Lain kali PRU pilih YB yang ada peluang cepat mati...@NajibRazak


Gambar Hiasan

Dua tahun sudah aku ada siarkan satu artikel berhubung PILIHAN PALING BAIK yang patut dikemukakan sebagai calun oleh parti politik dan patut dipilih oleh rakyat.Calun yang terbaik bukannya dikalangan mereka yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang diwakili mereka tetapi calun terbaik pada aku adalah dikalangan mereka yang ada kemungkinan cepat MATI disebabkan mengidapi Penyakit Penyakit Kronik Tahap 4.Lagi kronik lagi bagus...sebab akan ada banyak Pilihanraya Kecil lepas tu.Banyak PRK beerti keuntungan kepada rakyat yang kehilangan YB yang mewakili mereka..
<Read More>

Kalau pilih calun calun yang sihat mihat macam KJ,Razali Ibrahim dan yang jenis muda muda,agak payah sikit nak dijangkakan walaupun ajal maut itu ditangan Allah Taala.Tapi kalau kita pilih pemimpin veteran yang berpenyakit kronik dah tentu tentu badan mereka separuh dah ada bau tanah kubur.Jadi meriah kawasan kita kalau mereka padam!Tenguk saja apa yang Dun Kuala Besut dapat atau dijanjikan setakat ini....




1.Pengumuman peruntukan bernilai RM10 .35 juta untuk pembinaan pangsapuri empat tingkat merangkumi 72 unit di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut [Gambar kiri] – 13 Julai 2013 (sumber: Malaysiakini)

2.Bantuan bernilai RM147,750 dalam bentuk anak ayam kampung, kambing, makanan ayam dan motosikal roda tiga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu kepada 314 petani sekitar Kuala Besut oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam Program Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bersama Penduduk DUN Kuala Besut di Kampung Baharu Kuala Besut – 14 Julai 2013 (sumber: Bernama)

3.TPM tarawih di Kuala Besut, umum bantuan RM343,000 untuk naik taraf masjid Hj Ishak, Kampung Dengir di Kuala Besut - 16 Julai 2013 (sumber: Bernama melalui Malaysiakini)

4.TPM merasmikan projek pecah tanah projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi di Tok Saboh, Kuala Besut dengan peruntukan RM28 juta – 16 Julai 2013 (sumber: Malaysiakini dan teganukita.blogspot.com)

5.Pengumuman projek bernilai RM250 juta untuk mendalamkan muara Sungai Besut – 16 Julai 2013 (Berita Harian)

6.Pemberian kunci rumah dan surat tawaran Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Kamarul Rashdan Salleh di Kuala Besut – 16 Julai 2013 (sumber: Bernama) - Ibid. 

Tolak campur kali bahagi dah hampir RM300 Juta "bonus" untuk penduduk dan pemilih berdaftar N01 Kuala Besut diumumkan pemimpin kerajaan setakat ini.Mungkin lepas ini ada lagi kot memandangkan ada lagi 4 hari sebelum rakyat Kuala Besut keluar untuk memilih.Kalaulah Adun mereka tak mati(ampun ya keluarga Allahyarham?),jangan haraplah boleh dapat ini semua...

Jadi bila kita semua dah tahu yang kalau YB kita mati kita akan dapat "durian runtuh",apake jadah yang kita pilih calun yang sihat mihat dan muda muda?Itu namanya tak berapa cerdik bukan tak cerdik..

Jadi kepada parti politik apakata guna pendekatan ini dimasa akan datang...

Pilihlah calun yang gemuk tak sihat...kalau boleh yang ada penyakit 4 serangkai tahap 4...kalau yang memang dah duduk dalam ICU lagi cun..cepat sikit.Masa kempen tak perlu janji apa apa cuma perlu tunjuk Medical Report setiap calun,lagi kronik lagi bagus..

Amacam?


Pilih macam ini..cerah masa depan

2 comments:

From Desaru With Love said...

(Tengah sapu minyak angin kat perut)

Anonymous said...

hahhhhhhhhahhahahahahahaahahahahhahahahahahahaahahahahahahahhahahahahahaahahahahahahahahahaahah..terbaeekkkkk!

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts