@NajibRazak disaran meletakkan jawatan...


" Here is my final advise Dato Sri - if you do not step down it is just a question of time before the people step up. Then they will step on you"...Syed Akbar Ali

Diatas adalah ayat penutup artikel terkini Syed Akbar Ali bertajuk UMNO Dalam Kancah Kebodohan & Kehancuran.Aku cuba menterjemahkan ayat diatas ke Bahasa Malaysia tapi aku tak jumpa ayat sopan untuk menepati ayat diatas.Untuk mengelakkan aku menggunakan ayat yang haramjadah untuk menyampaikan secara tepat maksud ayat diatas maka aku segaja tidak mahu menterjemahkan nya.Terpulanglah kepada anda untuk mentafsirkannya bergantung kepada darjah kemeluatan anda terhadap pemimpin pemimpin Umno yang ada hari ini terutamanya sikap Najib Razak sendiri.Bagi aku apa yang diluahkan Syed Akbar Ali BENAR belaka dan tiada yang lain kecuali BENAR.

Sama ada Najib atau segala tok nenek Pemimpin Umno yang ada hari ini nak pakai atau tidak itu korang punya pasal...sebab bagi aku/kami ahli Umno marhaen yang ada hari ini sudah tidak peduli kerana yang nak KENA LARI andaikata Umno terbongkang menyembah bumi (Nauzubillah Minzalik) adalah korang semua..Para penyamun...para pengamal rasuah...para pengamal salahguna kuasa..dan spesis pengamal Nepotisma dan Kronisma yang mendominasi Umno sejak sekian lama sehingga Umno hilang roh dan rupa perjuangan asalnya.

Sentimen yang aku rasa,rasanya tidak banyak berbeza dengan ahli Umno marhaen lain yang tiada kepentingan peribadi dalam memilih untuk bernaung didalam Umno.Kalau korang kaya raya menyamun pun tak menambah apa apa buat kami..dan kalau korang jatuh miskin papa kedana pun tak mengurangkan apa apa yang kami ada atau tiada selama ini.Pendekata,suka hati emak bapak koranglah nak jadi apa selepas ini...

Pendekata,kalau Anwar Ibrahim ke..Nik Aziz ke...Hadi Awang ke...Azmin Ali ke..atau siapa juga Melayu ditakdirkan menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas ini...apa ada hal?Semua pun spesis penyamun macam korang jugak.Cuma ganti Penyamun Lama dengan Penyamun Baru asalkan Melayu...

Bukan begitu Ah Jib Gor?

Jadi aku melihat KESOMBONGAN DAN KEBONGKAKKAN NAZRI AZIZ ini sebagai rahmat tersembunyi yang menelanjangkan sikap Pemimpin Umno dan Kepala mereka selama ini..


When two fuckers meets...everything gonna be fucked up!

3 comments:

Anonymous said...

sdra Azmy
Saya sokong usul itu .
saya sokong saranan itu !
saya sokong - semua pun sama jugak !
Najib - letak jawatan !
No to najib !
TNB !
arjuna waspada
changkat lobak

Anonymous said...

Syed Akbar Ali bro. Bukan Akhbar. Akhbar itu surat khabar.

Aku Peduli Apa @ APA said...

Terima kasih Anon..pembetulan fah dibuat.Orang tua makin hari makin rabun...he he

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts