Apakah KITA faham tapi tidak mengerti? @Najib Razak


Artikel ini bukan ditujukan kepada sesiapa secara khusus,hanya sekadar ingin mengingatkan DIRI AKU SENDIRI dan DIRI KITA SEMUA tentang apa yang selama ini kita FAHAM TAPI TAK MENGERTI,tentang hakikat setiap kejadian yang berlaku hari ini,sebelum ini dan dimasa akan datang.


Kita sebagai Orang Melayu beragama Islam sesungguhnya secara fitrahnya beriman kepada Qada' dan Qadar Allah SWT yang merupakan salah satu cabang Rukun Iman kita yang enam.Kita amat percaya dan amat yakin bahawa segalanya adalah KETENTUAN ALLAH TAALA dan sudah dahulu tercatit di Luh Mahfuz sejak dari Azali lagi dan tiada dakwa dakwi lagi tentang itu.Kita cuma sekadar "ASBAB" untuk segala kejadian itu sapertimana yang telah DITAKDIRKAN ALLAH SWT lama sebelum setiap kita dilahirkan kedunia ini.Melalui apa yang kita lalui dalam kehidupan kita hari ini dan menyaksikan apa yang berlaku disekeliling kita hanyalah ibarat kita menonton tayangan filem dilayar perak dipanggung dan ciniplex...filem yang sudah lama disiapkan oleh Produser (baca Allah SWT) tanpa kita ada kemampuan mengubah atau mengolah jalan cerita tersebut...semuanya kehendak Produser (baca Allah SWT) filem tersebut.

"Tidak bergerak walau sebesar zarah melainkan dengan izin-Nya. Tidak terjadi sesuatu perkara melainkan dengan Kudrat dan Iradat-Nya. Allah s.w.t telah menentukan Qada' sebelum Dia menzahirkan Qadar."

Ungkapan diatas merumuskan apa yang aku tulis sebentar tadi tentang segala kejadian yang berlaku didunia ini sejak wujudnya manusia pertama Nabi Allah Adam a.s sehinggalah manusia terakhir bila KIAMAT menjelma dan menutup lebaran kehidupan manusia ini didunia.

"ORANG LALAI (DARI PEGANGAN TAUHID), TATKALA DATANG WAKTU PAGI DIA MEMIKIRKAN APA YANG HARUS DIKERJAKANNYA. ORANG YANG BERAKAL (BERTAUHID) MENERIMA PEKERJAAN YANG DITAKDIRKAN ALLAH S.W.T UNTUKNYA."

KITA berada dalam salah satu dari dua keadaan. Jika kuat satu keadaan lemahlah keadaan yang satu lagi. Dua keadaan itu adalah pertama perhatian kepada diri KITA sendiri dan kedua adalah perhatian kepada Tuhan kita. Jika KITA asyik kepada diri KITA lalailah KITA kepada Tuhan kita. Jika KITA asyik kepada Tuhan kita lalailah KITA kepada diri KITA sendiri.Orang yang lemah tauhidnya akan asyik kepada dirinya dan menjadi lalai daripada mengingati Tuhannya.Orang ini mungkin kuat mengerjakan amal ibadat dan berbuat kebaikan kepada sesama makhluk.Tetapi,keasyikan kepada diri sendiri membuatnya melihat amal dan perbuatan sebagai hasil yang keluar dari dirinya kerana dirinya dan kembali kepada dirinya.

Jika dia melihat Tuhan maka dilihatnya Tuhan memberinya kebebasan untuk melakukan apa yang dia kehendaki.Dirasakan seolah-olah Tuhan tidak mengganggu pekerjaannya.Dia berpegang kepada kenyataan bahawa Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubah nasibnya.Oleh itu,nasib dirinya terletak dalam tangannya sendiri.Dan,Tuhan memberinya nasib menurut usaha yang disumbangkannya.Bagi menjamin dia mendapat nasib yang baik maka dia membuat perancangan yang rapi dan mengambil tindakan yang berkesan.Dia memulakan harinya dengan menyusun jadual yang wajib ditaatinya untuk hari itu.Untung malang nasibnya bergantung kepada kemampuannya untuk merialisasikan apa yang dirancangkannya.

Perkara perkara yang aku nyatakan diatas membawa kepada perkara utama yang ingin aku perkatakan sebagai PERINGATAN kepada diri aku sendiri dan diri KITA semua.Tentang kekalutan POLITIK Orang Melayu beragama Islam didalam negara hari ini.Kekalutan yang telah membawa kepada perpecahan orang Melayu kepada beberapa kumpulan meski pun KITA melafazkan shahadah yang sama dan mengadap kiblat yang satu.Kekalutan yang tercetus sejak negara ini mula mencapai kemerdekaannya lagi dan kini kelihatan tambah parah bermula diera pemerintahan Abdullah Badawi dan kini diwarisi pula oleh @NajibRazak sejak 2 penggal yang lalu.

Setiap hari Melayu bercakaran sesama sendiri atas nama POLITIK,bukan sahaja terhadap "lawan politik" mereka bahkan lebih teruk lagi percakaran sesama sendiri dalam lingkungan "sahabat politik" mereka sendiri.Percakaran dan perbalahan yang menyaksikan "kuasa politik orang Melayu" tambah lemah dan Kesucian Agama Islam turut menerima tempiasnya...cuba dicabar dan dihina oleh orang bukan Islam.

Bercakap dalam skop Umno sendiri percakaran dan perbalahan dalaman tidak pernah berhenti,cuma sama ada ianya dilakukan secara terang terangan atau dilakukan secara senyap itu saja perbezaan kaedahnya.Fitnah,tohmahan dan penghinaan terhadap sesama sendiri menjadi senjata utama menyerang dan kepimpinan tertinggi Umno dan tidak terlepas menjadi fokus utama adalah Perdana Menteri yang juga Presiden Umno.Aku juga terlibat dalam "kerja kerja penghinaan" terhadap Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi (kerana masaalah peribadi kami) sehinggalan suatu ketika baru aku tersadar yang aku cuba melakukan "KERJA KERJA ALLAH TAALA" sedangkan semuanya telah "ditentukan" Allah Taala sejak kami berdua belum dilahirkan lagi dan sepatutnya aku menerima "musibah" yang disampaikan Allah Taala kepada aku melalui Pak Lah sebagai "asbab"Nya dengan penuh keredhoaan.Tersentak....aku kembali beristighfar dan menerima ketentuan itu dengan penuh redho.Allah Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui sebagai hambanya...

Apa yang cuba aku ketengahkan disini adalah "keghairahan" kita dalam menghakimi seseorang.Sipolan tu layak sipolan ni tak layak...sipolan ini lebih baik sipolan itu lebih teruk...sipolan tu layak jadi pemimpin sipolan ini pula tak layak...PM dulu bagus PM sekarang teruk dan seterusnya...

Itulah kebanyakan dari KITA merasakan KITA punya KUASA untuk menentukan segala galanya sehingga terlupa yang segala KUASA PENENTU hanyalah ada pada Allah SWT...hanya DIA dan DIA sahajalah penentu segalanya walau sehebat mana manusia merancang.

Keberadaan Tun Abdullah untuk seketika dalam tampuk pemerintahan Kerajaan Melayu sebelum dijatuhkan adalah perancangan dan ketentuan Allah SWT dan hanya DIA sahaja yang Maha Mengetahui akan "hikmah"nya untuk Umat Melayu.Walaupun kebanyakan KITA melihat Pak Lah sebagai "musibah" kepada politik umat Melayu tetapi "hikmah hikhmah tersembunyi" terlalu banyak untuk kita lihat jika KITA sanggup membutakan mata zahir kita dan mencelikan "mata hati" kita untuk melihat semua itu.Paklah menjadi Perdana Menteri kita yang paling dibenci rakyat bukan kerana "tidak disengajakan" atau berlaku secara accident.Paklah menjadi Perdana Menteri atas "tiket" KUN FAYAKUN ALLAH SWT.Bila DIA berkehendakan Jadi! maka jadilah ianya...dan siapalah kita untuk mempertikai atau memperdebatkan "pilihan dan lantikan" Allah Taala..?

Hari ini DS Najib Razak menerima nasib yang sama hasil "mewarisi" kerajaan yang sama tapi telah "dirosakan" oleh Pak Lah.Berbeza dengan Perdana Menteri sebelum ini Najib menerima kerajaan ini sebagai amanah dalam keadaan Kerajaan Melayu ini amat lemah,berpecah belah dan penuh dengan anasir anasir parasit yang cuba merosakan kesatuan orang Melayu yang telah sedia dilemahkan selama 6 tahun oleh PM sebelumnya.

Hari ini "lagu lama" yang didendangkan untuk Pak Lah turut didendangkan kepada DS Najib untuk melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan semestinya sebagai Presiden Umno oleh banyak pihak yang terpengaruh dengan irama sumbang senikata pincang lagu lama yang dimainkan oleh pihak tertentu yang beriya iya mahu melihat Melayu dan Islam itu  hancur dibumi bertuah bernama Semenanjung Tanah Melayu ini.

Tidak menjadi kesalahan langsung untuk KITA menegur dan mengkritik apa yang KITA rasa tidak kena dengan pemimpin kerana itu menjadi TANGGUNG JAWAP kita sebagai rakyat yang memerhati apatahlagi rakyat yang terkesan dengan tindak tanduk dan keputusan bodoh pemimpin.Tapi elakkan menjadi "penentu" tentang siapa yang patut memimpin kerana buat masa ini DS Najib berada dimana dia berada hari ini atas kehendak dan Kun Faya Kun Allah Taala.Kalau esuk lusa Allah mengkehendaki orang lain mengambil alih kepimpinan Najib pun kita wajib akur.

Tapi KITA berilah peluang kepada beliau membuktikan dirinya dengan "Mandat Najib" yang diberikan rakyat dalam PRU13 yang baru lalu.Sepenggal memerintah dengan "Mandat Pak Lah" pasti banyak cacat celanya dan aku percaya Najib sedang cuba melakukan yang terbaik untuk Melayu dalam kesulitan bernafas dengan mandat yang boleh kita anggap tidak begitu kuat dan selesa untuk dia menunjukan taringnya.

Andaikata beliau tetap GAGAL setelah KITA bagi peluang,maka barulah kita melakukan apa yang patut untuk memastikan Melayu terus dipimpin oleh hanya pemimpin yang kuat dan berani membawa agenda Islam dan Melayu sebagai agenda utama mereka.Aku percaya Najib sedang melakukannya secara senyap dan tidak kelihatan disebabkan kengkangan faktor "kekurangan kuasa" tadi dan aku juga percaya bilamana "kuasa politik orang Melayu" kembali kedalam genggaman KITA,Singa Singa Melayu akan mengaum semula dipuncak bukit.

Akhir kata,apabila seseorang itu berfungsi mengikut urutan takdir dia dapat menerima akibat daripada takdir itu walaupun akibat itu tidak menguntungkannya.Jika akibat yang baik sampai kepadanya dia yakin bahawa Allah s.w.t akan memeliharanya agar tidak terjadi sia-sia kebaikan yang diterimanya dan dia bersyukur. Jika akibat buruk yang sampai kepadanya dia yakin bahawa Allah s.w.t akan menguatkannya dengan kesabaran dan keredaan.Hati yang benar-benar bertauhid tidak dapat diganggu gugat oleh apa-apa pun.

WAALLAHU'ALAM

P/S : Katakunci hari ini...
Biarlah Allah buat kerja Tuhan dan kita buat kerja Manusia...

5 comments:

Pengundi Melayu said...

Saya menghormati pendirian sdra-sdri yg menyokong kepimpinan Najib. Hanya Allah saja yg mengetahui apa yg tersirat. Berikut adalah nukilan ikhlas seorang teman buat tatapan semua.

Hingga ke saat ini, saya tetap skeptikal dan menganggap Najib merupakan pemimpin yang lemah untuk orang Melayu Islam dan juga negara kita. Kalau kita lihat dari awal Najib dilantik jadi PM, rakyat disajikan dengan dasar-dasar transformasi merangkumi ekonomi, politik dan juga sosial. Saya termasuk rakyat Malaysia yang lain teruja dengan pembaharuan dasar kerajaan.

Malangnya lama kelamaan keyakinan itu semakin luntur. Pemansuhan ISA dan EO dilakukan ketika negara sedang berhadapan dengan jurang perkauman yang semakin melebar. Preventive laws ini yang menjamin kestabilan negara sejak Merdeka namun menjadi mangsa atas nama "Transformasi". Kesannya kita rasai hari ini.

Orang Melayu Islam semakin dihimpit oleh kaum pendatang di bumi sendiri. Ketika kami mengharapkan ketegasan dari kerajaan membela kaum bumiputera, tindakan kerajaan amat mengecewakan. Namewee sampai sekarang bebas menghina Islam dan Melayu. Pertemuan rasmi dengan ultra chauvinis Dong Zhong oleh Najib. Iklan pukul gendang sempena CNY lepas tapi tiada iklan bakar lemang semasa Raya lepas. Mana rasionalnya selain mendapat undi kaum pendatang?

Ekonomi negara semakin suram. Penarafan kredit negara turun dari A- kepada negatif. Kadar hutang negara 53.5% kepada KDNK menghampiri maksimum 55%. Defisit fiskal yang tinggi 4.5% pada 2012. Laporan Bloomberg menunjukkan import melonjak melebihi eksport pada Julai, mengecilkan trade balance kepada $2.86 bilion berbanding $4.32 bilion pada Jun. Ringgit sekarang merupakan matawang Asia Tenggara kedua paling lemah di belakang rupiah. Perkembangan ini antara sebab kerajaan mengurangkan subsidi minyak minggu lepas.

Inisiatif PEMANDU yang mencorak dasar dan hala tuju negara nampaknya gagal. Najib terlalu bergantung pada PEMANDU dalam mentadbir negara. Saya sayangkan UMNO sebagai parti keramat orang Melayu dan mengundi BN pada PRU13. Tapi tidak akan membabi buta menyokong pemimpin yang tiada jati diri Melayu Islam dalam diri mereka.

RajaMudaliar said...

Bro APA, sesuatu dah berlaku pd hang. harap kawan2 jgn beranggapan bukan2 dah la, maklum la musim2 calon bertanding pemilihan umno nihh. apapun hang tulih bejela2 tu betoi la tapi dah ramai pemimpin bersyarah dah tang tu. mcm hang tak tau org melayu dah cemuih dah dgn leteran pemimpin2 perasaan pandai ni. so my esteemed bro, pls cut the crap and what exactly are you trying to tell us?

Unknown said...

salam tuan.. mohon add link utk blog saya http://panglimajebat.blogspot.com

#BROTHERHOOD

Anonymous said...

Apa yang ditulis pasal qada' dan qadar tu betul..tapi ahli politik malaysia ni ade ke letak Tuhan no 1?

Anonymous said...

Orang yang banyak makan duit anak yatim yang dituntut melalui ugutan selalunya berperangai macam APA. Apabila duit dah di balun, dia mula me,bodek tak tentu arah. Makan duit itu haram, samalah macam anak haram.

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts