Pemilihan UMNO guna sistem ‘Electoral College’...Apa pros & cons nya?



Pemilihan UMNO yang bakal diadakan hujung tahun ini akan mengadaptasi sistem ‘Electoral College’ yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata, sistem itu dilihat sesuai dilaksanakan pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang akan melibatkan 146,500 anggota peringkat akar umbi.

“Cara pemilihan kita berlainan sedikit daripada yang lalu. Kita akan menggabungkan sistem Amerika dengan sistem yang ada di United Kingdom.

“Kali ini satu bahagian ada satu undi. Misalnya, A dan B bertanding jawatan presiden, A menang maka A peroleh 1 undi,” katanya ketika berucap pada Taklimat Kaedah dan Pelaksanaan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 27hb Jun 2013.

Tajol yang juga bekas menteri besar Perak berkata berdasarkan sistem itu, jika terdapat dua calon memperolehi jumlah undi sama, keputusan bergantung kepada undi daripada setiap 191 bahagian seluruh negara.

Beliau berkata, penggunaan kaedah baharu ini mencerminkan proses pemilihan yang lebih demokratik dan inklusif apabila melibatkan lebih ramai ahli terlibat dalam proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Jika sebelum ini hanya 13 wakil daripada setiap bahagian memilih anggota Majlis Tertinggi, tetapi kali ini ahli di peringkat bahagian juga boleh memilih calon mereka, katanya.

“Ini adalah kaedah dan peraturan baharu yang akan dilaksanakan pada pemilihan hujung tahun ini selepas pindaan perlembagaan parti diluluskan pada 2009.

“Ini juga membuktikan keterbukaan dan UMNO sedia melakukan perubahan supaya ia terus kekal relevan dan perkasa berdasarkan landskap politik yang kian mencabar,” katanya.


Sementara itu, Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh berkata jawatankuasa pemilihan akan membentangkan kaedah pemilihan kepada pengurusan parti sebelum dibawa kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO selepas selesai taklimat di semua negeri.

Taklimat yang diberikan adalah untuk memperincikan kaedah pemilihan selepas pindaan perlembagaan parti yang baharu, katanya.

“Kita menerima segala cadangan dan pandangan untuk memastikan kaedah baharu ini bagi memilih jawatankuasa tertinggi yang akan diberikan kuasa kepada peringkat cawangan dapat berjalan mengikut kaedah yang diputuskan dalam pindaan perlembagaan yang diluluskan pada 2009,” katanya.

Ab Rauf berkata, sekiranya waktu mencukupi, satu simulasi pemilihan akan dijalankan sebelum proses pemilihan dijalankan serentak di seluruh bahagian.

“Kalau tidak (cukup waktu), kita akan berikan satu penerangan khas sebelum perjalanan persidangan di peringkat bahagian memilih majlis tertinggi diadakan,” katanya.

KOMEN APA.

Aku tak pasti apa pros & cons nya kerana ini adalah julung julung kali ianya akan digunapakai dalam pemilihan kali ini.Tapi bila mengambilkira ianya sistem "kacukan" Amerika Syarikat dan United Kingdom,berkemungkinan "anak" yang bakal lahir adalah Red Indian berbangsa Jawa berketurunan British.

Apa yang masih menjadi tanda tanya kepada aku dan kemungkinan kebanyakan dari kita para perwakilan yang bakal memilih 19 Oktober nanti adalah....SATU BAHAGIAN SATU UNDI untuk semua calun yang bakal bertanding.

PERSOALAN NYA...

1. Apakah setiap calun boleh mengetahui jumlah undi sebenar yang mereka perolehi dari kesemua 191 Bahagian?Jika boleh bagaimana kaedahnya...?

2. Bagaimana setiap calun dan perwakilan dapat memastikan BAHAWA kaedah "penjumlahan" undi dilakukan dengan telus tanpa ada UNSUR UNSUR PENIPUAN DAN SILAP MATA?

3. Dimanakah pusat penjumlahan undi?Adakah penjumlahan undi dilakukan di Bahagian itu sendiri atau bakal dilakukan disuatu lokasi "berpusat"?

4. Siapakah KAKITANGAN yang bakal mengendalikan proses membuang undi dan mengira undi?Jika mereka nanti dikalangan Ahli Umno/Kakitangan dari Ibu Pejabat,sejauh mana ketelusan dan kejujuran dalam memastikan proses pengiraan dan penjumlahan undi ini tidak dipersoalkan kelak.

5. Memandangkan SETIAP CALUN datang dari Bahagian masing masing beerti MEREKA hanya akan berada di Bahagian masing masing sewaktu proses membuang dan pengiraan undi.Soalannya...bagaimana MEREKA dapat memantau apa yang berlaku di 190 Bahagian lagi dimana masib mereka turut ditentukan.

Cukuplah rasanya beberapa SOALAN BODOH aku kemukakan masa ini kerana aku yakin akan ada lebih banyak soalan cerdik yang bakal timbul selepas kita melalui proses PEMILIHAN KACUK AMERIKA-UK ini nanti?

2 comments:

Anonymous said...

Nampaknya ini mcm main silap mata la,nampak demokratik,tapi tidak,ok mari kita lihat:
Ada 1450000 pemilih di 191 bahagian,mknanya 750 pemilih di setiap bahagian,jika purata bahagian ada 10 cawangan, maknanya ada 75 pemilih di setiap cawangan,jadi SEORANG KETUA BAHAGIAN cuma kawal 10 org ketua cawangan yg mengawal 75 orang pemilih,susah sgtkan ketua cawangan utk dptkan 50% undi utk calon si polan si polan ? Bagaimana kita nak pastikan yg 75 org di cawangan tu benar-benar bebas memilih tanpa arahan ketua cawangan utk memilih sipolan sipolan setelah ketua cawangan mendapat arahan dari ketua bahagian,dan ketua bahagian mendapat arahan dari pengerusi perhubungan negeri yg mendapat arahan dari Presiden?

Anonymous said...

Jangan kita tertipu dengan kaedah pemilihan terbaru.

Dulu kata orang calon nak jawatan di MT perlu jaga 100 ketua peringkat bahagian sahaja. Ketua-ketua di bahagian ini perlu bantu jaga perwakilan mereka pula.

Sekarang dengan keputusan undian di peringkat bahagian diterjemah kepada satu undi bahagian, Ketua Bahagian yang ditaja ditugaskan menjaga bilangan minima undian diperingkat bahagian.

Pusingan awal menyaksikan "kawan-kawan" menerima RM300 sebagai bantuan menjalankan Mesyuarat Cawangan.

Selepas selesai mesyuarat kini perwakilan cawangan "kawan-kawan" bakal menerima RM200 buat belanja "beli baju" dan "duit tambang" ke mesyuarat bahagian 15 Okt nanti.

Betullah kata mereka kaedah pemilihan baru menjadikan politik wang semakin susah dilakukan. Masalahnya bukan susah atau senang tapi berapa ramai yang mampu melakukannya.

Faham-faham sahaja la golongan mana yang mempunyai dana yang mencukupi. Sudah pasti bukan mereka muka-muka baru yang kononnya diberi peluang di dalam sistem ini.

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts