Popular yang menghancurkan....@NajibRazak


Gambar ini oleh : APA


Hari ini kita mempunyai ramai pemimpin-pemimpin Umno popular


“Perhaps the less we have, the more we are required to brag.” 

- John Steinbeck from his book, East of Eden

Majoriti masyarakat pemikir merasakan bahawa seorang pemimpin politik seharusnya perlu cukup bijak untuk mengetahui bahawa melakukan perkara yang betul adalah paling utama daripada melakukan perkara-perkara yang hanya untuk menjadi populariti.

Ambil saja contoh Perdana Menteri sebelum ini.Dia mahu melakukan perkara-perkara yang menjadikan dia popular dengan beberapa  kumpulan  orang yang akhirnya,menjadikan dia Perdana Menteri yang paling singkat berkhidmat dalam sejarah Malaysia ( 5 tahun dan 5 bulan , kurang daripada Tun Hussein Onn 5 tahun dan 6 bulan).

Menjadi popular adalah baik untuk kerjaya dalam politik, tetapi ianya perlu disertakan dengan kerja keras yang bersunguh sungguh dan hasilnya benar-benar boleh dilihat dan dinikmati oleh rakyat.

Jika mahu menjadi popular untuk sekadar menjadi popular maka rakyat boleh dengan mudah melihat melalui gerak geri pemimpin dan akan terdedah kepalsuan dan penipuan pemimpin tersebut.Bukan sebagai pemimpin tulen tapi hanya sekadar "baboon politik" yang berlebihan dalam cubaan menjadi popular.

Perdana Menteri 1Malaysia hari ini beserta kabinet beliau mempunyai kecenderungan untuk menjadi popular dimata ramai manakala mengabaikan konsep kepimpinan yang baik. Kita boleh melihat kemuncak percubaan untuk mendapatkan populariti begini oleh penasihat penasihat disekelling beliau semenjak sebelum  Pilihanraya Umum lagi.

Bermula dengan memberi terlalu banyak dana kepada sekolah-sekolah vernakular,menjalankan kempen pilihan raya yang lebih mirip kepada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (yang didorong oleh personaliti) dan bukannya kempen untuk parti,kempen BN bersifat (coalition-centric ), dengan memansuhkan banyak undang-undang yang penting seakan  untuk memenuhi kehendak pembangkang melalui hak asasi manusia tajaan mereka.

Tetapi semua kerja mengundur kebelakang hanya untuk menjadi popular tidak mendatangkan hasil dan pulangan yang mereka harapkan.Malah,seperti yang kita semua ramalkan,majoriti rakyat melihat dan tidak merasa kagum.Populariti bukan hanya berkenaan pengumuman one-off untuk mempengaruhi orang ramai. Ianya bukan mengenai "faktor-kejutan" (meminjam kata beberapa perunding kerajaan ),"kemenangan segera" atau macam 'memetik buah-buahan dipohon yang rendang'.

Bila yang menerima "gula gula" menepuk anda dibahu setelah menerima pemberian,ianya tidak akan menjadikan anda lebih popular dimata mereka.

Malah Winston Churchill sendiri sedar hakikat ini dan mengaku orang ramai yang berkumpul untuk mendengar dia bercakap akan bertambah dua kali ganda hanya untuk melihat beliau dihukum gantung.

Populariti adalah siri kepimpinan melalui teladan,melakukan perkara yang betul dan tidak flip flop atas keputusan yang hanya akan membuat anda dilihat sebagai kurang bijak.Populariti akan datang sendiri tanpa perlu dicari.

Ianya mengenai tindakan dan keputusan.

Sepanjangan cuba untuk mencari populariti tanpa apa-apa kelebihan hanya akan membuat anda kelihatan amat menyedihkan.Lihat sahaja Anwar Ibrahim sebagai contoh,mereka yang mempunyai pemikiran kritikal tahu dia sebagai hanya seorang penjual auta,yang akan menjual prinsipnya semata-mata untuk menjadi popular.Media asing pun turut menggelar beliau sesumpah.

Malah dalam kemuncak karier politik beliau dalam tahun 90-an,beliau tidak mampu bertahan lama dalam politik.Sejarah menyaksikan,populariti beliau gagal menyelamatkan dia dari jatuh kelembah kehinaan -ketidakcekapan beliau menangani Krisis Matawang 1998 dan salahlaku moral beliau didedahkan.

Satu pengajaran kepada pemimpin pemimpin yang ada hari ini....hanya keberanian menongkah harus yang akan membuat anda bertahan dalam poltik.

Ambil contoh Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau berani melakukan perkara perkara yang tidak popular semasa menjadi Perdana Menteri yang tidak berani dilakukan walaupun oleh ahli politik yang kental. Beliau memecat Anwar Ibrahim dikemuncak populariti Anwar sebagai Timbalan beliau,beliau terlibat dengan sengketa istana dalam membentangkan Krisis Perlembagaan yang melibatkan imuniti Raja Raja Melayu. Ini adalah keputusan yang amat tidak popular pada masa itu dan boleh menamatkan karier politik seseorang jika hanya populariti yang didambakan oleh pemimpin.

Tetapi Tun Mahathir melakukan perkara yang BETUL kerana ianya demi kebaikan rakyat.

Beliau juga bersetuju untuk menerima kembali kesemua 600,000 ahli-ahli Semangat 46 kepangkuan Umno pada tahun 1996 demi perpaduan Melayu - satu keputusan yang sangat tidak popular di kalangan ahli-ahli Umno apabila orang-orang seperti Rais Yatim,Tengku Razaleigh dan Shabery Cheek kembali kepangkuan Umno selepas hampir 8 tahun sebagai pembangkang dalam Semangat 46.

Sekali lagi dalam tahun 1984,selepas Musa Hitam mengalahkan Tengku Razaleigh bagi jawatan timbalan presiden dalam Pemilihan Umno,Tun Mahathir masih melantik Tengku Razaleigh sebagai menteri walaupun Musa Hitam yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri yang berpengaruh menentang kuat tindakan itu.

Tun Mahathir masih melantik Ku Li sebagai menteri di MITI (walaupun macam turun pangkat dari jawatan Menteri Kewangan ) kerana Ku Li dilihat sebagai seorang pemimpin yang berkebolehan, seperti pepatah Melayu -  “kalah sekali, bukanlah kalah semua.”

Tun Mahathir membuat banyak keputusan yang tidak popular - sama ada yang berkaitan dengan kawalan matawang RM semasa krisis mata wang,pendirian yang tidak bertolak ansur dalam membendung pelampau perkauman dan agama serta keputusan beliau untuk mengecam Barat dan Yahudi atas kepura-puraan mereka menentang keganasan.

Ini semua menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat (selama 22 tahun 3bulan) dalam sejarah negara kita.

Bolehkah tak kita nampak mana-mana Perdana Menteri selepas dia melakukan perkara-perkara yang tidak popular begini? 

Sudah tentu kita tidak nampak dan tidak akan nampak. Apa yang kurang pada pemimpin Umno hari ini adalah kebolehan dan kepercayaan melakukan perkara yang BETUL.Yang ada cuma kepercayaan yang kononya kerjaya politik mereka akan bertahan lebih lama jika mereka popular. Malangnya,kepercayaan mereka ini SONGSANG dan terkebelakang.

Hakikatnya,Tun Mahathir adalah Perdana Menteri yang paling popular yang pernah kita ada. Beliau adalah jenama yang tersendiri yang tiada dua,dan semua itu berpunca daripada hakikat beliau melakukan perkara yang betul dan tidak hanya sekadar mahu menjadi popular.

Berapa kali kita mendengar dia berkata bahawa dia hanya menyatakan kebenaran dan tidak peduli apa yang orang lain fikir tentang dia? Banyak kali kan?Dia hidup dengan prinsip-prinsip dia dan melekat saperti kayu yang digam.

Sebaliknya, apa yang kita ada kini hanyalah pemimpin pemimpin Umno cuba sedaya upaya untuk menjadi popular.

Ambil sebagai contoh Ketua Pemuda Umno yang juga Menteri Belia dan Sukan.Pada hari Kalimah Allah dibacakan untuk penghakiman di Mahkamah Rayuan,pemimpin Pemuda yang kononnya berjuang Demi Agama Bangsa dan Negara lebih sibuk bertweet untuk mempromo dirinya untuk pertandingan populariti SHOUT.

bfsj



The Shout Awards adalah anugerah populariti yang dianjurkan oleh Media Prima sebagai penghormatan kepada golongan artis popular dalam bidang muzik, tv , filem dan radio.

Tetapi tiba-tiba, seorang menteri berada didalam senarai calon-calon ini juga!

Lebih menyedihkan ( memang kes sedih ) bagaimana beliau  sesudah bergelar  menteri masih terkinja kinja mahu bertanding dalam pertandingan populariti?Satu pertandingan di mana dia langsung tidak berkait dengan mana-mana kategori yang disebutkan diatas.


Khairy memenangi kategori Wired Celebrity Award di Shout! 
Ha ha..kalau ikut aku istilah "Wired" ni bererti ada wire yang putus/short...he he
Gambar oleh: APA

Sesungguhnya ini memberi gambaran betapa rendahnya martabat Pemuda Umno dan Umno secara keseluruhannya hari ini. Dalam menghadapi isu-isu semasa yang dihadapi oleh parti dan orang Melayu seperti serangan golongan liberal terhadap Kalimah Allah,serta isu isu kritkal yang lain,apakah ada Ketua Pemuda Umno mengeluarkan kenyataan mempertahankan nya?Satu-satunya kenyataan mendesak suam suam kuku oleh Ketua Pemuda Umno ialah apabila dia mahukan penjelasan berhubung tuduhan mengintip yang dilakukan Kedutaan AS dinegara ini baru baru ini.

Selain daripada itu,Ketua Pemuda Umno Malaysia yang kini dilihat liberal lebih berminat menyertai pertandingan populariti atau mengumpulkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebagai peminat dia  dalam Media Sosial.Selisih malaikat 44,Lim Kit Siang kini pun  adalah  "Peminat KJ No.1" bagai Ketua Pemuda Umno hari ini.

Tiada siapa yang mengacu pistol di kepala dia dan memaksa dia turut serta dalam pertandingan ini. Namun dia disitu,sibuk dengan tweeting bagi mendapatkan undi daripada orang ramai untuk mengundi dia  untuk anugerah ini.

Inilah "keanehan" yang ada pada Ketua Pemuda Umno dalam kegilaan mengejar populariti dan glamour, sikap aneh lagi lucu seorang Ketua Pemuda mahu menjadi popular at all cost.The less he have,the more he is required to brag.

Tetapi dalam era liberalisme dimana pemimpin-pemimpin Umno mahu menjadi popular tanpa memperdulikan keupayaan diri sendiri,ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan lagi,bilamana Perdana Menteri dan Punahsihat Punahsihat beliau sendiri merupakan barisan hadapan orang orang yang berjuang untk gerakan populis ini.

Kita hanya perlu duduk dan menikmati hiburan yang bakal disediakan oleh semua pemimpin-pemimpin ini.

Lagipun, Umno kini bagai SANDIWARA dan sebahagian besar pemimpinnya adalah PELAKON.


Terima kasih.

Terjemahan artikel dari: Jebat Must Die

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts