Hubaya Hubaya BTN sedang berusaha menipu
PM @NajibRazak lagi....!
BIARPUN PM Najib masih lagi tidak seceria dulu tapi kita tahu bahawa semuanya kini telah stabil dan ukuran untuk melihat kestabilan ini cukup mudah.,konotasinya amat jelas apabila agensi yang kononnya mengikut kata Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN) paling berpengaruh telah selesai menghantar sebahagian besar Pegawai-pegawai mereka ke luar negara dan terakhir bercuti ke luar Negara adalah Timbalan Ketua Pengarah Latihan (TKPL) dan ini memberikan makna negara sedang stabil dan tidak ada mana-mana agensi yang berbuat demikian melainkan BTN,sama ada percutian itu mendapat kelulusan pihak Ketua Setiausaha Negara atau tidak,itu semua tidak penting kerana yang lebih penting BTN harus meraikan kemenangan BN dengan bergaya.
Namun apa yang lebih penting sekarang ini pula BTN sekali lagi akan mula bergerak sebagai agensi yang paling awal bertindak untuk melaksanakan apa-apa saranan PM Najib ekoran keputusan PRU13 yang lalu dan BTN perlu membuktikan kepada PM Najib bahawa Ketua Pengarahnya yang akan mula-mula sekali menjadi penjilat tegar agar kedudukan beliau sebagai Ketua Pengarah BTN tidak terusik dan Raja Arif tentu yakin dengan kedudukannya apatah lagi mentor beliau Shahlan Ismail yang tewas di Parlimen Pokok Sena diangkat menjadi Pengarah Strtageik PM Najib.Satu kombinasi orang-orang sakit.
Sebab itulah menjadi suatu perkara yang pelik,tiba-tiba KP BTN yang selama ini cukup angkuh, memperlekehkan semua orang bahkan menafikan apa sahaja yang telah dibuat oleh Ketua-Ketua Pengarah sebelum ini tiba-tiba bercakap dan membuat keputusan supaya modul dan pendekatan BTN ditukar dan apakah modul dan pendekatan sebelum ini gagal? Tidakkah sebelum ini beliau dengan bangganya melaporkan bahawa pendekatan dan modul BTN pimpinan beliaulah yang paling berjaya? Apakah kini Raja Arif ingin menjilat ludahnya kembali tetapi untuk hidup usahkan ludah,yang lain pun mungkin sanggup dijilatnya.
Tapi malang kepada BTN bila orang yang diberi tanggungjawab merangka modul ialah Hanafi,Timbalan Ketua Pengarah Latihan yang juga dipangil sebagai Abu Nawas ini.Apa yang Hanafi tahu tentang modul untuk membina manusia dan pasti rujukan beliau ialah kitab-kitab karangan ABIM sebagai bahan rujukan dan cuba tanya Pegawai-pegawai apakah ada modul yang dirangka oleh Hanafi ini yang diterima oleh mereka yang berhadapan dengan manusia sebenar atau Hanafi Abu Nawas ini masih berhalusinasi dengan zamannya 20 tahun yang lalu?
Dan selepas PRU13 ,BTN ini rupa-rupanya telah mendapat Menteri baru dan perubahan modul ini bukan lagi sentuhan Menteri tapi atas `keinsafan’ Raja Arif dan Hanafi, Menteri yang mengawalselia BTN juga dari Johor sepertimana Mat Maslan yang BTN bertanggungjawab membuat kajian sokongan dalam PRU13 baru-baru tapi Parlimen Muar tidak termasuk dalam kajian tersebut kerana Razali Ibrahim bukan dari rangkaian ABIM.
Sebelum ini Raja Arif merasa lega kerana Ahmad Maslan tidak lagi bertanggungjawab pada BTN dan pada raja Arif,Ahmad Maslan adalah budak yang tidak tahu tentang politik dan latihan dan mereka dalam banyak perkara tidak sehaluan walaupun Ahmad Maslan antara yng menyokong perlantikan Raja Arif tapi akhirnya Ahmad Maslan marah serta kecewa kerana Raja Arif,Mokhtar PA System dan Hanafi Abu Nawas tetap berpegang kepada mazhab Anwar yang yakin serta percaya Anwar akan jadi Perdana Menteri.
Kini bila Razali Ibrahim yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO yang dilantik sebagai Timbalan Menteri dan diberikan tugas serta tanggungjawab mengawalselia BTN,sekali lagi Raja Arif dikatakan dengan angkuhnya menganggap Razali Ibrahim juga seorang budak dan merasakan bahawa beliau lebih hebat dan peristiwa Ketua Pengarah BTN tidak menghormati Menteri ataupun Timbalan Menteri akan berulang kembali.
Dalam masa yang sama,Raja Arif cuba mencari naqib yang baru dan beliau melihat Idris Jusuh sebagai orang yang boleh beliau bernaung dan gunakan dan Idris Jusuhlah yang mengutip beliau sewaktu Raja Arif hilang punca di Terengganu.
Kita harap Idris tidak terpedaya dengan Raja Arif |
Sebab itulah antara Menteri yang paling awal Raja Arif dan Hanafi buat kunjungan hormat ialah Idris Jusuh dan mereka ini membawa kertas cadangan untuk Pilihanraya Kampus dan iita berhak ketawa berdekah-dekahmelihat telatah pegawai tinggi BTN ini kerana dalam PRU13 yang lepas,mereka terbukti telah gagal memberikan sumbangan (kalau di Jepun mereka ini sudah patut bunuh diri) dan kini bukan main lagi terhegeh-hegeh cuba tunjukan kepada Menteri dengan harapan PM Najib pun tahu mereka yang menyediakan modul untuk Pilihanraya Kampus. Kita berharap Idris Jusoh tidak tertipu dengan lenggok kata dan badan Raja Arif ini.
Masih segar dalam ingatan saya bagaimana,BTN dengan angkuhnya merasakan mereka terbabit dlm membant untuk BN mencapai sasaran 2/3 tapi lihatlah apa yang terjadi dan kita tahu melalui BTN,berapa banyak maklumat yng bocor kepada pembangkang pada setiap perjumpaan di Jalan Bellamy dan kita yakin Razali Ibrahim tidak lupa tak lupa kes ini bila beliau dilantik untuk mengawal gerakan Pilihanraya Kampus sebelum ini bagaimana BTN mengkhianati beliau dengan mendedahkan maklumat tertentu dan Razali Ibrahim perlu tahu BTN sebahagian besarnya adalah orang-orang Anwar Ibahim.
Bapa KP tapi anaknya penyokong tegar PKR! |
Atau pun sebenarnya ada hal lain Raja Arif dengan Idris Jusoh?Mungkin ada hal yang lebih besar,mungkin Raja Arif sebenarnya cuba menawarkan rangkaian BTN di seluruh negara untuk dijadikan jentera kempen Idris Jusoh bertanding Majlis Kerja tertinggi UMNO atau Raja Arif akan menggunakan kedudukan dan memperalatkan BTN untuk tujuan memenangkan orang-orang tertentu ?PM Najib kena berhati-hati kerana inilah modus operandi Anwar sewaktu dalam kerajaan dulu dan Raja Arif salah seorang operator untuk kerja-kerja politik kotor sebegini.Kita benar-benar berharap agar Idris Jusoh tidak mudah tertipu dengan permainan politik orng seperti Raja Arif dan kumpulannya.
Lihatlah betapa angkuh dan ghairahnya Ketua Pengarah BTN ini bergerak,mungkin bukan hanya Idris Jusoh,bahkan ramai lagi Menteri-Menteri yang beliau akan cuba tawarkan bantuan kononnya untuk mengukuhkan BNtetapi sebenarnya untuk gerakan kempen MT dan dalam masa yang sama beliau juga sudah dikatakan menawarkan diri untuk bertanding menentang Nasir Ibrahim Fikiri sebagai Ketua Bahagian Kuala Nerus dan dikatakan juga beliaulah antara yang menjadi punca Nasib tewas kerana sebelum ini beliau begitu yakin akan dipilih sebagai calon Parlimen Kuala Nerus.
Ketika suasana negara dan kerajaan perlukan pengukuhan untuk berhadapan dengan cabaran baru,KP BTN masih tidak lagi berpijak di bumi nyata dan ketika PM Najib melakukan lawatan ke Jakarta dan berkesempatan bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia bagi memperjelaskan suasana poitik negara,Raja Arif pula mengambil langkah lebih jauh dengan merancang untuk bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di London dan sekitarnya.
Sudah jelaskah kedudukan negara pada rakyat dalam negara dijelaskan oleh BTN?Berapa ramai yang telah menghadiri program kendalian BTN selepas PRU13 dan kini kerana PM Najib bertemu pelajar di Indonesia,maka BTN terus mengambil keputusan ke England? Atau ada apa-apa yang tersirat sebenarnya?Selagi simpan Raja Arif dan Timbalan-Timbalannya berkuasa di BTN,baik tutup sahajalah BTN tu...dan teringat pesan orang-orang tua.jangan dilantik sepsis beruk menjadi pemimpin...!Fikirkanlah..
0 comments:
Post a Comment