Ada Kangkung disebalik Sawi rupanya duk balun @NajibRazak


Galak bebenor Si Wartawan Pencen ini membalun Najib semenjak dua menjak ni.Aku ingat dia mabuk AIR KETUM ke...rupanya tidak.Bila membaca artikel sahabat Double Y ternyata ada cerita disebalik story...ada kangkung dicelah sawi.He he he...

Antara yang dikata Double Y...

Bukan sahaja mengutuk BN dan Perdana Menteri, artikel bertarikh 1 Mei pula, Datuk A Kadir Jasin turut mengaku bahawa dia meninjau kawasan parlimen Raub di mana dalam artikel tersebut Datuk A Kadir Jasin telah mempromosikan Ariff Sabri calon DAP (sengaja atau tidak hanya Allah yang tahu)

Agaknya Datuk A Kadir Jasin bukan sahaja turun meninjau kawasan parlimen Raub malah turut membantu kempen calon DAP Ariff Sabri. Tidak hairanlah dia cukup yakin calon DAP lebih berwibawa. 



Aku sebelum ini adalah pengikut tegar blog Ariff Sabri aka Sakmongkol AK47 dan dia selalu merujuk tulisan/info dia bersumberkan ORACLE (ala ala Sifu lah..) untuk segala yang kononnya MAKLUMAT DALAMAN YANG TEPAT mengenai politik dan ekonomi Malaysia.Teka teki mengenai siapa ORACLE yang dikatakan Ariff Sabri selalu diperkatakan pembaca blog dia dan kerap diperdebatkan  di ruang komen blog dia dan Sak(nama panggilan dikalangan bloggers) akan menafikan yang ORACLE ITU ADALAH TUN DAIM ZAINUDDIN.

Tapi INFO TERBARU DAN TERHANGAT yang aku perolehi dari "sumber sumber dalaman yang sahih" mengaitkan A Kadir Jasin dengan Tun Daim dan dengan pendedahan diatas yang dibuat Double Y bersumberkan artikel yang ditulis sendiri oleh Kadir Jasin,maka terjawaplah siapa sebenar ORACLE yang menjadi pakar rujuk Ariff Sabri selama ini...

Teruskan membaca Double Y DISINI

Tun Faisal turut menulis perangai SYOK SENDIRI A Kadir Jasin dalam artikel terbaru dia bertajuk
#SyokSendiri Kadir Jasin hanya pandai mengkritik, tapi tak tahan dikritik .

1. Tidak mengapa jika Kadir mengkritik, tapi jangan mengkritik Kadir

2. Blogger-blogger (& cybertrooper) pro-UMNO tidak pernah membantu kepimpinan UMNO, tetapi 8 artikel Kadir sebelum PRU13 yang membantu kemenangan BN

3. (Tidak ke bodoh) Blogger UMNO basuh seluar dalam di khalayak ramai, tapi kalau Kadir menyerang kepimpinan, tidak mengapa basuh seluar dalam di khalayak ramai

4. Saya bini dua pun orang tulis, apa saya kisah - err kalau tak kisah kenapa Kadir nak bangkitkan dalam wawancara

5. Kadir dah berkawan dengan Datuk Seri Najib sejak tahun 1977, tapi Kadir tiada saluran untuk menyampaikan isi hati dan berjumpa Datuk Seri Najib? Sms, BBM, whatsapp pun tak dapat? Kalau betul la kenyataan ini, bukan saja Datuk Seri Najib teruk tapi Kadir pun sama juga la teruknya... blogger maki hamun yang tak kenal Datuk Seri Najib begitu lama pun ada saluran untuk berjumpa beliau.


Diakhir artikel kedua sahabat blogger ini maka mereka berpesan kepada A Kadir Jasin...

"Kalau Kadir tidak faham mengenai lanskap perang siber hari ini, bertanyalah. Jangan buat kenyataan SYOK SENDIRI dan apabila kena balun, mengadu itu dan ini...." - Tun Faisal Ismail Aziz


" Datuk A Kadir Jasin, cerminlah diri kalau tiada cermin di rumah kencing dalam tempurung tiliklah muka Datuk lama-lama, muhasabah diri.

You takut kena kritik, you jangan kritik orang!

Selepas ini saya buka cerita serta maklumat yang disampaikan oleh individu tidak dikenali kepada saya mengenai gerak-geri Datuk, kenapa Datuk bertindak, mengapa dan siapa 'paymaster' Datuk A Kadir Jasin...." - Double Y

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts