APA menyokong @Zahid_Hamidi 100%....sebab apa?


Mudah senyum dan peramah walaupun tegas dan tepat
dalam menjalankan kewajipan sebagai Menteri KDN

Diantara 3 penyandang jawatan Naib Presiden Umno yang bakal dicabar oleh Mukriz,Isa dan Ali dalam pemilihan kali ini,AKU MEMBERI SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAGI KEPADA DS AHMAD ZAHID HAMIDI .Kepada dua penyandang lagi DS Hishamuddin dan DS Shafie Apdal pandai pandailah korang nak hidup macamana.Pada aku PEMIMPIN SOMBONG tak kenal aku macam Hishamuddin dan Shafie aku tak perlu promo diblog ini.Mengabihkan boreh..kata orang Kedah.


Aku rasa disamping Perdana Menteri,DS Zahid adalah satu satunya pemimpin Umno yang sering dan tidak segan silu memberi pengiktirafan kepada Pengamal Media Baru saperti kita ini dibelbagai pentas termasuk pentas Perhimpunan Agung Umno selama ini.Kemudiannya baru diikuti Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno sejak kebelakangan ini...pemimpin yang lain hampehhhh!


Sebaik mengambil alih Kementerian Dalam Negeri beliau tidak menoleh kebelakang dalam menguatkuasakan undang undang yang dinaungi KDN.Tiada lagi AMARAN macam yang sering didendangkan ketelinga kita.OPS CANTAS misalnya,dilakukan ketika rakyat mula merasa GOYAH dengan kejadian kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang naik begitu mendadak dalam tempuh sebulan dan dalam tempuh yang sama bila OPS CANTAS digerakan beliau rakyat mula mendapat keyakinan semula dan kembali merasa selamat.


Walaupun banyak pihak yang cuba mengaitkan OPS CANTAS dengan "gimmick" Zahid kononnya untuk kempen Pemilihan Umno,tapi aku teringat kata kata beliau..."Ini tiada kena mengena dengan pemilihan,kalau berani kasi tunggu 20hb Oktober dan seterusnya...,kalau mahu rasa..".

Pujian harus diberi kepada DS Zahid kerana telah menyerahkan 100% kuasa bertindak kepada Ketua Polis Negara dan PDRM untuk melakukan apa saja tindakan bagi membenteras kongsi gelap ini habis habisan agar kita semua akan merasa selamat kembali tanpa akan ada satu pun "campur tangan politik"...itu janji Zahid kepada kita semua rakyat yang cintakan keamanan dan keselamatan.


JADI WAJIB KEPADA SETIAP PERWAKILAN SELURUH NEGARA MEMILIH ZAHID UNTUK KEKAL SEBAGAI NAIB PRESIDEN DEMI MEMUDAHKAN BELIAU TERUS BERKHIDMAT SEBAGAI MENTERI KDN SECARA EFEKTIF.

UNDI AKU UNTUK DS AHMAD ZAHID HAMIDI UNTUK NAIB PRESIDEN.

7 comments:

Anonymous said...

elok le tu ko mangkok, zahid jamban jadi le rope mangkok jamban

kluangman said...

Zahid sehrusnya tidak istihar bertiga rangkaian dalam mempertahankan jawatan Naib Presiden kerana termaktub dalam perlembagaan ia sekadar untuk 3 tahun dan kembali terbuka untuk ditandingi oleh pemimpin lain.

Zahid harus meninggalkan amalan berpuak amalan Anwar Ibrahim yang akhirnya menimbulkan bibit perpecahan hingga hari ini. Hanya ada satu puak dalam UMNO iaitu UMNO dan yang bertanding adalah semua pemimpin yang ingin memberi sumbangan kepada parti, sama hasrat dengan Zahid, mudin dan shafie.

Zahid tidak harus bersemadi dengan kaca yang dilihat seperti intan. Zahid tidak harus 'carry' hishamuddin atau shafie bersamanya. Semua clon mempunyai kewibawaan masing2 dan harus bertanding atas diri sendiri.

Anonymous said...

Aku setuju dgn kluangman. Tindakan Zahid tersebut mencelar sedikit kredibilitinya.

Tapi memandangkan keberanian dan ketegasannya aku masih menyokong Zahid.
Aku juga menyokong Mukhriz utk Naib Presiden & Akhram sebagai Ketua Pemuda

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
fiatsapientavirtus said...

Saya amat bersetuju DS Zahid wajib di kekalkan dalam senarai Naib President dan DS Hishammuddin harus digantikan dengan muka baru yang lebih bersemangat dan berjiwa melayu, pemimpin melayu yang berasal dari bawah, yang penah melalui hidup susah dari awal zaman remaja lagi, bukan dilahirkan dalam keluarga berada atau anak Perdana menteri. Sebagaimana kebanyakkan anak perdana menteri, ketika kesibukan si bapa menguruskan hal negara maka ramailah ketika itu dari kalangan towkeh Cina yang mahu membodek, maka dari kecil lagi di asuh dan bergaul dgn ramai towkeh-towkeh cina. Tak cukup dgn itu, semasa belajar di luar negara masakan mahu bergaul dgn pelajar melayu di sana yang rata-rata hanya berbekalkan biasiswa dari kerajaan. Jadi siapa kawan2 anak perdana menteri ini kalau tak anak2 towkeh2 cina yang sebelum ini mengasuhnya dari kecil lagi. Atas sebab itulah jika dilihat sehingga sekarang kawan2 rapat DS Hishammuddin dari golongan orang2 cina, hanya bermuka membela nasib melayu setelah memasuki UMNO. Sebab itu towkeh2 cina besenang lenang semasa DS Hishammuddin menjadi menteri KDN, jenayah berleluasa kerana menteri "Tidur" . Selepas tugas diambil oleh DS Zahid, lihat bagaimana perkasanya pihak polis sekarang dalam mengambil tindakan tegas terhadap penjenayah dan kumpulan kongsi gelap. Hidup DS Zahid, pejuang sebenar untuk bangsa melayu dan yang penting DS Zahid berasal dari anak orang kampung dan bukan dari golongan bangsawan yang tak tahu erti perit kesusahan untuk mendalami masaalah rakyat. Insyallah.

no2azeezrahim said...

Salam tuan, mohon tuan pautkan link blog saya pada blog tuan , http://no2azeezrahim.blogspot.com/ . Dan link blog tuan saya telah pautkan di blog saya. Terima kasih.

Anonymous said...

Ala zahid nie pun kurang lebe sama gak dgn hishamudin.sembang/janji jer lebih.mana dia RBA.kata dia nak tangkap.mana dia pendedahan zahid tentang dalang utama lahat datu.sembang bukan main lagi.rupe rupe nyer spesis tong kosong gak zahid haprak nie.dah tue tue tu rehat ler.bg orang muda plak.2 ekor isa pendek dan ali rostam.udah ler.perasuah tegar nak bertanding gak.tak tahu malu langsung.pelik ngan ahli umno nie.perasuah tegar bertanding jawatan naib presiden.takder calun yg bersih ker.atau dlm umno semua nyer mcm tu.

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts