Siapa sebenarnya DALANG disebalik PRK Kajang?


Umum telah mengetahui yang wang rakyat bakal dibazirkan untuk PRK N.25 Kajang hanya untuk menyelesaikan KEMELUT DALAMAN PKR dan tidak lebih dari itu.Sejak sekian lama pertelingkahan antara Azmin Ali dan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mewarnai pentas politik kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dan semakin hari pertelingkahan ini semakin parah dan tiada nampak tanda tanda ianya akan reda.

Langkah  TS Khalid menyingkirkan Azmin Ali dari PKNS baru baru ini bolehlah kita ibaratkan saperti perumpamaan Inggeris The straw that breaks camel's back.Sejak itu pemerhati politik melihat  akan strategi menyerang oleh  kedua belah pihak dengan berbagai isu yang mungkin tidak dapat disadari oleh rakyat biasa penyokong Pakatan Rakyat.

Dari sumber yang amat rapat dengan Khalid,Azmin dan Anwar,aku diberitahu baru baru ini yang pertelingkahan ini sudah sampai ketahap Khalid telah MEMBERI AMARAN KEPADA ANWAR yang dia tidak akan teragak agak untuk membongkar "RAHSIA SULIT AZMIN ALI" jika Anwar gagal menasihatkan Azmin Ali memberhentikan tindak tanduknya.Perghhhhh...

Dalam situasi Gajah Sama Gajah Bertempur (Khalid dengan Azmin) yang sepatutnya memangsakan kancil tiba tiba Dinasour (Anwar Ibrahim) yang cash-out ambil untung.DUN KAJANG dikosongkan oleh Adun cinabeng apakenama nya untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding disitu dan seterusnya MERAMPAS kerusi Menteri Besar yang menjadi "rebutan" diantara Khalid dan Azmin sejak sekian lama.

TAPI RAMAI YANG TIDAK TAHU SIAPA "DALANG" PENCETUS IDEA BANGANG YANG MENYUSAHKAN DAN MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT INI UNTUK SELESAIKAN KEMELUT DALAMAN PARTI PKR.

Mereka tak lain adalah Zuraidah Mak Lampir dan Rafizi Rumput.




Sebenarnya banyak kisah sensasi sebelum IDEA BANGANG ini diterima Khalid dan Azmin yang aku diberitahu,tapi rasanya tak perlulah aku tulis dulu kat sini.Jika ada keperluan untuk aku konsikan menjelang PRK nanti pasti aku lakukan disini..

Hari ini banyak gambar gambar saperti diatas yang disiarkan sahabat sahabat sebelah sana yang cuba menggambarkan KEHARMONIAN yang terjalin diantara dua pihak yang bertelagah dan satu pihak yang merembat peluang.Kah kah kah..

Hakikatnya MEREKA tidaklah seharmoni yang kita sangkakan...itu semua LAKONAN belaka.

Kalau korang tanya aku siapa yang paling BERKUASA diantara mereka BERTIGA sekarang dan selepas keputusan PRK diketahui nanti ?

Aku tetap akan kata KHALID IBRAHIM..

Kenapa...?

Itu nanti aku storykan kemudian...




0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts