Rasionalisasi Subsidi: Kenaikan Harga Barang Dan Whatsoever... Part III (Rusuhan Tuntutan Kenaikan Gaji)

Letrik naik, tol naik, gula naik, minyak naik, tapi gaji tak naik.



Anak muda mahu kelas Matematik, kerana kami masih lemah untuk buat kira kira mudah.
 
 
Kenaikan harga barang boleh jadi satu persepsi. Macam perlaksanaan GST, sepatutnya kenaikan harga barang tidak sepatutnya terjadi, atau sekurang kurangnya 1% menurut kajian Kementerian, sebab cukai cukai yang dibayar oleh pengeluar sampailah ke penjual, mereka semua boleh claim balik. Hanya pengguna yang dikenakan cukai 6% dan tak boleh claim. Tapi, dek kerana persepsi, dah ada beberapa peniaga yang menaikkan harga barang, kononnya factor GST, padahal belumpun terlaksana. Yang lagi kelakar, sampai siap ada peniaga yang kenakan cukai 6% GST katanya, padahal 6% yang dikenakan sekarang masih lagi government tax.

Tapi bila melibatkan soal kenaikan kadar seperti minyak dan letrik, hampir mustahil untuk harga barang tidak naik harga. Kerana? Ya, untuk menghasilkan barang, benda benda ini menjadi kos. Contoh mudahnya, nasi ayam pasar malam. Pak Ali meniaga nasi ayam nak pergi beli ayam, nak hantar anak sekolah, dan nak pergi pasar malam, kesemuanya menggunakan kenderaan, dan kenderaan beliau memerlukan petrol. Jadi, disebabkan petrol naik harga, dan dia perlu cover balik kenaikan ni, terpaksalah dia naikkan harga nasi ayam dia, ataupun kurangkan kuantiti ayam dan nasi. Tak cukup lagi, tariff letrik pulak naik. Cerita yang sama berlaku. Nasi ayam tadi dia masak pakai rice cooker. Rice cooker pakai letrik. Bulan bulan, bil meningkat. Habistu, kat mana lagi dia nak claim kenaikan bil ni? Dekatlah nasi ayam dia.

Siapa yang beli nasi ayam tadi? Ya, pengguna rakyat marhaen macam kita. Sebab itu, dari satu sudut, betullah Menteri kata kenaikan harga letrik tak membebankan 7 juta isi rumah, tapi di luar rumah, kesannya terasa melalui kronologi atas.

So, apa option yang kita ada?

Kenaikan harga barang adalah masalah dunia. Dan masalahnya lebih lagi apabila harga barang naik, tapi gaji tetap sama. Maka, ramailah yang bertempik minta dinaikkan gaji, which is true theoretically, but not practically. Siapa yang gajikan pekerja? Majikan kan? Adakah kesemua pekerja di Malaysia ini majikannya adalah kerajaan Malaysia? Tidak, hanyalah pekerja kerajaan atau sektor awam. Jadi, bolehkah kerajaan Malaysia memaksa sektor swasta untuk naikkan gaji? Jangan buat kelakar. Bila kerajaan naikkan minimum gaji kepada RM 900 tempoh hari, bukan main kelam kabut lagi. Ada syarikat yang tak mampu, ada yang mintak tangguh, pendek kata macam macam lah alasan kekalutan tu.

Jadi, macam mana? Biar je gaji kekal rendah?

Sebab itu, aku berpendapat, walaupun ramai yang membangkang, BR1M adalah salah satu cara untuk kerajaan menormalkan kembali inflasi yang berlaku. Instead of menaikkan gaji kita semua, kenapa tidak kerajaan “menaikkan pendapatan” kita melalui BR1M? Sabar sabra, dengar hujah aku dulu. Kalau tak setuju, komen. Kita bincang.

Kalau melalui kenaikan gaji, 10% contohnya, maka dari bergaji RM 2,000 akan naik kepada RM 2,200. Tetapi, syarikat tak mampu untuk menambah RM 200 sebulan seorang sebagai kos tetap mereka. Jadi, mengapa tidak, melalui cukai cukai, dan rasionalisasi subsidi yang dijimatkan seperti yang aku ulas dalam artikel lepas, kerajaan “menaikkan gaji” kita melalui BR1M? Contohnya, pemberian BR1M dinaikkan kepada RM 2000 instead of RM 500 - RM 650 sekarang. Jadi, melalui BR1M RM 2,000 setahun, kita juga seperti mendapat “bonus” sebulan gaji, atau kadar kenaikan gaji lebih kurang 8% sebulan jika RM 2,000 ini tadi dibahagikan kepada 12 bulan.

Ok relax. Aku tahu banyak calculation terlibat, tapi jangan malas sangat berfikir tu.

Jadi, untuk yang bergaji RM 1,000 atau RM 1,500 misalnya, “kenaikan gaji” mereka dilihat lebih besar sebab ia seperti mendapat bonus 2 bulan gaji.

Tapi, ini bukan “magic solution”. Ada cacat celanya. Ya, pemberian BR1M dilabel sebagai memberi ikan instead of memberi pancing. Sebab itu, pemberian ini perlu datangnya dengan terms and condition apply. Syarat utamanya, pemohon BR1M perlulah bekerja dan menyumbang kepada ekonomi negara. Rungutan belia dan mahasiswa rata ratanya kerana ketiadaan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka. Sebenarnya, ada banyak kekosongan jawatan yang ada, cuma gaji yang diberikan tidak setimpal. Contohnya, kerja McD dan KFC. Takkanlah dah habis degree nak kerja fast food? Takkanlah dah habis degree diploma nak kerja kedai makan, atau meniaga pasar malam?

Jadi, sebab itu aku rasa, untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar bekerja juga dan menyumbang ekonomi walaupun bukan dalam bidang yang mereka gemari, mungkin kaedah BR1M yang aku bayangkan ini boleh membantu. Kau kerja jelah jadi krew McD, gaji dalam RM 1,000 sebulan, tak setara dengan kawan segraduan kau yang kerja pejabat bergaji RM 2,000 sebulan. Tetapi dengan pemberian BR1M RM 2,000 setahun sebagai “bonus” atas sumbangan kudrat kau kepada ekonomi, sekurang kurangnya dapatlah jugak menampung.

“Tapi, membazirlah bagi gula gula macam ni setiap tahun. Habislah poket kerajaan. Nanti rakyat bergantung habis ke kerajaan.”

Sebab itu aku kata, SYARAT UTAMA dia, kau kena kerja. Ini cumalah bonus, bukan duit engkau goyang kaki tak kerja tapi dapat. Soal duit poket kerajaan, habis apa guna potong subsidi sana sini dengan alasan orang kaya pun dapat merasa jugak, kalau subsidi ni tadi tak disalurkan semula ke yang betul betul memerlukan? Nak dapat mana duit tu, kerajaan lebih arif kot. Tak lah diberikan kepada semua. Mungkin, yang bergaji bawah RM 3,000 sebulan ke. Jumlah RM 2,000 tu pun bukan tetap. Itu contoh aku. Bagi yang lebih setimpal dengan kenaikan harga barang yang rakyat tanggunglah.

Dia macam some sort of menggunakan konsep zakat lah. Kenakan cukai kepada orang kaya, dan salurkan balik kepada yang memerlukan. Sebab, kalau sebelum kenaikan harga itu ini pun BR1M RM 500, lepas kenaikan pun BR1M jadi RM 650 je, macam tak tally pulak.

Cuma, itulah. This is just my two cents. Mungkin tak perfect macam aku cakap, tapi there must be some ways. Kalau setakat hujah tukar kerajaan, hapuskan rasuah, ketirisan bla bla, tapi bila suruh bentang idea perlaksanaan pendapatan negara dan pendapatan rakyat sekadar jerit naikkan gaji, tak reasonable jugak.

Ciao.
 
Gory

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts