Mungkin ramai yang tidak menyangka blog ini akan MENYOKONG Puan Shabanu Baba sebagai calun pilihan untuk Ketua Wanita Umno Ampang dalam pemilihan sayap Sabtu ini kerana sebelum ini aku sering mempaparkan gambar Datuk Dr.Rozaidah Talib bergandengan dengan Datuk Ismail Kijo sebagai pilihan aku mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Ampang.
Tetapi dalam politik semuanya serba mungkin dan permainan belum boleh dikira TAMAT selagi wisel terakhir belum lagi ditiup oleh pengadil...
Salah satu sebab mengapa blog ini dilihat seakan mempromo Dr.Rozaidah Talib sebelum ini hanyalah sekadar ingin melihat respon dari para pembaca blog ini terutama sekali bila artikel aku sebelum ini aku post di page page FB yang berkaitan Ampang.Rata rata respon terhadap Dr.Rozaidah Talib amat negatif terutamanya dalam FB Suaraorang Ampang yang merupakan FB paling aktif ketika ini.Ini belum diambil kira FB peribadi ahli ahli Umno,Wanita,Pemuda dan Puteri Ampang yang lain.
Analisa akhir aku terhadap penyandang jawatan Ketua Wanita Ampang Dr.Rozaidah Talib adalah...MAJORITI MENOLAK beliau untuk terus memimpin Wanita Umno Ampang dan aku turut sama berkongsi sentimen yang sama.Sebenarnya sentimen terhadap Dr.Rozaidah ini telah lama aku rasakan sejak pengumuman beliau sebagai calun Barisan Nasional untuk PRU13 April lalu.Sebab itu aku meninggalkan Ampang dan berkampung di Muar untuk membantu calun P.146 Datuk Razali Ibrahim sebagai "silent protest" aku terhadap pemilihan Dr.Rozaidah Talib.
Umum mengetahui SKANDAL yang memalit dan mencemarkan nama baik Dr.Rozaidah Talib sebelum ini.Sama ada ianya BENAR atau sekadar FITNAH hanya mereka mereka yang terlibat dah Allah swt sahaja yang mengetahuinya.Sebagai orang yang tidak berkaitan KITA hanya mampu membuat andaian dan persepsi terhadap apa yang dikatakan kononnya berlaku waktu itu.Pun begitu sebagai seorang pemimpin berstatus Ahli Parlimen yang kononnya sayangkan Umno,Dr.Rozaidah sepatutnya melakukan tindakan yang bijaksana agar Umno tidak turut dipalitkan dengan skandal beliau tidak kira sama ada ianya BENAR berlaku ataupun sekadar FITNAH.Memetik ungkapan yang sering kita dengar...."Pemimpin bukan sahaja mesti BERSIH tapi mesti juga KELIHATAN BERSIH" dan ini sepatutnya menjadi panduan bukan sahaja kepada Dr.Rozaidah tapi semua orang yang bergelar pemimpin.
Ini jelas menunjukan SIKAP TAK SAYANGKAN UMNO tapi sayangkan diri sendiri yang tebal wujud dalam jiwa Dr.Rozaidah.Beliau terus bergayut kepada kuasa yang ada dalam sayap Wanita Umno Ampang sejak kejadian itu yang menjadi buah mulut bukan sahaja masyarakat setempat tetapi seluruh negara seolah olah saperti tiada apa yang berlaku tanpa sekelumit rasa bersalah terhadap parti Umno.Bahkan bila nama beliau digugurkan dari dicalunkan pada PRU12 2008 beliau dikatakan turut terlibat mensabotaj Allahyarhamah Haslinda Zarain calun yang terpilih menggantikan beliau waktu itu.Sejauh mana kebenarannya hanyalah mereka yang terlibat dalam jentera pilihanraya waktu itu yang mengetahui.
Fast foward PRU13 2013...Dr.Rozaidah terpilih sekali lagi untuk menjadi Calun BN Parlimen Ampang walaupun belum bertanding lagi kita dah rasa macam "separuh kalah" tapi atas nama menghormati pilihan Perhubungan Negeri dan Pusat jentera pilihanraya terus juga digerakkan walaupun separuh waktu berkempen hanya dihabiskan menepis "skandal" yang dicetuskan semula oleh parti pembangkang.Menyedari hakikat kekurangan ini Dr.Rozaidah TELAH BERJANJI kepada jentera Wanita Umno Ampang yang beliau AKAN BERSARA andaikata beliau tewas dalam PRU13 lalu dan memberi laluan kepada orang lain untuk memimpin Wanita Umno Ampang.
TAPI JANJI TINGGAL JANJI DAN DR.ROZAIDAH MEMUNGKIRINYA...
Inilah hakikatnya wujud penentangan terhadap beliau kali ini dan Puan Shabanu Bt Baba lah yang dipertanggung jawapkan memikul panji perjuangan itu dengan kesedaran MARUAH WANITA AMPANG wajib mendapat pembelaan dan dikembalikan ketempat asalnya.Tidak wujud rasa kasih sayang Dr.Rozaidah Talib terhadap Wanita Umno bilamana dia mendahulukan kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti dan ahli ahli wanita yang bernaung dibawahnya.
Justru,aku menyeru para perwakilan Wanita yang akan bersidang dan memilih Sabtu ini agar memberikan sokongan padu kepada Calun Ketua Wanita No.01 Shabanu Bt.Baba agar MARUAH kita di Ampang ini dapat dikembalikan semula.
HIDUP UMNO...HIDUP MELAYU.
Bersambung esuk dengan BIODATA Puan Shabanu Baba dan apa yang telah dan masih beliau sumbangkan untuk memperkasakan Wanita Umno baik diperingkat bahagian mahupun diperingkat nasional....
1 comments:
kenapa nk kena tunjuk jambul?
umno dh busuk tunggu masa nk mampus je
Post a Comment