CALUN MT NO.60 Tun Faisal Ismail Aziz salah seorang
dari 4 Calun Majlis Tertinggi yang dipertarungkan mewakili Pemuda Umno.
Hari ini Bangunan Umno di PWTC ibarat pesta dengan semua calun calun sama ada yang nak mempertahankan jawatan mahupun yang baru nak menawarkan diri menyerahkan borang pencalunan masing masing.
Sehingga jam 1 tengahari bila kaunter berhenti rihat ramai yang masih ternanti nanti kemunculan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Ali Rustam untuk "calun panas "jawatan Naib Presiden.Sosek sosek di Riverside mengatakan DS Ali Rustam dikatakan bakal "menarik diri" disaaat akhir.Tiga penyandang jawatan ini DS Zahid Hamidi,DS Hishamuddin dan DS Shafie Apdal dilihat "bergandingan" tiba dalam waktu yang sama menyerahkan borang masing masing seakan memberi isyarat "satu hati" mereka dalam mempertahankan jawatan masing masing.
Seorang lagi "calun panas" yang dinantikan kedatangannya adalah Tengku Razaleigh Hamzah yang masih belum dipastikan apa jawatan yang bakal ditandingi beliau memandangkan borang pencalunan ahli MT adalah seraganm untuk apa jawatan sekali pun.
Aku sempat terserempak dengan Datuk Mukhriz sekitar jam 2:30 petang sebelum meninggalkan PWTC dan setibanya dirumah aku menerima update dari sahabat yang masih disana yang menghantar gambar DS Ali Rustam menyerahkan borang pencalunannya jam 3:40 petang.Maka teka teki untuk "jawatan paling panas" Pemilihan Umno 2013 kini telah terjawap.Kini hanya keputusannya sahaja yang kita nantikan pada 19 Oktober untuk melihat apakah ini permulaan kepada PROSES MEREMAJAKAN UMNO yang hebat diperkatakan ketika ini.
Calun no.4 untuk Exco Pemuda
Zed Zaidi seorang lagi calun untuk Exco Pemuda
Dulu Panglima Ludah kini Calun Pisang
Bukan epal...bukan oren...he he
Datuk Fuad Zarkashi calun MT
Korang makan pisang ke apple tu?
Mungkin itu yang ditanya Armand..
Uztaz Fathul Bari seorang lagi calun Exco Pemuda
Datuk Khairun Aseh yang menyerahkan borang pencalunan
Presiden Umno yang menang tanpa bertanding
Ini calun untuk Ketua Puteri
Dengan spec dan tanpa spec diatas
Hulubalang Melayu Jati yang bakal
menentang KJ untuk Ketua Pemuda
Boroi sikit tapi ok...he he
Azrinizam calun Exco Pemuda yang juga
sahabat aku....sokonggggg
Contrast...UFB kata kepimpinan KJ okay...
Tapi pertandingan adik beradik kan..?
Khairun : Go for it bro...
Yang ini Ketua Cawangan aku Sdra Razali Hussein
untuk Majlis Tertinggi
Along dari Kelab Che Det
Lokman Nor Adam calun Naib Ketua Pemuda
Ketua Pemuda Seputeh Sdra Razlan
Pernah menawarkan diri sebagai Ketua Pemuda sebelum
KJ mengumumkan untuk pertahankan jawatan
Tun Faisal Ismail Aziz sahabat baik aku
Calun No.60 Majlis Tertinggi...u have my support bro
Tetap bangga dengan UMB yang diperkasakan beliau selama ini
Bersama Datuk Farid Timb Presiden Kelab Putera 1Malaysia
Senyum gagah seorang pemimpin pelapis Umno
dalam agenda meremajakan Umno
Team Akramsyah Sanusi..
Yang ini selingan?.. calun untuk...
Mengisi kuota gua yg masih ada 3..ha ha ha
Akram diwawancara Mynews Hub
Ini calun paling favourite untuk mempertahankan jawatan
Naib Presiden kali ini...
Nampak garang tapi murah dengan senyuman
Sdra Jamawi seorang lagi calun Naib Ketua Pemuda
Seorang peminat Datuk Zahid yang kebetulan makan di Riverside
04...08...sila ketepi
Persiapan terakhir sebelum menghantar borang
Menuju kepuncak..
Akram : Jamawi kalau boss kau KJ nampak gambar ni habislah kau..
Jamawi :No problem bro...kalau lu menang lu akan jadi boss gua pulak..ha ha
Ini dia calun panas yang dinanti nantikan semua pihak..
Hisham,Shafie fasten your seatbelt...coz im coming
1 comments:
Alhamdulillah APA. Gambar yang tersiar ini, dapat dilihat wajah wajah bakal pemimpin. Keikhlasan juga boleh dibaca dari air muka masing masing. Kita juga dapat tahu siapa calon calon betul betul dekat dengan orang Melayu. Atau calon calon yang main remote control. Cuma tunjuk muka di media dan akhbar sahaja. In sya Allah. Mereka merancang, Allah sebaik baik perancang. Teruskan APA siarkan wajah wajah sebenar ini. Yang tidak akan terlihat di media. Di sini kita akan lihat wajah sebenar pejuang. Anak Kelana.
Post a Comment