Penulis jemputan APA... @NajibRazak @tengkuadanreal


Sejak 4 hari lalu aku dah hilang syahwat untuk menulis tentang Politik Malaysia.Mungkin aku dah terlalu letih  dan bosan nak melayan kerenah "haiwan haiwan politik" (political animals) dan mereka yang berada sekeliling haiwan haiwan ini.Apatah lagi sejak akhir akhir ini berlaku sedikit pertelagahan dalam "komuniti siber pro-Umno" dimana ianya mengingatkan aku akan pengalaman yang sama mempertahankan UMB (Unit Media Baru) dari asakan pihak yang hanya ingin merebut "Dana PRU13" sehingga sanggup melakukan "character assassination" terhadap Tun Faisal yang mengetuai UMB ketika itu.

Kini bibit bibit perpecahan yang sama mula dicetuskan dan lambat laun ianya pasti akan membawa kepada pertelingkahan yang lebih serius lagi.Walaupun prime target kali ini bukan lagi Tun Faisal tetapi Nadi Rakyat yang diketuai Rafi Awang Kecik (blogger Sanggah Tok Janggut),tetapi aku turut sama dilibatkan dalam "character assassination" hanya kerana aku tidak mahu berpihak kepada yang sedang menindas.

Aku hampir saja mahu menutup blog ini kerana malas melibatkan diri dalam pertelingkahan yang sama merebut perkara yang sama yang akhirnya menyaksikan aku ditumbuk didalam suatu perjumpaan yang melibatkan seorang Menteri suatu ketika dulu.Letih,malas,menyampah,meluat dan berbagai perasaan negatif bercampur baur dalam hati aku sejak beberapa hari lalu.

Tapi pagi tadi sewaktu bersarapan dengan seorang sahabat yang aktif menulis diruang komentar akhbar dan menyatakan hasrat hati aku ingin bersara dari berblog,aku dinasihatkan sahabat aku ini agar membuka peluang untuk PENULIS JEMPUTAN menggunakan platform blog aku untuk menyampaikan idea,pandangan dan pemikiran mereka.Mengapa tidak fikirku..

Maka sahabat aku ini adalah orang pertama yang aku berikan AKSES blog aku untuk berkarya bila bila masa yang dia suka.Bahkan akan ada lagi Penulis Penulis Gapena yang bakal dia jemput untuk menyumbang artikel diblog ini dengan diberikan AKSES yang sama.

Jadi kepada PENULIS PENULIS POLITIK SOSIAL diluar sana yang ingin menggunakan platform blog ini sebagai salah satu cabang meluahkan pemikiran anda,aku dengan penuh rasa hormat menjemput anda semua untuk menjadi sebahagian dari KELUARGA BLOG APA.Anda akan diberikan akses sebagai AUTHOR dan aku akan kekal sebagai ADMIN blog ini dan anda bebas menulis bila bila masa sahaja yang anda mahu.

Untuk itu sila hantar keterangan diri anda ke azmiapa@gmail.com dengan menyertakan sekali no phone anda untuk aku hubungi.

Aku tetap akan menulis sekali sekala bila bila dirasakan perlu...

P/S : JEMPUTAN INI TERBUKA KEPADA SEMUA PENULIS BERBAGAI IDEOLOGI POLITIK DAN TIDAK SEMESTI NYA YANG HANYA PRO KERAJAAN DAN UMNO SAHAJA.ANDA BEBAS MENULIS APA SAJA TAPI HARUS DI INGAT APA SEBAGAI ADMIN AKAN DIPERTANGGUNG JAWAPKAN ATAS SETIAP YANG ANDA TULIS.

ASAL SAJA TULISAN ANDA TIDAK ADA UNSUR UNSUR FITNAH MELAMPAU ATAU HASUTAN YANG MELAMPAU IANYA TETAP BOLEH DISIARKAN.ANDAIKATA BERLAKU PELANGGARAN 2 SYARAT DIATAS,SEBAGAI ADMIN APA AKAN MELAKUKAN EDITING YANG SEWAJARNYA.

HARAP MAKLUM.




0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts