Dibawah adalah luahan seorang ahli/penulis Pas yang kecewa dengan apa yang berlaku dalam parti Pas hari ini yang aku petik dari blog Utusankini.
Bismillahirahmanirahim,
Buat pertama kalinya saya menulis analisis mengenai PAS yg agak panjang. Risikonya sgt tinggi kerana pengalaman sebelum ini apabila saya mengkritik PAS, teruk saya dihentam. Sgt berbeza dgn ahli2 UMNO walaupun ada seorang dua yg ekstrim tetapi ahli UMNO akan melawan hujah saya sedikit profesional.
Saya menulis mengenai parti ini ada bersebab. Buat yg ingin membaca, jgn letakkan diri anda dlm sebagai ahli parti...utk mudah menerimanya Jika tidak bersetuju anggaplah itu hak tuan2 dan puan2. Begitu juga penulisan ini hanyalah pandangan peribadi saya yg saya rasa berhak utk memberi pandangan.
PAS adalah harapan baru org Melayu kerana kerosakkan serius ditahap kritikal parti dominan org Melayu iaitu UMNO. PAS adalah pilihan ramai org Melayu selepas UMNO dan parti ini bukan baru dlm arena politik tanahair tapi PAS dilihat masih mentah dlm kancah arena politik.
Sebagai pemerhati atau pengundi atas pagar...kita terkeliru dgn PAS. PAS memilih perjuangan menerusi jalan politik iaitu ditentukan menerusi pilihanraya. Tapi sayangnya PAS sendiri tidak begitu faham jenis permainan 'politik' tersebut. Akhirnya PAS hilang fokus.
Berdasarkan usia, PAS dilihat cukup berpengalaman. Namun bukan bermakna pengalaman atau lamanya parti itu bermakna ia bagus, kuat dan berjaya. England peradaban atau tamadun beratus tahun lebih lama dari Australia...tapi Australia yg dibina 1901 begitu pantas mengatasi England sendiri.
Contoh dlm berpolitik PAS dan DAP dianggap seteru UMNO sekian lama tetapi PAS & DAP tak pernah menggugat parti UMNO atau BN...Kenapa? Kerana kurang bijak dua parti Melayu dan Cina ini berpolitik. Meletakkan pertandingan 3 atau 4 dan 5 penjuru membuat UMNO ketawa.
PKR masih muda tak sampai lagi usia 'sweet 17' tapi dlm masa yg pantas mampu menjadi peneraju dgn jumlah kerusi Parlimen paling byk. Dlm PKR banyak cerdik pandai 'genius'. Melayu 'genius', India 'genius' dan Cina 'genius'. PKR satu lambang parti berbilang bangsa yg pemimpinnya di kalangan mereka yg 'genius'.
Jika tidak kenapa PM melantik Ezam Mohd Nor, Nalakaruppan sebagai Senator, Zahrain Mohamed Duta. Manakala Lokman Noor Adam sekelip mata dilantik menjadi Exco Pemuda. Itu tanda mereka di dlm Keadilan dilihat ada 'value' walaupun sudah bergelar mantan.
Begitu juga pemimpin di kalangan kaum India dan Cina di dlm PKR, ramainya berpendidikan tinggi seperti Dr, Peguam, Engineer, Pensyarah, Arkitek, Guru, Pegawai2 Bank dan sebagainya. Boleh diandaikan di dlm PKR India dan Cina yg menyertainya 60% adalah India dan Cina bandar. Yg mana mereka sendiri menolak fahaman perkauman yg menebal.
Cara mereka berfikir agak lain dgn Cina DAP atau India PPP. Mereka ada 'class' tersendiri. Mereka mahukan Malaysia yg 'bersih, aman dan bagus dari segi ekonomi'. Dlm PAS tiada cerdik pandai? Ada ramai!... tapi sayangnya mereka tak diletakkan di tempat sepatutnya. Di dlm PAS nak cari cerdik pandai dlm agama mcm Seven Eleven (ramai) tapi nak cari cerdik pandai dlm berpolitik sgt sedikit...sebab 'kepandaian' mereka itu ditutup.
Dlm sejarah PAS sejak diwujudkan sehingga kini tiada siapa boleh menandingi 'genius' Allahyarham Datuk Fadhil Nor berpolitik. Bijak dlm ilmu agama dan bijak berpolitik 'pakej' yg ada pada arwah. Sebelum Tun Mahathir hadir menziarahi Allahyarham Tan Sri Azizan Razak (seteru politik), Fadhil Nor telah lama lakukan dgn menziarahi Anwar Ibrahim.
Masih ingat ahli2 PAS cukup tersinggung kerana kehadiran Fadhil Nor ke rumah Anwar. Ketika itu Mat Sabu masih seronok menghentam Anwar sehingga menggelarkan Anwar Aljuburi. Tapi tidak bagi Fadhil Nor, keihklasan arwah itu memberi impak yg baik dari segi moral agama dan politik utk PAS. Lihatlah semasa pilihanraya 1999, tiba2 PAS dpt lebih 20 kerusi Parlimen.
Adakah kerana hebatnya PAS? Tidak !!! Ia berlaku kerana faktor isu semasa...atau bahasa keras sikit menangguk di air yg keruh. Org Melayu ketika itu undi PAS bukan kerana ingin PAS wujudkan sistem hudud tetapi kerana marahkan UMNO. Tapi PAS sejak 1999, mereka dah perasan org Melayu sudah beralih kpd mereka dan kesannya pada 2004, PAS tewas teruk termasuk di Kelantan. Tapi masih tak sedar diri.
PAS ADA CIRI PERANGAI AL-ARQAM...
Apa persamaan mereka? Arqam tak percaya kpd politik tetapi cara dakwah. PAS pula percaya Islam akan berjaya di daulah menerusi politik. Apa persamaan antara mereka? Persamaannya keduanya ada sikap eksklusif...'aku lah yg terbaik'. Al Arqam dulu menggalakkan ahli bersolat di Markas2 Arqam. Dgn alasan jika bersolat di Masjid saf solat tidak rapat seperti dlm sunnah.
Dlm Arqam, guru2 ilmu yg kita hendak pelajari hanya di kalangan Ustaz2 Arqam sahaja di galakkan. Malah dlm jamaah ini ada perasaan iri hati pada PAS atau jamaah Tabligh. Begitu juga PAS...saya pernah menceritakan ketika saya menjadi penganjur kpd Konsert Khalifah Seni di Pulau Marina, Perak. Patutnya saya sebagai penganjur, Ustaz Azhar Idrus (UAI) akan mengikuti segala program yg diaturkan.
Sebagai penganjur tentulah saya akn mencari seberapa byk penaja. Tapi bila mendengar antara program yg diatur seperti makan bersama UAI (jual table) dan bersoalat Maghrib di Masjid Daerah, salah seorang ahli PAS yg membantu saya utk konsert tersebut tiba2 mcm naik angin mendengarnya. Lalu dia mengarahkan org2 besar PAS termasuk ahli Parlimen Lumut, YB Lakasamana Imran skg ini utk duduk semeja.
Pendek kata meja itu dikelilingi org2 PAS. Sedangkan Ustaz Azhar memaklumkan kpd rakan saya, Hafiz (rakan UAI breakfast di KT), jika benar ada org UMNO, biarlah di kiri org UMNO dan disebelah kanannya org PAS. Biar adil buat mereka tetapi sebaliknya berlaku. Lebih teruk program bersolat ke Masjid daerah Manjung dibatalkan.
Patutnya kita dlm menyebarkan fahaman politik atau dakwah, kita kena buka kpd mereka yg belum memahaminya. Itulah yg diamalkan oleh Tabligh, masuk bertemu masyarakat dan bukan mengasingkan kononnya kami jamaah syurga dan kamu (UMNO) jamaah neraka. Inilah politik jakun sesetengah ahli PAS.
Malah lebih teruk PAS menjadi jamaah2 lain terutamanya Tabligh sebagai seterunya walaupun tak seteruk dgn UMNO. Saya dikhabarkan oleh 'karkon'2, masalah berdakwah di Malaysia ini, surau2 yg dimiliki oleh PAS sendiri tidak membenarkan mereka utk bermalam. PAS menjadi mereka eksklusif di mana surau2 yg 'ditawan' sudah menjadi surau utk ahli2 PAS sahaja.
Namun apa yg saya kecewa, Presiden PAS sepatutnya mengeluarkan arahan rasmi agar ahli2 PAS berjamaah di masjid yg dikuasai UMNO dan mencampuri mereka dgn akhlak yg baik. Itu juga antara konsep dakwah terbaik utk membuat musuh mahu mengikuti kita seperti diajar Rasulullah.
KELUAR PAKATAN... PAS IBARAT 'BODOH SOMBONG'
Apabila ada cadangan dari geng ulama utk memikirkan kembali kerjasama dgn Pakatan Rakyat...ia langkah ke belakang. Terus terang saya katakan PAS boleh diibaratkan 'bodoh sombong'. PAS merasakan mereka kini adalah juara parti utk 'org Melayu'. Sedangkan hasil gabungan dgn PKR sekalipun 60% org Melayu masih memilih UMNO. PAS hanya mampu menguasai Melayu Kelantan.
Ini totok pemikiran yg ada kebanyakan mereka yg berlatar belakang sekolah pondok di dlm PAS. Antara persoalannya yg saya ingin bertanya kpd pucuk pimpinan Ulama ini adakah munculnya PAS ini hanya utk memerintah Kelantan sahaja? Jika benar, jgn hipokrit utk melaksanakan hukum hudud.
Kedua adakah kemunculan PAS hanya utk menjadi check n balance sahaja utk pemerintahan negara? Sebab tanpa gabungan bersama Pakatan Rakyat...adalah mustahil mengikut akal manusia PAS boleh memerintah negara. Kalau hendak mengugut biarlah sedar kekuatan diri di mana!
Contoh perangai tak sedar diri PAS, apabila ada ahlinya mencadangkan dlm Muktamar PAS, agar jawatan Perdana Menteri diberikan kpd Presiden mereka. Sedangkan persetujuan bersama sudah termeterai. Ia cadangan yg mengarut, lemah dan kurang bijak berpolitik dan tidak ada political mileage .
Sebab itu saya katakan PAS walaupun lama tapi ahli2 ramai yg lemah atau tidak mahir berpolitik...semberono sahaja. Saya cabar PAS, silakan keluar dari Pakatan Rakyat...kita tgk berapa kerusi yg PAS akn menang???
ORGANISASI PAS PERLU DIPERBETULKAN...(Peranan Ulama tak berkesan)
Bila cadangan 'geng' Ulamak supaya “jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yg memahami faqih tentang Islam dan realiti semasa, saya anggap satu pemikiran yg sungguh menyedihkan. Peranan ulama sgt penting tetapi tidak penting sebagai Presiden. Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Ghazali tidak memegang jawatan ketua negara dan sebagainya tetapi peranan mereka sgt penting utk seluruh umat Islam di dunia.
Lihat di Turki bagaimana Perdana Menteri Erdogan, walaupun dia biasa2 sahaja tetapi di belakangnya ulama2 sebagai rujukan beliau. Apa salahnya jika DS Seri Nizar, Husam Musa, Dr Hatta Ramli, Mohammad Sabu, Datuk Dr. Mahfuz Mohamad, Dr. Rosli Yaakob dan lain2 lagi diberi jawatan. Apakah hilang Islamnya bila mereka diberi jawatan.
Adakah Geng Ulama tak penting dlm organisasi PAS. Ia sgt penting cuma peranannya di tempat yg salah atau tidak menonjol. Bagi saya pendekatan Majlis Syura Ulama PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS patut tertumpu ke arah 'dakwah'. Mereka sepatutnya mencontohi jamaah Tabligh yg berjaya menghantar pendakwah (karkon) ke seluruh dunia.
PAS tak tak perlu hingga ke peringkat global tetapi cukuplah merangkumi Malaysia. Bagi saya Geng Ulama sepatutnya memainkan peranan dgn Pemuda PAS utk menjalankan kempen dakwah. Bila diajukan, Ustaz2 kami berdakwah di surau2. Dakwah sebegitu tidak berkesan kerana kamu tidak bertemu sendiri dgn masyarakat setempat. Yg kita mahu bawa org yg tidak ke masjid pergi ke masjid.
PAS mesti menubuhkan 'geng dakwah' mereka yg akan menyelinap masuk ke kampung2. Ini yg saya lihat ada kekosongan dlm PAS. Ia diakui oleh beberapa Ustaz PAS sendiri yg menganggap PAS hanya bergantung kpd individu2 yg bergelar Ustaz utk berdakwah. Akhirnya ia tidak bersistem dan rakyat tidak nampak peranan PAS di situ dlm mengajak manusia kpd Islam yg sebenarnya. Yg rakyat tahu ceramah PAS adalah ceramah politik.
Mana tidak ahli2 PAS sendiri cuba kita lihat di masjid2 atau yg dikuasai PAS sendiri. Jika ada kuliah agama pada Isnin hingga Jumaat tak berapa ramai yg dtg...biasa yg mendengar pun ahli jamaah surau itu sendiri. Tapi cuba ceramah politik, Mat Sabu berucap...beribu-ribu ahli PAS dtg...tanya pada diri sendiri kenapa ia berlaku.
Adakah itu yg dibanggakan oleh golongan ulama apabila ceramah politik lebih digemari daripada ceramah agama.Sedangkan dlm jamaah Tabligh apabila apabila berlaku Ijtima, berjuta-juta manusia menghadirinya utk mendegar ceramah (bayan) dari Maulana2 hebat di dlm jamaah tersebut.
Terkadang, rasa bangga kita memakan diri. Islam itu menyeluruh. Bukan di arena politik semata. Perlumbaan materialistik takkan pernah habis. Alangkah baik jika selepas ini diusulkan manifesto 'Memperkasa Institusi Masjid'. Ini org ramai melihat, org PAS pun sama dgn UMNO, bila ada ceramah agama tak ramai org...so apa bezanya???
PAS DAN HUDUD
PAS dipuji2 atau dibanggakan oleh ahlinya kerana akan membawa hukum hudud apabila memerintah Malaysia. Dlm politik tanahair, agenda tersebut merupakan bola tanggung kpd fahaman sekular kerana PAS mesti faham 50% pengundi di Malaysia bukan org Islam atau bukan org Melayu.
Rata2 umat Islam di negara ini tidak menolak hukum hudud. Dan mereka menyokong walaupun bukan ahli kerana tidak mahu dpertanggungjawab di sana nanti. Cuma seperti kata Subky Latif, agenda itu tidak perlu di war-warkan lagi. Yg penting ialah utk membersihkan Malaysia dari gejala rasuah yg sgt2 membimbangkan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berkebajikan.
Lihatlah kejayaan Tukri yg pernah dipegang oleh manusia yg bumi pun tidak menerimanya, Kamal Artatuk. Bukan mudah apabila Kamal Artatuk menjadikan negaranya sekular yg berkiblatkan Eropah. Fahaman yg begitu lama berjaya dihayati oleh masyarakat Turki. Namun kini Perdana Menteri Turki dan Presiden mereka isteri mereka mampu memakai tudung...kenapa??
Hukum hudud bukan agenda atau termaktub di dlm manifesto Parti Adalet ve Kalkฤฑnma (AKP), dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki. Namun apabila menang kerajaan di bawah Parti AKP giat mempromosikan nilai Islam dan secara perlahan-lahan menghakis sekularisme di Turki.
Ia mengambil masa 8 tahun utk Erdagon memulangkan kembali hak org Islam. Mengapa mengambil masa yg terlalu lama...Erdogan belajar dari pengalaman. Tentera Turki mempunyai rekod mencampuri urusan kerajaan atas nama mempertahankan sekularisme di Turki.
Turki sebelumnya pernah mempunyai perdana menteri yg sama seperti Erdogan. Perdana Menteri Necmettin Erbakan adalah seorang aktivis Islam dan Perdana Menteri Turki. Tapi apabila dia dilihat begitu agresif cuba menghapuskan fahaman sekular di Turki, akhirnya Erbakan dijatuhkan oleh tentera tidak sampai setahun pemerintahannya.
Begitu juga di Malaysia, walaupun tentera tidak akn campurtangan hal ehwal politik tanahair tetapi PAS kena akur 70% pengundi di Malaysia masih berfahaman sekular. Malah dari 70% itu, 80%nya adalah dari bangsa Cina dan India. Kembimbangan mereka itu yg menidakkan utk PAS menjadi pilihan mereka.
Malah org2 Melayu (atas pagar) yg dianggarkan mempunyai 2 juta org memilih memangkah PAS bukan kerana inginkan negara yg mengamalkan hukum hudud tetapi mahukan Malaysia yg lebih bersih dari korupsi. Begitulah juga dgn kaum2 yg lain. PAS mesti sedar perkara ini.
Kita sepatutnya merujuk kpd dakwah atau kepimpinan yg ditunjukkan oleh Rasulullah. Baginda memperkenalkan agama Islam di kalangan penduduk Mekah dgn memperkenalkan dulu kebesaran Allah. Pelbagai wahyu Allah turunkan utki baginda berdakwah. Bab hukum seperti wajib memakai tudung ini wujud semasa baginda berpindah ke kota Madinah.
Rasulullah sewaktu di awal Islam yg ingin disampaikan, baginda tidak menyuruh wanita memakai tudung dan sebagainya. Satu persatu larangan disampaikan Rasulullah kpd umatnya ketika itu. Para pendakwah perlu memahami bahawa org awam memiliki potensi yg besar utk kemenangan dan kejayaan Islam.
Itulah pentingnya dakwah dlm Islam dan bukan hanya semata-mata politik. Manusia apabila memiliki kefahaman dan kesedaran Islam yg betul, akan mudah utk kembali kpd Islam yg sebenarnya. Dakwah adalah menyeru dan mengajak umat manusia utk menjadi lebih baik. Bukan menakut-nakuti mereka dgn berbagai ancaman seperti hukum hakam.
Lihat cara Nabi berdakwah berbanding dgn kita. Jika kita ditanya oleh seseorang niatnya utk berzina, mungkin kita jawab singkat “Tidak boleh, zina itu haram!” Ia sgt keras. Tapi kita lihat cara Rasulullah berdakwah apabila seorang pemuda pernah bertemu dan bertanya pada Rasulullah, ”Ya Rasulullah, izinkan saya berzina.” Rasul memandang pemuda tersebut dgn penuh kasih sayang dan bertanya, ”Sukakah kamu bila itu terjadi pada ibumu?” tanya Rasulullah. ”Tidak, demi Allah,” jawab anak muda itu.
”Sukakah kamu bila itu terjadi pada saudara perempuanmu?” tanya Rasulullah. ”Tidak, demi Allah.” ”Sukakah kamu bila itu terjadi pada anak perempuanmu?.” ”Tidak, demi Allah.” Sukakah kamu bila itu terjadi pada istrimu?” Anak muda itu menjawab, ”Tidak, Demi Allah.” Rasulullah lalu berkata, ”Demikianlah halnya dgn semua perempuan, mereka itu berkedudukan sebagai ibu, saudara perempuan, isteri, atau anak perempuan.”
Kemudian beliau meletakkan telapak tangannya di dada pemuda itu, lalu mendoakannya.
PAS patut lihat konsep jamaah Tabligh berdakwah. Mereka menembusi seluruh pelusuk dunia hingga berjaya memikat puluhan juta manusia utk berdawkah seperti mereka. Pendekatan mereka apabila menuju rumah ke rumah adalah mengajak manusia ke masjid. Di masjid mereka tak cerita bab hukum tetapi menceritakan kebesaran Allah.
Kata salah seorang guruku yg menyertai jamaah Tabligh, "Dlm jamaah, kami diajar seni berdakwah. Kami akan duduk di tengah masyarakat tak kira apa bangsa dan kerosakan mereka. Kita mengajak mereka mendegar kebesaran Allah. Bila mereka dapat merasai kebesaran Allah, lalu mereka akn takut melanggar perintah Allah dan mudahlah mereka menerima Islam. Seni dakwah bab hukum jgn disampaikan dahulu tetapi hal kebesaran Allah diutamakan.
PILIH PEMIMPIN
Cadangan kumpulan Ulamak ini supaya “jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yg memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa” menampakkan pandangan yg sgt kebelakang. Apakah kumpulan ulamak ini ingat DS Nizar, Dr Hatta, Husam Mussa dan lain2 tidak memahami Islam?
Sepatutunya PAS mengambil peluang apabila puluhan ribu golongan profesional memasuki PAS utk dintonjolkan kpd masyarakat berbilang kaum bahawa PAS bukan parti pondok lagi tetapi parti yg ke arah Islam yg moden dan lebih berwibawa. Tetapi sesetengah golongan PAS tidak mahu membawa PAS maju dari segi berfikir...jika ada cadangan dari golongan profesional ditolak mentah2 seolah-olah golongan profesional ini akn menyesatkan PAS.
Dulu saya pernah menulis mengenai pemilihan calon utk calon Pasir Panjang, Lumut. Saya mempersoalkan kenapa Roha, kerana dgn waktu yg begitu terhad bukan mudah utk PAS mempromosikan siapa calon mereka. Apatah lagi PAS tiada akhbar harian.Bila dia dicalonkan ramai yg bertanya, siapa Roha???
Lebih sedih apabila bekas Ketua Wanita PAS memberitahu saya, Roha dipilih kerana permintaan dari Muslimat sendiri kerana belum ada wakil mereka yg bertanding sebelum ini...Terkejut sahaja letak calon, mcm letak calon JKKKK.
Saya kata jika pilih Roha, baik pilih Hamidun...80% pengundi DUN Pasir Panjang samada dari Umno atau PAS sudah mengenali beliau. Malah Hamidun telah lama buat kerja bagi pihak DS Nizar. Jika dia bertanding, tugas PAS lebih mudah cuma mempromosikan manifesto parti dan PR.
Lihat DAP di KK, khabarnya mereka sudah meletakkan calon utk PRU 14. Ini memudahkan utk calon buat kerja dari skg. Sb itu Rafizi dulu tetap berkeras akn bertanding di Pandan sebab dia sudah buat kerja di kawasan itu 3 tahun lamanya. Akhirnya Rafizi adalah antara mereka yg menang majoriti terbesar di PRU ke 13. Apa itu buat kerja? Calon bermula 2013, 2014, 2015, 2016, 2017 sudah mula menjalankan tugas tidak rasmi (bukan DUN) sebagai wakil rakyat dgn menghadiri majlis kenduri, kahwin, kematian, gotong royong, rumah terbuka hari raya.Sebab calon dari PR mesti ingat, mereka bukan seperti BN yg mempunyai byk dana. Calon PR hanya bergantung kpd budi yg dikenang.
Jika saya tanya calon PAS Pasir Panjang utk PRU 14, siapa dia??? Nescaya tiada calon lagi yg ditetapkan. Patutnya mulai sekarang PAS sudah war-war kan calon mereka utk calon itu bekerja dari skg dan bukan hanya menjelang pilihanraya. Contoh tauladan terbaik cara seorang pemimpin bekerja, anda lihat Nurul Izzah. Saya sedang menulis mengenai kehebatan Nurul Izzah di mata pengundi Pantai Dalam. Sebaik menang Puteri Reformasi ini terus bekerja utk penduduk kawasannya.
Tapi calon2 PAS mcm bercuti rehat panjang. Apapun utk pilih pemimpin masa depan sebaik-baiknya org tempatan yg berjaya (agama/kerjaya). Golongan profesional lebih mudah diterima di kawasan bandar. Contoh DUN Pasir Panjang 50% pengundinya adalah 'bandar' Seri Manjung dan beberapa tempat lagi. Golongan ulama biarlah di kawasan2 Kampung2 yg mana penglibatan aktivtinya seperti mengajar, menjadi imam, menghadiri majlis2 kematian dan sebagainya.
Skg manusia sudah bijak. Bukan mcm dulu UMNO letak beruk pun boleh menang. Skg zaman org berfikir. Antara faktor yg memenangkan calon ialah ialah faktor calon itu sendiri, kekuatan jentera parti, strategi kempen, manifesto, isu dan imej pemimpin.
PENUTUP
Akhir kata secara jujur byk yg perlu PAS lakukan kerana PAS tidak strategis. Sebelum muncul manusia bernama Anwar, PAS langsung tidak terfikir, bagaimana utk PAS mengusai Malaysia. Lebih 50 tahun berjuang PAS masih tercari-cari formula utk menewaskan UMNO sedangkan UMNO menyimpan rahsia tersebut sehingga Anwar membocori rahsia kelemahan PAS.
PAS mesti tahu UMNO tidak hebat jika parti itu sendirian. UMNO bergabung dgn berbelas parti utk membentuk kerajaan. Tapi PAS bersendirian. Pernah tak pemimpin2 PAS sebelum ini memikirkan, mana mungkin PAS dpt mengusai Malaysia jika hanya Melayu Kelantan sahaja yg menyokong.
Anwar beri formula, pertama mesti bergabung utk menggabungkan kekuatan. Kedua utk berlawan, pembangkang tidak boleh hadir secara kumpulan masing2 kerana ia memecahkan penyokong. Cara satu lawan satu. Formula ini hampir berjaya pada PRU 12 dan 13. Malah dlm PRU 13 peratusan pengundi Malaysia memilih Pakatan Rakyat.
Mana dtgnya pengundi tersebut? Ia hadir daripada sokongan pengundi kpd parti2 tadi. Oleh itu PAS mesti melatih org2nya utk menerima teguran dan bersifat terbuka dgn pelbagai pihak.
Contohnya PAS mesti menggalakkan ahli2 nya bersolat atau menghadiri ceramah agama/kenduri/ kematian ahli2 UMNO. PAS mesti bersikap mesra kpd jamaah2 dakwah utk menggunakan masjid atau surau yg dikuasai mereka utk membantu mengembangkan agama Allah (agar PAS tidak dilihat parti atau jamaah politik).
Ketiga PAS mesti membuka seluas-luas pintu kpd golongan profesional di dlm parti sendiri utk meneraju parti utk dilihat PAS bukan parti pondok lagi. Keempat Ulama2 PAS mestilah menyusun strategi bersama Pemuda utk memikirkan apakah langkah utk mendekatkan aktiviti dgn remaja dan penyokong2 atas pagar dgn memainkan peranan dakwah sebagi salurannya.
Kelima PAS mestilah melakukan byk aktiviti utk golongan remaja seperti hari2 sukan dan sebagainya. Ambil contoh Ustaz Azhar Idrus beliau sgt diminati kerana keterbukaannya kpd golongan remaja. Membenarkan golongan remaja menyanyi, bermotosikal dan sebagainya asalkan jgn melalaikan dan melanggar syariat.
Keenam, dlm kempen2 PAS selepas ini bab hukum jgn diketengahkan. Saya melihat penyokong ekstrims PAS hanya bergantung kpd satu pandangan sahaja, iaitu menyokong PAS semata-mata kerana Islam. PAS perlu menyusun semula strategi politiknya.
Salam....
Oleh Norman Liverpool
0 comments:
Post a Comment