BERANI HIJRAH bakal.....? @NajibRazak


Kaki Oh Kaki...


Berani Hijrah adalah slogan BN atau Calun BN untuk PRK N.20 Sg Limau kali ini.Aku bertuah berada sama dalam taklimat bersama YAB Menteri Besar dan Jentera BN bila kami semua bersetuju untuk memilih slogan ini pada tengahari selepas Hari Penamaan Calun tempohari.

Slogan bagus,calun pun bagus...tapi ada beberapa perkara yang merunsingkan aku bila melihat keghairahan jentera BN berkempen kali ini.Sapertimana PRK PRK sebelum ini,pemimpin BN (baca Umno) masih tidak mahu belajar dari pengalaman pengalaman penolakan yang lalu.Mereka masih "syok sendiri" masuk kampung dengan entourage mereka dengan memandu laju macam pelesit tanpa mengendahkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain.Dua hari lalu hampir sahaja 2 sahabat bloggers aku yang membantu untuk kempen kali ini terjun bendang kerana kecuaian seorang pemimpin Umno dari Seri Gading dengan entourage dia yang memandu laju macam pelesit diwaktu malam.Bahkan kejadian itu juga melibatkan beberapa penunggang motorsikal penduduk tempatan.

Kes memandu cuai dan merbahaya ini bukanlah kes terpencil dilakukan oleh Pemimpin Pemimpin BN (baca Umno) yang turun berkempen kali ini,tetapi dilapurkan dari masa kesemasa dalam WhatsAp Group Kumpulan 30 Bloggers yang berkampung dan bertugas sejak Hari Penamaan Calun lagi.Apa implikasi dari tabiaat buruk ini hanya akan kita ketahui malam esuk bila keputusan diumumkan.


Tidak cukup dengan kerenah para petugas kempen BN (lelaki dan perempuan yang aku tak mau ulas),timbul pula "kontrovesi kaki tergantung" (atau tundun tergantung sebab tak ada kaki) yang hebuh diperkatakan beberapa hari ini.Kedua pihak saling tuduh menuduh dan semalam satu laporan polis telah dibuat oleh pihak Barisan Nasional manakala PAS masih belum melaporkan kepada pihak polis.


Apa yang menarik saperti dilaporkan teman blogger Amenoworld DISINI (printscreen diatas)saperti sudah ada petunjuk baru tentang si-perlaku perbuatan hina dan tidak bertanggung jawap ini.Kita harap IPD Yan dapat menjelaskan tentang SMS yang kini tersebar luas yang pastinya menjejaskan Calun BN yang bakal bertanding besuk kerna nama UMNO Pokok Sena turut dikaitkan.

Apa pun dalam keadaan kedua parti saling berebut untuk menang PRK kali ini tidak mustahil SMS ini hanyalah PALSU bertujuan untuk memburukan imej BN yang bakal turun bertanding besuk.Tindakan segera penjelasan dari IPD Yan amat amat diperlukan...




Sahabat blogger Medan Tempur Kedah turut melaporkan berita dan repot yang sama cuma SIPERLAKU kali ini adalah Ahli Pas Pokok Sena dan bukan Ahli Umno Pokok Sena.

Mana satu yang betul...????

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts