Pas diseru tinggalkan Pakatan



Sokongan Meningkat : Saranan Ketua Dewan Ulamak Pas agar hubungan dengan PKR dan DAP dikaji semula disokong ahli Pas.

(NST) - Saranan supaya Pas mengkaji semula kerjasama dalam pembangkang bersama Pakatan Rakyat terus mendapat momentum walaupun dicemuh oleh Timbalan Presiden parti itu Mohammad Sabu (gambar ).

Ahli Pas Cawangan Permatang Binjal Mahzan Zahid mempertahankan Ketua Dewan Ulamak Pas Datuk Harun Taib yang menyeru agar dibuat penilaian semula kerjasama Pas dalam Pakatan berikutan kemerosotan sokongan untuk parti itu dalam pilihan raya umum lepas.

"Saya tidak bersetuju dengan pendapat bahawa saranan (bagi Pas untuk mengkaji semula hubungan dengan DAP dan PKR ) adalah idea yang kurang baik.

" Harun adalah seorang pemimpin yang berwawasan dan dihormati oleh ramai orang dalam parti".

" Saranan yang dibuat oleh Harun Taib adalah ikhlas.Apa yang dia mahu lakukan adalah supaya Pas mendapatkan lebih banyak sokongan daripada sekutu dan musuh ," kata beliau semalam.

Mohammad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu,gagal untuk mengekalkan  pengaruh beliau selepas beliau hilang kerusi Parlimen Pendang dalam Pilihan Raya Umum ke-13,memberitahu sebuah portal berita baru-baru ini bahawa saranan untuk Pas mengkaji semula kerjasama dalam pembangkang sebagai " Satu tindakan Kurang Bijak "(bukan tindakan yang bijak ).

Mahzan mendakwa terdapat "sedikit ketegangan" antara Pas dan sekutu pembangkang di beberapa negeri dan semua ini harus dihentikan.

" Sudah tiba masanya Pas (pemimpin ) untuk mengkaji idea ini untuk survival politik parti itu ."

Keretakan  dalam pakatan pembangkang mula kelihatan selepas saranan Harun Taib dua minggu lalu.

Beliau berkata,prinsip Pas telah dikompromi demi menjaga hati rakan kongsi dalam Pakatan menyebabkan prestasi buruk Pas dalam PRU lalu.

Akhir akhir ini ramai ahli-ahli parti di peringkat cawangan telah menyatakan sokongan terbuka untuk Harun.

4 comments:

Anonymous said...

Pasai apa nak Bid Farewell ni?
Dah dapat kerja lain yang lebih lumayan ke, APA? Kerja dengan Regina ke? Atau pun penasihat ke CON-sultant dengan KBS.

Yang Hairan.
RD.

Anonymous said...

Takkan gunakan taktik lama nak naikkan ranking kot?

Aku Pun Tak Faham said...

A'ah. Dulu pun tutup pastu bukak balik. Macam tu lah.

Cenoni cute said...

APA dok tengah prepare nak naik penerbangan Haji tahun ini. Tu sebab kena blackout jap. Balik Haji nanti buka balik kot.....

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts