Aku nak saran sesuatu kepada @BedilTheLoser @Ibdil @KhairyKJ @tunfaisal


Malam tadi sepatutnya ada perjumpaan diantara #BedilTheLoser dengan Tentera Maya Umno yang dia hina beberapa hari lalu di NZ Curry House KLCC.Saperti yang aku tulis sebelum ini,memang Ibdil ada menjemput aku hadhir melalui satu tweet,tapi bukanlah jemputan secara peribadi kerana ramai yang terima tweet yang sama (mungkin secara blasting) dan aku dah nyatakan dalam artikel sebelum ini yang SYAHWAT aku belum naik lagi untuk berjumpa dengan dia lagi.


Kebetulan Team Nadi Rakyat ada meeting ditempat yang sama malam ini jadi eluk sangatlah itu walaupun tak join Ibdil pasti dapat juga tahu cerita dari sahabat sahabat yang bersemuka dengan dia.Menyangkakan KAMI (Nadi Rakyat) ada disitu untuk perjumpaan dengan dia Ibdil singgah untuk bersalaman dengan aku,RAK dan team members NR sambil mempelawa kami masuk kedalam,bukan sekali bahkan dua kali Ibdil berbuat demikian (kesian pulak aku tenguk mamat ini).

Memandangkan Team Nadi Rakyat "tidak dijemput" untuk pertemuan dengan Ibdil malam ini dan untuk mengelak prasangka buruk maka kami terpaksa pendekan meeting di NZ dan menyambung meeting di Nasi Lemak Kg.Bharu pula.



Tapi dari pemerhatian aku sessi malam ini agak "gagal" sedikit kerana hanya beberapa muka yang aku kenal sahaja yang hadhir yang lainnya semua muka yang tidak biasa aku lihat dan mungkin juga SUKARELAWAN PERCUMA yang berjaya direkrut Ibdil sejak beberapa hari ini dan antara yang aku kenal adalah Mymassa,Pena KSJ,Amrayy Lensa,Afik KL,Taipan,Encik Asam dan Sir Azry.









Mungkin Ibdil berniat baik malam ini dan aku boleh nampak itu diwajahnya malam ini.Tapi adat orang Melayu,kenalah MOHON MAAF atas kesilapan dahulu secara terbuka barulah boleh jemput orang datang bertandang.Ini alih alih nak ajak orang bincang pasal halatuju bagai,tapi masih tak mengaku diri awak itu dah buat salah...where got road brother?

Lagipun timing memang tak sesuai sangat sebab Tentera Tentera Maya Umno hampir kesemuanya sedang berhempas pulas di beberapa lokasi banjir sebagai Sukarelawan Tak Dibayar Umno dalam misi memberi bantuan kepada mangsa mangsa banjir,jadi mana ada masa nak layan misi halatuju,halatunjuk atau tak tentu hala Biro Media Baru Pemuda Umno dalam waktu darurat macam ini.

Jadi aku nak tunjukan satu jalan penyelesaian kepada Brother Ibdil kita ini untuk menyelesaikan kemelut ini..Itupun kalau Brother nak dengar dan pakai lah..tapi kalau tak mahu dan masih tebal dengan ego tak dapek den nak nolong lai lopeh ni...




Apakata Brother Ibdil jumpa Presiden Nadi Rakyat Sdra Rafi Awang Kecik dan minta beliau aturkan satu pertemuan lebih teratur dan kena pada waktu dan tempatnya disamping jangan lupa menjenguk Tun Faisal Ismail Aziz bekas Pengerusi UMB untuk meminta pandangan dan nasihat beliau.

Aku yakin jika 2 perkara ini mampu dan mahu dilakukan oleh Ibdil semua kemelut yang berlaku akan dapat diselesaikan dengan baik.

Jadi terpulang kepada anda Ibdil untuk menimbangkannya...

OVER TO YOU BROTHER





P/S : Lagi satu..boleh tak kalau bro berhenti guna isyarat tangan poyo yang KAMI gunakan untuk menyindir bro itu ?Tak ada yang boleh dibanggakan dengan isyarat poyo itu sebab ianya International Hand Gesture sign untuk THE LOSER.(kalau tak percaya cuba bro Google).Malu kalau bro libatkan para pemimpin kita yang tak tahu apa apa kerana menyangka ianya untuk Lifestyle yang bro sarankan itu.

Kalau #Lifestyle perlu ada hand-gesture mari kita pakat fikir apa isyarat tangan yang lebih sesuai,tapi tolong jangan guna isyarat poyo tu sebab the joke was on you...

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts