Tun Mahathir pasti tak terlibat..itu aku yakin


Sejak kebelakangan ini galak sangat Wartawan Pencen A.Kadir Jasin menyalak kat depan pintu rumah Najib.Dikalangan penggiat media sosial bukanlah menjadi rahsia lagi bahawa bunyi salakan Kadir itu keluar hasil hentakan dikepala oleh siku Tun Daim Zainuddin dan ramai yang mentafsirkan salakan Kadir Jasin adalah salakan Tun Daim dan salakan Tun Daim adalah suara Tun Mahathir..

Tapi aku tidak merasakan begitu...

IYA...SALAKAN KADIR JASIN MEMANG SALAKAN TUN DAIM TAPI SALAKAN TUN DAIM BUKAN SUARA TUN MAHATHIR.

Nokhtah

Kedua makhluk ini sebenarnya tidak berpuas hati dengan Najib Razak atas sebab sebab peribadi mereka sendiri yang berkait rapat  dengan kepentingan masing masing,sama ada yang cuba dipertahankan ataupun gagal diperolehi...macam anak anak kecil yang meraung melalak bila tak dapat barang yang di ingini...itu saja.

Cuma bila rakyat mengambil kira keakraban Tun Daim dengan Tun Mahathir suatu waktu dulu maka segala tindakan dan tuturkata  Daim sama ada secara peribadi atau menggunakan wartawan pencen macam Kadir Jasin untuk menyerang Najib Razak ditafsirkan sebagai tindakan Tun Mahathir.Tapi itu semua tafiran yang tersasar...

Aku tak fikir Tun Mahathir terlibat dengan serangan dari dalam terhadap Najib Razak kebelakangan ini.Sebagai Negarawan Terbilang dan Ahli Fikir kelas dunia,tidak mungkin A Kadir Jasin akan mengeluarkan kenyataan merapu tahap sampah bila diwawancara Malaysian Gazzette baru baru ini jika orang dibelakangnya itu Tun Mahathir.

Tun Mahathir tidak mungkin akan membiarkan Kadir Jasin menghina dan memperkecilkan sumbangan dan peranan bloggers pro-kerajaan kerana beliau tahu peranan media sosial dalam memberi beliau platform bersuara bila di era Tun Abdullah Badawi suara kritis beliau hampir dilenyapkan dari pentas politik negara waktu itu.Keluarga penggiat media sosial waktu itu telah mendakap Tun Mahathir bila beliau mula mula terjun kedunia blogging dan turut terlibat mempromosi blog CHE DET yang dalam sekelip mata mencecah hits tertinggi dengan jutaan pelawat.Tidak mungkin Tun Mahathir akan membiarkan Kadir Jasin merapu tak tentu arah dalam melepaskan kemarahan dia yang tidak boleh dikritik walaupun dia sendiri suka mengkritik orang lain.

Mengambil kira semua yang aku tulis diatas,aku yakin kerja bodoh Kadir Jasin hanya untuk memenuhi kehendak "tuan nya" Daim Zainuddin dan apa yang dia sendiri tidak puas hati terhadap Najib Razak.Pasti tidak ada kena mengena dengan Tun Mahathir Mohamad jauh sekali untuk menjadi teman persengkokolan nak menjatuhkan Najib Razak.

Mungkin secara kebetulan Tun Mahathir menegur kekurangan yang dia lihat disana sini dalam pentadbiran kerajaan maka peluang ini diambil oleh Daim dan Kadir untuk RIDE ON THE WAVE..

Bukan begitu YABhg Ayahanda Tun Mahathir..?


Aku nak ringkaskan  dibawah apa yang Daim Zainuddin kata dalam satu program anjuran Umno Merbok di Dewan Kismit pada 18/1/2014 lalu dan anda tafsirkan sendiri manusia jenis apa yang akan berkata begini disaat saat umur dan badan dia dah banyak bau tanah dari bau daging yang sebelum ini(diera Paklah) langsung tidak ambil port pasal politik negara walaupun dah haru biru waktu itu.Hanya bila KEPENTINGAN dia terusik tiba tiba dia bersuara macam CHAMPION...

Nota : Aku bersetuju dengan semua perkara 12 Perkara yang Daim katakan dibawah.Tapi aku nak tanya Daim kenapa tiba tiba dia keluar dari mode HIBERNASI dari dalam gua kemewahan dan keselesaan dia selama ini?

Ada yang terusik ke?

Kalau tak diusik adakah dia akan terus berHIBERNASI tanpa memperdulikan rakyat saperti sebelum ini?

I REST MY CASE.


1- Isu kenaikan harga barang kerana kerajaan gagal mengawal.

2- Isu kenaikan harga tol. Kerajaan sepatutnya mengkaji perjanjian yg lama utk dilanjutkan bukan menaikan kadar.

3- Isu pengurangan Subsidi yangg selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dimana rakyat nampak kerajaan boros dlm perbelanjaan negara. Terlalu banyak wang dibelanjakan utk perkara yang tidak patut dan tidak memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negara.

4- Kenaikan elaun dan gaji kakitangan kerajaan juga mempengaruhi harga barang.

5- Menteri Menteri tidak pandai explain isu isu yang dibangkitkan rakyat.Buatkan rakyat marah.

6- PM selaku menteri kewangan tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara.

7- Ketika negara dilanda bencana banjir. PM dan ada juga menteri menteri pergi bercuti diluar negara.

8- Tun meramalkan BN akan tewas sekiranya PRU diadakan ketika ini atau didalam keadaan yang sebegini rupa.

9- BN masih kuat dan memerintah kerana masih mendapat sokongan orang Melayu. Sepatutnya Melayulah yang perlu mendapat lebih manfaat daripada pemerintah.

10- Perbelanjaan besar dalam perkara2 'mengambil hati' kaum Cina adalah kerja yg sia-sia dilakukan PM kerana mereka masih dan tidak akan menyokong kerajaan BN.

11- Tun juga persoalkan kenapa Melayu tidak dijaga.

12- Terlalu mengikut kehendak para penasihat dlm menentukan dasar yg akhirnya merugikan Melayu.

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts