Polis dan rakyat yang mati PEMANDU dan geng mereka yang makan angin luar negara belanja berjuta nak belajar cegah Jenayah..@NajibRazak


Inilah jadinya bila Perdana Menteri @NajibRazak dah termakan taik palat PEMANDU yang diketuai "adik angkat" dia sebelah Tok Nyang dia Idris Jala dan kuncu kuncunya.Polis yang siang malam cuba membenteras dan mencegah JENAYAH selama ini alih alih orang PEMANDU dan kuncu kuncu mereka yang tak tahu apekebenda pasal jenayah pergi "makan angin" di Switzerland, France, London dan Milan dengan belanja berjuta ringgit duit rakyat kononnya NAK BELAJAR MACAMANA JENAYAH BERAT ditangani oleh negara ini.


Betul saperti yang dikata sahabat Mymassa..kalau betul betul nak belajar macamana nak menangani jenayah berat kenapa tak pergi ke Mexico City ke..Venuezella ke...Colombia ke ..atau kalau nak jimat kos Selatan Thailand dan Filipina?

Satu lagi...kenapa PEMANDU yang pergi bukan PDRM yang makan,minum,tidur,berak mereka adalah membenteras dan mencegah jenayah?

Inilah sialnya bila PEMIMPIN walaupun tak tidor macam Paklah tapi berjaga pun merosakan asas asas negara yang dah lama tegap tertanam dengan Tindakan Tindakan Transformasi Liberal yang lebih mementingkan populis dan takut dengan desakan pembangkang.

Baca selanjutnya apa yang dibongkar Mymassa...


Apa lagi PEMANDU MAHU?!! @NajibRazak @TunFaisal

Inilah yang orang putih kata sebagai "Turning garbage into GOLD" atau "Exploiting MISFORTUNE to become your ADVANTAGE". Orang lain yang kena tembak MATI, orang lain pula yang dapat peruntukan berjuta-juta RM makan angin ke luar negara.

Tolong jangan hendak menghalalkan OVERSEA TRIP PEMANDU sebagai usaha untuk membanteras jenayah di negara ini. Apakah jenayah berat yang berleluasa ketika ini dilakukan oleh penjenayah atau kumpulan samseng yang sama dari negara luar? Kalau betul hendak belajar menangani jenayah berat di negara ini, jawapan yang perlu dicari nanti bukanlah di Switzerland, France, London atau Milan, tetapi formulanya boleh ditemukan di daerah terpencil Mexico, Selatan Thai atau pedalaman selatan Filipina. Lagi pun, kos ke sana lebih murah dan hotel penginapan pun tidak semahal mana.

Ada BERANI? Kalau tidak, duduk sahaja di Malaysia dan buat makmal macam biasa. Hasilkan formula dan nasihat atau arah sahaja Menteri SENIOR bertanggungjawab yang tidak dilibatkan dari mula. Tengok sama ada beliau hendak dengar atau tidak nanti.

Persoalannya, apakah kelayakan PEMANDU untuk mencari formula menangani jenayah berat yang berleluasa ketika ini? Adakah mereka yang sedang "berperang" 24-7 di luar sana dengan penjenayah bagi memastikan keadaan tidak menjadi lebih buruk? Dan adakah TRIP luar negara itu dapat menemukan punca permasalahan untuk menjadikan Malaysia lebih aman dan selamat?

Jangan sampai didedahkan nanti yang punca berleluasanya kes jenayah BERAT di seluruh negara ini pun datangnya dari kalangan PUNAHSIHAT PM sendiri. Silap-silap PEMANDU pun ada terlibat sekali. Yalah, siapa lagi yang paling kuat pendapatnya didengari oleh PM Najib selain daripada kelompok penasihat dan PEMANDU? Siapa yang MISGUIDE DS Najib untuk memansuhkan ISA dan EO dengan alasan ia dapat meningkatkan populariti beliau dan boleh menterjemahkan kepada kemenangan besar BN PRU-13 lalu? Semua orang tahu yang pemansuhan ISA dan EO bukan sahaja tidak memberikan keputusan PRU-13 yang diidamkan PM, bahkan memburukkan lagi situasi keselamatan negara.

Kini adakah PEMANDU yang akan bertanggungjawab apabila ketua-ketua kongsi gelap yang bebas kerana pemansuhan EO keluar membalas dendam musuh mereka dan pemberi maklumat?

Adakah PEMANDU juga sanggup berkongsi BONUS berbulan-bulan yang dinikmati setiap tahun dengan keluarga mangsa yang terlibat? Perlu diingat BONUS yang diberikan selama ini adalah kerana berjaya melaksanakan makmal dan pameran, bukannya memberikan impak kepada rakyat dan undi kepada BN. Itupun kertas kerja semuanya dibuat oleh agensi dan jabatan Kerajaan. Dapatlah RM 500 buat beraya tahun ini.

Jadi, sekarang apa yang PEMANDU mahu lagi? Berapa banyak undi kepada BN yang diterjemahkan oleh rakyat kerana hasil kerja PEMANDU ini? Cuba tanya orang kampung apa yang PEMANDU buat yang mereka dapat nikmati secara fizikal sebagai rakyat Malaysia? Perlu diingatkan sekali lagi, bukan setakat jutaan RM yang habis ke PEMANDU ini ya!

Untuk ini kami menyeru YAB PM Najib untuk menilai kembali peranan PEMANDU ini. Adalah lebih baik bilion RM yang dihabiskan untuk PEMANDU ini digunakan untuk perkara yang betul-betul dapat memberikan impak undi kepada beliau. PM perlu sedar siapa yang mengekalkan beliau sebagai PM sehingga ke hari ini kalau bukan orang Melayu. Kalau undi dan sokongan penjawat awam dan keluarga mereka yang 90% Melayu pun dinilaikan hanya RM 500 untuk berhari raya, maka PM WAJIB bermuhasabah.

Apalah sangat kalau dibuang PUNAHSIHAT-PUNAHSIHAT dan PEMANDU ini ke longkang. Kan sudah terbukti mereka telah KALAH dan membawa KEGAGALAN?!! Ramai lagi pejuang yang mati-mati mempertahankan BN sepanjang PRU-13 lepas yang diabaikan, malah hidup SUSAH lagi!


Kami sekadar memberi ingatan sebab sayang.

3 comments:

Anonymous said...

Ini lah masalah CON...sultant. Con sanam con sini. Yang kena tipu dengan yuran yang tinggi adalah kerajaan. Ini kaum serupa dengan geng tingkat 4 semasa era pak lah. Lain masalah, lain pulak solusi yang dia orang tengok. Cari dulu solusi immediate dan jangan campur aduk dengan penggunaan peralatan canggih. Last-last, ada lah pulak anak menteri dapat projek ni. Tengok lah nanti, sapa yang akan ikut kumpulan yang pergi study system ini.

ujang naro said...

tim penyamun dh setup tu...ade je brg nk suro kerajaan beli t nk bg kt pdrm...pistol yg rege rm500 kt pekan golok die nk markup smpi rm50,000...wow...pck n mck kayooo....

Anonymous said...

bro ...
aku baru bersembang dengan polis sebentar tadi ...
katanya cadangan memakaikan Alat Pengesan ini kepada tahanan di bawah Ordinan Darurat dan ISA telah dicadangkan oleh pihak polis kepada kerajaan 10 tahun yang lalu ... aku ulang 10 tahun yang lalu ... iaitu semasa kedua-dua ordinan masih berkuat-kuasa.

tetapi ianya tertangguh atau tidak diterima oleh kerajaan ... sebab apa aku tidak tahu ... aku rasa ianya disebabkan kos yang tinggi ...

kata kawan aku itu lagi ... untuk membolehkan Alat Pengesan itu dipasang kepada tahanan ISA dan Ordinan Darurat ... orang tahanan itu hendaklah telah dikenakan perentah buang daerah selepas ditahan di pusat tahanan. Perentah itu adalah perentah yang diwartakan di mana-mana antara kedua-dua akta itu.

kedua-dua akta itu hendaklah dipinda dengan menambahkah klausa yang berbunyi lebih kurang "orang tahanan diwajibkan/dimestikan memakai Alat Pengesan tersebut semasa tempoh dia menjalani perentah buang daerah".

Dalam pindaan undang-undang ISA dan Ordinan darurat tersebut suatu hukuman tertentu akan dinyatakan dengan jelas akan dikenakan sekiranya Alat Pengesan itu didapati tidak dipakai/dirosakan oleh orang kena buang daerah tersebut.

nampaknya pemandu mencedok cadangan polis 10 tahun dahulu dan mahu claim sebagai mereka punya cadangan. Inikah taraf pemikiran pemandu ... copi paste dan claim ... claim perbelanjaan dan claim sebagai hak cipta ... chait ...

persoalan aku sebentar tadi di atas undang2 apa pemandu mahu pakaikan Alat Pengesan kepada bekas tahanan Ordinan Darurat dan ISA sedangkan kedua2 akta tersebut telah dilupuskira dan tidak dapat dikuatkuasakan ... sedangkan semasa kedua-dua akta itu masih berkuatkuasa ... pindaan perlulah dibuat kepada undang2 agar ianya boleh dilaksanakan.

persoalan aku kepada kerajaan kenapa semasa pihak polis mencadangkan perkara yang sama kerajaan dengan sewenang-wenangnya menolak cadangan tersebut.

perlembagaan malaysia memberi hak kebebasan kepada rakyatnya untuk bergerak ... tetapi keterbatasan pergerakan boleh dibuat melalui peruntukan undang2.

penggunaan Alat Pengesan adalah merupakan sekatan kepada rakyat malaysia dan ianya perlu dilaksanakan mengikut undang2 ... bagaimana pemandu mahu memakaikan pemakaian Alat Pengesan kepada bekas tahanan Ordinan Darurat dan ISA sedangkan kini kedua2 undang2 itu telah dilupuskira.

Ertinya suatu undang2 baru perlu digubal ... apakah undang2 baru yang akan digubal itu akan menjadikan bekas tahanan ISA dan Ordinan Darurat sebagai diwajibkan memakai Alat Pengesan sedangkan kedua2 undang2 itu telah dilupuskira. Aku yakin bekas tahanan ISA dan Ordinan Darurat akan mencabar undang2 baru yang diwartakan kerana undang2 baru itu akan terikat dengan perlembagaan malaysia yang menyekat penguatkuasaan undang2 terhadap kesalahan yang terkebelakang (sebelum sesuatu undang2 diwartakan).

Alat Pengesan itu boleh dipakaikan kepada mereka yang baru keluar dari penjara dan menjalani parol ... itupun undang2 berkaitan dengan parol mesti dipinda terlebih dahulu.

Sedangkan peningkatan jenayah tembak yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh bekas tahanan ISA dan Ordinan Darurat yang telah dibebaskan tanpa syarat oleh Ah Jib Gong. Ertinya mereka telah bersih seakan tidak melakukan suatu kesalahan kerana kedua2 akta tersebut telah dilupuskira.

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts