al-Mansur. Namun dalam peristiwa itu Al-Mansur mengelak dan berpura-pura tidak tahu.

Setiap raja mesti mengetahui dan mengambil tahu apa yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai pemerintah terhadap rakyat di bawah jagaannya.

Al-Mansur sebagai raja dan pemimpin tertinggi tahu dan mengerti atas setiap peristiwa dan kepentingan rakyatnya. Oleh itu beliau sepatutnya mesti sentiasa menyelidiki hal ehwal umat dan selalu turun mengawasi tingkah laku pegawai bawahannya. Namun ini tidak dilakukan oleh beliau.

Setiap kekerasan dan paksaan, lambat atau cepat akan membawa malapetaka yang tidak diinginkan. Dan pada suatu ketika akan meledak, meruntuhkan kedudukan dan kewibawaan pemimpin maupun raja. Bagaimana hebatnya manusia, ia tetap tidak dapat bekerja tanpa bantuan orang lain. Untuk mencapai matlamat yang hendak dituju perlu ada iklim yang sihat, dalam erti kata kesatuan dan persatuan, aman tenteram, serasi, senada dan sefahaman dengan menjunjung tinggi asas musyawarah.

Kewibawaan seseorang tergantung dari tingkahlakunya yang baik, hormat menghormati dan saling menghargai pendapat orang lain, sehingga ia dihormati dan disegani. Kewibawaan yang seharusnya dimiliki oleh setiap pemimpin, terutama para raja, yang mengatur strategi pemerintahan yang berasaskan kerakyatan hendaklah menitik beratkan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi. Sistem pilih kasih atau kekeluargaan pada suatu jabatan penting dalam kerajaan akan mengakibatkan hal-hal negatif, kerana mereka selalu merasa dilindungi oleh pihak atasan. Ini menyebabkan mereka berbuat sekehendak hati mereka terhadap rakyat, sebagaimana contoh yang terjadi pada masa kerajaan Al-Mansur terhadap Imam Malik dan para pengikutnya.

Al-Imam Malik bin Anas sangat peramah dan pemaaf serta sangat menghargai pendapat orang lain. Pakaiannya sentiasa akan bersih dan kemas. Dia suka memakai wangi-wangian. Beliau akan membiarkan orang menunggunya, biarpun raja sekalipun selagi beliau mendapati pakaiannya belum cukup kemas.

Satu perkara yang unik yang ada pada diri Imam Malik ialah beliau amat menggemari kuda yang berwarna putih. Satu ketika sedang beliau memimpin seekor kuda putih kesayangannya di kota Madinah, beliau telah ditanya oleh seorang sahabat yang kebetulan berada di situ.

"Wahai Imam Malik", kata sahabat itu, "Mengapakah tuan tidak menunggang kuda itu?"

Jawab Imam Malik, "Bagaimana aku mahu menunggang kuda ini di tempat yang sebegini suci. Bukankah aku sedang berada di atas bumi dimana bersemadinya kekasih Allah. Jika aku menunggang kudaku itu, aku sudah menjadi angkuh, dengan membiarkan aku dan kudaku memijak bumi yang suci ini?"

Imam Malik juga adalah seorang yang amat pemurah sehingga beliau menghadiahkan sahaja kuda kesayangannya kepada sesiapa sahaja yang memintanya.

Selain dari itu Imam Malik juga mempunyai ilmu firasat yang dapat mengenali bukan saja sifat lahiriah seseorang, malah juga sifat-sifat rohaniah.

Fatwanya mantap, tegas dan memuaskan sesuai dengan Al-Quran dan Al-Hadis. Imam Malik pernah berkata di hadapan Al-Mansur.

"Demi Allah aku sudah memaafkan setiap orang yang pernah berlaku kasar atau pernah memukul aku, semoga Allah memaafkan mereka".

Itulah kebesaran peribadi Imam Malik yang hatinya bersih dan tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa pun. Malah dia mendoakan mereka dengan segala kebaikan. Sifat Imam Malik ini semoga dapat dicontohi oleh para ulama kita sekarang ini.

Setelah sedikit sebanyak kita mengikuti peristiwa yang berlaku di antara raja Al-Mansur dengan seorang ulama besar Imam Malik bin Anas, mari kita perhatikan pula apa yang berlaku di antara seorang raja yang terkenal, iaitu Harun Al-Rasyid, yang secara rasminya diangkat sebagai Khalifah.

Setelah secara rasmi Harun Al-Rasyid diangkat sebagai Khalifah, saban hari beliau menerima ucap selamat dari sahabat-sahabatnya kecuali seorang ulama besar, Sufyan bin Said bin Munzir Ats Tsauri, Sufyan bin Said tidak pernah menampakkan dirinya, sehingga Khalifah Harun Al-Rasyid merasa perlu untuk mengirim surat kepadanya:

Beginilah bunyi surat itu:

Dari Hamba Allah Amirul Mu-minin Harun Al-Rasyid.
Kepada saudara Sufyan Bin Said Bin Munzir Ats Tsauri.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh:

Ammad ba-du! Saudaraku Sufyan, sebagaimana saudara mengetahui bahawa Allah SWT telah mempersaudarakan orang-orang mukmin. Maka jauh sebelum aku menjadi Khalifah, persaudaraan itu sudah sangat erat antara engkau dan aku. Bahkan sampai hari ini dan saat ini aku tetap menganggap saudara sebagai orang yang paling dekat dengan aku. Di mana seperti saat-saat sekarang ini Allah SWT telah memikulkan beban urusan ummat di atas pundakku. Aku sangat mengharapkan kedatangan mereka. Ketahuilah bahawa seluruh ulama di kota ini dan sekitarnya, sudah datang memberi ucapan selamat kepadaku. Kepada mereka yang berdatangan itu aku telah memberikan berbagai hadiah sebagai tanda syukur kepada Allah dan tanda terima kasihku kepada mereka. Semoga dengan diterimanya suratku ini, kedatangan saudara akan ku sambut dengan gembira sebagaimana yang kulakukan terhadap para tamu yang lainnya.


Setelah surat itu sampai kepadanya, Imam Sufyan tidak mahu menyentuhnya. Dia menyuruh orang lain yang membacanya. Setelah ditanya mengapa surat itu tidak disentuhnya, beliau menjawab: "Aku tidak ingin menyentuh apa-apa yang telah disentuh oleh tangan-tangan yang berdosa".

Lalu Imam Sufyan menyuruh orang lain untuk membalas balik surat tersebut di belakang surat yang diterima. Orang yang disuruh menulis surat itu berkata: "Aku kira kurang sopan kita menulis surat kepada Khalifah dengan kertas bekas Khalifah sendiri". Sufyan menjawab: "Itu adalah urusanku sendiri, tulislah apa yang aku katakan". Kemudian Imam Sufyan mencatat isi suratnya sebagai berikut:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang
Dari hamba Allah yang penuh dosa.
Sufyan bin Said bin Munzir Ats Tsauri.
Kepada hamba Allah yang angkuh, Harun Al Rasyid.

Amma Ba'du! Ketahuilah ya Harun Al-Rasyid, bahawa mulai hari ini aku telah memutuskan tali persaudaraanku dengan engkau. Dan aku telah menghapuskan dari dalam hatiku rasa kasih sayangku padamu. Sungguh engkau adalah orang yang bodoh dan boros. Apa yang selama ini belum aku ketahui tentang dirimu, sekarang sudah terbuka semuanya melalui suratmu itu. Aku bersama orang-orang yang telah membaca suratmu itu dengan sendirinya menjadi saksi atasmu di hadapan Allah pada hari kemudian. Apa sebabnya? Bukankah engkau telah berkata di dalam suratmu itu bahawa engkau telah membagi-bagikan hadiah pada orang-orang yang datang kepadamu untuk menyampaikan ucapan selamat? Bukankah engkau mengambil hadiah ? Hadiah itu dari Baitul Maal? Lalu engkau bagi-bagikan kepada mereka yang tidak berhak menerimanya? Ya Harun Al Rasyid! Apakah sudah meminta izin kepada fakir miskin, janda, anak-anak yatim, para mujahidin fisabilillah, dan para pejuang agama Allah: membagi-bagikan hak mereka kepada orang-orang yang datang kepadamu itu?

Ya, Harun Al-Rasyid! Dahulu aku mengenal engkau sebagai seorang yang zahid, suka bergaul menghadiri majlis-majlis Al-Quran? Tetapi sekarang dengan kekuasaan yang engkau miliki justeru telah menjauhkan dirimu dari semua itu. Maka sekarang bersiap-siaplah engkau menjawab pertanyaan-pertanyaan yang diajukan Allah nantinya.

Ya, Harun Al-Rasyid! Ketahuilah bahawa kematian akan datang. Ya Harun Al-Rasyid! Itulah nasihat-nasihatku padamu. Peliharalah amanat Allah dan lindungilah ummat Muhammad SAW dan berikanlah hak-hak mereka.

Ya Harun Al-Rasyid! Berhati-hatilah dalam kehidupan di dunia ini. Ujian dan cubaan selalu mengintaimu. Nasihat yang paling baik adalah nasihat dari dirimu sendiri.


Itulah kisah-kisah para ulama yang tercatat dalam sejarah dengan tinta cahaya iman. Cahaya yang telah menerangi jalan yang gelap. Iman yang membawa manusia pada ketakwaan dan keredhaanNya.

Jalan yang telah ditempuh oleh orang-orang soleh dan para ulama terdahulu, yang tegas dalam menyuarakan yang hak dan berani menolak memang sudah sepatutnya diketahui oleh kita semua. Ini kerana mereka didasari oleh keyakinan bahawa apa yang mereka kerjakan adalah demi kebaikan semua umat manusia, sesuai dengan ajaran agama Allah. Justeru itu maka hendaklah kita ketahui bahawa Allah telah mengamanatkan kepada para ulama untuk melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar di mana saja dan bila-bila masa jua.

Demikianlah sikap para ulama, seperti Sufyan Ats Tsauri, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah. Mereka berani memperingatkan para raja dengan kata-kata yang penuh bijaksana dengan berlandaskan kepada hadith dan firman.

Setelah mengikuti kisah para ulama yang begitu tegas dan berani membuat teguran terhadap pemimpin maupun raja, tergerak di hati hendak mengetahui apakah ada diantara para ulama di negara kita ini yang berani berbuat demikian?

Apakah para raja-raja sekalian sentiasa mendampingi para ulama?

Apa yang saya tahu kebanyakkan para ulama di negara kita takut menyuarakan apa yang benar dan apa yang salah. Apa yang pemerintah buat mereka akan cuba mencari hadith-hadith yang daif untuk boleh disesuaikan dengan keinginan kerajaan serta raja-raja.

Kebanyakkan para ulama di Malaysia ini bergantung hidup dengan kerajaan. Memang tidak boleh dinafikan di atas kepakaran para ulama kita bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan para pemimpin ataupun raja-raja. Walaupun telah mendapat gaji yang cukup, gelaran Datuk juga sangat mereka harapkan. Selain daripada itu, mereka melibatkan diri mereka dalam kancah-kancah politik. Mereka turut menjadi pemimpin persatuan-persatuan ulama yang mencari salah silap kerajaan dan golongan yang tak sebulu dengan mereka. Tidak kurang juga yang terlibat dengan segala macam rasuah. Ulama-ulama yang seperti inilah yang saya isytihar perang sepertimana yang telah saya jelaskan di dalam "Penutup" buku ini.

Di samping itu ada suatu pekerjaan ulama kita yang menggelikan hati. Bila menjelang Ramadhan mahupun Syawal mulalah para ulama itu mengintai sana, mengintai sini, mencari anak bulan. Bukankah itu suatu yang lucu, macam budak kecik yang baru dapat teropong. Mereka seronok bila televisyen atau akhbar memaparkan gambar mereka sedang mengintai-intai anak bulan. Saya kata ini lucu sebab orang-orang kafir pun telah pun menjejakkan kaki mereka di bulan.

Sikap ulama yang semacam ini telah menjejaskan jemaah-jemaah tarikat yang turut bersama dalam menegakkan agama Allah termasuk jemaah Al-Arqam. Namun ini tidak melemahkan semangat jemaah tersebut untuk mengembangkan syiar Islam sesuai dengan cara amalan Al-Arqam itu sendiri.

Para ulama cepat sungguh bertindak menyalahkan dan menyesatkan amalan jemaah tersebut dan juga amalan jemaah lainnya seperti Thariqat Naqsyabandiyah. Para ulama berkenaan lupa ataupun silap, bahawa setiap amalan itu ada rukun dan syaratnya. Seperti sembahyang mempunyai rukun dan syarat. Jika tidak diikuti rukun dan syaratnya sembahyang itu tidak sempurna. Sedangkan bertanak nasi pun mempunyai syarat, mesti ada beras, air, api dan mesti ada orang yang pandai bertanak, barulah menjadi nasi.

Lebih mendalam lagi dijelaskan di sini, bahawa amalan sesuatu Thariqat itu sungguh halus, bersih dan murni. Seperti yang diamalkan dan diajarkan oleh Almarhum Tuan Syekh Abdul Wahab, tuan guru Babussalam di Langkat, Sumatera. Sejarah wali Allah dari Babussalam ini telah disusun oleh Haji A. Fuad Said dalam bukunya yang berjudul: "SYEKH ABDUL WAHAB TUAN GURU BABUSSALAM".

Menurut beliau, Tuan Syekh Abdul Wahab berangkat ke Mekah melalui Singapura. Pada waktu itu di Singapura terdapat seorang Syekh yang keramat, bernama Habib Nuh Al-Habshi. Makamnya kini masih lagi terdapat di Tanjung Pagar, Singapura.

Banyak hal-hal yang tak masuk akal dan ganjil terdapat pada diri Habib Nuh. Di antaranya, apabila Habib Nuh memasuki sebuah kedai, dia lalu menghancurkannya barang-barang yang ada dalam kedai itu. Tiada berapa lama kemudian, tuan punya kedai itu menjadi kaya raya. Dan jikalau meminta wang atau sesuatu daripada seseorang maka orang itu tak lama kemudian akan beroleh keuntungan yang besar.

Kalau ada orang yang memberinya sejumlah wang, maka kadang-kadang diterimanya, dan kadang-kadang dibuangkannya ke dalam laut.

Pada suatu ketika beliau ditahan oleh kerajaan Singapura, namun pada keesokan harinya, Habib Nuh dilihat orang di Pulau Pinang. Ini sungguh aneh. Pada hal beliau masih lagi berada di dalam lock-up di Singapura. Banyak lagi kekeramatan pada diri Habib Nuh, yang dikatakan oleh umum yang tak dapat kita ungkapkan di sini satu persatu. Itulah keistimewaan yang terdapat pada seorang wali Allah yang mempunyai kekeramatan.

Setibanya di kota Singapura, Pakih Muhammad atau Syekh Abdul Wahab terus menemui Habib Nuh, dengan terlebih dahulu memberi salam. Setelah menjawab, Habib Nuh pun mencium tangan, bahu, dan seluruh tubuhnya, yang mana belum pernah dilakukannya terhadap orang lain. beliau mengucapkan:

"Barakallahu', Barakallahu' (Allah memberkatimu).

Tindakan Habib ini menghairankan ramai orang yang mengenali beliau.

Setelah beberapa hari di Singapura, barulah tuan guru Abdul Wahab bersama dengan seorang rakannya yang bernama Haji Bahauddin berangkat ke Makkah dengan menumpang kapal "Seri Jedah".

Selama berada di Makkah selama 6 tahun, Haji Abdul Wahab tidak pernah mensia-siakan waktunya. Seluruh waktunya dipergunakan untuk menuntut ilmu duniawi dan ilmu akhirat. Perjalanannya hanya sekitar dari rumah ke Masjidil Haram, Makam Ibrahim, Hijir Ismail, telaga zamzam dan rumah gurunya.

Meskipun telah banyak kitab yang dipelajari namun Haji Abdul Wahab belum puas sebab menurut anggapannya, dia masih berhasrat untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tercela, seperti takabbur, ujub dan sum'ah, dan kasih kepada dunia. Ia ingin menjauhkan diri dari 10 sifat tercela, sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab-kitab tasauf.

Beliau mendapati bahawa tingkah laku ulama-ulama fikih yang ada di Makkah, kebanyakkannya masih suka berpakaian dan mempunyai rumah mewah, sedangkan ulama tasauf dan ahli thariqat biasanya rendah hati, khusyuk, sabar, sentiasa zikrullah seperti perangai Nabi-Nabi, sahabat dan Tabi'in dan seperti tingkah laku wali-wali yang saleh. Maka dimintanya petunjuk-petunjuk ulama-ulama tasauf tentang amalan yang patut diperbuat supaya menjadi orang yang dikasihi Allah dan mewarisi sifat-sifat yang ada pada Nabi-Nabi. Ramai di antara sahabatnnya yang menasihatkan beliau supaya segera mengambil amalan thariqat dan ber'iktiqaf (khalwat), serta zikurllah (mengingati Allah) dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana zikrullah itu adalah amal ibadah yang menghampirkan diri seseorang kepada Allah sepertimana firman Allah SWT, dan sabda Nabi serta perbuatan sahabat.

Haji Abdul Wahab pun memperdalamkan pengetahuannya dalam bidang tasauf, dengan mempelajari kitab "Ihya Ulumuddin" karangan Imam Ghazali dan kitab-kitab lainnya. Di samping itu beliau meminta nasihat gurunya Syeikh M. Yunus. Kemudian gurunya itu menyerahkan beliau belajar dengan Syeikh Sulaiman Zuhdi, di puncak Jabal Kubis, berhampiran dengan Masjid Bilal.

Syeikh Sulaiman Zuhdi adalah seorang pemimpin thariqat Naqsyabandiah yang terkenal pada masa itu dan menjadi pemimpin ibadah di Jabal Kubis sejak bertahun-tahun lamanya. Ramai orang bersuluk (khalwat) ditempat itu. Mereka datang dari seluruh dunia termasuk: Turki, India, Malaya, Indonesia dan dari negara-negara lainnya.

Setelah menerima thariqat ini, Haji Abdul Wahab pun mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh. Kadang-kadang duduk berzikir berjam-jam di atas Jabal Kubis. Sementara itu terus mengaji kepada Sayid Dahlan, mufti Syafii, kepada Syeikh Hasbullah dan kepada murid-muridnya, dengan mengatakan bahawa tujuan suluk ini adalah mendekatkan diri kepada Allah. Caranya dengan memperbanyakkan zikir, memerangi hawa nafsu, dan meninggalkan sesuatu yang melalaikan diri dari mengingati Allah.

Sikap demikian itu hendaklah dilakukan sepanjang waktu dan ketika supaya mencapai martabat makam insan, seperti sabda Nabi yang maksudnya:

"Sembahlah Allah, seolah-olah engkau melihat-Nya dan apabila engkau tidak melihat-Nya, Maka Dia melihatmu."

Berkat kesungguhannya beramal selama masa menjalani ibadah suluk, maka banyaklah rahsia kebesaran Allah yang ajaib-ajaib diperlihatkan Allah kepadanya. Terbukalah hijab (dinding) seluas-luasnya, hingga ia dapat menyaksikan dan menikmati sesuatu yang tak dapat dilihat oleh manusia biasa.

Syeikh Sulaiman Zuhdi amat gembira menyaksikan kemajuannya yang luar biasa, dan mendoakan kepada Allah, semoga ia kelak akan dapat mengembangkan ilmu thariqat Naqsyabandiah ini, di Sumatra, Malaya dan negeri-negeri lain.

Pada suatu ketika, Syeikh Sulaiman Zuhdi telah mendapat petunjuk dari Allah dan bisikan rohaniah Syeikh-Syeikh Naqsyabandiah bahawa kepada Haji Abdul Wahab harus diberikan gelaran Khalifah untuk membolehkan beliau mengajarkan amalan suluk dan mengajarkan ilmu thariqat Naqsyabandiah.

Manakala hati Haji Abdul Wahab tergerak untuk kembali ke Indonesia, maka beliau pun pergi menziarahi makam Nabi di Madinah. Setibanya di Makam Nabi, Haji Abdul Wahab memohon syafaat dan membaca selawat serta mendoakan dengan khusyuknya. Setelah selesai sembahyang Isya di masjid Nabawi, tuan Haji Abdul Wahab pun memberi salam kepada Nabi:

"Assalamu'alaika ya Rasulullah, assalamu'alaika ya habiballah, assalamu'alaika ya saidal mursalin". Kemudian beliau berdoa: Ya Allah ya Tuhanku, aku hendak kembali ke tanah airku. Aku hendak mengajarkan agama Islam dengan ikhlas illahi Ta'ala, supaya kaumku keluar dari kegelapan jahil kepada terang ilmu. Mudah-mudahan berkat junjunganku penghulu Arab dan ajam (bukan Arab) dituruti raja-raja perkataanku dan didengar oleh mereka akan segala pengajaranku."

Dengan takdir Allah terjadilah sesuatu yang ajaib ke atas diri beliau, seolah-olah beliau berdialog langsung dengan Rasulullah SAW, hingga airmatanya jatuh bercucuran. Itulah sesuatu kekeramatan atau keramat yang telah dianugerahkan Allah kepada beliau.

Demikianlah setelah lima hari di Madinah mereka pun kembali ke Makkah. Dan tiada lama selepas itu, beliau pun kembali ke Indonesia. Beliau bukanlah seorang graduan universiti dan tidak pula beroleh gelaran sarjana, namun demikian ilmu pengetahuan cukup tinggi dan gerakan-gerakannya cukup mengoncangkan sendi-sendi pemerintahan kolonial Belanda. Beliau kembali ke tanah airnya sebagai seorang reformer yang membangunkan bangsanya dari tidur sekian lama untuk menjadi bangsa yang maju di bidang duniawi dan akhirat.

Negeri yang mula-mula dikunjunginya di Sumatera adalah daerah Kubu, Riau. Pada masa itu penduduk Kubu ramai yang nakal, suka berlaga ayam, berjudi dan hanyut oleh kemewahan dunia. Berkat ketekunan tuan Syeikh Abdul Wahab berdakwah, maka segala bentuk kemaksiatan yang terdapat di daerah tersebut, secara beransur-ansur dapat dihapuskan.

Setelah itu bermulalah perjalanan dakwahnya, ke negeri Panai, Kota Pinang, Bilah dan Kualah.

Setibanya di Kualah, Baginda Sultan Al-Haj Ishak mempersilakan tuan Syekh Abdul Wahab agar datang mengadap ke istana, dan Baginda Sultan berkenan agar supaya Tuan Syeikh Abdul Wahab mengembangkan serta mengajar amalan thariqat Naqsyabandiah kerana Baginda Sultan telah mengetahui sebelumnya kedudukan Tuan Syeikh Abdul Wahab semasa berada di Makkah lagi.

Sultan Al Haj Ishak dari kerajaan Kualah, terkenal dengan sifat pemurah dan suka bersedekah kepada fakir miskin. Atas nasihat Tuan Syeikh Abdul Wahab maka Baginda sultan bersedia mewakafkan sebuah asrama untuk keperluan bagi orang mengerjakan ibadah haji di kota Makkah.

Sampai hari ini asrama tersebut masih ada dan adalah suatu kenyataan yang paling menyedihkan bahawa ahli waris Sultan Al Haj Ishak beria-ia sangat untuk menjualkan asrama berkenaan. Hal ini kemungkinan sebab tekanan hidup yang dialami oleh para ahli waris kerajaan Kualah. Alhamdulillah sampai saat ini asrama tersebut belum boleh mereka jual lagi.

Setelah beberapa lama berada di negeri Kualah, Tuan Syeikh Abdul Wahab berpindah ke negeri Langkat. Sepertimana yang telah dilakukan oleh Sultan Musa Almu'azzamsyah, demikian juga halnya dengan Almarhum Sultan Al-Haj Ishak dari negeri Kualah, dua orang raja yang telah berada di pintu ulamanya. Dua orang sultan yang terkenal di zamannya senantiasa mendengar akan nasihat ulamanya.

Memang ilmu thariqat itu sanggat tinggi dan murni bagi siapa sahaja yang mengamalkannya kerana ilmu itu datang daripada Allah melalui RasulNya dan khalifah-khalifahNya. Ilmu itu mengajar orang untuk membersihkan sanubarinya agar supaya hati berkekalan mengingati Allah.

Di Malaysia ini juga terdapat bermacam-macam thariqat. Di samping thariqat Naqsyabandiah, thariqat Samaniyah, Qadariah dan Muhammadiah amalan jamaah Al-Arqam. Kesemua ilmu thariqat ini sumbernya adalah satu, Allah Azzawajalla. Mungkin cara mengerjakan amalan itu berlainan antara satu dengan yang lain. Namun tujuannya tetap satu iaitu menuju ke hadrat Allah SWT.

Yang menyedarkan kita hari ini ialah Tarikat Muhammadiah yang dibawa oleh Al-Arqam yang menjadi sasaran ulamak. Kenapa mereka yang berkuasa di bidang itu tak buat apa -apa? Semua majalah terbitan "Arqam ",Al Arqam (Edisi rumi, jawi dan inggeris), Majalah Al-Mukminah, Al-Munir dan Al-Ain telah diharamkan oleh KDN.

Tetapi tindakan mengharamkan media massa Arqam itu satu tindakan yang kejam. Satu kezaliman bukan sahaja kepada Arqam sebaliknya kepada umat Islam seluruhnya. Media massa yang diterbitkan oleh Arqam itu bukan kepunyaan Arqam, tetapi kepunyaan umat Islam seluruhnya. Arqam hanya jadi tukang terbit sahaja. Hakikat inilah yang tidak dapat difahami oleh mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini. Mereka menganggap majalah-majalah Arqam itu kepunyaan Arqam dan milik Arqam. Sepatutnya mereka berfikir lebih luas dan mengambil masa panjang untuk berbuat begitu.

Bukankah apa yang dimuatkan dalam majalah itu semuanya merupakan perkara-perkara yang disuruh oleh Islam? Mereka menulis, mendedahkan dan memberitahu perkara yang ditegah oleh Islam. Isi kandungan buku-buku tersebut bukan idea Arqam ataupun ideologi perjuangannya tetapi ia merupakan pengajaran-pengajaran Al-Quran dan hukum-hukum Allah. Diatas sebab-sebab kebutaan dan kejahilan inilah maka saya berasa kesal terhadap mereka yang bertanggungjawab mengharamkan penerbitan Arqam.

Ulama yang secara terbuka yang meminta Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan Arqam ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Syeikh Mohd Yusuf Ismail. Beliaulah yang membuat kenyataan tersebut telah disokong oleh beberapa orang ulama dan juga individu-individu yang menggelarkan diri mereka sebagai ulama. Saya sungguh hairan kenapa mereka boleh bertindak demikian. Saya tidak nampak apakah sebab sebenarnya mereka sanggup membuat gesaan begitu.

Orang dalam KDN mungkin tidak berapa fasih mengenai agama. Mereka tidak arif. Mereka hanya bergantung kepada pendapat ulama-ulama yang mereka anggap sebagai authority dalam hal-hal yang berkaitan dengan Islam. Padahal mereka tidak tahu bahawa ulama-ulama dari golongan wahabi, ulama-ulama syariat dan ulama-ulama hakikat berbeza dari segi cara hidup, amalan dan pendekatan mereka terhadap Allah SWT. Kita tidak boleh menyalahkan mereka secara total. Sebaliknya, ulama dan individu tertentulah yang bertanggungjawab dan menanggung dosa itu semua. Mereka bukan sahaja berdosa kepada jemaah Arqam yang bertanggungjawab menerbitkan majalah itu, tetapi berdosa dengan semua pembaca majalah tersebut.

Dan apa yang menghairankan kita, kenapakah individu atau ulama tertentu seperti Pengerusi Majlis Agama Islam Kedah, Syeikh Mohd. Yusuf Ismail cuma menggesa supaya majalah penerbitan Arqam sahaja diharamkan. Kenapa beriya benar minta Kementerian Dalam Negeri haramkan majalah Islam, kenapa tidak majalah lain? Apakah majalah-majalah hiburan lain yang bertaburan di pasaran tidak salah? Apakah majalah itu tidak membawa unsur-unsur sesat? Apakah majalah itu tidak menodai aqidah manusia?

Saya rasa majalah-majalah hiburan lebih membahayakan umat manusia kerana cuba menerapkan budaya-budaya kafir kepada anak-anak muda yang masih bersih jiwanya. Ini adalah satu ironi kerana telah menjadi amalan kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai Islam. Dengan mengharamkan penerbitan yang cuba membawa manusia ke jalan yang diredhai Allah, kerajaan seolah-olah hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Majalah-majalah hiburan lebih banyak menyesatkan dari majalah-majalah terbitan Arqam. Dalam majalah hiburan ada rock, ada orang dedah peha, ada orang pakai seluar dalam sahaja. Apakah itu baik?

Tidak tahulah saya kalau ulama seperti Pengerusi Majlis Agama Islam Kedah itu lebih suka kepada majalah-majalah berbentuk demikian berbanding dengan majalah Arqam. Mungkin mereka lebih seronok membaca majalah itu kerana dapat tengok benda yang terdedah dan berkenalan dengan penyanyi rock dan juga bintang-bintang filem. Barangkali kerana ulama seperti Syeikh Mohd. Yusuf Ismail itu sudah terlalu jemu dan bosan dengan kitab-kitab tua Arab maka mereka mengalih selera dengan membaca majalah-majalah hiburan yang diterbitkan dalam bahasa Malaysia yang tidak kurang hebatnya dengan budaya-budaya yang diimport dari luar semata-mata dengan tujuan mencari keuntungan.

Kita berharap semoga raja-raja Melayu di negara kita ini selaku ketua agama merestui ilmu-ilmu thariqat dan menggalakkan ummat Islam khasnya orang-orang Melayu untuk mempelajari ilmu thariqat ini maka rakyat akan dapat membersihkan hati sanubari mereka untuk mencapai jiwa Islam yang sebenarnya. Memang telah sedia maklum bahawa para pelancong yang datang ke Malaysia mengakui bahawa orang-orang Melayu mempunyai budi pekerti yang baik, ramah mesra dan bersopan santun, akan tetapi suatu kenyataan telah menunjukkan bahawa sikap yang baik itu jika tidak disertai hati yang bersih maka rosaklah amalan yang baik itu. Sebagai contoh, pertelingkahan yang terdapat sekarang ini di antara sesama umat Melayu, UMNO, PAS dan puak-puak Serpihan, adalah menggambarkan bahawa niat itu berbeza daripada apa yang mereka lakukan.

Jika sesuatu pertikaian itu tidak dapat lagi diselesaikan walaupun dengan secara musyawarah maka berserahlah kepada Allah disertai dengan niat hati yang bersih. Insya Allah akan selesai.

Disebabkan Raja-raja adalah ketua agama maka saya sajikan fakta-fakta sejarah ini untuk diselidiki oleh raja-raja supaya tidak membiarkan para ulama membuat sesuka hati mereka kerana raja juga tidak terlepas dari menanggung dosanya.

Di Petik Dari Buku
"Revolusi Istana dan Rakyat", 1989

Siapa Guru Anda Siapa Tuhan Anda - SH Alattas @NajibRazak @ahmadmaslan

Siapa Guru Anda Siapa Tuhan Anda


Gagak tidak semestinya hitam.Ada juga yang putih (albino).


Dimana pun kita pergi di Malaysia pasti kita tidak akan bertemu dengan seekor burung gagak yang warnanya putih, namun saya pernah berjumpa dengan gagak albino sekali saja dalam hidup saya di Setapak, Kuala Lumpur beberapa tahun lalu. Anda akan bertanya pada saya, apa ada kena mengena cerita gagak dengan manakib atau sejarah Tok Ku Paloh dan para wali Allah yang akan saya ceritakan dalam bab ini? "Apa cepat-cepat sangat nak tanya. Relakslah Bro.?"

Apakah anda masih ingat siapa guru Habil anak Nabi Adam as dan siapa guru Kabil. Setelah membunuh Habil, ketika itu bukan ada siapa pun dan bukan ada mahkamah yang boleh menghukumnya selaku pembunuh. Kabil belajar dari burung gagak bagaimana menanam adik yang dibunuh kerana hasad dengki berpunca dari hati yang di pengaruhi Syaitan. Kabil bergurukan dengan gagak yang bukan saja bulunya hitam tapi daging hati dan yang lain-lain juga hitam. Samalah seperti Black Magic, Sihir yang ilmunya dari Syaitan berbeza dengan mukjizat, dan karamah yang dikurniakan Allah pada para Nabi dan Wali.

Kisah Adam dan Iblis adalah kisah berabad-abad yang lalu, tapi kenyataannya permusuhan antara Adam dan Iblis masih menjadi sesuatu yang aktual sampai saat ini, negeri kita akan menjadi sangat indah apabila para pemimpinnya mampu tampil dengan peribadi Adam, bukan mengaku sebagai Adam tapi semua perbuatannya merupakan adopsi kelakuan Iblis.

Pendidikan pertama yang diterima oleh Adam as merupakan pengetahuan tentang pro dan kontra dalam kepimpinan. Adam selaku pemimpin awal melaksanakan wahyu sementara syaitan, di sisi lain, tidak. Sambil menampilkan keakuannya (ananiyah ? nya), iblis berkata: "Ana dari api. Adam dari tanah"atau dengan kata lain, "saya lebih tinggi dan dia lebih rendah: saya lebih berpengalaman, dia belum", tengok sikit punya ego Iblis. Ramai yang terlupa mereka ingat minum arak, berjudi, berzina, meliwat, tak solat, tak puasa saja dosa. Mereka terlepas pandang bukankah berlagak itu ego? Sombong dan bongkak pun dosa yang menyebabkan Iblis terkeluar dari Syurga. Ini sekadar cerita. Bukan menyindir mereka yang merasa diri mereka istimewa orang lain di pandang macam kucing kurap. Siapa makan cili dia mesti pedas giller. Nasib lu lah Bro. Saya boleh dan dia tidak boleh: saya boleh dan dia tak boleh. Mentang-mentanglah kata Mahathir Malaysia boleh, rasuah berjemaah mana boleh, menyamun, merompak harta rakyat mana boleh. Saya tidak akan pernah taat kepadanya. Eh-eh mentang-mentang lu VVIP berdarah biru, lu tak hendak taat perintah Allah yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah SAW Islam yang bermula dari Nabi Adam as. Lu fikirlah Bro.

Dalam Islam, pemimpin harus mendengarkan suara Tuhan. Suara Tuhan itu boleh di dengar dari suara masyarakat. Hatta budak kecil atau orang biasa yang menyampaikannya "Jangan tanya siapa yang berkata yang penting apa yang dikata masuk akal atau tak logik. Ada kebenarannya atau tidak sendiri punya diri sendiri mahu ingat"

Nabi pernah menyampaikan hadith dialog antara Tuhan dan manusia. Nanti di akhirat Tuhan bertanya, "Mengapa ketika Aku sakit kamu tidak menjengukKu...?" Dijawab oleh manusia itu, "Ya Allah apa maksudnya?" sehingga di jawab kembali oleh Allah: "Mengapa ketika hambaKu sakit kau tidak mengunjunginya?" Aku dan hambaKu menjadi satu kesatuan." Inilah yang dimiliki oleh Ibnu Arabi, Hamzah Fansuri, Nuruddin Raniri dan Tok Ku Paloh yang mudah difahami oleh orang hakikat yang telah mengenal diri dan mengenal Allah bukan Ulama yang ada PhD dalam agama tapi tak kenal diri dan Tuhannya.

"Kemana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah" (QS 2:115)

"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (QS 50:16)

Di dalam Alquran disebut tentang "nafsu yang menyuruh" (nafs al ammarah, QS. 12:53), "jiwa yang menyesali dirinya sendiri" (nafs al lawwamah,QS 75:2), dan "jiwa yang tenang" (nafs al mutma-innah, QS. 89:27). Juga diingatkan tentang pengetahuan yang diperoleh (ilm al ifadi) dan pengetahuan yang diilhamkan (ilm al ladunni, QS. 18:65) dan bentuk ? bentuk bimbingan yang dihasilkan dari perjuangan spiritual.

"Dan orang-orang yang berjihad di jalan Kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami" (QS 29:69).

Seluruh keturunan manusia samada DNA nya dari Habil atau Kabil dari Firaun atau Musa as, dari Namrud atau Ibrahim as, Muhammad SAW atau Abu Sufian, Ali atau Muawiyah, Hussein atau Yazzid yang melakukan pembunuhan di Karbala. Cuba melakukan ethnic cleansing, antara bani Hasyim dan Bani Umaiyah. Sebelum kiamat peperangan yang paling besar adalah "melawan nafsu" seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW. Dalam setiap peristiwa yang berlaku, dimana saja didunia ini adalah "perang nafsu"dan berperang dengan syaitan. Berkata Habib Ali bin Syekh Abu Bakar, peranglah, tawanlah, dan permainkanlah nafsu anda, kerana jika tidak, nafsulah, dengan kerjasama dan nasihat syaitan yang akan menawan dan mempermainkan kita. Yang Haq melawan yang batil. Good VS Evil. THINK.

Saya selalu mengingatkan diri saya, anak-anak juga kawan-kawan saya yang datang ke Universiti Of Live di Janda Baik. THINK, FIKIR, TAFAKUR. Belajar dari sejarah kerana sejarah akan berulang. Apa lagi jika anda seorang yang berpengaruh, kerana kata-kata yang terkeluar dari mulut Nabi Muhammad SAW dianggap "sabda" jika ulama yang menyampaikannya menjadi ikutan ianya dianggap "hadith" Rasulullah SAW sebab itu "sebelum bercakap berfikir, bukan sudah bercakap baru nak berfikir". Talk with your mind before you talk with your tounge. Terutama orang yang ada pengaruh, Tok Guru, Ustaz-ustaz yang punya ribuan peminat yang taksub, kepada mereka yang baru jumpa Agama, maklumlah dalam dunia si buta orang yang punya satu mata dialah Raja, Raja Pembohong, Raja Pendusta dan Raja Pemfitnah. Para Y.A.B dan Y.B lebih baik diam, jika tidak ada perkara yang berfaedah yang mahu disampaikan. Silence is gold. Lebih baik diam. Saidina Ali berkata janganlah jadi orang yang berkata dengan kata-kata orang yang zuhud tetapi berperangai macam orang cintakan dunia.

Allah mendidik kita untuk mempunyai adab etika dan estetika kerana kita hamba perlu ada perasaan "kekitaan" "nahniyyah" "we", bukan "I, Me, Mine". Jika "hamba-Ku" sakit maka "Aku" yang sakit, atau jika "hambaKu" bersuara maka "Aku" yang bersuara, kerana hamba sekadar punya mulut. Suara kebenaran adalah suara Tuhan. Telinga manusia sekadar accessory begitu juga mata, pendengaran dan penglihatan milik Tuhan. Suara rakyat adalah suara Tuhan (vox populi vox dei). Dan itulah visi demokrasi yang sering kita dengar.

Seorang Y.B yang memakai lebih dari satu topi, topi agamawan dan ahli "ahli politik lebih " lebih lagi harus waspada. Jangan mentang-mentang kita dijemput bagi tazkirah di sebuah institusi pengajian tinggi kita buka dengan ayat Quran, tapi akhirnya kita gunakannya untuk Tuhan politik kita, kita gunakan untuk menyembah nafsu kita. Harus ingat institusi pengajian tinggi Islam adalah tempat lahirnya dai', "umara dan ulama", jangan jadikannya pentas politik.

Bila lagi pemimpin yang besikap individu-individualistik akibat meterialistik mahu menanggalkan "aku" dan beralih kepada kesedaran "kami"?Dengan itu maka keperibadian syaitan yang sangat mengangungkan "aku" akan terkikis. Ingat, "aku" tidak akan pernah bererti tanpa "kami".

Akhirnya, kitakan sama-sama mahluk Allah. Bezanya, siapa yang berwahyu dan siapa yang serupa dengan karekter syaitan; siapa yang pro dan siapa yang kontra dengan pendidikan Tuhan. Melalui adab yang diajar oleh Prof Naquib Alattas.

Seperti biasa, saya suka berfikir, sebelum menulis, kerana saya tahu, anda yang sedang mambaca buku saya akan merasakan saya sedang bercakap dari hati-ke hati menerusi magnetic, frequencies, wavelength dari minda ke minda yang terbuka dengan anda yang di Rahmati Allah semoga apa yang saya kongsikan dengan anda boleh mendatangkan faedah. Semoga Allah memberi anda hidayah dan memberkati hidup anda sekeluarga dan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW. Itu doa saya untuk anda. Jangan percaya sepenuhnya, jika anda tidak yakin dengan apa yang anda baca, fikir. Kalau "tak best" mengarut, buku di tangan anda. Lu buatlah apa lu suka, siapa pun tak marah. May God bless you.

Bukan mudah mahu menggambarkan siapa "Tok Ku Paloh" anakanda Tok Ku Tuan Besar, ulama besar Terengganu pada abad ke-19 yang nama sebenarnya ialah Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus berasal dari Hadhramaut, Yemen zuriat dari Rasulullah SAW dari keturunan Saidina Hussein anakanda Saidina Ali dan Fatimah Az Zahrah puteri Rasulullah SAW.

Berapa ramai manusia hari ini tahu "mukjizat" yang ada pada para Nabi, Nabi Ibrahim as dan Nabi Sulaiman as dan lain-lain Rasul Allah dan Para wali Allah. Lebih-lebih lagi mereka yang tak pernah belajar sifat 20 dan tak baca Hadith 40 yang mereka tahu hanya wawasan 2020. Tok Ku Paloh adalah seorang lagenda yang patut diambil iktibar oleh mereka yang tergila-gila sangat hendak menjadi Menteri Besar. Ketika semua ahli politik mempunyai minat yang sama bila masuk UMNO kerana di sebalik kerusi kuasa ada banyak harta karun dan mudah dapat watikah guna untuk merompak dan menyamun.

Manusia hari ini yang lebih kenal kepada Cirial Magician atau Ahli Sihir David Copperfield. Spiderman, Superman, Bat Man dan Iron Man kerana setiap hari di TV ada saja cerita manusia yang dicipta yang sebenarnya tak masuk akal kerana kecanggihan teknologi perfileman ia menjadi amat menakjubkan. Padahal inilah satu dari propaganda Amerika, ramai anak-anak yang ingin jadi seperti Spiderman sedangkan tak ada apa formula yang kita boleh pelajari untuk jadi Batman. Spiderman ianya satu khayalan berbeza dengan keajaiban miracle yang dilakukan oleh Nabi Isa as seperti karamah yang dimiliki oleh Sheikh Abdul Qadir Jailani dan Arif Billah dan Ghauth serta Wali Allah para Nabi yang ilmunya anda boleh pelajari kerana anda juga adalah manusia ciptaan Allah seperti yang berasal dari Adam dan Hawa, hanya Nabi Muhammad SAW saja yang maksum. Tak kenal maka tak cinta. Kepada mereka yang berminat menghadiri majlis, mari kita kenal siapa Nabi Muhammad SAW kerana kita pernah mengadakan Malam Cinta Rasul di Putrajaya.


"Dalam kitab "Maulid Diba" yang dibacakan bersama oleh hadirin pada hari dia mengingatkan kita semua,"Aku (Muhammad) senantiasa dipindahkan dari sulbi-sulbi (rusuk) yang mulia ke dalam rahim-rahim yang suci. Sehingga tiba saatnya aku dilahirkan diantara kedua orang tuaku." Walaupun kita tidak pernah "ketemu" dengan kekasih Allah yang berada di alam ghaib, hati kita yang sudah dihidupkan ketika membaca "Maulid" merasakan sentuhan kasih sayang Baginda yang melimpahi setiap kali nama Baginda disebut. Kita berselawat ke atas Baginda dan kaum keluarganya. Kalau tak pernah rasa garam, masakan kita tahu apa itu masin, kalau gula di sentuhkan ke bibir, baru tahu manisnya gula. Kalau tak kenal Baginda Rasulullah SAW sebagai cahaya dan rahmat, bagaimana kita kenal siapa sebenarnya warisnya, siapa sebenarnya zuriatnya?

Nabi Muhammad SAW pada awal penciptaannya disebut Ahmad Nurani yang ertinya "Ahmad yang mempunyai sifat Nur". Pada akhir penciptaannya disebut Ahmad Ruhani, atau "Ahmad yang mempunyai sifat roh". Muhammad SAW juga disebut Ahmad Insani, iaitu "Muhammad yang mempunyai sifat manusia." Pada batinnya bernama Ahmad Rabbani, iaitu "Muhammad yang mempunyai sifat ketuhanan." Hal ini dimungkinkan kerana semua dijadikan dari Nur Muhammad. Muhammad itu sebelum penzahirnya sudah dicintai Allah, bukan macam Mat-Mat di kampung atau Mat Rempit. Macam mana kita mangaku umatnya kalau tak kasihkannya, kalau tak cintakannya, lainlah kalau kita bernabikan Muhammad bin Abdul Wahhab!

Lawlaka-lawalaka ma khalaqutul aflaka. Kalimat syair dari hadis Qudsi boleh diertikan, "Kalau bukan kerana engkau, wahai Muhammad. Aku tidak akan membuat alam semesta ini. Kerana alam dijadikan dari Nur Muhammad."


Ketika Jibril memangku Nabi Muhammad, ia mengatakan, "Anta Yasin, anta Thata, anta Ha Min, Anta waliyul nufusil mukminin (Engkau Yasin, engkau Thaha, engkau Ha Mim. Engkau adalah wali jiwa orang beriman)." Tingginya kedudukan Saidina Muhammad SAW, ketika Baginda akan lahir, binatang-binatang berebut untuk memelihara Baginda. Saat kelahiran Muhammad, api sembahan di negeri Syam padam dan singgahsana di Kerajaan Parsi runtuh. Bukan sembarangan orang manusia Tuhan pilih untuk menjadi "role model" towering personaliti yang diceritakan di dalam berzanji, syair, kasidah yang puitis yang menjadi halwa telinga santapan rohani. Jika kita mengerti kita akan sentiasa meletakkan Baginda di hati kita, mahu jadi seperti Baginda jika mahu mengangkat makam ke peringkat insanul kamil. Dari Rasulullah SAW inilah lahir keturunan Tok Ku Paloh. Tak kenal maka tak cinta.

Cuba kita tanya berapa rakyat Terengganu yang tahu sejarah Tok ku Paloh? Sama ada mereka ahli PAS, UMNO atau PKR. Kenapa saya bawa cerita Tok Ku Paloh dalam cerita rampasan kuasa secara diplomatik dalam peralihan kuasa dari Ahmad Said kepada Ahmad Razif yang melibatkan Sultan Terengganu. Lu fikirlah Bro. Sehingga ada rakyat yang memandang serong kepada institusi yang penting bagi orang Melayu yang memerlukan kuasa kesultanan selaku khalifah dalam peralihan politik lanskap dunia.


Batu Bersurat Terengganu untuk yang mahu menginsafi kewujudan nya


Ramai yang terlupa akibat memisahkan politik dari Agama akibat tak kenal siapa Tuhan mereka, apa perjanjian dengan Allah semasa dalam kandungan ibu dan Allah lebih dekat dari urat leher mereka. Mereka terlupa yang Allah maha kuasa. Tuhan tak mahu beri Terengganu pada PAS. Bila PAS tak percaya tanpa bergabung dengan parti lain. Ini pernah terjadi pada pilihan raya pertama pada tahu 1959.

PAS telah berjaya memenangi kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri Terengganu. PAS pada tahun 1959 telah memenangi 13 daripada 24 kerusi DUN Terengganu. PAS Terengganu ketika itu diketuai oleh Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun Ustaz Ahmad Azzam adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu dan berjaya memenangi kerusi DUN Jeram, beliau tidak pula dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu sebagaimana amalan politik biasa ini kerana Ustaz Ahmad Azzam bukan berasal dari negeri Terengganu. Sultan Terengganu telah memperkenankan ADUN Setiu iaitu Haji Mohd Daud Abdul Samad sebagai Menteri Besar. Sementara Ustaz Ahmad Azzam dilantik menjadi Exco Kerajaan.

Terdapat desakan agar Exco Kerajaan Terengganu, Ustaz Ahmad Azzam dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar. Usaha menguatkan kerajaan dengan menubuhkan kerajaan campuran PAS-Parti Negara telah gagal walaupun ADUN Parti Negara, Ismail Abbas menyertai PAS kerana Timbalan Yang Dipertua Parti Negara, Wan Daud Wan Ahmad membawa tiga lagi ADUN Parti Negara menyokong Perikatan.


Al-Habib Abdul Rahman bin Muhammad Al-Aidrus
(Tokku Paloh -1817M – 1918M)

Sultan akui kehebatan karamah yang ada pada Tok Ku Paloh sebab itu Sultan boleh mengiktiraf mentadbir Terengganu tanpa perlu memberi watikah seperti seorang mahu menjadi MB perlu watikah dari Sultan. Sultan memberi kuasa sepernuhnya kepada Tok Ku Paloh sebagai orang yang lebih berhak memutuskan permintaan berkenaan. Begitulah mulianya seorang ulama pewaris nabi yang barada di peringkat Arifin Billah.

Tok Ku Paloh memiliki banyak ilmu dalam bidang kerohanian terutama ilmu tasawauf dan sufi. Beliau juga menjadi khalifah kepada Tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal serta mengembangkan amalan "Syahadat Tok Ku" iaitu satu amalan yang disusun oleh bapanya.

Kepercayaan Sultan Terengganu terhadap dirinya menyebabkan Tok Ku Paloh diamanahkan Sultan Zainal Abidin III untuk mentadbir kawasan Paloh selain mengawasi beberapa daerah di Hulu Terengganu antaranya Kuala Berang hingga Cabang Tiga.

Seorang daripada isteri Tok Ku Paloh iaitu Tengku Mandak ialah kekanda Sultan Zainal Abidin III sendiri. Hubungan rapat antara Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III menyebabkan baginda menyerahkan puteranya iaitu Tengku Sulaiman untuk dijadikan anak angkat dan murid Tok Ku Paloh.


Almarhum Sultan Zainal Abidin III

Tok Ku Paloh meninggal dunia pada September 1917 selepas jatuh sakit pada usia 100 tahun. Tidak lama kemudian, Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 26 November 1918. Selepas kematian ulama itu, barulah British berani dan berjaya menjajah Terengganu pada 24 Mei 1919.

Tok Ku Paloh dilahirkan pada 1817 di kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ulama itu mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri iaitu Saiyid Muhammad al-Idrus atau dikenali Tok Ku Tuan Besar, selain beberapa ulama tempatan sebelum berhijrah ke Makkah untuk mendalami ilmu agama dan menimba pengalaman.

Selain menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III dan Abdul Rahman Limbong iaitu pejuang penentang penjajah di Terengganu, ulama itu turut bertanggungjawab menyemarakkan semangat jihad di kalangan pejuang menentang penjajah di Pahang iaitu Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.


Datuk Bahaman


Mat Kilau 


Peristiwa itu berlaku apabila pasukan pemimpin Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir -hampir menyerah diri selepas mengalami tekanan dan serangan berterusan daripada tentera penjajah pimpinan Residen British, Hugh Clifford.

Keadaan tersepit itu menyebabkan mereka berlindung di hutan Terengganu dan menghubungi Tok Ku Paloh pada Mei 1894. Sebaik bertemu dengan ulama itu, mereka diberi perlindungan dan diajar ilmu untuk menentang musuh.

Hasil perguruan singkat dengan ulama itu menyebabkan semangat kumpulan pejuang terbabit kembali membara dan mereka terus tekad melancarkan jihad menentang penjajah British di Pahang.
Tok Ku Paloh turut membabitkan diri dalam bidang pentadbiran dan diplomatik Terengganu apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu selain penasihat utama Sultan dalam pelbagai hal. Cucunya hari ini Dato Syed Omar menjadi penasihat Sultan Mizan.

Malah ketegasan dan kepintarannya dalam hal ehwal diplomatik menyebabkan ulama itu sering diberi peluang mewakili Sultan untukk berunding dengan British hingga penjajah itu gagal menawan Terengganu.

Mendengar jawapan Sultan Terengganu itu, sepasukan pengawai British kemudian pergi ke rumah ulama itu untuk berunding. Tok Ku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh "mengambil" Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka.

"Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun tapi kalau hendak tanah, silakan. Isikan ke dalam armada tuan sebanyak mana yang pihak British mahu, ambillah tanah." Demikianlah jawapan ulama besar itu dalam bahasa Terengganu maki tua orang Inggeris kata British "sense of human".

Mendengar jawapan sindiran maki tua ulama keturunan dari Rasulullah SAW. British berasa sakit hati dan cuba menunjukkan kemarahan mereka dengan bangun daripada kerusi yang diduduki. Akan tetapi dengan izin Allah dengan karamah yang ada pada ulama wasilah ambia, secara tiba-tiba kerusi yang diduduki penjajah melekat di punggung mereka. Baru padan muka orang yang sombong.

Lalu Tok Ku Paloh menyindir:"Bukan Bukit Besar saja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi saya pun kamu mahu ambil juga?" Sekali lagi mereka kena "maki tua". Saya teringat cerita Ahmad Said pada saya, semasa dia di New Zealand. Dia tengok pertunjukan bagaimana seekor burung setiap kali orang buang sampah, burung itu akan kutip. Ahmad Said sanggup bayar nak bawa balik ke Terengganu mengajar mereka yang tak ada "sivik" kebersihan guna cara "maki tua" kepada orang yang suka buang sampah dan tak peduli pada teguran. Sebab itu agaknya Ahmad Said buat zoo supaya manusia boleh belajar dari binatang. Jika dia tidak ada kemanusiaan dalam dirinya. Sekali gus menyebabkan British beredar dengan perasaan malu dan marah.

Selepas peristiwa itu, British cuba berunding untuk kali kedua dan proses itu diadakan di atas kapal perang mereka yang besar. Ia bertujuan mengugut ulama itu secara psikologi kononnya British memiliki angkatan perang yang besar dan mampu menyerang Terengganu jika hasrat mereka menduduki negeri itu dihalang.

Mereka menjemput Tok Ku Paloh ke kapal berkenaan tetapi ulama itu mengatakan bahawa kapal perang besar itu tidak mampu bertahan jika beliau naik.

Pihak British kemudian ketawa mengejek sebaik mendengar kata Tok Ku Paloh. Ulama itu kemudian naik ke atas kapal berkenaan dan dengan izin Allah, setiap kali Tok Ku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal besar itu turut senget. Keadaan itu mencemaskan pihak British sehingga mereka membatalkan rundingan itu serta-merta. Jangan main-main dengan wali Allah. Apakah anda tak teringin mempunyai seorang anak yang boleh menjadi wali Allah kerana sudah terlalu banyak wali syaitan yang merosakkan akidah ummat Islam. Menggunakan Islam bertopengkan Islam.

Ramai yang telah terpesona dengan kehebatan dongengan mitos Amerika yang mendewakan mitos ciptaan mereka melalui filem hingga orang Islam terlupa keajaiban yang ada pada para Nabi dan Wali Allah yang boleh mengatasi segala Mistik dan keajaiban yang di cipta oleh kafir untuk menyesatkan kita. Ramai orang kita percaya mengadakan "tawasul" dengan wali Allah itu bidaah, khurafat malah kafir ikut agama Wahabi ciptaan Muhammad bin Abdul Wahab. Tapi mendewakan Amerika tak menjadi kesalahan kerana Amerika kuasa besar dunia. Bagaimana dengan Akhirat dan Alam Ghaib?

"Gagal dalam membuat rencana sama dengan merencanakan kegagalan"

Pelik bagaimana ramainya orang Islam merasa senang dengan keindahan penampilan, merasa bangga mengeluarkan biaya yang mahal untuk memperindahkan rumah, membeli kereta mewah supaya anda lebih dihormati dan disegani. Ramai yang memberikan keutamaan memperindahkan aksesori duniawi, melakukan pembaziran di hotel-hotel mewah di bulan puasa dan persiapan menyambut hari raya 3 bulan sebelum puasa bukankah lebih baik memperindah keperibadian dalaman, kerohanian dengan "akhlak mulia". Kita melihat rumah-rumah yang tersergam indah setanding istana, tetapi peribadi tuan rumahnya begitu jauh dari keindahan budi perkertinya. Berkereta besar dan mewah, sayangnya keindahan perilaku tidak nampak pada diri pemiliknya yang hidup dalam keluh kesah "sakit jiwa" wang berjuta. Akibat tak bertanya apa tujuan Tuhan bawa mereka kedunia ini.

Lebih baik jadi hamba Allah yang disayangi oleh Allah dari jadi hamba manusia dan hamba nafsu yang dimusuhi Allah. Lebih baik lagi jika boleh jadi "sahabat Allah". Bukan susah sangat hendak jadi "wali Allah". Apakah anda tak punya keinginan untuk jadi wali Allah atau anak cucu anda menjadi seorang wali Allah. Sayang tak ramai yang minta supaya dimatikan dalam Islam. Hendak mati dalam Islam macam mana kalau "HATI" tidak Islam. Macam mana nak jadi "wali Allah" kalau Allah itu bukan Tuhan kita. Muhammad bukan Nabi kita, Al-Quran bukan ikutan kita dan orang Islam bukan saudara kita. Kita "tak peduli"kan nasib mereka. Kita tak tahu pun Allah itu lebih dekat dari urat leher kita. There is God in Man.

Ramai yang berjanji kepada Allah SWT bahawa solatku, ibadatku, hidup dan matiku kerana Allah, sekadar janji dimulut jadi imam di surau yang makmumnya tak sampai 10 orang guna "loud speaker" supaya dunia tahu yang dia jadi imam. Seorang imam sepatutnya jadikan diri orang yang "muttaqin", orang yang taat, orang yang taqwa, bukan ego menunjuk-nunjuk kerana elaun imam sudah ditambah. Mana tahu tak lama lagi kerajaan BN tambahkan lagi. amal dan hatinya ikhlas bukan menunjuk-nunjuk riak dan takbur di musuhi Allah, gelap buta pukul lima pagi baca Al-Quran guna pembesar suara ganggu jiran yang jarak satu kilometer dari surau dan masjid. Saya berfikir macam mana mengubah mengenai nasib Melayu yang sepatutnya jadi contoh. Mata hatinya buta. Inilah penyakit masyarakat yang tak kenal diri dan Tuhannya. Sebab itu saya terpaksa menulis buku "Jangan Jadi Bodoh"

Melayu yang berfikiran "destruktif" dan enggan menjadi bangsa yang konstruktif seperti ketam dalam bakul. Ada ijazah berjela masih tetap dengan kebodohan yang ditinggalkan penjajah. Mereka "membaca" tapi tidak mahu menjadikan diri Al-Quran yang hidup untuk mencontohi Nabi Muhammad SAW "Rahmatan Lil Alamin" kerana "mata hati" tertutup. Islam itukan "keamanan?"dan "kedamaian". Bukan buat bising dan menggangu ketenteraman, menarik orang ramai mendekati rumah Allah. Cukuplah azan menggunakan pembesar suara. Sebenarnya bila mereka beriman tak payah mereka akan mencari roh yang ada Allah di dalam surau yang dimiliki oleh Imam.

Ingatkan pesan Tuhan "Dia dijadikan untuk menyembah bukan untuk disembah, jangan hendak jadi Tuhan, jadi hamba Tuhan yang ada rasa ikhsan.Wahai kawan-kawan, usah bertarung idea tanpa adab. Berdebat jika ia berbuahkan kebaikan. Awasi pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan. Syaitan namanya."
Imam Hassan Al-Bana

Terserahlah kepada orang-orang yang mahu berfikir mengenai mesejnya yang cukup mudah, "Wahai ahli dunia! Berhentilah berbuat maksiat, ceraikanlah nafsu syahwatmu, jangan lebih-lebih sangat, cari dan kenal Tuhan mu kerana kamu akan kembali kepada Tuhanmu!" Tak guna minta 17 kali sehari supaya Tuhan tunjukkan jalan kebenaran, jalan siratulmustaqim ke syurga jika kamu mengamalkan sifat munafik", bermuka-muka, lidah bercabang, cakap berbohong, berjanji mungkir, diberi amanah mengkhianati amanah, dengan sifat ego seperti iblis. Lufikirlah bro.

Jangan jadi Tok "Big Ayam" Maggi sudahlah...


MH370: Grand Finale


PENDAHULUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam serta seluruh Itrah Ahli Baitnya dari awal dan akhir. Semoga dengan mereka kita mendapat lebih banyak ilmu dan akan menerima payung syafaat Baginda Rasulullah di hari akhirat kelak, insyaALLAH.

"Wamakaru WamakaraALLAH, WALLAHu Khairul Maakirin. Dan mereka melaksanakan rencana dan ALLAH juga merencana, dan perencanaan ALLAH itulah sebaik-baik perencanaan." QS Ali Imrah: 54.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayatNYA, saya berjaya juga menyiapkan artikel "Grand Finale" ini disini pada malam ini, iaitu tepat jam 2.58 pagi waktu Malaysia diteratak saya tempat saya sering berfikir dan menganalisa. Setelah lebih 20 hari saya meneliti dan menganalisa, akhirnya saya temui jawapan mengenai misteri MH370 ini. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana, daripada DIA jualah saya mendapat ilham dan juga jalan untuk menyelesaikan misi pencarian saya mengenai MH370 ini.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam misi saya ini dan kepada semua yang pernah bersama saya sepanjang saya mencari jawapan tentang MH370 ini, SYABAS dan TAHNIAH saya ucapkan kepada anda semua kerana telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pembaca yang setia menanti artikel saya ini diterbitkan. Terima kasih tak terhingga kepada semua authorized personyang telah banyak membantu saya dalam misi saya.

Akhirnya, selesai juga artikel saya tentang MH370. Semoga dengan tertutupnya cerita ini di blog saya dapat merungkaikan kesulitan dan juga keanehan yang terjadi sepanjang hilangnya MH370. Untuk makluman, saya telah menganalisa hampir kesemua berita semasa daripada 9 Mac 2014 sehingga semalam (29 Mei 2014), iaitu lebih kurang selama 81 hari. Saya telah meneliti hampir kesemua teori dan juga rumours berkenaan MH370 termasuklah hal Diego Garcia, Kazakhstan, Mongolia, teori Philips Wood, teori berpatah balik, teori rampasan, teori teroris, dan pelbagai lagi yang tak dapat saya nyatakan kesemuanya disini.

Sejujurnya, pada 27 Mac 2014 lagi jawapan sudah ada, namun tidak dapat diterbitkan atas beberapa sebab. Akhirnya, selepas rasa bersalah saya menyimpan kebenaran daripada pengetahuan orang membuak-buak, maka pada malam ini terbitlah artikel terakhir ini sebagai menutup kesemua teori dan juga kajian yang telah saya lakukan. Saya amat berharap artikel ini mendapat perhatian dunia baik rakyat biasa waima pihak berwajib. Saya yakin, ramai yang sudah tahu perkara yang sama dengan yang saya bentangkan ini, namun tidak ada yang bersuara dengan menulis artikel panjang lebar seperti ini.

Saya berharap, setelah anda semua membacanya, sebarkanlah agar lebih ramai yang tahu mengenai misteri ini dan supaya ia tidak ditutup begitu sahaja ditelan masa dan waktu. Saya amat berharap agar MH370 ini dibongkarkan juga dimedia massa dengan mana-mana pihak berwajib tampil untuk menunjukkan bukti bergambarnya.


Saya memohon maaf kerana TIADA bukti bergambar mengenai MH370 yang dapat saya paparkan dalam artikel ini kecuali bukti bertulis dan juga bukti yang saya dapat melalui cross-referencing.


Tanpa melengahkan masa, ayuh sama-sama kita baca artikel tergempar ini...


Selamat menelaah. Semoga beroleh jawapan !



MH370: Grand Finale

*Artikel ini ditulis berdasarkan penelitian dan juga pemerhatian oleh Brado Kapak sendiri danteam members nya selama lebih 40 hari. Sila baca dengan tenang untuk mengelakkan anda menjadi keliru. Ini artikel terakhir berkenaan MH370 oleh Brado Kapak. Sekiranya ia tepat, maka ia hanya kebetulan sahaja. Sekiranya ia tidak benar, maka ia berpunca dari kelemahan kami menganalisa dan meneliti. Bacalah dengan hati yang terbuka....

1. Pada 8 Mac 2014, sebuah pesawat kepunyaan MAS Airlines, Boeing 777-200ER penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menuju ke Beijing telah dilaporkan hilang daripada radar. Pesawat ini disahkan hilang oleh menara kawalan pada sekitar jam 8 pagi hari yang sama sedangkan ping radar terakhir yang dikesan adalah pada jam 2.37 pagi waktu Malaysia.

2. MH370 menghantar isyarat komunikasi kepada Air Traffic Control (ATC) menara kawalan di KLIA ialah pada jam 1.19 pagi waktu Malaysia. Sila rujuk gambar ini. Manakala MH370 telahpun melakukan 'handshake' dengan Vietnam melalui Immarsat dan menghubungi menara kawalan udara bandar Ho Chi Minh City adalah pada sekitar jam 1.16 pagi waktu Malaysia. Ketika itu MH370 sedang memasuki ruang udara perairan Vietnam.

3. Itu adalah laporan terakhir MH370 yang berjaya dicatatkan dalam mana-mana media antarabangsa. Selepas itu tiada lagi laporan isyarat komunikasi antara MH370 dengan mana-mana menara kawalan udara atau dengan mana-mana radar. Hanya ping radar terakhir yang berjaya dikesan adalah sekitar jam 2.37 pagi sahaja. Rujuk gambar ini untuk melihat data radar terakhir pesawat. Abaikan kesilapan PM dan AM yang tertera pada gambar tersebut. Artikel initelah mengesahkan bahawa komunikasi radar terakhir dengan MH370 adalah sekitar jam 2.30 ke atas, iaitu lebih kurang jam 2.40 atau 2.50 pagi waktu Malaysia.

4. Sekitar jam 2.50 pagi waktu Malaysia, MH370 sudah tidak lagi menghantar ping kepada radar dan data radar mengesahkan bahawa pesawat telah turun menjunah kepada satu ketinggian yang tidak dapat dikesan radar.

5. Saya sifatkan sebenarnya, pada ketika itulah MH370 sudahpun jatuh tenggelam ke dasar lautan. Iaitu kira-kira beberapa minit sebelum jam 3 pagi.

6. Satu letupan kecil telahpun berlaku diudara yang mengakibatkan kokpit pesawat terputus hubungan dengan mana-mana menara radar terdekat dan kesemua sambungan elektronik dalam badan pesawat terputus. Rujuk artikel ini dan ini.

7. Saya tidak tahu bagaimana letupan itu terjadi dan mengapa pesawat masih terus terbang dalam tempoh beberapa minit sebelum ia terhempas. Perlu diingatkan, kesemua pesawat Boeing sebenarnya mempunyai satu sistem kawalan jarak jauh yang boleh dikawal oleh pusat kawalan pesawat Boeing yang berada di luar negara. Rujuk artikel ini dan ini untuk mengesahkan bahawa kesemua pesawat Boeing telahpun dipasang dengan satu sistem kawalan jarak jauh bertujuan kononnya untuk mengelakkan sebarang tindakan terorisme atau rampasan kapal.

8. Saya sifatkan sebenarnya pemasangan sistem ini bertujuan bukanlah untuk mengalihkan atau mengelakkan terorisme dan rampasan kapal semata-mata, namun ia boleh berdwi-fungsi iaitu melaksanakan arahan dari orang tertentu demi kepentingan tertentu. Contoh paling mudah adalah MH370.

9. Berdasarkan artikel ini, mereka telah mendengar satu dentuman yang kuat di udara pada sekitar jam 1.30 pagi ke atas waktu Malaysia namun tidak melihat apa-apa di udara. Mereka hanya melihat cahaya putih dan juga lampu kuning sekitar jam 2.30 pagi ke atas waktu Malaysia.

10. Saya telah meneliti dan menganalisa hampir kesemua berita, rumours, diversi informasi, info risikan, sumber-sumber tertutup, data-data bertulis dan juga pelbagai gambar sebelum menulis artikel ini.

11. Berdasarkan penelitian dan juga penganalisaan saya, MH370 telahpun diletupkan diudara yang mana ia telah mengakibatkan kokpit dalam pesawat malfunction ataupun failure dan pesawat telah dikawal dari jarak jauh dengan menghalakannya ke arah Laut China Selatan dalam perairan Spratly.

12. Berdasarkan penelitian dan juga penganalisaan saya, MH370 telahpun jatuh dalam kawasan bulatan merah (rujuk gambar bawah, abaikan kesilapan ejaan yang terjadi).




(Klik gambar untuk perbesar imej)

13. Gambar di atas adalah gambar yang saya sendiri tandakannya berdasarkan pemerhatian dan juga penelitian saya. MH370 telahpun jatuh tenggelam dalam kawasan bertanda bulatan merah di dalam perairan 3 buah negara, iaitu Vietnam, Filipina dan juga Malaysia.

14. MH370 TIDAK boleh terhempas dalam perairan China kerana pesawat tersebut sedang membawa kargo berharga yang hendak dihantar ke China melalui lapangan terbang Beijing.

15. Penerbangan MH370 sebenarnya telahpun dirancang awal dan tarikh penerbangan serta rampasan yang terjadi pun telah dilakukan dengan teliti.

16. Saya sifatkan rampasan MH370 bukan bersifat terorisme atau rampasan hendak berebutkan harta. Pada saya, rampasan tersebut adalah bagi menghalang negara kuasa besar daripada memperluaskan kekuasaannya dan kargo di dalam MH370 harus disekat daripada terus dihantar kepada China. Maka, rampasan ini bukan bererti kapal tersebut dirampas dan disimpan, akan tetapi telah dialihkan daripada laluan sebenarnya dan ditenggelamkan di dalam lautan. Manakala, kotak hitam pesawat telahpun dilenyapkan sejurus selepas pembersihan perairan Laut China Selatan dilakukan. Hanya selepas lebih kurang 50 hari selepas MH370 hilang, barulah 'bluefin' dan sistem pengesan kotak hitam digunakan. Ini bererti, mereka tidak akan menemui kotak hitam tersebut kerana nyawa kotak hitam telah tamat selepas 40 hari pesawat dalam keadaanmalfunction.

17. Sebelum saya terlupa, sekitar jam 1.30 pagi, MH370 telahpun menutup sambungan isyarat komunikasinya dengan menara kawalan udara di KLIA dan TIADA isyarat komunikasi daripada MH370 yang berjaya dirakamkan selepas jam 1.30 pagi. Rujuk artikel ini untuk pengesahan.

18. Untuk makluman semua, Kapten Zaharie, pilot MH370 adalah merupakan orang pertama yang pernah membawa pesawat Boeing 777 daripada Malaysia menuju ke Afghanistan. Rujukartikel ini dan ini. Penerbangan itu juga merupakan penerbangan pertama di dunia yang merentasi pergunungan besar dalam wilayah Afghanistan. Ketika itu kalau tidak silap saya, Kapten Zahari terbang ke sana dengan membawa kargo yang sama dengan kargo di dalam MH370. (Apakah isi kargo itu?)

19. Namun, TIADA satupun media yang berani melaporkan, apakah dan mengapakah penerbangan itu dilakukan oleh Malaysia ke Afghanistan???

20. Untuk makluman semua, menurut maklumat risikan saya, Kapten Zaharie pernah mengikuti satu misi ke Afghanistan lama dahulu dalam membantu para Mujahidin di Afghanistan berperang disana.

21. Kapten Afghanistan mempunyai hubungan dengan para pejuang Afghanistan walaupun dia sudah lama tidak ke sana dan telahpun berkhidmat dengan MAS Airlines selama lebih 20 tahun.

22. Sila betulkan informasi ini sekiranya saya salah mencatatkan datanya.

23. Untuk makluman semua, selepas saya melakukan banyak analisa, MH370 membawa satu khazanah berharga yang disimpan di dalam sebuah kargo yang besar.

24. Maklumat berkenaan khazanah tersebut telahpun saya dedahkan dalam banyak artikel saya yang terdahulu. Sila rujuk ini dan ini.

25. Khazanah tersebut sebenarnya adalah Drone Command and Controller (CNC) milik sebuah negara kuasa besar yang telah ditembak jatuh di Afghanistan. Rujuk artikel ini.

26. Sebanyak 4 buah Drone milik negara kuasa besar tersebut telah ditembak jatuh dan beberapa alat CNCnya telahpun dirampas oleh para pejuang Mujahidin Afghanistan. Maafkan saya, kerana tidak ingat pada tahun berapakah Drone tersebut ditembak jatuh, kalau tidak silap saya iaitu pada akhir 2013.

27. Alat tersebut telahpun dibongkar dan dibuka satu persatu komponennya untuk tujuan penelitian dan juga pengubahsuaian.

28. Menurut data risikan, alat tersebut hendak dijual kepada negara-negara jiran namun tiadabuyer yang sanggup membelinya. Pihak Afghanistan hendak menjual kepada Russia namun, memandangkan Afghanistan pernah berperang lama dengan Russia pada tahun 70-an dahulu, maka mereka telah menjualnya kepada negara China.

29. Presicous Cargo yang dibawa di dalam MH370 telahpun diangkut berulang kali dari Afghanistan menuju ke Malaysia sebelum ia terbang ke China.




(Klik gambar untuk perbesar. Ini data softcopy mengenai precious cargo tersebut)


(Ini pula ayat daripada orang yang mendedahkan informasi ini kepada saya)

30. Sebanyak 2 buah Drone dan juga CNC telah dijual oleh Afghanistan kepada China dan deal telah dilakukan oleh Billionaire China seramai 4 orang dengan Warlords Afghanistan. Saya tidak tahu bilakah tarikh sebenar deal dilakukan, namun kargo tersebut telah diangkut ke Malaysia menggunakan Airbus dan transit di KLIA. Rujuk kredit artikel bernombor 2 dibahagian bawah. Kargo berharga ini telah dijual kepada pihak China melalui individu iaitu Billionaire seramai 4 orang tersebut. Pihak Billionaire ini telah membeli alat ini demi persaingan teknologi mereka dengan kuasa besar lain.

31. Apa yang perlu kita ketahui disini sebenarnya, kehilangan MH370 BUKAN disebabkan oleh rampasan pemberontak, pengganas, berpatah balik, tenggelam di lautan Hindi, dan apa jua karut marut yang sengaja disebarkan bagi mengalih perhatian dunia daripada memfokuskan terhadap isu utama MH370 ini hilang.

32. Isu utama MH370 hilang adalah...

a. Mengapa pesawat itu hilang dan langsung tidak dapat dikesan oleh mana-mana menara kawalan waima pusat kawalan Boeing, Rolls-Royce, Joint Agency Coordination Center (JACC) dan juga Immarsat??

b. Apakah kargo yang dibawa di dalam MH370 yang sengaja disembunyikan oleh pihak MAS dan juga Boeing??

c. Siapakah 4 orang billionair yang terdapat di dalam MH370 dan mengapa mereka menaiki pesawat tersebut dan tidak menaiki jet peribadi sendiri?

d. Mengapa pihak Boeing, Rolls-Royce berdiam diri dalam isu ini sedangkan Amerika Syarikat adalah negara yang paling kecoh mahu membantu Malaysia??

e. Mengapakah Vietnam dan Filipina sangat mendiamkan diri pada awal MH370 hilang??

f. Mengapakah media antarabangsa menyatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi namun TIADA satupun yang memfokuskan bagaimana dan mengapa ia jatuh di Lautan Hindi?

33. Ini jawapan saya berdasarkan analisa fakta yang saya lakukan...

a. Pesawat itu TIDAK terputus hubungan dengan Boeing, Rolls-Royce dan juga JACC serta Immarsat sehinggalah pesawat itu tenggelam di Laut China Selatan dalam perairan Spratly. Buktinya, JACC telahpun mengesahkan bahawa ping di Lautan Hindi adalah TIDAK BENAR. Rujukdisini.

b. Kargo yang dibawa di dalam MH370 sebenarnya adalah alat perang yang berkualiti tinggi milik Amerika Syarikat yang telah dirampas oleh Mujahidin Afghanistan. TIADA manggis daripada Muar di dalam MH370. Saya telah ke Muar dan disana tak banyak pun manggis berbuah ketika itu. Hal ini telah disahkan oleh berita ini dan gambar ini.

c. Empat orang Billionaire daripada China itu sebenarnya adalah pemilik syarikat mengelola alatan teknikal untuk negara China dan merekalah pembeli alat CNC tersebut yang telah ditransitkan di Malaysia. Mengapa ditransitkan di negara kita? Jawapannya dibawah.

d. Pihak Boeing, Rolls-Royce dan seangkatan dengannya saya sifatkan sebagai terlibat secara langsung dan juga tidak langsung untuk mencipta suasana vanish dalam kehilangan MH370. Mereka juga terlibat dalam mengalih perhatian dunia dan juga mengubah laluan MH370 daripada jatuh ditengah-tengah bandar Ho Chi Minh City.

e. Vietnam dan Filipina telah menjadi negara bertindak dalam menghapuskan bukti MH370 di perairan yang saya tandakan merah dalam gambar ini. Bulatan merah itu sebenarnya adalah radius keluasan bangkai dan juga serpihan MH370 berselerak yang mana pihak kedua-dua negara ini telahpun mengawalnya lebih awal sebelum MH370 hilang. Jawapan lebih lengkap dibawah.

f. Media antarabangsa telah diarahkan berpandukan dengan kenyataan media oleh Dato Seri Hishamuddin dan juga Dato Seri Najib Razak. Rujuk artikel ini dan ini pada point ke-14.

34. Ada banyak persoalan yang akan dikemukakan apabila bercerita mengenai MH370. Antara yang paling kerap ditanya kepada saya adalah, "Apakah nasib mangsa dalam MH370?"

35. Jawapan saya berdasarkan analisa fakta dan juga cross-referencing yang saya buat, kesemua mereka sudah TIADA.

36. Hal ini berpandukan dengan teori mudah saya, "Siapakah yang sanggup memberi makan 239 orang selama lebih 80 hari dan menjaga kesemua mereka???" dan juga teori ini, "Untuk menjaga 239 orang memerlukan tenaga manusia yang besar dan TAKKAN kesemua mereka tidak pernah membuka mulut selama ini sedangkan kita dizaman informasi serba boleh, hampir semua orang ada smartphone!" dan juga teori ini, "Ada ke lokasi yang sesuai menempatkan tebusan seramai 239 orang dan kalau mereka masih hidup, MENGAPA TIADA DEMAND DARIPADA PERAMPAS???". Begitu juga dengan soalan ini, "Logikkan seseorang itu masih hidup apabila hilang daripada kesemua radar dunia selama lebih 80 hari tanpa ada jejak???". Ia hanya akan menjadi logik jika ada pihak yang menjaga mereka dan memberi makan kepada mereka. Namun, sehingga kini tiada satu pihak pun yang muncul untuk memberi penjelasan atau membuat tuntutan pampasan.

37. Saya sifatkan ura-ura mengatakan penumpang masih hidup sebenarnya adalah jalan untuk menenangkan keadaan dan juga mengelak daripada soalan, "Kalau dah mati, mana mayatnya???"

38. Saya memohon berjuta-juta kemaafan seandainya saya salah dalam menyatakan nasib mangsa. Sekiranya tiba-tiba satu masa nanti mereka pulang ke rumah dalam keadaan baik, maka bersyukurlah kerana mereka masih hidup dan berterima kasihlah kepada Tuhan kerana artikel saya ini kurang tepat dalam analisanya. Sekiranya memang benar mereka telah disahkan tiada oleh pihak berwajib, maka bersabarlah sesungguhnya ini ujian dan dugaan bagi kalian. Al-Fatihah buat mangsa yang berugama Islam....

39. Ramai yang bertanyakan mengenai Diego Garcia. Saya nafikan dengan keras MH370 disembunyikan di sana. MH370 langsung TIDAK mendarat di sana. Sila rujuk artikel ini yang ditulis oleh rakan saya, Shah Paskal. Rujuk aritkel ini juga untuk penafian tentang seorang penumpang MH370 yang kononnya masih hidup di Diego Garcia dan sempat membuat panggilan telefon daripada sana menggunakan iPhone miliknya yang disimpan dalam spendernya. Teori yang amat karut.

40. Jadi, dimanakah sebenarnya lokasi MH370 sedang berada???????????????

41. Bangkai MH370 telahpun dibersihkan lama dahulu iaitu seawal jam 3 pagi waktu tempatan!!!!

42. Ini berdasarkan kaji selidik saya, banyak informasi telahpun mengesahkan bahawa MH370 telahpun jatuh diperairan Laut China Selatan dalam perairan 3 buah negara, Malaysia, Vietnam dan juga Filipina.

43. Sila rujuk artikel ini dan juga gambar dibawah. MH370 telahpun disahkan jatuh oleh pihak Vietnam, namun setelah shake hand dan berbagai siri rundingan antara Malaysia, Vietnam, Filipina dan juga Amerika Syarikat, maka MH370 telah dinafikan terhempas sebaliknya dinyatakan telah berpatah balik dan menghala ke arah Lautan Hindi.



(Lihat tarikh itu, 8 Mac 2014 jam 12.40 tengah hari!!!!! Hanya sekitar 4 jam setelah MH370 disahkan hilang oleh Dato Seri Hishamuddin pada jam 8 pagi, 8 Mac 2014!)


44. Mengapa hal ini terjadi?? Kerana, pihak Amerika Syarikat (US) tidak mahu Search And Rescue (SAR) dilakukan dalam radius lokasi MH370 hilang dan pihak US tidak mahu China menjumpai bangkai pesawat tersebut sekaligus boleh melengahkan cerita MH370 daripada terbongkar!

45. Saya pernah menjelaskan hal ini dalam artikel ini, dan kini saya sekali lagi memberikan penjelasan anda. Di dalam artikel tersebut saya dengan yakin dan pasti menyatakan MH370 masih berada di lokasi perairan Laut Chian Selatan kerana, pada ketika tarikh artikel tersebut ditulis, SAR baru sahaja dipindahkan ke Lautan Hindi. Sekaligus ini mengesahkan bahawa masih ada debris dan juga serpihan pesawat yang masih belum dibersihkan daripada perairan tersebut dan pihak tiga buah negara terlibat tersebut risau jika masih ada serpihan yang ditemui oleh para SAR atau nelayan dan orang awam. Maka kerana itu mereka harus melakukan drama dan mengalihkan SAR ke Selatan dan ke Lautan Hindi. Berbagai teorilah harus dibangkitkan.

46. MH370 telah jatuh sekitar jam 2.40 ke 2.50 pagi dimana ketika itu komunikasi terakhir telahpun dicatatkan dan direkodkan, sesuai dengan laporan berita ini dan juga gambar ini. Ketika itu, MH370 telahpun selamat bersemadi di Laut China Selatan dalam perairan Vietnam dan Filipina yang bercantum dengan perairan Malaysia yang mana penghubungnya adalah Kepulauan Spratly. Rujuk gambar ini sebagai panduan. Rujuk artikel ini dan gambar ini tentang perebutan kepulauan Spratly antara China, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei.

47. Bulatan merah menunjukkan radius perairan yang dikawal oleh Vietnam dan juga Filipina. MH370 TIDAK boleh jatuh dalam radius perairan yang dikawal oleh China bagi mengelakkan MH370 ditemui oleh China. Alangkah ruginya US sekiranya China berjaya mengesan MH370 dan membawa naik ke darat sekaligus berjaya mendapatkan CNC yang ada di dalam kargo berharga tersebut. Ketika misi membersihkan bahan bukti itu jugalah, pihak Vietnam ada melepaskan tembakan amaran kepada pihak China diperairan mereka sebagai tanda marahnya mereka agar China tidak mengganggu radius perimiter fencing yang telah mereka buat. Saya juga menyifatkan bahawa bulatan merah itu adalah radius perimeter fencing yang telah dibuat oleh pihak Vietnam dan Filipina bagi persediaan untuk membersihkan bahan bukti. Sila rujuk artikel ini untuk memahami berkenaan perimeter fencing.

48. Vietnam merupakan negara yang paling senyap selepas 8 Mac 2014. Kerana pihak mereka telah disuruh berdiam diri agar tidak ada apa-apa informasi yang terdedah. Bagaimanapun, masih ada beberapa informasi yang terdedah namun telah berjaya ditutup oleh media massa dengan tersebarnya pelbagai teori yang direkacipta bagi mengalih perhatian dunia. Sila rujuk artikel iniuntuk mengetahui kaitan antara Vietnam dan Filipina menentang China.

49. Sila rujuk artikel ini. Di dalam artikel tersebut, ada banyak info mengenai situasi sebenar yang berlaku dalam MH370. Sebenarnya, kisah hilangnya MH370 yang benar telahpun tersebar lama, namun ia dipecahkan kepada banyak info agar orang awam tidak mengetahuinya. Okay mari saya jelaskan.

50. Berdasarkan analisa saya, MH370 TIDAK berpatah balik dan tidak mendarat di Nanning sebagaimana dakwaan dalam artikel tersebut. Dakwaan itu hanya penyedap cerita dan tokok tambah sahaja.

51. Menurut pengesahan rakan saya, memang ada ejen risik di dalam MH370 seramai 3 orang terdiri daripada 2 orang ejen risik mata helang dan satu orang ejen risik 'Komited Gosudarvetoyt'.

52. Saya boleh menyatakan XXX sebagai ejen risikan negara mata helang, YYY adalah merujuk kepada negara jiran kita, Vietnam dan ZZZ merujuk kepada negara Filipina.

53. Jalan ceritanya agak berterabur. Namun, point utamanya adalah, pesawat tersebut telah membawa satu kargo berharga yang mana jika ia jatuh ketangan China, maka pihak XXX boleh melancarkan perang dunia. Maka, YYY dan ZZZ telahpun diarahkan untuk mengikuti arahan negara XXX dan apabila tiba saat dan masanya MH370 terhempas, maka YYY dan ZZZ harus membersihkan debris dan sisa hempasan tersebut secepat mungkin sebelum SAR dilancarkan.

54. Mujur juga SAR dilancarkan agak lewat, maka ia memberi kelebihan kepada ketenteraan dua buah negara tersebut melaksanakan pembersihan.

55. Dalam dunia ini, hanya ada satu SAHAJA badan berorganisasi yang paling kuat tutup mulut dan tidak pecah amanah, iaitu Tentera serta Risikan.

56. Maka, pihak yang seharusnya menjalankan misi membersihkan bangkai dan juga bekas MH370 haruslah pihak tentera.

57. Mengapa saya katakan MH370 jatuh tepat di antara perairan Vietnam dan juga Filipina?

58. Sila rujuk artikel ini. Di dalam artikel tersebut, sebenarnya saya telah menuliskan beberapa perkara utama dan penting dalam sesuatu misi besar yang hendak dilaksanakan.

59. Sesebuah ejen perisikan itu seharusnya mahir dalam mengira masa dan waktu. Mereka telah meletakkan jangka masa jatuhnya MH370 dan juga jangka masa yang sepatutnya untuk mereka membersihkan bangkai dan sisa MH370 sebelum orang ramai tiba di kawasan terbabit.

60. Maka, pihak yang menjalankan misi menggagalkan CNC daripada dihantar ke China telahpun memberikan laporan kepada pihak pusat kawalannya agar mengarahkan pihak Boeing atau Rolls-Royce atau sesiapa sahaja yang boleh mengawal sebuah Boeing 777-200ER dari jarak jauh untuk melakukan lencongan pesawat tersebut tanpa dapat dikawal oleh pilot dan co-pilot.

61. Mengapa tiada apa-apa hubungan komunikasi antara pilot dan co-pilot antara jam 1.19 dan jam 2.30 pagi??

62. Kerana, setelah komunikasi terakhir itulah, sebuah bom jangka telahpun diletupkan, atau dalam erti kata lain, jangka penggera telah tamat berputar dan ia mengakibatkan keseluruhan sistem dalam MH370 failure dan tidak dapat dikawal oleh pilot waima co-pilot.

63. Saya tidak mensifatkan bom jangka itu sebagai sebuah bom yang boleh detonate tetapi ia boleh jadi berlaku dari menara kawalan Boeing atau Rolls-Royce. Pihak mereka mematikan kesemua sistem dalaman pesawat dan telah memandu dan mengawal pesawat daripada jauh sebelum menghempaskannya.

64. Apa sebab-sebab pesawat terhempas itu tidak dapat dipastikan sehingga ada pihak yang mahu membuka mulut. Sama ada pihak Boeing atau Rolls-Royce, mereka harus dan WAJIB menjawabnya, kerana hanya mereka yang ada rekod tepat apa dan bagaimana enjin pesawat berhenti berfungsi????

65. Kerana, pada sekitar jam 2.37, MH370 masih lagi menghantar ping kepada Immarsat dan juga satelit, radar serta menara kawalan Boeing dan Rolls-Royce.

66. MH370 merupakan sebuah pesawat bersaiz besar yang mana ia sentiasa mempunya hubungan dua hala dengan banyak menara kawalan termasuklah ATC, Immarsat, menara kawalan Boeing dan juga Rolls-Royce. Boeing dan juga Rolls-Royce, kedua-duanya berpusat kawalan di US.

67. B777-200ER merupakan sebuah pesawat yang boleh dikawal dari jarak jauh. B777-200ER juga adalah sebuah pesawat yang paling canggih dalam koleksi pesawat syarikat Boeing. B777-200ER ini juga memang sengaja dipilih bagi memastikan semua rancangan ini berjalan dengan baik dan lancar.

68. Sememangnya, syarikat Boeing dan juga Rolls-Royce harus dan WAJIB dipertanggungjawabkan kerana HANYA mereka sahaja yang mempnyai akses dengan kesemua data lengkap komunikasi dua hala antara MH370 dan kesemua menara kawalan termasuk satelit. Boeing dan Rolls-Royce harus tampil menjelaskan perkara sebenar dan TIDAK boleh berdiam diri.

69. Saya berani menyatakan, berdasarkan analisa fakta dan kesemua data yang telah saya teliti termasuk pelbagai artikel yang telah saya baca, bahawa pihak Boeing dan juga Rolls-Royce sedang menyembunyikan sesuatu di mana ada KEMUNGKINAN yang besar, merekalah yang telah mengalihkan laluan MH370 daripada trackpath sebenar kepada sebuah trackpath yang baru yang mana kalau mengikut trackpath sebenar, MH370 harus melintasi kota Ho Chi Minh City. Namun setelah trackpath diubah, maka MH370 didapati jatuh dalam perairan yang telah berulang kali saya sebutkan. Sila rujuk artikel ini untuk menguatkan lagi analisa saya tentang Boeing dan Rolls-Royce. Terima kasih kepada Tun kerana menjadi orang pertama berani bersuara lantang mempertikaikan Boeing dan Rolls-Royce.

70. Anda juga boleh rujuk artikel ini dan juga gambar ini. Kemudian rujuk semula gambar inibagaimana seseorang telah mengubah flight path atau trackpath MH370 kepada satu laluan baru. Anda juga boleh menonton video berikut sebagai tamban informasi....


Sila ke : http://youtu.be/peNhqK9984I

Sila ke : http://youtu.be/uFR54Vn4bUE

71. Disini sudah jelas memang ada insiden menukar laluan MH370 yang dilakukan oleh pihak yang tidak diketahui. Saya hanya beranggapan bahawa penukaran laluan ini sebenarnya dibuat oleh salah satu pihak sahaja yang telah saya sebutkan diatas yang mana orang yang mengubah laluan ini telahpun mendapat arahan daripada seseorang yang bekerja untuk unit risik sebuah negara mata helang.

72. MH370 telahpun berakhir di Laut China Selatan. Walaupun satu dunia beranggapan ia berakhir di Lautan Hindi, namun saya tetap dengan pendirian saya bahawa ia telahpun tamat di Laut China Selatan.

73. Pada 11 Mac 2014, keseluruhan SAR telah dipindahkan daripada perairan Malaysia di Laut China Selatan ke Lautan Hindi. Hal ini berlaku, agar para negara yang terlibat dalam SAR itu tidak memasuki kawasan berbulatan merah di dalam gambar ini agar mereka tidak menemui apa-apa debris dan juga bahan bukti yang mungkin belum selesai dibersihkan oleh pihak Vietnam dan Filipina.

74. Untuk makluman semua, sejak akhir 2013, Vietnam sudah mula berani bersuara dan menentang China secara terang-terangan. Padahal sebelum ini, Vietnam merupakan sebuah sekutu besar dengan China yang mana mereka mempunyai idealogi yang sama, iaitu Komunisme.

75. Menjadi persoalan saya, mengapakah Vietnam tiba-tiba berani bersuara lantang menentang China?? Rujuk artikel ini bagaimana Vietnam berani menentang China sekarang.

76. Jawapannya kerana US. Vietnam telahpun dibeli dan dipengaruhi oleh US atas dasar-dasar ekonomi dan kemajuannya. Kerana itu juga, dalam isu hilangnya MH370, Vietnam diperhati memihak kepada US bukannya kepada China. Sedangkan, kandungan kargo dalam MH370 itu sedang menjadi rebutan China dan US.

77. US tidak mahu kargo itu jatuh ketangan China yang mana kandungannya adalah CNC dan Drone serta beberapa kargo berisi emas jongkong, yang mana kesemua ini jika jatuh ke tangan China, maka ada potensi untuk menjadikan China kuasa besar nombor satu dunia. Secara tidak langsung, US akan kehilangan kuasanya dan menjadi lemah dibawah China. Pendedahan berkenaan emas jongkong sila rujuk sini, sini, sini dan sini. Kredit kepada Shah Paskal. Mohon maaf saya tak mahu ulas sangat pasal emas dalam artikel ini kerana telah diulas panjang lebar sebelum ini.

78. Oleh kerana US TIDAK berani melancarkan perang secara zahir dengan mengangkat senjata menembak China, begitu juga dengan China, maka mereka telah melancarkan perang strategi dan juga perang teknologi.

79. Sehingga hari ini, satu dunia langsung TIDAK tahu apakah senjata terhebat yang pernah dihasilkan oleh dua negara kuasa besar, China dan Russia. Namun, satu dunia sudah tahu (dunia ketenteraan), bahawa US telah mencipta 3 buah senjata termodennya yang lebih hebat daripada bom nuklear dan juga atom.

80. Tiga senjata itu adalah HAARP, Particle Accelaration dan juga Superstring. Superstring sahaja yang masih belum selesai pembikinan, manakala ujikaji HAARP dan Particle Accelaration sudahpun selesai dan mereka (US) berjaya dalam misi mereka mencipta alat tersebut. Buktinya, anda boleh tonton filem Godzilla, X-Men yang terbaru tu dan juga Transformers 3. Dalam ketiga-tiga filem tersebut, Hollywood telahpun mementaskan ketiga-tiga senjata tersebut secara tidak anda sedari.

81. Untuk makluman, dalam filem Godzilla, sebuah senjata bernama Electro Magnetic Pulse (EMP) telahpun digambarkan dan ia menjadi ancaman dunia. Dalam banyak-banyak negara, ada satu negara di rantau Asia Tenggara yang memiliki senjata EMP tersebut dan negara tersebut terlibat dalam kehilangan MH370 ini.

82. Dan kerana perang teknologi, kuasa serta harta inilah, US tidak mahu precious cargo tersebut jatuh ke tangan China. Jika ia jatuh ke tangan China, sudah pasti kuasa US akan melemah. Jika China memperoleh CNC Controller tersebut, maka dengan mudah kelemahan Drone US itu akan diketahui. Jika China berjaya mendapat emas jongkong itu, maka China dengan mudah mampu membeli dengan banyak apa yang mereka mahu. Hal ini ditakuti oleh mata helang.

83. Kerana itulah, MH370 harus dilenyapkan daripada mata dunia dan cerita disebaliknya harus disenyapkan dan ditutup media.

84. Mengapa pula Kapten Zaharie dipilih untuk membawa MH370?? Kerana, precious cargo yang terdapat di dalamnya datangnya daripada Afghanistan yang mana cargo yang sama telah dibawa dari Afghanistan ke Malaysia menggunakan pesawat Airbus (data ini tidak dapat disahkan secara bertulis) beberapa bulan / minggu sebelum MH370 mahu terbang ke China.

85. Pilotnya juga orang yang sama iaitu Kapten Zaharie, dan kargonya juga sama. Billionaire China itu telah membeli senjata tersebut dari Afghanistan dan ingin membawa pulang ke China. Kargo tersebut tidak mungkin melintasi banyak negara yang ada merentasi laluan dari Afghanistan ke China. Tiada penerbangan terus dari Afghanistan ke China. Kerana itu, Malaysia harus menjadi tempat transit.

86. Kebetulan juga Malaysia adalah sebuah negara yang merupakan hab terrorist. Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui mengenai hab teroris di negara kita. Hal ini disahkan dan diakui dunia.

87. Apa sebab musabab Malaysia menjadi hab teroris? Salah satunya adalah kerana negara kita adalah sebuah negara yang 'acuh tak acuh' dalam sistem keselamatan dan kita dalam kategori negara yang 'sudah terhantuk baru terngadah'. Sebab lain pula, Malaysia adalah "negara paling timur dalam bumi". Kita merupakan TIMUR yang disebut-sebut dalam Hadis Rasulullah SAWAW berkenaan, "Islam akan bangkit dari TIMUR".

88. Bagaimana hendak menjelaskan "Islam akan bangkit dari TIMUR" itu? Bukan sekarang masanya. InsyaALLAH akan datang jika saya dipanjangkan usia akan diceritakan dalam artikel yang lain pula. Sekarang kita harus fokus kepada jalan cerita MH370 sahaja.

89. Okay, sekarang anda semua sudah faham kan bagaimana jalan cerita MH370 hilang?

90. MH370 terbang dari KLIA membawa precious cargo untuk dihantar ke China. Mereka sengaja menggunakan pesawat komersil kerana bagi mengelakkan kargo tersebut dijejaki oleh ejen perisik luar negara dan ia juga perlu bagi memancing Kapten Zaharie menjadi pilotnya. Kalau Billionaire China tu bawa kargo tu guna pesawat biasa, susah la Kapten Zaharie nak pandu, takut bertembung dengan jadualnya. Lagipun, mana ada orang syak kargo berharga dalam pesawat komersil yang membawa penumpang.

91. Kemudian, Kapten Zaharie telah dipanggil waktu terakhir untuk membawa MH370. Ada satu penafian telah dibuat oleh pihak MAS bahawa mereka tidak memanggil Kapten Zaharie saat akhir dan Kapten Zaharie tidak bercuti ketika itu. Saya sifatkan hal ini sebenarnya, bukan pihak MAS itu yang memanggil Kapten Zaharie, tetapi ada individu dalam MAS atau luar MAS yang memanggilnya untuk menjadi juruterbang sekaligus meluluskannya memandu MH370 walaupun hari tersebut dia sepatutnya bercuti. Kapten Zaharie juga saya sifatkan telah dimaklumkan lebih awal tentang penerbangan tersebut namun dia tidak tahu pada tarikh bila kargo itu harus dihantar ke China. Kerana itu, hanya sehari sebelum MH370 hilang baru Kapten Zaharie mengosongkan rumahnya. Ini bukti daripada analisa fakta saya. Anda boleh rujuk artikel ini. Baca juga artikel ini menceritakan bagaimana Kapten Zaharie seakan-akan tahu nyawanya mati tidak bertanda.

92. Sebelum MH370 terbang, perisik dari mata helang telahpun mengenal pasti kargo tersebut akan dihantar ke China pada tarikh 8 Mac 2014 menggunakan pesawat MH370. Sudah pasti seorang ejen risik akan dapat mengetahui informasi ini dengan mudah. Dalam ratusan orang yang terlibat, sudah pasti ada seorang yang akan pecah mulut. Begitu juga dengan rahsia MH370 ini, walaupun cuba ditutup rapat, namun setelah 82 hari akhirnya terbongkar juga.

93. Maka, MH370 pun terbang dengan jayanya pada malam tersebut tanpa ada apa-apa kesangsian. Tidak diduga, sekitar jam 1.30 ke atas, MH370 telahpun diserang dengan 'bom jangka' yang saya tidak dapat pastikan bagaimana situasinya. Sama ada benar-benar ada bom diletakkan di dalam sebuah kotak kasut dan dipasang dibawah pintu kokpit atau tidak, itu saya tidak dapat pastikannya sehingga ada pihak yang berani bersuara mengenai "Bagaimana enjin MH370 berhenti berfungsi?". Sila rujuk gambar ini bagaimana seorang rakan saya menceritakan teorinya tentang bom jangka tersebut.

94. Namun, saya secara peribadinya mengatakan ada KEMUNGKINAN bukan bom jangka dalam kotak kasut yang diletakkan dibawah pintu kokpit, namun ia adalah kerja perisik tersebut dan juga dibantu oleh Boeing dan Rolls-Royce yang mampu mengawal pesawat tersebut dari jauh. Namun, menurut seorang rakan, TIADA perisik di dalam MH370 semasa penerbangan, kerana perisik sudah cabut lari awal-awal keluar daripada pesawat setelah meletakkan bom jangka ditempat tertentu. Kemudian, setelah bom meletup dan kokpit pecah, maka sudah pasti pilot dan co-pilot tidak dapat membuat apa-apa komunikasi setelah itu dan, pufffff..... MH370dissappeared dan berubah haluan menghala ke lokasi yang saya nyatakan dalam bulatan merah di gambar ini.

95. Analogi yang saya rasakan mungkin lebih tepat, MH370 telah diputuskan komunikasi oleh pihak Boeing dan Rolls-Royce daripada kesemua radar dalam bumi ini kecuali radar mereka sahaja, dan mereka telah mengubah laluan MH370 ke lokasi bulatan merah itu sebelum menjunamkannya jatuh ke bawah. Hal ini amat berkait rapat dengan sistem auto-pilot, sila rujukartikel Tun M untuk memahaminya.

96. Sejauh mana kesemua analogi ini tepat atau tidak, itu saya tidak pasti. Anda sendiri boleh menanti sehingga ada pihak yang berani bersuara mendedahkan perkara sebenar yang terjadi. Jika tidak ada apa-apa pendedahan, maka anda ada dua pilihan. Sama ada mempercayai cerita ini atau tidak. Itu terpulang kepada anda.

97. Maka, kesemua penumpang dalam MH370 telahpun pergi meninggalkan kita semua ketika saat MH370 terjunam jatuh. Dan kesemua mereka masih lagi terikat di tempat duduk masing-masing seperti normal namun sudah tidak bernyawa. Al-Fatihah kepada semua mangsa yang berugama Islam....

98. Saya sifatkan tragedi hilangnya MH370 merupakan sebuah kes penipuan bertaraf antarabangsa dan kelas A. Kerana ia melibatkan satu dunia dan lebih 26 negara yang terlibat dalam misi SAR. Untuk pendedahan mengenai siapa yang bayar kos SAR yang melebihi USD 600 juta, saya dah jawab dalam artikel ini dan ini, dan untuk makluman, kesemua yang berdiri dalam sidang media setiap hari itu menerima bayaran bukannya berdiri percuma tanpa ada habuan. Kerana itu, tragedi MH370 dikelola oleh Dato Seri Hishamuddin dan tragedi Sulu juga bawah kelolaan dia. Kerana, dia antara Menteri yang berani bersuara dalam keadaan tenang di saat orang lain cemas.

99. Perang teknologi, perang kepercayaan, perang harta dan kekuasaan serta perang strategi atau perang saraf ini masih berterusan antara kuasa besar dunia, US, Russia, China dan kesemua blok kecil yang menyokong paksi mereka, termasuk Blok Zionis - US, blok komunis-syiah dan juga blok negara kelas ketiga atau berkecuali. Semoga dengan terungkainya misteri MH370 ini akan membuatkan anda semua celik mata, apa sebenarnya yang terjadi di depan mata kita dan haruslah bagi kita bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan. Saya sifatkan, pemergian Dato Seri Najib Tun Razak ke China baru-baru ini sebagai satu misi membayar semula kerugian pihak China yang ditangung dalam hilangnya MH370. Rujuk video ini. Saya juga menyifatkan kedatangan Obomba ke negara kita baru-baru ini dan ke beberapa lagi negara yang berpihak kepada US adalah satu jalan untuk US memberi habuan kepada semua penyokong setianya dan semua yang telah mengikut telunjuknya. Sila rujuk artikel ini. Selain Malaysia, Obomba telah ke Filipina dan juga Jepun. Selain itu, di Vietnam juga telah bersuara banyak isu yang berkait hal anti-China. Hal ini amat jelas, bahawa Vietnam telah menerima dana yang amat besar dalam sosio-ekonomi dan teknologi mereka daripada US sekaligus menjadikan Vietnam sebuah negara yang lantang berani bersuara melawan China. Maka, huraian saya untuk teori "Bila tenggelam tak ramai mati, bila timbul ramai mati" ini secara tak langsung membawa dua maksud.

a. Apabila perkara sebenar ditimbulkan di media antarabangsa, ia boleh mengakibatkan lebih ramai yang mati daripada jumlah penumpang MH370, iaitu mungkin ada yang dibunuh bagi menutup cerita dan ada kemungkinan boleh mencetuskan perang sekiranya ada negara yang mempertikaikannya.

b. Ramai yang mati akal memikirkan hal seperti ini kerana satu dunia sudah di'brainwash' bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi, namun berdasarkan rekod bertulis, MH370 langsung TIDAK berakhir disana dan pencarian di Lautan Hindi disahkan sebagai wayang dan tidak menemui sebarang jawapan kerana ada pihak yang gagal meletakkan debris palsu di sana.

Tambahan info:

99.1 - Obomba telah datang ke negara kita dan membuat banyak tuntutan selepas hilangnya MH370. Selain ia telah dirancang awal, lawatan ini juga bersifat tuntutan ke atas negara kita yang telah banyak cuai dalam misi menjaga keamanan dirantau ini dan lemahnya sistem kawalan keselamatan di negara kita. Kerana itu, sehari selepas Obomba pulang, telah ada berita mengenai pengganas yang ditangkap dilaporkan oleh media semasa. Ini bertujuan bagi menjaga air muka kita dihadapan pihak dunia. Rujuk artikel ini. Untuk makluman semua, negara kita telahpun menjadi sebahagian daripada New World Order (NWO) dan kita mengikut telunjuk US. Dek kerana kelemahan dan kecuaian kita memberi laluan kepada teroris berkembang di negara ini dan memberi laluan transit kepada China, maka US telah menempelak kita dengan pelbagai tuntutan selepas kedatangan Obomba. Sebahagiannya telahpun ditandatangani tanpa pengetahuan umu. Sebanya 64 tuntutan dan perjanjian telah dimetrai dan ada antaranya disambung dan diperharui melalui perjanjian lama termasuk penjagaan Coral Triangle dan juga sistem sekuriti kita yang dikawal selia pihak US.

99.2 - Setelah ke Malaysia, Obomba telah melawat Filipina dan disana dia telah melakukan satudeal dengan pihak berwajib untuk mengambil semula Drone dan juga CNC milik negaranya yang telah diselamatkan oleh pihak Filipina daripada jatuh ke tangan China.

99.3 - Pihak Vietnam telah melakukan banyak kerja-kerja pembersihan pesawat yang memakan masa lebih kurang 3 hari dalam perimeter fencing tersebut. Kerana itu, seawal 11 Mac 2014, SAR MH370 telah dipindahkan ke Selat Melaka dan terus ke Lautan Hindi bagi bertujuan mengelak ada pihak yang terjumpa secara tidak sengaja dengan saki baki MH370 yang tidak sempat dibersihkan.. Namun, kerja-kerja pembersihan telah dilakukan seawal jam 3 pagi hingga 8 pagi, 8 Mac 2014 iaitu sebelum pihak MAS mengesahkan MH370 hilang dari radar di media semasa. Manakala pihak Filipina pula menjadi tempat menyimpan saki baki dan barangan berharga. Kesemua kejadian ini TIDAK boleh berlaku dalam lingkungan radius perairan China bagi mengelakkan campur tangan negara China yang mana jika negara China campur tangan, maka sudahpasti mereka akan memperolehi kargo tersebut.

99.4 - Pihak Vietnam ada melepaskan tembakan amaran melalui armada laut mereka kepada armada China pada sekitar 11 Mac 2014 bagi bertujuan mengarahkan pihak China agar tidak memasuki perimeter fencing yang telah dibuat oleh mereka dalam misi membersihkan saki baki debris MH370 yang bertaburan.

0.5 - Ada satu laporan mengenai tumpahan minyak ditemui di perairan Laut China Selatan, namun telah dinafikan oleh media semasa. Saya sifatkan, ini adalah tumpahan minyak MH370 yang sebenar. Rujuk artikel ini dan ini.

100. Untuk makluman terakhir, ini adalah artikel TERAKHIR saya berkenaan MH370 dan saya TIDAK akan lagi menulis tentang MH370. Saya telah berhenti mencari dan menemui jawapan berkenaan MH370 pada tarikh 27 Mac 2014 dimana anda boleh rujuk artikel ini sebagai bukti yang saya tulis sehari setelah hari terakhir saya menemui jawapan yang pasti. Ada banyak sebab mengapa saya tidak menulis lebih awal mengenai hal ini atas sebab-sebab tertentu, maka saya juga harus melengahkan masa demi keselamatan dan privacy saya serta ahli keluarga dan jugateam members kami. Saya berharap dengan terbitnya artikel ini dapat memberi satu gambaran baru tentang MH370 kepada dunia dan anda semua dapat mengetahui yang mana benar dan yang mana salah. Seandainya artikel ini banyak salah silapnya, saya memohon jutaan kemaafan kerana itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri dalam menganalisa maklumat. Sekiranya artikel ini banyak yang tepatnya, maka kenanglah saya dalam doa kalian dan ingatlah nama saya sehingga bila-bila dan ketahuilah bahawa kesemua itu hanyalah kebetulan sahaja.

Sebagai konklusi, maka artikel ini adalah konklusi kepada misteri ini dan pencarian MH370 sudahpun berakhir. Hanya menanti masa dan waktu yang sesuai untuk mendapat jawapan daripada pihak kerajaan dan media serta Boeing dan Rolls-Royce. Kita juga telah mengetahui bahawa sebenarnya ada pihak yang mahu menutup cerita ini daripada tersebar dan tidak mahu dunia mengetahui kisah sebenarnya. Ketahuilah, sekiranya tiba-tiba MH370 ditemui di Laut China Selatan dan diumumkan kepada dunia, sudah pasti kotak hitam TIDAK akan dijumpai. Andai kata kotak hitam dijumpai, maka sudah pasti ada banyak perubahan rakaman audio yang dilakukan. Ini kerana, pihak Vietnam dan Filipina telahpun membersihkan lokasi jatuhnya MH370 itu seawal jam 3 pagi waktu Malaysia pada 8 Mac 2014 selepas upacara 'shake hand' dilakukan. Sesuatu yang pasti apabila US mahukan pesawat ini tidak ditemui di perairan Laut China Selatan, maka sekiranya tiba-tiba ada pihak yang menemui saki baki bangkai pesawat dan juga kotak hitam, maka isi kandungan kotak hitam haruslah diubahsuai agar tidak menunjukkan situasi dan keadaan sebenar pesawat ketika terhempas. Lebih malang, ada kemungkinan mereka akan menyatakan ia merupakan satu situasi kebetulan dimana secara tiba-tiba pesawat jatuh terhempas dan tidak dapat ditemui atas sebab-sebab yang tak dapat diterima akal.

Rundingan demi rundingan telah dibuat antara 3 buah negara, iaitu Malaysia - Vietnam - Filipina. Akhirnya, kata putus dicapai. Dato Seri Najib Razak telahpun mengambil satu langkah kurang bijak apabila cuba menutup cerita ini dengan mengikut telunjuk US dengan menyatakan bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi pada 24 Mac 2014. Rujuk artikel ini. Saya telahpun mengetahui bahawa hari terakhir untuk DS Najib melakukan pengumuman, sama ada dia mahu mengikut telunjuk US atau tidak seminggu lebih awal sebelum tarikh tersebut. Rujuk artikel ini pada point nombor 93.

Untuk itu, kita semua yang masih hidup ini, ayuhlah sama-sama kita membina masa depan yang lebih cerah agar tidak lagi dipermainkan seperti ini. Jangan tangguhkan dan lengahkan. Hidup perlu diteruskan, dan segala persiapan untuk bekal kita ke akhirat harus diperkemaskan. Siapa sangka, ajal kita berada sejenak dihadapan?? Seperti hilangnya MH370 secara misterius, begitu juga mati bagi kita semua, juga menjadi tanda tanya, bilakah aku akan mati? Sudahpasti setiap daripada kita mahu ke syurga. Maka, sementara masih ada masa, ayuh sama-sama tambahkan amal dan tingkatkan ibadah kita supaya kelak di Mahsyar kita ada jawapan dihadapan ALLAH atas perbuatan baik kita di dunia.

Jauhkanlah umpat mengumpat, keji mengkeji, memakan rasuah, memakan perkara haram dan menganiaya orang lain. Ayuh, banyakkan membaca surah Al-Kahfi dan bersiap sedialah menghadapai hari akhir zaman dan peristiwa dahsyat yang akan berlaku nanti. Bersiap sedialah, agar kita semua dapat dijauhkan daripada fitnah akhir zaman. Jangan lupa baca doa mengelak fitnah setiap kali lepas solat. Doanya boleh dibaca disini. InsyaALLAH, moga kita semua termasuk dalam kalangan orang-orang yang selamat daripada fitnah Dajjal iaitu fitnah yang menipu.

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua !

Sumber : DramaRaja

JANGAN lupa like dan share artikel ini :

Siapa untung setiap kali PRK KELABU ? @NajibRazak @tengkuadnanreal @ahmadmaslan


BN memotong betul betul kat Rothman's Corner..he he.

Setiap kali berlaku PRK siapa yang untung?

Kalau kubu kuat kawasan putih Barisan Nasional taklah banyak keuntungan yang diperolehi oleh para pengundi kawasan itu,tapi kalau kawasan itu kelabu,kelabu taik anjing atau gelap Nallakaruppan...perghhh.

MACAM MACAM ADA.

Pengundi Kajang dah dapat apa yang mereka tak patut dapat,kini giliran Teluk Intan menerima pemberian hadiah dari Santa Claus walaupun Krismas 6 bulan lagi..

Paling pelik Santa Claus yang memberi berbagai hadiah juga adalah PEMINTA SEDEKAH,meminta dah menagih undi dari Cina dan dari India.

Akhirnya setiap kali PRK KELABU yang untung kaum Cina dan India.

Melayu dapat apa?

MELAYU DAPAT TROPHY JUARA BERSORAK DAN KADANG KADANG JUARA BERLENGAN.



Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts