Bloggers berantakkan...pemimpin berhentakkan @NajibRazak


Contoh banner promo calun.
Sape paling depan dalam gambar itulah calun 
yang sedang dipromo oleh blogger,facebooker dan tweeter..
(Aku bukan promo sape2...cuma bagi contoh je)

Awal tahun ini aku ada menulis tentang kemungkinan yang akan berlaku dalam Pemilihan Umno kali ini.Betapa peperangan yang lebih besar menanti Umno/BN berkemungkinan berlaku sebenarnya didalam PU13 (Pemilihan Umno 2013) dan bukan dalam PRU13 saperti yang dijangka banyak pihak.Peperangan yang jika tidak dibendung dan dibiarkan bakal menyaksikan BN/Umno bakal tumbang,bukan didalam PRU13 tetapi didalam PU13.


Kini bibit bibit peperangan ini telah mula kelihatan bila dilihat beberapa bloggers (kumpulan atau individu) yang sedang berantakkan sesama mereka dalam mempertahankan atau memperjuangkan pemimpin (calun wanabe) yang disokong mereka sama ada mereka dibayar atau yang mengaku melakukan fissabil lillah.Bukan saja peperangan ini berlaku dikalangan bloggers dalam dunia blogging,malah ianya turut merebak ke Facebook dan Tweeter dimana peperangan ini dilihat lebih sengit bila acara "berbalas pantun" antara yang diserang dan yang menyerang,antara yang menuduh dan dituduh berlaku tidak mengira waktu baik siang atau malam.

Bukan saja peperangan berlaku disebabkan mempromo wanabe calun atau mempertahankan so-called incumbent,tapi ianya menjadi medan tempat meluahkan ketidakpuasan hati terhadap apa juga yang telah berlaku sebelum PRU13.Segala tok nenek kepincangan masing masing didedahkan untuk pengetahuan umum berkait rapat dengan gerak-kerja PRU13 dan topik paling hangat yang menjadi alasan untuk berperang sesama sendiri adalah soal DANA..soal RM.Siapa dapat apa dan berapa...berapa bayak Dana yang gugur dan berapa banyak yang betul betul disalur...dan berapa banyak pula yang dipoketkan..Inilah pokok segala perdebatan dan pertikaman lidah yang berlaku ketika ini dikalangan bloggers dan penggiat media sosial.

 

Ini baru melibatkan Pengamal Media Baru diperingkat awal dalam mencari TUAN masing masing untuk diangkat ketakhta Kepimpinan Tertinggi Umno dan tentunya bukan dilakukan secara PERCUMA.Setakat ini pun masih belum ramai dikalangan pemimpin Umno baik yang dah berjawatan mahupun yang nak mencuba merebut jawatan yang mengumumkan secara terbuka sama ada mereka akan bertanding atau mempertahankan jawatan masing masing.Bayangkan bilamana semua mereka sudah berbuat demikian dengan masing masing mempunyai "jentera siber" masing masing "yang dibayar"....tak ke haru biru "Politik Umno" dibuatnya..?

Paling aku seriau bila peperangan ini nanti berkemungkinan sampai ketahap dedah mendedah "kisah dalam kain" pemimpin yang sama ada baru nak menawarkan diri ataupun yang nak mempertahankan kedudukan masing masing.Pihak Pakatan Rakyat tentunya senyum sampai ketelinga bila ini semua berlaku kerana mereka tak perlu kerja lebih masa kumpul "pekung dan nanah" pemimpin Umno untuk digunakan masa PRU14 bila dan jika ianya disediakan oleh kita sendiri dalam mempromo calun masing masing.

Pemilihan diperingkat Bahagian Umno pun tidak terkecuali terlibat dalam "peperangan" ini bilamana ada pihak yang telah mendedahkan secara terperinci DANA yang diperolehi oleh Bahagian tertentu untuk kempen PRU13 lalu dan banyak mana duit yang kononnya telah disonglap oleh Ketua Bahagian yang sepatutnya menyalurkan dana ini kepada jentera pilihanraya.Bayangkan kita ada 191 Bahagian Umno seluruh negara dan jika kempen begini digunakan untuk menentukan kepimpinan diperingkat Bahagian kelak?Kita juga jangan lupa yang mereka mereka yang bergelar Ketua Bahagian ini jugalah yang akan cuba duduk dikerusi Majlis Tertinggi Umno diperingkat pusat,maka amat penting "mereka" ini menang dikedua medan tempur..bahagian dan pusat at all cost!

Ini yang sebenarnya merisaukan aku yang memerhatikan sejak sekian lama.Itu belum lagi diambil kira KEKECEWAAN mereka mereka yang bakal kalah nanti yang bakal hilang jawatan penting yang mereka sandang ketika ini yang memungkinkan "penghijrahan".

"Penghijrahan" kemana...?

Ntah....

3 comments:

Peduli apa, tengok lah apa akan jadi pada keluarga anda said...

Diam lah Ah Pek APA. Dah tua duduk rumah diam2 je la. Takkan nak kena tumbuk lagi baru tau takaut!!!

Jaga sikit tulisan dan mulut tahi engkau tuh.

Aku Peduli Apa @ APA said...

He He...
Raba dan rasa dalam spender tu kalau ada 2 bijik yang bergayut tu jom...

Bagitau tempat dan masa kita tenguk tua ke tidak bab nak bertumbuk ni...

He he he..tapi kalau setakat tak berani dedah identiti baik simpan ko punya hero tu..

antidotcomm said...

mohon link blog ini bro...

http://antidotcomm.blogspot.com

terima kasih

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts