Walaupun hujan turun dengan lebatnya tetapi Stadium Mini Kuala Kubu Bharu malam tadi tetap dibanjiri ribuan hadhirin,tua muda,dewasa dan kanak kanak untuk sama sama berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Tiada kata yang mampu aku ungkapkan bila melihat hadhirin meredah hujan untuk bersama anak anak muda penggerak Yayasan Perdana Umah yang diketuai CEO mereka Sdra Shahrul Nasrun Dato Kamaruddin untuk bersama menyatakan kecintaan mereka terhadap Kekasih Allah,kecuali air mata penuh syukur yang tiba tiba mengalir dari kelopak mataku.
Sayang sekali Pengerusi Yayasan Perdana Ummah Sdra Rizal Mansor tidak dapat hadhir sama malam tadi kerana baru kehilangan ibu saudaranya yang tercinta siang tadi Allahyarhamah Cikgu Marina akibat kanser...ALFATIHAH.Walaupun dalam kesedihan beliau beberapa kali menalipun aku minta di upadate apa yang berlaku di Kuala Kubu.Begitu dekat program Selawat Perdana ini dengan hati beliau...
Dibawah adalah gambar gambar yang sempat aku rakam dalam kedaan hujan yang tidak berhenti.Jadi banyak gambar yang mungkin tidak berapa memuaskan hati dan aku mohon maaf.
Team Jelajah sedang melakukan sound check disebelah petangnya..
CEO YPU Sdra Shahrul Nasrun masih mampu tersenyum walaupun diserang migraine.
Tenaga sukarelawan muda Yayasan Perdana Ummah
Uztaz Kyrell yang akan mengetuai selawat
Cuaca masa aku sampai memang mendung dengan langit begitu gelap..
Kegusaran jelas terbayang diwajah Shahrul melihat mendung yang hampir
pasti menurunkan hujan..HUJAN RAHMAT.
Sound check tetap berjalan walau rintik rintik hujan sudah mula dirasai..
Merenung kelangit melihat titik titik hujan yang mulai turun..
BERSAMBUNG...
Sessi malam..
0 comments:
Post a Comment