Kalau kos untuk setiap penerbangan keluar negara dianggarkan diantara RM470,000 ke RM1.1 Juta (baca Dinturtle).Berapa KOS PENYELENGGARAAN keseluruhan pesawat pesawat Eksekutif Kerajaan Malaysia ini setiap tahun agaknya?
Tapi aku rasa pesawat pesawat ini pakai minyak DIESEL yang disubsidi,jadi kosnya taklah tinggi sangat jika dibandingkan dengan kos petrol Proton Iswara buruk aku dari KL ke Kota Bharu.Lagipun kereta Iswara aku perlukan minyak 7 jam untuk sampai ke Kota Bharu manakala pesawat pesawat canggih ini hanya mengambil masa 45min sahaja...bukan begitu?
Cuma aku belum try memandu Iswara aku ke Qatar jadi aku tak boleh nak membuat perbandingan dengan kos RM470,000 yang menjadi pertikaian sekarang...
P/S : Adusss...Iswara aku dah berumur lebih 12 tahun dan akan "dibesiburukan" oleh budak Ajis timbalan apakenama tu...
0 comments:
Post a Comment