Masih ingatkah anda gambar diatas?
Ianya aku rakam malam Ambang Merdeka tahun lalu.....Dimana?
Ya betul..di Dataran Merdeka,walaupun tiada sambutan Ambang Merdeka yang diadakan di Dataran Merdeka.Jadi bila hebuh di alam maya beberapa hari ini akan satu gerakan kononnya nak "menggulingkan kerajaan" (banner dibawah) dengan berhimpun di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini dan ramai "skeptic" yang tersenyum berandaian ianya tidak akan terjadi memandangkan venue sambutan Ambang Tahun Baru tahun ini di Putrajaya....aku hanya mampu tersenyum sinis.
Nanti duluuuuuu.....
Kita jangan happy dulu,sebab kita kena faham mentaliti "anasir anasir penganjur" program saperti ini dan jangan memperkecilkan keupayaan mereka mengumpulkan penyokong mereka di Dataran Merdeka pada malam tersebut.Kenapa aku mengatakan begitu....?
Jom kita lihat sebahagian gambar gambar yang aku rakamkan tahun lalu....
Dan saksikan juga video yang dirakam KL Post/Rakyat News pada malam Ambang Bersih dan Ambang Merdeka tahun lalu....
Jadi jangan ingat bila venue sambutan Ambang Tahun Baru kali ini diadakan ditempat lain,Dataran Merdeka akan sunyi sepi."Penagih Penagih Demo Jalanan" dan "Penganjur Penganjur" mereka bukan mengambil kira sangat kat mana kerajaan nak menyambut apa pun bila mereka nak "menghasut" rakyat berkumpul untuk menunjukan bantahan.Apatahlagi tema kali ini agak "menyeramkan" dan "mengujakan" penagih penagih ini....
HIMPUNAN GULING KERAJAAN 31 DISEMBER 2013
So what say you...?
0 comments:
Post a Comment