Rahsia Tun Mahathir berjaya memerintah negara selama 22 tahun.. @NajibRazak


Formula 1Malaysia?
Hampeh !!!

Era pemerintahan Tun Mahathir selama 22 tahun merupakan PENCAPAIAN PALING TERBAIK seorang Perdana Menteri sejak dari zaman Almarhum Tuanku Abdul Rahman sehinggalah ke Perdana Menteri yang ada hari ini @NajibRazak.Malaysia berada dipuncak kegemilangannya dalam semua aspek dan rakyat menerima limpahan kemakmuran hasil pemikiran beliau sehinggakan Tun Mahathir layak berada sebaris dengan PEMIMPIN PEMIMPIN BESAR DUNIA saperti George Washington,Abraham Lincoln,Nehru,Ghandi dan pemimpin pemimpin besar dunia yang lain.

Sampai kehari ini PENCAPAIAN Tun Mahathir tidak dapat ditiru,diulang atau di copy-paste oleh dua Perdana Menteri selepas beliau Abdullah Badawi dan kini @NajibRazak.Bukan saja mereka berdua GAGAL meniru atau menyambung kecemerlangan yang diasaskan oleh Tun Mahathir bahkan mereka juga GAGAL mempertahankan kecemerlangan,kegemilangan dan kemakmuran Malaysia yang dikecapi oleh rakyat selama ini.Kegagalan dua Perdana Menteri selepas Tun Mahathir kini mencetuskan keresahan hampir semua lapisan rakyat yang merasakan ketidaktentuan bila bercakap pasal iklim ekonomi dan politik negara hari ini.

Abdullah Badawi telah MEMUSNAHKAN dan MERUNTUHKAN segala "asas" yang telah dibina Tun Mahathir selama 22 tahun dalam waktu sepenggal pemerintahan beliau dan @NajibRazak sehingga hari ini masih gagal dan terkial kial cuba memulih dan membina semula apa yang telah diruntuhkan Pak Lah.Mana mungkin @NajibRazak mampu membina semula apa yang runtuh bila beliau sendiri mewarisi THE DOMOLISHING TEAM dari Pak Lah dan tidak punya keberanian untuk menukar team ini selama hampir 4 tahun menjawat jawatan Perdana Menteri.Sehingga selepas menubuhkan kabinet baru pasca PRU13 pun beliau masih juga mengekalkan ramai AHLI AHLI dalam The Demolishing Team Pak Lah.

Ramai yang tertanya tanya,apakah FORMULA RAHSIA yang digunakan Tun Mahathir sehingga begitu berjaya memerintah negara selama 22 tahun?

Bagi aku tiada apa Formula Rahsia yang digunakan Tun Mahathir dan kita tidak perlukan "rocket science" pun untuk membuat penyelidikan tentangnya.Kaedah Tun Mahathir amat mudah dan ianya boleh dilakukan oleh setiap orang cuma amat malang bagi kita bila dua Perdana Menteri kita selepas Tun Mahathir buta mata dan hati untuk melihatnya apatahlagi untuk melakukannya...

TUN MAHATHIR TAHU APA YANG BELIAU MAHUKAN UNTUK NEGARA DAN RAKYAT DAN BELIAU MENCARI DAN MENEMUKAN KAEDAH YANG BETUL UNTUK MELAKUKANNYA DAN BELIAU MELAKUKANNYA DENGAN BETUL.

Berbeza dengan Paklah dan Najib yang bukan sahaja TIDAK TAHU apa yang mereka mahu lakukan untuk negara dan rakyat bahkan kadang kadang dilihat saperti ENGGAN melakukannya untuk rakyat dan itulah perbezaan nyata antara Tun Mahathir dengan dua Perdana Menteri selepas beliau.Baik Paklah mahupun Najib aku lihat hanya melakukan apa yang dimahukan(dinasihatkan kepada mereka) oleh PUNAHsihat PUNAHsihat dan CONsultan yang bergayut disekeliling pinggang mereka,maka jadilah kebanyakan yang mereka lakukan terpaksa dikaji-semula,diberi status masih dalam kajian,masih dalam perbincangan dan lebih teruk lagi DITAREK SEMULA DAN DIBATALKAN selepas diumumkan.Itulah contoh contoh dimana segala tindakan mereka sebelum ini yang langsung tidak menggambarkan buah fikiran dan cetusan idea mereka sendiri dan hanya mengikut pandangan dan kemahuan para PUNAHsihat mereka.

Berbeza dengan Tun Mahathir yang disamping mendapat pandangan dan nasihat pihak lain tahu apa yang beliau mahukan akhirnya dan meletakan "rubber stamp" beliau sendiri untuk tindakan tersebut,Paklah dan Najib hanya melakukan TINDAKAN POPULIS untuk diri mereka sendiri atas nasihat PUNAHsihat sambil membelakangkan kemahuan rakyat.

Paklah dan Najib lebih memikirkan SURVIVAL POLITIK mereka sendiri dari memikirkan kehendak rakyat dengan mengaturkan berbagai strategi dan gerakan yang diaturkan oleh Para PUNAHsihat dan CONsultan mereka sedangkan Tun Mahathir membiarkan survival politik beliau ditentukan oleh rakyat melalui kecemerlangan beliau memacu ekonomi negara dan mengawal "keharu biruan politik" saperti yang kita hadapi hari ini walaupun dicop sebagai Ditaktor..MahaFiraun mahupun MahaZalim.Paling penting rakyat waktu itu tidak merasa keperitan yang dilalui rakyat saperti hari ini walau saban waktu Perdana Menteri cuba meyakinkan kita semua tentang tahap kesihatan ekonomi negara yang berada dalam keadaan SIHAT.Kalau sihat kenapa kita merasa saperti berada dalam keadaan DEMAM?

Kesimpulannya selagi @NajibRazak blurr dengan arah tuju rakyat yang hendak dipimpinnya hari ini dan tidak tahu arah mana hendak dibawa kami semua ini,maka selamanya lah kita akan berada dalam KETIDAKTENTUAN saperti yang kita rasakan ketika ini.

Tiada "Formula Rahsia Tun Mahathir" yang boleh digunapakai...yang ada cuma FORMULA NAJIB RAZAK..itupun kalau ada dan kalau mahu dilakukan?


0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts