Rasionalisasi Subsidi: Kenaikan Harga Barang Dan Whatsoever... Part II (Edisi Tol)

Tol naik, tol naik, TOL NAIKKK!!!

“Kalau tak mahu bayar tol, jangan lalu tol. Naik jet peribadi.”



Bye bye, I nak pergi Qatar sekejap. Harap harap tak adalah tol nak kena lalu. I tak mampu nak bayar tol ni.


Dekat mana dah kita sebelum ni? Oh ya, subsidi gula dan minyak.

Antara alasan merasionalisasikan subsidi adalah kerana pemberian subsidi secara open blanket seperti meletakkan peruntukan untuk mengekalkan harga gula kekal rendah dianggap menguntungkan orang kaya dan tidak mencapai golongan sasaran seperti yang dikehendaki. Jadi, kalau inilah alasannnya, mengapa tidak subsidi tadi ditarik semula dan betul betul diberikan kepada golongan sasaran? Sebab utama mengapa segelintir rakyat tidak dapat menerima tindakan ini adalah kerana kurangnya penjelasan susulan mengenai apa yang akan dibuat dengan peruntukan yang dapat dijimatkan melalui rasionalisasi subsidi ini?

Aku tak mahu terlalu mengusik mengenai nombor dan figura kerana nanti engkorang rasa macam baca report kewangan negara, jadi aku cuba guna numerical example biar kita rasa lebih mudah untuk kita dekatkan dengan diri. Kalau kerajaan kata mereka dapat jimatkan expenditure negara sebanyak RM 2 billion daripada pemotongan pemotongan subsidi ini tadi contohnya, maka soalan susulannya adalah, apa yang akan dilakukan dengan RM 2 billion yang dapat dijimatkan ini tadi? Adakah jumlah ini akan diberikan semula kepada rakyat dalam bentuk perkhidmatan, pembangunan, atau subsidi terus seperti BR1M? Ataupun RM 2 billion hanya akan digunakan buat mengisi minyak kereta menteri dan menanggung kos pelancongan ke luar negara?

Kalau alasan harga gula dinaikkan kerana nak kurangkan masalah obesiti, maka adakah kenaikan harga sahaja penyelesaian yang ada? Jadi, duit yang dapat dijimatkan digunakan untuk apa? Mengapa tidak duit tadi digunakan untuk membantu sama mengurangkan masalah obesiti, seperti menurunkan harga makanan kesihatan? Mengapa tidak subsidi gula yang ditarik balik tadi, disalurkan kepada industry buah buahan, produk tenusu, dan makanan kesihatan supaya produk ini menjadi lebih murah? Tapi tak jugak. Gula naik harga, makanan makan ini pun naik harga sama. Jadi, macam mana nak kurangkan masalah obesiti Pak Menteri?

Kalau kerajaan BN masih mahu dapatkan kepercayaan rakyat, walk the talk. Kemenangan lalu menjadi bukti masih ada yang percaya, jadi tunjukkan kemampuan kepada rakyat semula. Jangan hanya menuding jari menggesa rakyat untuk kurus, kurus dan kurus walhal dalam masa yang sama, berapa ramai pemimpin yang menjadi contoh untuk rakyat terus kekal obese? Pimpinlah kami melalui tauladan. (Sopan habis dah ayat aku ni)

Aku tak mahu mengecam dan mengajak pembaca mengecam secara melulu. Sebaiknya, kekalutan politik negara menjadi medan untuk kita mengamalkan idea cause-and-effect dan problem-and-solution. Marah jangan tak marah, tapi kalau marahkan nyamuk kelambu dibakar, nyamuk pun lari, rumah pun ranap.

Kalau nak baca post politik yang berunsur emosi, mungkin tulisan aku tak mampu nak memberikan kepuasan maksima.

Dah, kesat air mata. Jangan emosi sangat.

Secara umum, rakyat sebenarnya bukan tak faham langsung soal harga pasaran dunia meningkat kalau melibatkan harga minyak misalnya. Selain konsep scarcity of resources, yang mana simpanan petroleum dunia pun makin lama makin berkurang yang meningkatkan lagi harga minyak, peristiwa peristiwa dunia seperti ketidaktentuan ekonomi Eropah, krisis dan pergolakan Timur Tengah dan lain lain semua menolak harga petroleum untuk menjadi lebih tinggi. Bolehlah engkorang Google kalau nak lebih lanjut, aku pun bukannya bidang ekonomi sangat.

Tapi bilamana isu isu seperti kenaikan harga tol, yang ini sungguh aku tak setuju. Pembinaan tol dibuat menggunakan bajet kerajaan melalui pinjaman kepada konsesi, dan kerana melibatkan kepentingan awam dan juga dana awam, maka tak logik sebenarnya untuk menaikkan harga tol melainkan untuk mengaut keuntungan. Banyak tol yang mana kutipan tolnya boleh kata dah pulang modal. Kalau nak hapuskan terus, pun tak adil jugak sebab pengurusan tol seperti penyelenggaraan dan gaji staff konsesi masih melibatkan kos, tapi sebetulnya harganya patut dikekalkan, malah sepatutnya boleh diturunkan. Kereta makin hari makin bertambah yang gunakan highway. Highway pun makin lama makin sesak. Jadi alasan guna highway untuk elak jam dan gunakan jalan alternatif untuk tak bayar tol sebenarnya karut pada aku. Guna jalan lama jem, guna highway pun jem, habistu nak guna apa? Jet peribadi?

Tol tol yang aku maksudkan kat sini khusus untuk sekitar Lembah Klang lah. Macam NKVE, DUKE semua, sebab hari hari pengguna lalu untuk pergi kerja. Jadi tol tol yang dah pulang modal dan kaut untung sikit sikit sepatutnya dah boleh turunkan harga tol kot. Kalau highway highway baru macam Lebuhraya Pantai Timur dan sewaktu, mungkin masih relevan untuk kekalkan harga. Jadi, ada point dekat sini kalau Pakatan Rakyat perjuangkan isu hapuskan tol dan sebagainya. Cuma instead of being drastic and asking for demolition of toll, aku masih berpijak di bumi nyata untuk menuntut supaya diturunkan harga sahaja.

 
Kira berapa banyak kereta, kali kan dengan RM 1. Lepastu, jumlah dia masukkan dalam poket. Peh. Duit den botingkek tingkek!
 
 
Ok panjang dah, nanti engkorang bosan. Kalau nak suruh aku sambung lagi sila angkat tangan.

Ciao.
 
Gory.

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts