Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mencadangkan agar anggota penguat kuasa jabatan agama dibekalkan senjata api ketika melakukan operasi.
Apa nak jadi dengan negara kita ini?
Apakah rakyat dah rasa tidak selamat lagi dengan tahap keselamatan kita?
Dulu kita hanya dengar mereka yang terlibat dengan jenayah dan kongsi gelap sahaja yang dibunuh dengan senjata api.Tapi kini UZTAZ penguatkuasa agama pun tidak terlepas dari ancaman ini.Mungkin lepas ini ada pulak TOK KADHI atau JURUNIKAH yang kena tembak sebab nikahkan perempuan (kekasih seseorang) dengan pasangan pilihan ibu bapa dan tidak dengan kekasihnya.
Jangan terperanjat jika lepas ini kita akan dengar ramai individu yang tiada kaitan dengan jenayah atau kongsi gelap mati dihujung pistol akibat dendam.Kita tidak peduli PEMIMPIN nak kaya raya ke..nak samun harta benda rakyat ke...yang kita mahukan hanyalah kita rakyat boleh hidup dalam tenteram dan tidak rasa terancam.Hari ini kita dah tak rasa selamat bila mundar mandir berjalan di Petaling Street,Jalan Silang,Jalan Bukit Bintang even KLCC bila hari cuti umum disebabkan kebanjiran warga asing yang SAH ataupun yang HARAM.
Siapa yang nak kita persalahkan...?
P/S : Uztaz tu dibunuh ketika berada dirumah wahai JK Baharom...bukannya sewaktu menjalankan operasi.Jadi bila keluar kenyataan tu agak agaklah...
Lagi satu...."Blogger Berwajah" macam guadan ramai lagi nak mintak pistol boleh Dato tolong sampaikan kepada PM tak?Sebab kerja kami menulis menghentam macam macam pihak pun berisiko untuk mati dimuncung pistol....
Lagi satu...."Blogger Berwajah" macam guadan ramai lagi nak mintak pistol boleh Dato tolong sampaikan kepada PM tak?Sebab kerja kami menulis menghentam macam macam pihak pun berisiko untuk mati dimuncung pistol....
0 comments:
Post a Comment