Peringatan kepada Semua Ahli Umno...jangan simpan pemimpin bermasaalah..@NajibRazak


Pemimpin yang dah hilang "bola besi" sila ketepi...

Presiden Umno telah mengumumkan yang pemilihan pucuk pimpinan Umno diperingkat Bahagian dan sayap sayapnya akan dilangsungkan pada 28 September (Sabtu).Manakala pemilihan diperingkat Majlis Tertinggi (MT) Umno diperingkat pusat akan berlangsung pada 5 Oktober (Sabtu).Perhimpunan Agung Umno pula dijadualkan bermula pada 2 sehingga 7 Disember.

< Baca lagi...>

Maka terjawaplah segala teka teki selama ini tentang tarikh sebenar pemilihan disemua peringkat dan dengan ini mereka mereka yang ingin menawarkan diri merebut jawatan yang ditawarkan kini berada dalam GEAR 4 dan hanya menantikan waktu yang sesuai untuk meluncurkan kenderaan mereka ke gear OVERDRIVE sahaja.Pada mereka yang mempunyai POWER BOOSTER RM yang kerap mereka gunakan selama ini pastinya mempunyai "kaedah baru" untuk memastikan power booster yang digunakan kelak mencapai golongan sasar memandangkan kali ini "kuasa memilih" tidak lagi bertumpu kepada dua ribu lebih perwakilan tetapi ratusan ribu ahli Umno yang lain dari peringkat cawangan lagi.Maka pemilihan Umno kali ini amat menarik untuk diperhatikan dan dinilai kerana semua rakyat terutamanya ahli Umno yang berjumlah hampir 4 juta itu ingin melihat KEBERKESANAN Sistem Pemilihan Baru yang digembar gemburkan sebagai telus dan beraspirasikan kehendak ahli akar umbi.

Sejauh mana ketelusannya dan sejauh mana ianya "memberikan kuasa memilih" kepada ahli akar umbi untuk menentukan kepimpinan Umno sehingga keperingkat pusat masih belum dapat dipastikan lagi.Tapi aku ingin berbaik sangka dan melihat langkah baru ini dengan hati terbuka sehingga keputusan pemilihan ini diketahui pada 5 hb Oktober nanti.

Sementara itu fokus kini tertumpu kepada pemilihan diperingkat Bahagian dan Sayap Sayap dibawahnya yang akan berlangsung dulu.Jadi kepada semua ahli Umno seluruh negara ingin aku menyeru agar kita menggunakan hak memilih yang kita ada ini untuk memastikan semua PEMIMPIN PEMIMPIN PARASIT yang membunuh Umno secara perlahan selama ini disingkirkan dari dipilih semula.Mereka mungkin telah banyak berjasa kepada Umno sebelum ini tetapi sikap OVERSTAY mereka dan mementingkan diri sendiri kini mula membunuh Umno secara perlahan lahan dan Umno bakal terkubur di PRU14 jika kita masih lagi mahu mengekalkan mereka.Memandangkan mereka enggan BERKORBAN demi Umno maka kita sebagai ahli Umno yang kini punya kuasa memilih wajib MENGORBANKAN mereka demi survival umno.Nokhtah!

Mulai hari ini aku akan membariskan nama semua Ketua Ketua Bahagian Umno disemua negeri yang berada dalam senarai WAJIB SINGKIR kerana prestasi buruk mereka sewaktu PRU13 dan sikap pentingkan diri mereka.Buat permulaan dibawah ini adalah senarai dari Umno Negeri Selangor yang aku petik dari blog sahabat Shah Alam Rebels untuk Semua Ahli Umno Selangor pastikan mereka semua tidak dipilih semula.Senarai seterusnya akan menyusul...

BON VOYAGE

Senarai Singkir

1. Sepang - Dato' Seri Ir. Mohd Zin bin Mohemed (kalah 3-1)

2. Selayang - Abdul Syukur bin Idrus (kalah 3-1)

3. Gombak - Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin (kalah 4-0)

4. Ampang - Dato' Ismail bin Kijo (kalah 4-0)

5. Pandan (kalah 4-0)

6. Hulu Langat - Datuk Johan b. Abdul Aziz (kalah 3-1)

7. Serdang - Datuk Hj. Mohd Fathil bin Daud (kalah 4-0)

8. Puchong - Dato' Hj. Mohamad Satim bin Diman (kalah 3-0)

9. Kelana Jaya - Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib sertai PAS

10. PJ Selatan - Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik (kalah 3-0)

11. PJ Utara - Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Hj. Sujak (kalah 3-0)

12. Subang - Dato'Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor rela berundur.

13. Shah Alam - Dato' Hj. Ahmad Nawawi bin Dato' M. Zin (kalah 3-0)
14. Kapar - Dato' Hj. Abdul Rahman bin Palil (kalah 4-0)

15. Klang - Datuk Mazlynoor bin Abdul Latiff (kalah 4-0)

16. Kota Raja - Ir. Hj. Kamaruzzaman bin Johari (kalah 4-0)

17. Kuala Langat - Dato' Hj. Sulaiman bin Mohd Karli (kalah 4-0)

Ketua Bahagian yang wajar dikekalkan berikutan prestasi baik dalam PRU-13

1. Sabak Bernam (menang 2-1)

2. Hulu Selangor - Dato' Mohd Idris bin Abu Bakar (menang 3-1)

3. Tanjong Karang - Dato' Seri Noh bin Omar (menang 3-0)
4. Kuala Selangor - Dato' Amiruddin bin Setro (menang 3-1)

5. Sungai Besar (menang 2-1)

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts