@NajibRazak bukan Superman...bukan juga Ultraman - Bahagian III


Agak agak korang yang mana satu Najib?

Sambungan dari BAHAGIAN I dan BAHAGIAN II


Jom kita imbas sejenak perjalanan karier politik Najib Razak...

Najib Tun Razak terkenal sebagai seorang pemimpin yang PLAYSAFE dan ini mungkin kerana diperingkat awal karier politiknya beliau adalah "The Reluctant Leader" yang diseret kekancah politik setelah kematian bapanya Allahyarham Tun Razak pada tahun 1976.Memulakan karier politiknya sebagai Ahli Parlimen Pekan seawal umurnya 23 tahun dengan memenangi kerusi yang kosong (atas kematian Almarhum Ayahanda beliau) tanpa banyak masaalah.



Ini mungkin antara saaat saat yang digambarkan dalam Filem Tanda Putra.

ANAK MUDA BERUMUR 23 TAHUN...

Jom pejam mata kita seketika....bayangkan anak anak muda 23 tahun yang sebaya Najib ketika dia menjadi Ahli Parlimen disekeliling KITA.Mereka mungkin anak anak KITA...mereka mungkin anak anak saudara KITA..mereka mungkin teman teman sekuliah anak anak KITA...mereka mungkin anak anak kenalan KITA...mereka mungkin anak anak jiran KITA dan akhir sekali....mereka mungkin anak anak muda yang KITA temui saban waktu dimana mana sahaja tidak kira bangsa dan agama mereka.

ANDA SEMUA pasti mampu membayangkan yang diatas bukan?

Ok bagus.Sekarang dengan seiklas hati cuba ANDA SEMUA tanya dan jawap siapa mereka..?...apakah kebanyakan dari mereka..?...apakah agaknya kegemaran mereka..?...bagaimana agaknya mereka mengisi masa lapang mereka..?...dan soalan soalan lazim lain yang anda sendiri fikirkan tentang anak anak muda 23 tahun sewaktu Najib Razak menjadi Ahli Parlimen dalam usia yang muda.

NOTA : Aku akan ulas kemudian persolan diatas sebelum siri artikel ini berakhir.


Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika berusia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.



Menjadi Menteri Besar Pahang ketika usianya 29 tahun

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara.

Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.

Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Dari sejak pertama kali terjun ke gelanggang politik negara pada tahun 1976 sehinggalah Januari 2004,perjalanan politik Najib Razak agak mudah tanpa banyak melalui cabaran yang biasa dilalui ramai ahli politik lain.Mungkin pendekatan PLAYSAFE yang diamalkan beliau tanpa mahu terlibat dengan mana mana pertelingkahan dalaman mahupun luaran apatahlagi mencabar kedudukan pemimpin Umno yang lebih senior tidak menjadikan beliau liabiliti kepada kebanyakan individu atau kumpulan ahli politik Umno.Sikap play along beliau menyaksikan beliau naik setingkat setingkat dalam hiraki kepimpinan tertinggi parti.Sebelum Januari 2004 tidak banyak keburukan yang dijaja tentang Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansur.

7 HB JANUARI 2004

Lautan tenang tanpa gelombang ganas yang selama ini memungkinkan pelayaran BAHTERA POLITIK Najib Razak belayar jauh kini sudah tidak setenang sebelumnya.Angin kencang dan gelombang besar mula datang membadai bahtera yang selama ini teguh membelah lautan politik negara dengan harapan bahtera ini akan KARAM dilautan sebelum tiba kedestinasi terakhirnya...PELABUHAN KHALIFAH NEGARA MALAYSIA.

DALANG yang menjadi DURI DALAM DAGING sebaik saja Najib Razak diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno tidak lain adalah orang yang kempunan terlepas peluang menjadi Perdana Menteri setelah dinyahkan oleh Tun Mahathir...ANWAR BIN IBRAHIM yang dibebaskan oleh Tun Abdullah pada September 2004 melalui RUNDINGAN SULIT yang tidak diketahui majoriti Pemimpin Tertinggi Umno BACA SINI.

JARUM FITNAH DAN TOHMAHAN terhadap Najib Razak mula berjalan sebaik mengetahui Najib Razak dilantik Timbalan Perdana Menteri oleh Paklah dan ini dijalankan oleh KUNCU KUNCU Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Ezam Mohd Nor (sekarang Senator Umno) selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) waktu itu
 
.

"Perjanjian Atas Perjanjian"
Mengapa agaknya Anwar tak mahu serang Khairy Jamaluddin sehingga hari ni haa?


Mengapa Najib Razak dan bukan Abdullah Badawi yang diserang kuncu kuncu Anwar?

BERSAMBUNG....




0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts