Aku sambung artikel Bahagian II mengenai Persidangan Agung Umno kali ini dari kacamata peribadi aku saperti yang aku janjikan kelmarin.Kepada yang terlepas Bahagian I boleh baca DISINI.
Ok mari mulakan...
Masih lagi tentang layanan Umno terhadap "Tentera Maya Umno" yang kononnya berada dibarisan hadapan saperti yang pernah diumumkan Presiden Umno aka Perdana Menteri Malaysia di Janda Baik many many moons ago.
Dato Raof memberitahu aku dalam pertemuan kami minggu lalu,kengkangan ruang dalam Dewan Merdeka kali ini adalah disebabkan jumlah perwakilan yang bertambah tahun ini dan Urusetia terpaksa menolak ratusan permohonan untuk berada dalam Dewan Merdeka.Oklah aku terima alasan itu memandangkan mungkin ada keghairahan untuk berada dalam dewan oleh ahli Umno seluruh negara selepas Umno menang PRU13 Mei lalu...alasan Dato saya terima dan akur...
Dari tempat aku duduk sepanjang PAU kali ini jelas kelihatan Big Screen untuk aku melihat apa yang berlaku dalam Dewan Merdeka
Empat hari pertama persidangan kecuali dihari perasmian dan ucapan dasar oleh Presiden...Dewan Merdeka tidaklah sepadat yang dijangkakan,banyak betul kerusi kerusi perwakilan yang kosong jelas kelihatan sepanjang waktu.Walaupun tidak dapat meninjau kedalam Dewan Merdeka tapi dari Big Screen yang berada setentang dengan kerusi tempat aku melepak sepanjang persidangan jelas menampakan akan perkara ini berlaku.Berdetik dihati kecil...."Kalau lah aku diberi peluang...?"
Dari masa kesemasa di Riverside akan kedengaran laungan sindiran dari yang ada disitu..."Ooi perwakilan!,pegi masuk dewan bersidanglah...yang menebeng kat sini buat apa..?",antara yang kerap aku dengar walaupun dalam nada berseloroh.Hanya pada hari terakhir persidangan barulah dapat dilihat kehadhiran maksima baik perwakilan dalam Dewan Merdeka mahupun pemerhati diruang legar dimana bigscreen ditempatkan.Ini mengesahkan teori aku tentang kebanjiran luar biasa perwakilan dan ahli Umno ke PAU kali ini yang menyebabkan hampir semua hotel berdekatan dan dipersekitaran habis ditempah sebaik Pemilihan Umno 2013 selesai.Mungkin "kehilangan" mereka selama 4 hari persidangan berkait rapat dengan Janji DiTepati oleh pemenang pemenang jawatan baik diperingkat bahagian mahupun diperingkat pusat,maka masa inilah dipilih mereka untuk melunaskan nya dan ada yang dikhabarkan sampai dibawa keluar dari Kuala Lumpur.Shitttt..!!!!
Kerana korang yang diberi "akses" masuk Dewan Merdeka tapi memilih untuk "makan angin" punya pasal lah yang membuat aku dan ramai sahabat seperjuangan maya tak dibenarkan masuk kali ini atas alasan kengkangan ruang.Tapi ada tak korang hargai semua itu..????Korang apa peduli janji dapat makan angin free duduk hotel 5 bintang free seminggu....bukan begitu..???
Sampai aku sebagai JENDERAL TENTERA SIBER UMNO(blogger no.1 Umno kira pangkat Jenderal lah..) pun terpaksa beralah duduk "HOTEL LENDIR" sekitar Bukit Bintang sana,dengan depan belakang kiri kanan aku semuanya "perusahaan lendir" yang dijalankan oleh Cinabeng Cinabeng kongsi gelap.Bukan aku sahaja bahkan seorang lagi Bekas Jenderal yang pernah berjasa mengepalai satu Battalion Tentera Siber Umno dalam pertempuran PRU13 yang lalu pun duduk disatu HOTEL LENDIR yang tidak berapa jauh dari penginapan aku."Bila kita dah tak ada kegunaan lagi pada Umno,beginilah bang...",sayu je bunyi jawapan dia bila aku tanyakan kenapa menginap dikawasan "lampu merah" ketika bertembung disitu beberapa hari lalu."Ini pun keluar duit sendiri sebab tak ada siapa yang nak sponsor lagi bang...","...tidak macam waktu dalam PRU atau Pemilihan Umno..semua ditanggung beres..tak cukup kita minta diaorang yang sibuk menawar...",terangnya lagi sebelum kami berpisah.
Terasa pilu hati aku bila mendengar keluhan Bekas Jenderal ini dan terbayang pula layanan yang aku terima sebagai BLOGGER NO.1 UMNO tidak banyak bezanya...
Dua minggu sebelum PAU2013 aku dah mula merisik khabar dari pemimpin Umno yang aku kenal termasuk Tok Mat Maslan kot kot ada bilik untuk dibuat "workstation" aku dan kawan kawan bila persidangan berlangsung,lagi hampir dengan venue lagi baik.Semua mereka memberi jawapan "template" "Bilik sudah habis ditempah..." sebaik aku bertanya.Itu aku tahu lah tak perlu nak bagitau!Tapi korang semua pemimpin besar...ada macam macam kabel besar yang boleh mengadakan yang tiada dan boleh menghilangkan yang ada..sebab itu aku tanya,kalau nak dapat jawapan macam yang korang bagi tu..cucu aku umor 6 tahun itu pun boleh tolong jawapkan.
"Bilik semua sudah habis ditempah Atok...yang tinggal cuma Bilik Mayat di HKL dan bilik air DBKL saja..."
Ngok betul korang ni semua...
Cari punya cari adalah seorang pemimpin yang baik hati bagi aku bilik kat Kawasan Perusahaan Lendir Jalan Alor sana...Alhamdulillah.Katanya bilik telah dibayar sehingga hari ini Ahad 8 Dis,aku pun tidor dengan nyenyak malam tadi setelah keletihan pulang dari menemani kawan kawan di Bazaar PAU Aras 3 sebelumnya.Pagi ini bila nak check-out terperanjat monkey aku!...rupanya bilik hanya dibayar sampai hari Khamis sahaja dan yang 3 hari lagi tu aku kena layan-diri.Congak,kali,dharab,bahagi aku kena bayar RM 250 lagi...adusssss kepala aku sakit tiba tiba bila duit dalam dompet cuma ada RM 210 saja baki duit yang diberi oleh seorang Pemimpin MCA (ulang sekali lagi...pemimpin MCA ya bukan Umno ) setelah hampir RM 400 aku wakafkan membantu sahabat sahabat seperjuangan yang datang dari jauh dari kebulur tak makan bila "JANJI RAOF" akses makan di Laman Media jadi capati...Hampir satu jam selepas menghantar SOS baru aku boleh meninggalkan hotel lendir ini.Kalau tidak harus aku jadi BAPAK AYAM hari ini untuk jelaskan bil hotel yang kononnya sudah dilunaskan.Bila aku call pemimpin ini dia bagitau memang bayaran untuk bil bilik aku sudah diberikan kepada orang dia,mungkin orang dia yang kelepet tak jelaskan..Aduhhh...apakah pemimpin Umno dari sebesar besar sehinggalah ke macai macam (orang dia) kaki kelepet dan tak amanah?
Cerita diatas bukan untuk menagih simpati tetapi sebagai pengajaran dan peringatan kepada diri aku sendiri dan teman seperjuangan agar menerima hakikat yang kita hanya diperlukan Umno bila diperlukan sahaja oleh Umno dan pemimpinnya.Usah terpedaya dengan layanan istimewa mereka kerana ianya hanya akan berlaku dalam waktu waktu kritikal menjelang PRU dan Pemilihan Umno sahaja.Lepas itu kita semua BOLEH PEGI MAMPUS !!!!
Banyak kali juga sebelum ini "workstation" aku dan kawan kawan hanya berada di Puteri Pan Pacific dan Legend Hotel (sekarang Sunway apakenama..) dan aku pun tak ingat bagaimana kami boleh ditempatkan begitu dekat dengan PWTC waktu itu.Ohhhh...waktu itu khidmat kami memang tengah diperlukan...
Sekarang ini bila dah tak ada keperluan mendesak HOTEL LENDIR kalau dibagi pun silap haribulan kena bayar sendiri macam yang aku alami siang tadi...
UMNO OH UMNO...
Korang nak aku sambung Bahagian III pulak ke...?
Nanti kalau ada mood tapi aku tak janji...
P/S : Tapi jangan terperanjat kalau dengar ada blogger yang tido 5 Star...makan 5 Star...berak 5 Star kerana menjadi "belaan" pemimpin...keh keh keh.Sape...? Ntah...tapi yang pasti bukan aku...hehhhh
0 comments:
Post a Comment